Menu Utama

Akhirnya Peguam Negara Dakwa Surendran

Setelah berbulan didesak oleh orang ramai, akhirnya Peguam Negara mengambil keputusan mendakwa Naib Presiden PKR N Surendran hari ini atas tuduhan menghina Mahkamah.

N Surendran mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Jika didapati bersalah, naib presiden PKR itu berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara maksimum atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

MP Padang Serai itu dituduh menghasut berhubung kenyataannya berkaitan dengan tuduhan Liwat 11 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amin, yang mewakili pendakwaan, meminta ikatjamin ditetapkan pada RM10,000.

Bagaimanapun, peguam M Puravalen dan Latheefa Koya memberitahu mahkamah bahawa Surendran adalah ahli Parlimen dan seorang peguam, jadi jumlahnya haruslah nominal.

Surendran adalah naib presiden kedua dari PKR yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Sebelum ini ahli Parlimen Batu dan naib presiden PKR Tian Chua juga menghadapi tuduhan yang sama.

Hakim Zainol Rashid Hussain menetapkan ikatjamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 September ini untuk pengurusan kes.






3 Komen to Akhirnya Peguam Negara Dakwa Surendran

  1. pego says:

    At last, pundeki akan dibicarakan…..puas hati aku

  2. memang terok says:

    TETAPI kenapa badan perhakiman negara perlukan desakan, asakan dan ingatan baru mula bergerak untuk ambik tindakan. Kenapa peguam negara perlu diajar untuk laksanakan kerja dan tanggungjawab nya.

    Sudah lama kita nampak ada benda yang tak kena dengan anak Patail ini. Tapi oleh kerana kita tak tahu banyak sangat maka kita tak berani nak huraikan. W/pun begitu tetap kita rasa ada kepincangan dan ketidakcekapan berlaku dari pihak pejabat peguam negara.

    Sesiapa yang faham apa yang berlaku diharap boleh bagi pencerahan.

  3. baba says:

    jangan nanti ada penyelesaian luar mahkamah plak.pastikan setan ni dipenjarakan

Leave a Reply

Threesome