Menu Utama

AIR: 5 Tahun Menipu Rakyat Akhirnya Tembelang Khalid Ibrahim Pecah

Hampir Lima tahun Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor berbohong kepada pengguna air di Lembah Klang dan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dalam isu air Selangor.

Dari ungkapan kroni sehinggalah kononya Menteri Besar sebelum beliau menipu bahawa akan berlaku krisis bekalan air di Lembah Klang pada 2014. Malah Khalid dengan bongkak menyatakan tiada keperluan segera membina Loji Langat 2 seperti perancangan sebelum ini kerana krisis air paling awal akan berlaku pada 2018.

Malah teguran Tuanku Sultan Selangor pada 2012 juga “dibuat bodoh” sahaja oleh Khalid kerana ia sedang berkasih sayang dengan Anwar Ibrahim.

Hakikatnya semua sudah tahu kajian siapa yang benar, BN atau Khalid Ibrahim. Apabila diasak dengan Kajang Move, Khalid lantas bersetuju membenarkan pembinaan Loji langat 2. Ini keputusan politik Khalid untuk bermain tarik tali dengan Anwar Ibrahim. Apabila Anwar umum Azizah akan dicadangkan sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid memuktamadkan rundingan dengan cepat dan pantas.

Setelah berbulan dicatu air secara berjadual, beberapa minggu dicatu air secara senyap dengan mengurangkan bekalan sehingga tekanan air rendah tidak sampai ke tangki atas rumah, Khalid akhirnya mahu menyelesaikan masalah air. Bukan kerana rakyat tapi kerana dirinya tersepit. Itulah Khalid Ibrahim idola Cina di Lembah Klang.

Berikut adalah kenyataan media bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor berhubung penyelesaian jangka panjang isu air di negeri berkenaan.

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor hari ini menandatangani “perjanjian dasar induk” bagi penyelesaian jangka panjang isu air Selangor.

Lanjutan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor yang telah ditandatangani pada 26 Februari 2014, hari ini termeterai satu lagi sejarah yang menandakan kerjasama erat dan komitmen berterusan antara kedua-dua pihak untuk melaksanakan penyelesaian jangka panjang berkaitan isu air di negeri Selangor dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Y.B. Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili, dan Kerajaan Negeri Selangor yang diwakili oleh Dato’ Menteri Besar Selangor Darul Ehsan, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Khalid bin Ibrahim, telah menandatangani “Perjanjian Antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor Mengenai Pelaksanaan Memorandum
Persefahaman Antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor Berhubung Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Selangor”.

Majlis Menandatangani Perjanjian ini turut dihadiri oleh anggota Kabinet Persekutuan, barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Kerajaan Negeri Selangor.

Pencapaian yang penting (breakthrough) ini terhasil setelah beberapa perbincangan diadakan antara kedua belah pihak berasaskan kepercayaan bahawa pertimbangan politik harus diketepikan demi menyelesaikan isu bekalan air dan penstrukturan semula industri air Selangor bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Kebanyakan kandungan MoU tersebut telah diperincikan dalam Perjanjian ini dan beberapa perkara penting sudahpun dimulakan pelaksanaannya termasuk Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (Projek LRAL2) dan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor. Selain daripada ini adalah pelaksanaan projek-projek mitigasi yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi kekurangan bekalan air, Hybrid off River Augmentation System (HORAS) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan penyaluran air mentah secara sementara dari terowong Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) ke Sg Langat.

Bagi penstrukturan semula, urusan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi di negeri Selangor oleh Kerajaan Negeri Selangor telah dimulakan sebaik sahaja MoU tersebut ditandatangani. Untuk itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah mengemukakan tawaran pengambilalihan kepada pemegang-pemegang saham empat buah syarikat konsesi iaitu ABASS, SYABAS, Puncak Niaga Sdn. Bhd. dan SPLASH. Setakat hari ini, hanya pengambilalihan SPLASH sahaja yang belum dapat dimuktamadkan.

Perjanjian ini juga menggariskan tindakan-tindakan penting untuk memuktamadkan pengambilalihan konsesi-konsesi tersebut. Antaranya, pemindahan aset-aset air Selangor yang tidak berkaitan dengan syarikat-syarikat konsesi berjumlah RM2 bilion kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), iaitu anak syarikat milik penuh Kerajaan Persekutuan. Hasil pemindahan ini akan digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan KDEB untuk membiayai pengambilalihan ekuiti syarikat-syarikat konsesi tersebut.

Perjanjian ini juga menetapkan kaedah penstrukturan semula industri bekalan air ini yang melibatkan:

a) Penggabungan operator-operator air di bawah satu special purpose vehicle (SPV) milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang dilesenkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA);

b) Pelaksanaan asset light model melalui pemindahan liabiliti dan aset-aset air bersangkutan dengannya kepada PAAB; dan

c) Pemajakan aset-aset air oleh PAAB kepada SPV tersebut.

Kerajaan Persekutuan juga akan terus komited untuk memudah cara penstrukturan semula ini bagi memastikan rundingan diteruskan antara Kerajaan negeri Selangor dan syarikat konsesi yang belum bersetuju dengan tawaran KDEB bagi membolehkan hasrat pengurusan air secara holistik dan asset light di negeri Selangor tercapai.

