Menu Utama

DNA atau Gelatin Babi Haram Di Bawah Sijil Halal Malaysia – JAKIM

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha menegaskan bahawa Sijil Halal Malaysia yang dikeluarkan tidak pernah menghalalkan penggunaan gelatin atau DNA babi dalam sebarang bentuk produk makanan.

Bercakap kepada Bernama, Othman menyatakan masyarakat perlu bertenang dan berfikir secara waras kerana sebagai badan Islam, tidak mungkin Jakim mengkhianati kepercayaan yang diberi.

“Sama seperti anda, saya juga orang Islam, malah pegawai saya juga beragama Islam dan kami ada keluarga yang juga pengguna Islam… takkanlah kami tergamak melihat dan membiarkan keluarga kami dan orang Islam lain untuk memakan produk yang kandungannya mempunyai unsur babi.”

“Malah, ramai pekerja di syarikat besar milik antarabangsa ini terdiri daripada orang Islam… takkan mereka hendak lepaskan sesuatu yang tidak halal untuk dimakan kepada masyarakat dan keluarga mereka,” katanya dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.



(Next News) »



Satu Komen to DNA atau Gelatin Babi Haram Di Bawah Sijil Halal Malaysia – JAKIM

  1. Ababyl79 says:

    tidaklah pelik jika yang tidak pernah pergi sekolah dan tidak reti membaca punya orang terus menghentam JAKIM

    pelik walaupun JAKIM sudah membuat ujian dan mengesahkan tidak terdapat DNA babi dalam 2 jenis cokelat Cadbury tapi yang pergi sekolah sampai ke pusat pengajian tinggi punya orang terus menghentam JAKIM…dapat ijazah itu beli dengan sindiket di chow kit ke?

Leave a Reply

Threesome