Menu Utama

2 ADUN Belot, Mengapa Pas Sekadar Memejam Mata?

Oleh Riana Abd Aziz

Krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor membawa hikmah yang tersendiri. Allah tunjukkan kepada kita bagaimana rupa sebenar parti yang melaungkan perjuangan menegakkan Islam selama ini. Gambaran perjuangan hanya terlakar pada dada majalah dan makalah terbitan mereka serta bergema di ceramah poltik sahaja.

Ketika Pas dilihat seakan cuba tunjukkan keberanian bersuara dan berpendirian yang tegas dalam isu tersebut, 2 Adun Pas iaitu Adun Hulu Kelang dan Adun Morib telah dilihat secara terang-terang ingkar terhadap ketetapan parti melalui kenyataan rasmi Presiden parti, sokongan Mursyidul Am dan kenyataan rasmi sokongan Dewan Ulamak.

Akibat daripada 2 Adun yang belot itu maka Pas dilihat sudah kalah dalam isu memilih siapa calon yang akan menggantikan Khalid Ibrahim. Kekuatan Pas pada ketika itu adalah ‘kekuatan jumlah kerusi Dun’.

Mungkin perkiraan Hadi Awang bila melihat bilangan kerusi Pas adalah penentu dalam kemelut ini, maka beliau berani keluarkan kenyataan yang bersifat rasmi atas kapasitinya sebagai Presiden Parti. Jangkaannya meleset dan bermulalah episod Pas dihina dan dimalukan dengan gelaran “Parti U-Turn” bila akhirnya Pas akur dengan kehendak rakan pakatan yang lain.

Selama ini Dewan Ulamak Pas adalah badan tertinggi dalam parti dan tindakan 2 Adun tersebut dilihat bakal menjadi ikutan kalau tidak dibendung. Namun hingga ke hari ini, isu tindakan disiplin yang diperkatakan sebelum ini sepi tanpa ada apa tindakan susulan.

Terbaru, di Muktamar Pas ke 49, di Markaz Kuala Ibai pada Sabtu yang lalu, kumpulan ulama mendesak agar tindakan terhadap 2 Adun ini diambil perhatian yang serius.

Usul yang dibawa oleh Dewan Ulama Pas tersebut untuk memelihara keharmonian parti dan jika ini dibiarkan tanpa diambil apa-apa tindakan, mereka mungkin mengulangi perilaku yang sama dan memberi ruang kepada yang lain melakukan perbuatan yang sama.

Bagaikan terdesak kerana terasa dimalukan maka kumpulan ulama ini dilihat siap mengeluarkan firman Allah swt agar tindakan dapat disegerakan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulnya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Malah Timbalan Ketua Dewan Ulamak Negeri Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah juga mendesak Jawatankuasa Tatatertib PAS menjalankan siasatan ke atas mereka dan jika didapati bersalah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib mengikut Perlembagaan PAS fasal 82 (6) (b) bagi kategori pertama, kedua dan ketiga iaitu melucutkan hak-hak mereka dalam parti dan Perlembagaan PAS fasal 82 (6) (d) bagi kategori keempat iaitu dipecat dari menjadi ahli parti.

Jelas dilihat, kumpulan Ulamak makin terdesak untuk naikkan balik imej mereka terutama kepada ahli parti sendiri serta pulihkan kembali imej Ulama Pas di mata rakyat amnya.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali pernah menjawab soalan mengenai isu disiplin ini dan beliau mengatakan bahawa kes disiplin ini akan dibincangkan setelah kemelut Menteri Besar Selangor selesai.

Drama dan sandiwara Pas dalam pakatan pembangkang nampaknya bukan berakhir di sini, ianya bakal berlanjutan hingga ke PRU akan datang. Bayangkan Nik Aziz sendiri pada awalnya begitu yakin dan sanggup membawa Pas keluar dari gabungan pakatan pembangkang tetapi akhirnya tunduk hina kepada kehendak dan keputusan Dap dan Pkr.

Siapa yang berkuasa dalam Pas sekarang? 2 Adun yang belot atau Jawatan Kuasa Disiplin Parti ? Atau hikmah ini hendak meyakinkan kita bahawa sah memang wujud “Anwarinas” dalam Pas yang cuba disangkal pemimpin Pas sejak sekian lama?

Atau adakah ini semua sandiwara semasa Pas dan Anwar mengelabui mata semua orang?

Jika 2 ADUN ini terlepas begitu sahaja, maka sahlah Pas bersandiwara dengan Anwar untuk menghuru-harakan negeri dan memburukkan Tuanku Sultan Selangor.






4 Komen to 2 ADUN Belot, Mengapa Pas Sekadar Memejam Mata?

  1. baba says:

    semua drama pas saja, hari tu dah kata serah dua nama, tiba2 hari cakap tak sokong wan jijah balik……mampus pas ni

  2. itsme says:

    untuk PAS.. jika kepala betul, ekor pun betul….

    buat apa nak ambik pusing pasal anwarinas atau yg lain, jika benar mrk pemimpin yg berjiwa rakyat dan berlandaskan kpd AlQuran & Sunnah sudah pasti srmua ini tdk berlaku..

    prasangka dan lemahnya sifat kepimpinan dlm PAS mmbuatkan ramai yg menganbil kesempatan, tak cukup luar dalam pun hentam.. adakah ini salah pemimpin pertengahan atau bawahan?? ini semua krn pemimpin2 uyama mrk dan yg paling utama.. tgna dan tghh.. apa sifat kepimpinan yg mrk ada selain ilnu agana yg mrk ada dan title tok guru yg membuatkan ramai jd gila sokong tak bertempat.. apatah lg skrg tghh dh dilantik jd naib ketua ulamak sedunia?? apakah tghh lebih hebat dr datok harun din, yg ttnyata mmpjnyai begitu ramai anak murid?? dgn perlantikkan tghh di persatuan ulamak dunia, nyatalah tghh ini jugak hanya giler kuasa.. dan pihak yg melantik beliau jugak tdk membuat kajiselidik yg tepat, jika benar ini keadaannya maka sheikh yussof alqaradhawi juga boleh dipertikaikan. tghh dan anwar juga sama..

  3. alimedanbaru says:

    ok lah aku prasangka baik
    Pas hanya nak bagi anwar stem saja
    syok awal
    akhirnya longlai
    Pas sengaja nak lambatkan permainan
    sementara mencari penyelesaian
    yg tak selesai-lesai
    susah-susah pergilah bincang dgn UMNO
    habis citerr

  4. sireh ke gagang says:

    2 adun tersebut adalah proksi anwar . masuk PAS semata2 untuk menjadi spy anwar shj . baju PAS , tapi hati pada Anwar. sebab itu Pas tak boleh buat apa2 skrg.

Leave a Reply

Threesome