Perjanjian ini juga memperincikan kaedah dan komitmen kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan Projek LRAL2 disiapkan pada pertengahan tahun 2017. Dengan siapnya LRAL2 ini, bekalan air yang lebih terjamin sepanjang masa sudah tentu akan memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada kehidupan harian rakyat.

Dalam hal ini juga, Kerajaaan Negeri Selangor akan mengeluarkan semua kelulusan, termasuk berkaitan tanah, kebenaran merancang, permit dan izin lalu bagi jajaran penghantaran bekalan elektrik, yang diperlukan untuk pelaksanaan Projek LRAL2.

Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Projek LRAL2 yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Dato’ Menteri Besar Selangor juga telah ditubuhkan dan telah pun bersidang. Lanjutan daripada itu, dua Jawatankuasa Kerja termasuk satu daripadanya yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor juga telah ditubuhkan bagi menyelesaikan urusan-urusan berkaitan pelaksanaan Projek LRAL2 ini.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa urusan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor dan pelaksanaan Projek LRAL2 ini perlu diberikan perhatian penuh supaya dapat menjamin bekalan air bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya secara jangka panjang.

Dengan termeterainya Perjanjian pada hari ini, hala tuju dan prinsip-prinsip asas yang ditetapkan akan memudahkan gerak kerja bagi menyelesaikan isu-isu bekalan air negeri Selangor. Kepastian ini juga akan membolehkan semua projek pembangunan, industri dan komersial yang telah terjejas berikutan ketidaktentuan bekalan air dapat diteruskan di Lembah Klang.

Kami berdua juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak yang membantu menjayakan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor dan pelaksanaan Projek LRAL2 bagi menyelesaikan isu bekalan air jangka panjang, terutamanya kepada anggota Kabinet Persekutuan, barisan Exco Negeri Kerajaan Selangor serta pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Tan Sri Khalid Ibrahim

– Bernama






10 Komen to AIR: 5 Tahun Menipu Rakyat Akhirnya Tembelang Khalid Ibrahim Pecah

  1. semangat dato' haron says:

    Sekarang sape terbukti benar?

  2. itsme says:

    aku percaya isu MB SGOR juga adalah taktik tarik tali anwar utk mendapatkan laba dr kerajaan pusat bg projek langat2. anwar kecewa diketepikan dr perjanjian utk langat2 lantas beliau beranggapan “laba” langat 2 hanya pergi kekocek khalid berahim sorg.. anwar dpt kacang putih atau putih mata.. lalu berdentumlah isu tukar MB.. anwar yg mata duitan dan gila kuasa ni pasti sgt kecewa ketika ini… manakala khalid pula lega sbb hutang ngan bank islam leh settle.. hahha

  3. korokstabang says:

    kalu tak menipu bukan pakatan rakyat nama nya ehh salah yang sebetulnya pakatan rompak

  4. dkds says:

    Khalid ibrahim bodoh..upah konsultan berjuta untuk rangka strategik pembekalan air…last-last terima pakai saranan BN….kalau dari dulu kan senang….sebab nak jilat anwar punya hal…membodohkan diri dan rakyat selangor

  5. dagang says:

    Rakyat Selangor perlu sedar bahawa duit Selangor berbilion itu sudah ada orang fukatan haprak meleleh air lior melihatnya……..tunggu masa nak ngap sahaja…….

  6. Rohee colnago says:

    Inilah politik. Khalid dulu di lembukan oleh Anuwar. Kerana Ego, riak, sombong dan bangga diri serta tamak menyebabkan rakyat Selangor susah sekarang. Rakyat perlu lihat dan belajar. Aliran yang di bawa oleh PR sememangnya membawa kebinasaan. Negara yang aman tenteram kini bergolak.
    Sapa yg lantik Si Khalid? Sapa yang nak terajang Khalid? Dan sekarang sapa yang sokong Khalid? Pelik politik orang Selangor ni…..

  7. Baba says:

    Pakatan memang tak mampu nak perintah dgn baik.

  8. Ababyl79 says:

    aku nak tengok si gagap berani saman mana-mana pihak(terutama dari PKR) membuat tuduhan konon isu air dimeterai sebab kerajaan pusat telah berjanji akan settlekan hutangnya itu

  9. KUKUBIMA says:

    AKIBAT KEBODOHAN MELAYU SELANGOR(BUKAN SEMUA ) AKHIR NYA CINA YG KENYANG ,KETIKA CATUAN AIR BERLAKU KEBANYAKKAN KAWASAN PURE CINABENG TAK TERJEJAS LANGSUNG ,KALAU KAWASAN MELAYU TU YG DIJADIKAN SASARAN,DAH LAH SEGALA PELUANG EKONOMI DI BOLOT OLEH MEREKA.AKHIR NYA NYA MELAYU SELANGOR YG TAK BERAPA CERDIK TERNGANGA.

  10. Anonymas says:

    Dah terhantuk baru nak terngadah ya, TSKI? Kalau dia nak keluar dari PKR, jangan pula UMNO selangor nak memandai2 ambik dia masuk…TSKI memang spoil. Jahanam parti nanti

Leave a Reply

Threesome