Menu Utama

#MH17: Mahfuz Buat Lawak Lagi

Oleh Nur Azlina Shaari

Sungguhpun kita bersimpati dengan tragedi MH17 dan berkongsi kesedihan dengan ahli keluarga yang terkorban, namun cadangan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar supaya mereka yang terkorban dianggap sebagai sebagai wira negara sangat tidak masuk akal dan tidak realistik.

Mahfuz telah menggesa agar kerajaan membuat sambutan rasmi sebagai Wira Negara kepada semua jenazah MH17, yang bakal tiba di Malaysia yang dijangkakan pada pagi Hari Raya Aidilfitri, sebagai pengiktirafan kepada “wira negara” yang telah “berkorban” dalam nahas ini.

“Kita perlu menyambut mereka sebagai wira negara kita, kerana pemergian mereka satu kehilangan besar bagi negara dan kita semua. Mereka telah dibunuh secara kejam yang sama sekali tidak boleh diterima oleh kita semua,” kata Mahfuz.

Kerajaan sudah tentu akan menyambut ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 dengan cara sewajarnya. Namun mendesak mangsa yang terbunuh diberi sambutan wira negara bukan sahaja tidak tepat malah merendahkan pengorbanan sebenar wira-wira negara dalam mempertahankan negara dan mengangkat panji-panji negara.

Nampaknya, Mahfuz terlalu keliru dan pening dengan tragedi MH17 yang secara tiba-tiba berlaku kepada negara kita. Apakah MH17 pesawat yang membawa agenda negara atau sekadar pesawat komersial biasa yang menjadi mangsa konflik yang tiada kena mengena dengan kedaulatan dan kepentingan negara?

Mahfuz juga nampak gayanya tidak dapat membezakan makna antara wira negara dan penumpang pesawat. Semua rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas MH17 adalah digelar sebagai penumpang, bukanlah wira negara yang dalam perjalanan untuk berkhidmat dalam peperangan mahu pun perjuangan mempertahankan negara.

Jadi, di manakah logiknya mengatakan mangsa-mangsa MH17 adalah wira negara? Di sini jelas sepertinya Mahfuz mempersendakan identiti mangsa-mangsa yang terlibat dalam nahas ini. Juga, Mahfuz tidak menghormati perasaan dan keadaan keluarga mangsa yang masih lagi berkabung kerana kehilangan orang yang tersayang.

Andaian pada masa ini ialah pesawat komersial terbabit ditembak jatuh, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dan oleh siapa masih lagi dalam siasatan. Justeru tidak wajar tanpa sebarang pengesahan atau bukti jelas, seorang pemimpin politik negara ini menganggap mereka dibunuh.

Jauh bezanya antara dibunuh dengan terbunuh. Antara ditembak dengan tertembak.

Seharusnya, Mahfuz tidak boleh menggambarkan kematian mangsa-mangsa MH17 sebagai ‘dibunuh’. Perkataan ‘dibunuh’ yang diguna pakai oleh Mahfuz mampu merosakkan usaha Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang berusaha bersungguh-sungguh berunding untuk menyelesaikan siasatan MH17 dan pengurusan membawa pulang mayat rakyat Malaysia yang terlibat. Mungkin juga, ia mampu mengeruhkan keadaan antara kerjasama Malaysia dengan Ukraine dan Rusia.

Malaysia juga berusaha sehabis baik agar tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mampu mewujudkan pertelingkahan antara ketiga-tiga negara ini supaya usaha siasatan MH17 tidak terganggu.

Namun seperti biada Mahfuz memilih membuat kenyataan yang aneh-aneh termasuk meminta kapten pesawat bebas menentukan laluan pesawat komersial dan mendakwa MAS memilih laluan yang salah.






14 Komen to #MH17: Mahfuz Buat Lawak Lagi

  1. Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

    Ahli2 PAS semuanya bodoh2 belaka…

  2. hentam ajelah says:

    ….dulu ckp komunis tu wira….skrg komunis tu tembak mati boleh pulak kata yg mati tu plak wira…pas+cinabeng=yahudi tanah melayu…

  3. itsme says:

    pembangkang mana ada kerja… ni lah kerja dia org, buat benda2 merepek…

  4. raplahjingaa says:

    Kita sedih dengan kematian depa….tapi nak beri anugerah wira negara ?? agak-agak la mahpus oiii….mahpus piang ni nak ambil kesempatan nak bodek keluarga mangsa…kot-kot depa akan kata PAS bagus dan terus mengundi PAS !! niat jahat mahpus beratus batu aku boleh hidu !! dia ingat orang lain sebodoh macai PAS ke ??

    Ketua penerangan PAS ?? hahahahahahah…dah sah PAS tak terang ! kelam ! gelam gelita !!

  5. Saya terer says:

    Agaknya nak mampus dh mahpuz ni.. Bodon sgt statement dia. Mampus lagi better

  6. korokstabang says:

    bagus bagi cadangan tapi jangan lah bagi cadangan bodoh wahai beans

  7. Pak Tho says:

    Dalam Pas yg cerdik skit Hj Hadi je, sebab itu dia tetap sokong khalid sebadai MB. Yang lain spesis pemikiran standard bangral @keldai.

  8. zan says:

    Hang ni mahpuz..tak malu ka…merapu tak habis2

  9. anoi says:

    dia nak tarik minat keluarga mangsa yang terkorban supaya diberi penghormatan, walhal ini adalah tragedi yang tidak disangka2 menimpa, apa pulak wira kalut betul bean ooh bean.

  10. Anti Pengkhianat says:

    BODOH BOTINGKEK TINGKEK

  11. songkok says:

    Mahfuz layak masuk mop papua.

  12. Rohee colnago says:

    Sebenornya dia yg nak gelaran ni….

  13. anakbochek says:

    Adik ipar saya orang PAS cadangkan kita berperang dgn Ukraine. Terkedu aku dgn kenyataan “bijak” tersebut. Dia berperang ni mcn main perang2 pakai senapang kayu ke.

  14. matmenengung says:

    ….. akhirnya najib ikut mahfuz jugaaa .. maka bukan mahfuz sorang sajalah yg buat lawak. kerajaan malaysia dah buat lawak.

Leave a Reply

Threesome