Menu Utama

August, 2014

 

JKKK Tak Sama Dengan PPS

PENANGKAPAN beratus-ratus ahli Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang ditaja DAP hari ini, cuba diselewengkan faktanya oleh pakatan pembangkang yang mendakwa pasukan itu setaraf dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK). Dari pagi tadi membawa ke malam, penulis terima beberapa kenyataan dari puak yang ada kaitan dengan DAP yang cuba mempersoalkan tangkapan tersebut dan kenapa PPS ini baik kerana kononnya setaraf dengan JKKK.  Kok betul takpelah juga, tapi salah semuanya. Yang bodoh-bodoh para balaci tak tahu hujung pangkal ini pun percayalah bulat-bulat bahawasanya PPS ini setaraf dengan JKKK. Betulnya, mana pulakBaca Lagi


Exco Pulau Pinang ditahan Polis.

Difahamkan exco Pulau Pinang YB Phee Boon Poh telah ditahan di Balai Polis Polis Daerah sebentar tadi.Perkara ini telah dinyatakan oleh Rsn Rayer melalui facebooknya. Sementara itu Bernama telah melaporkan Polis telah menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi ini di kawasan Padang Kota, diBaca Lagi


Siapa Yang Panggil Ketua Polis Negara Anjing, Fitnah Polis Zalim Kerana Ambil Tindakan Ke atas PPS?

Pengarah satu kumpulan penyelidikan yang dikenali sebagai Inter-Research And Studies (IRAS), Viktor Wong, telah memanggil Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai anjing kerana mengambil tindakan ke atas pertubuhan haram Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang hari ini. Selain itu, Viktor turut memfitnah bahawa Polis menyerang anggota PPS dan berlaku kejam, sedangkan proses tahanan berlaku secara aman malah tidak bergari pun. Malahan mereka yang ditangkap kelihatan melambai-lambai tangan kepada media yang membuat liputan. Pagi tadi Polis menahan Hampir 200 anggota Pasukan Pertubuhan Sukarela (PPS) selepas menyertai sambutan HariBaca Lagi


Selagi Ada Pemikiran Menyokong dan Bersetuju Dengan Anwar Ibrahim, Kita BELUM LAGI MERDEKA!

Sehingga ke saat ini, Anwar Ibrahim masih gagal menjelaskan mengapa dia bersungguh-sungguh mahukan isterinya menjadi Menteri Besar Selangor. Walaupun dia cuba bermain alasan cliche kononnya, isterinya mempunyai keupayaan dan pengalaman, tetapi penyanggahan terhadap hujah-hujahnya itu membungkamkan mulut Anwar Ibrahim. Sesiapa pun yang mencermati kemelut di Selangor akan tertanya-tanya apakah permainan sebenar Anwar Ibrahim yang berkeras mahukan isterinya menjadi Menteri Besar Selangor, sehinggakan tidak seorang pun ADUN PKR apatah lagi PAS, mempunyai kelayakan untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Lebih menarik lagi ialah, kesungguhan Anwar Ibrahim, PKR dan DAP untuk mempertikaikan pulaBaca Lagi


Najib garis tiga Amanat Merdeka

Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera untuk generasi akan datang adalah antara tiga Amanat Merdeka yang digariskan Datuk Seri Najib Tun Razak demi kesinambungan negara bangsa supaya terus gagah bersaing di persada antarabangsa. Perdana Menteri menggariskan: * Amanat Merdeka Pertama: Mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan. * Amanat Merdeka Kedua: Memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan. * Amanat Merdeka Ketiga: Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera. Berucap menyampaikanBaca Lagi


