Menu Utama

Akta Hasutan : Cara Terbaik Kekang Hasutan Melampau Pemimpin Pakatan Rakyat

twitter hassan karim

Akta Hasutan 1948 antara perkara yang menghalang propaganda secara besar-besaran pakatan rakyat untuk mencemarkan imej Barisan Nasional dan UMNO. Baru-baru ini beberapa orang pemimpin pakatan rakyat telah dibawa ke muka pengadilan untuk didakwa atas kesalahan yang mereka lakukan beberapa tahun yang lalu.

Rakyat sudah hilang sabar denga perangai para pemimpin pakatan pembangkang yang sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang banyak berbentuk menghasut dan memfitnah tanpa mempedulikan maruah dan tatasusila yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin. Lantaran itu maka rakyat telah mendesak pendakwaraya menjalankan tugas yang sepatutnya bukannya melengahkan kes-kes yang melibatkan pemimpin pakatan rakyat.

Dengan itu bermula lah episod pendakwaan terhadap pemimpin pakatan rakyat di mahkamah setelah sekian lama tertangguh. Namun begitu mereka menuduh pula “Attorney general” membuat dakwaan terpilih namun hakikatnya mereka sendiri yang telah melakukan kesalahan menghasut dan memfitnah. “Berani buat berani tanggung” jangan lah jadi pengecut.

Perkara yang kita perlu sentiasa ingat bahawa Majlis Peguam telah nenyatakan sokongan terhadap pakatan rakyat samada secara langsung ataupun tidak langsung. Dengan erti kata lain, mereka ini yang amat arif tentang perundangan negara merupakan orang yang tahu bagaimana cara untuk memanipulasikan undang-undang demi memastikan kesinambungan gerakan menghasut dan memfitnah kerajaan Barisan Nasional dan apa sahaja yang berkaitan.

Baru-baru ini, Naib Pengerusi PKR Johor Hassan Karim yang dipanggil Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan mengeluarkan kata-kata menghasut terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah di laman Twitternya pada 15 Ogos lalu. Beliau telah bertindak “mengunci mulutnya” dengan menggunakan haknya untuk tidak menjawab apa-apa ketika disoal siasat. Inilah yang kita maksudkan dengan manipulasi undang-undang.

Namun begitu beliau tetap memberitahu kepada pegawai penyiasat bahawa beliau tidak bersalah kerana mempersoalkan percutian Sultan Selangor ketika krisis Menteri Besar melanda Selangor baru-baru ini. Peguam Hassan, Mohd Radzlan Jalaluddin mengesahkan bahawa anak guamnya disiasat mengikut Akta Hasutan 4(1) 1948. Sehingga kini belum ada surat tangkapan atau dakwaan.

Kenyataan Hassan Karim yang berbau hasutan :
“Kerajaan (Tan Sri) Abdul Khalid Ibrahim di Selangor sekarang kerajaan haram; Exco pun haram; keputusan mesyuarat pun haram; gaji pun haram. Istana sokong benda haram. Sultan jenis apa dia ini? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri.

“Sultan Selangor perlu belajar dari Sultan Perak yang lalu. Khalid pun begitu. Kena baca penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar v Zambry,” kata Hassan melalui akaun Twitternya @hakarim51 pada 15 Ogos lalu.

Dengan menggunakan kepakaran mereka manipulasi perundangan maka buat masa ini Hassan Karim telah dilepaskan oleh pihak polis tanpa apa-apa bayaran. Walaupun begitu kertas siasatan masih lagi berjalan. Pendakwaan hanya akan dibuat selepas semuanya selesai. Dan yang paling penting Hassan Karim perlu didakwa dan dihukum seberat-beratnya memandangkan tindakan beliau jelas bermaksud untuk menghasut dan boleh menggugat keamanan negara.

Para pemimpin pakatan rakyat amat “gerun” kepada Akta Hasutan 1948. Ini bermaksud, Akta Hasutan merupakan instrument yang amat penting dalam mengawal tingkah laku melampau para pemimpin pakatan rakyat. Medium ini berguna dalam menjaga keharmonian dan keamanan negara. Oleh itu ianya tidak sepatutnya dihapuskan dan digantikan dengan akta yang lain. Semoga pemimpin negara kita turut dapat memahami kepentingan Akta Hasutan 1948 ini kepada negara kita.






6 Komen to Akta Hasutan : Cara Terbaik Kekang Hasutan Melampau Pemimpin Pakatan Rakyat

  1. hentam ajelah says:

    ….sekiranya najib dan pengampu disekelilingnya gagal disedarkn eloklah dilanggar dlm pru akan dtg kata tun m. Lepas langgar nk berselindung parti yg mana?…..

  2. dagang says:

    Itulah bila pepatah menyeru supaya ‘cakap beradap’ dianggap tidak relevan lagi masa kini maka mulut celupar pun mula cakap menghasut sana sini untuk kepentingan sendiri dan pati.

    Inilah budaya songsang diperkenalkan olih puak persatuan haprak . Natijahnya kaum Bumi yang berpecah belah. Raja bukan tak bolih ditegur tetapi biar beradap sopan dan penuh beradat.

    Tetapi refomasi dilaung2kan itu menjadikan melayu bermulut longkang dan menjadikan melayu sendiri bangun melawan menjatuhkan kerajaan pimpinan melayu itu sendiri. Yang bertepuk sorak sekarang puak2 rasis yang teringin sangat menguasai negeri2 maju berpontensi di barat semenanjung. Menjadikan pati refomasi tempat berpijak mencapai hasrat.

    Tengok ramai pemimpin melayu telah kena ‘ brain wash’ dengan puak rasis tu. Terus dicucuk hidung memandang melayu tak layak jadi pemimpin dan rasis itulah yang pandai menyuap makanan kemulut mereka. Teruk otak mereka sampai rosak tah bolih dibaiki lagi.

    Sekarang melayu kena kembali kepada semangat KEMERDEKAAN 1957 semula untuk tali pengukur titik perjuangan yang telah tersasar jauh. Andai masih tak sedar lagi maka tunggulah saat kejatuhan kerajaan melayu di Tanah Melayu.

  3. raplahjingaa says:

    Pertengahan tahun 80an dulu…pekara yang hampir sama jugak berlaku…MCA / Gerakan / DAP dan pertubuhan extremist cina menuntut yang bukan-bukan drp kerajaan, dan mula menghasut oarang cina untuk menentang kerajaan.

    Tun berani….operasi Lalang digerakkan bukan setakat ahli politik pembangkang yang ditangkap, ahli politik UMNO jugak ada yang ditangkap dibawah ISA. Beberapa surat khabar Inggeris, Cina dan yang berbahasa Melayu di hentikan pengedarannya.

    Seterusnya…negara kembali aman !! Pemansuhan ISA oleh Najib ialah ” dosa besar ” yang dia telah lakukan pada rakyaat Malaysia. Like it or not…thats a facts.

  4. Paha Kiri Pun Terasa says:

    Kalau kerajaan najib bersetuju hapuskan akta hasutan ini maka janganlah marah jika akar-umbi bersyak wasangka……..

  5. semangat dato' haron says:

    Hapuskan KJ dan Ah jib gor dari UMNO.

Leave a Reply