Kakitangan MAS Mari Lihat Hati Busuk Anwar Ibrahim dan DAP

Agak melucukan melihat kenyataan dua parti pembangkang PKR dan DAP yang cuba membelasah tindakan kerajaan melakukan penstrukturan semula Syarikat Perbangan Malaysia (MAS) dan melakukan suntikan pelaburan sebanyak RM 6 bilion. Ketika Anwar Ibrahim mempertikaikan usaha Khazanah Nasional untuk mengurangkan kos pengurusan dengan mengurangkan 6000 kakitangan MAS, DAP pula mahu syarikat terbabit diisytihar muflis. Anwar mungkin cuba menjadi hero dengan mempersoalkan mengapa 6000 ini dikorbankan bukannya pengurusan MAS. Anwar juga mempersoalkan apa akan jadi kepada nasib 6000 orang ini. Andaian Anwar ini sangat aneh dan pelik. MAS belum mengumumkan siapakah yangBaca Lagi


Jutawan Astro dan Maxis Didakwa di India

MUMBAI, Aug 30 — Polis Persekutuan India telah memfailkan tuduhan rasuah (corruption) dan konspirasi jenayah (criminal conspiration) ke atas tokoh perniagaan Malaysia yang terkenal sebagai mogul Media dan Telekomunikasi, T. Ananda Krishan. Ananda yang menguasai Astro dan Maxis di Malaysia bakal dibicarakan bersama bekas Menteri Telekomunikasi India (2004-2007) Dayanidhi Maran dituduh berkompolot dan memberi suapan bagi membantu syarikat telekomunikasi Maxis mengambil alih ke atas penyedia rangkaian telefon bimbit India, lapan tahun lalu. Turut didakwa ialah jutawan India yang juga merupakan adik kepada Dayanidhi, Kalanithi Maran dan pembantu kepada Ananda Krishna,Baca Lagi


Calon Pengkalan Kubor: Pas Mahu Balas Dendam, Gelojoh atau Terus Bersandiwara

Oleh Riana Abd Aziz Ketika masalah pengisian jawatan Menteri Besar di Selangor masih belum selesai, Pas dilihat cuba memperbetulkan persepsi kononnya selama ini mereka hanyalah kuda tunggangan Dap dan PKR. Selain menyokong Khalid Ibrahim dan mencadangkan Azmin Ali sebagai pilihan kedua, mereka juga menuntut kembali kerusi DUN Pengkalan Kubor, Kelantan. Ketika PKR sudah dua penggal diberi laluan untuk kerusi tersebut, kini Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menyatakan parti tersebut berhasrat untuk meletak calon dalam pilihan raya kecil kali ini. KerusiBaca Lagi


Kewujudan Pasukan Peronda Sukarela Perlu Disiasat Sehingga Ke Akar Umbi

Lim Guan Eng merupakan orang yang paling tercabar apabila Pasukan Peronda Sukarela dipertikaikan kewujudan dan fungsinya. Malahan, dek kerana tercabar dan bengang dengan pelbagai pendedahan yang dibuat oleh Huan Chen Guan serta media, Lim Guan Eng bertindak melampaui batasan apabila dia mencabar Ketua Polis Negara bersemuka dengannya, bahkan mengambil tindakan terhadap PPS. Polis bagaimanapun, dalam satu kenyataan terbaru memberitahu, Pasukan Peronda Sukarela akan disiasat dan anggota-anggotanya juga akan ditangkap sekiranya terus bermaharajalela. Alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng amat mudah untuk menghalalkan kewujudan Pasukan Peronda Sukarela. Katanya, Pasukan PerondaBaca Lagi


Sama Ada Pakatan Rakyat Memang Betul-Betul BAHLOL Atau Sengaja Nak Tunjuk Derhaka!

PAS menerusi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad telah menyatakan bahawa PAS Pusat membuat keputusan untuk menamakan tiga orang ADUN dari PKR untuk dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar. Manakala DAP dan PKR pula hanya menamakan Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal untuk jawatan yang telah menimbulkan keributan di seluruh negara. Istana Selangor telah mengeluarkan sepucuk surat yang memaklumkan bahawa Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS) perlu menghantar lebih dari dua nama setiap parti. Dengan kata lain, jumlah paling mininum nama calon yang perlu dihantar adalah enam.Baca Lagi