Menu Utama

June, 2014

 

Pecah Kepala Rakyat (PKR)


Ahli Akademik Bukan Kebal dan Maksum, UMcedel Sudah Lama Diragui Kredebilitinya

Keputusan Universiti Malaya dan Kerajaan untuk tidak menyambung kontrak Prof Datuk Dr Mohamad Radzuan Othman sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial adalah merupakan hak preogratif dan pentadbiran. Ia bukan hak pelajar, tenaga akademik mahu pun mana-mana pemimpin parti politik atau mana-mana media massa. Justeru walau apa pun yang alasan atau sebab tindakan tersebut ia adalah hak majikan yang mencari sumber kewangan bagi membayar gaji mereka dan menyediakan pelbagai kemudahan bagi kakitangan akademik. Jawatan Dekan Fakulti Sastera dan SainsBaca Lagi


Penglibatan Lotfi Di Syria, PAS Sudah Lama Tahu?

Oleh Nur Azlina Shaari Pendedahan beberapa orang rakyat Malaysia yang terlibat dalam perjuangan berani mati di Syria baru-baru ini begitu mengejutkan negara kita apatah lagi sebelum ini, kita mengetahui amat jarang rakyat Malaysia terlibat dengan perkara-perkara tertentu di luar negara. Penglibatan tersebut kalau difikirkan adalah satu jalan yang sama ada membawa kepada kesan sia-sia semata-semata serta tidak menguntungkan hanya atas dasar mahu menegakkan syiar Islam dan mahu mendapatkan gelaran Jihad sahaja. Umum mengetahui penglibatan seorang bekas pemimpin Dewan Ulama PAS dalam perjuangan di Syria juga mengejutkan Malaysia baru-baru ini. Namun,Baca Lagi


Salah laku Pentadbiran Khalid ; Pemimpin BN Selangor Membisu?

Oleh Riana Aziz Nampaknya Khalid Ibrahim seolah-olah tidak dilepaskan dengan mudah, malah isu-isu yang membabitkan pemberian kontrak oleh Kerajaan negeri Selangor mula didedahkan oleh orang dalam sendiri. Sejak beliau tewas mudah di cabang sendiri dalam perebutan jawatan Ketua Cabang, pendedahan demi pendedahan tentang salah laku dalam pentadbiran beliau mula disebarkan agar beliau dilihat tidak mampu lagi mengurustadbir negeri termaju di Malaysia ini. Sahabat karib beliau dalam Parti Dap juga dilihat membisu seolah-olah turut restui akan desakan agar beliau undur dengan segera dari kerusi Menteri Besar tersebut. Tony Phua sendiri denganBaca Lagi


Kepala Lembu Rumah Rayer Satu Drama Tamil?

MARI bertanya pada diri masing-masing, apakah masuk akal seseorang berniat jahat nak mencampakkan kepala lembu depan rumah, akan berjoget-joget pula dulu dan melakukan perkara itu betul-betul depan CCTV. Persoalan nombor satu, mana dia tahu ada CCTV disitu, persoalan nombor dua, yang berjoget-joget tu apahal pulak? Kejadian ini merujuk kepada penemuan kepala lembu depan rumah ADUN DAP, RSN Rayer yang sedang teruk dihentam kiri dan kanan kerana menggelarkan UMNO sebagai parti celaka dalam sidang DUN beberapa minggu lepas. Menariknya, ini bukan kali pertama kejadain seumpama ini berlaku. Sebelum ini bangkai ayamBaca Lagi


Landasan Kedua Bukan Keperluan Tapi Sebab Cemburu

KALAU tak sebab Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir buka mulut mahukan sebuah Lapangan Terbang di Kulim, jangan mimpilah Guan Eng nak buka mulut pasal keperluan untuk bina landasan kedua di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Menunjukkan apa juga auta menjustifikasikan pembinaan landasan kedua itu hanyalah rekaan Guan Eng sebab dia cemburu Kedah nak dapat 1 lapangan terbang lagi, sementara Pulau Pinang yang DAP tadbir, macam itu sajalah. Kata kuncinya nak buat landasan tu sebab cemburu, bukan ada fakta sama sekali. Pulau Pinang pun dah ada 2 jambatanBaca Lagi


Menteri Besar Selangor Akan Diganti Bila-Bila Masa?

Oleh Riana Abd Aziz Kekalahan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor dua hari lalu seperti turut menunjukkan tempoh hayatnya sebagai Menteri Besar Selangor juga bakal berakhir. Kekalahan ini merupakan isyarat jelas kepimpinan tertinggi PKR mahu Khalid berundur secara terhormat bukannya melalui undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor. Justeru untuk memaksa Khalid berundur ialah melalui kekalahan beliau di kawasan sendiri. Sepenggal yang lalu beliau disanjung tinggi kononnya sebagai Menteri Besar Selangor, negeri termaju di Malaysia, beliau mampu ‘menyimpan’ wang rakyat dalam tabung negeriBaca Lagi


Judi: Pemuda UMNO Wilayah Desak Ambil Tindakan

Pemuda UMNO Wilayah menyambut baik atas pembongkaran Mingguan Malaysia terhadap kegiatan judi yang berleluasa di seluruh Negara. Kegiatan ini dilihat seperti mempunyai lesen besar dari pihak berkuasa sehingga pelabur judi haram tidak pernah ada rasa takut untuk melabur. Empunya premis juga sudah lali dengan tumpulnya gigi pihak berkuasa sampai tidak ada rasa gundar untuk menyewakan premis mereka untuk kegiatan judi. Ada beberapa pihak yang perlu kita GEGAR atau dikenakan renjatan Letrik bagi membangunkan mereka, bagi menyedarkan mereka bahawa “sedar atau tanpa sedar, jabatan/kementerian kamu menghalalkan judi di seluruh Negara” 1.Baca Lagi


Perdana Menteri Lawat Hadi Awang

YAB PM Dato Sri Mohd Najib Tun Razak telah menziarah Presiden Pas, DS Hadi Awang di IJN sebentar tadi. Mohd Najib meluangkan masa kira-kira 40 minit melihat perkembangan terkini kesihatan Presiden PAS. Hari pertama Ramadhan yg cukup bermakna buat umat islam tanah air.


CEO Petronas Menipu, Campur Tangan Kerajaan Tidak Berlaku?

KECAMAN terbuka CEO Petronas, Shamsul Azhar Abbas terhadap kerajaan yang dikatakan campur tangan dalam urusan Petronas, adalah satu dakwaan yang serius yang telah mencemarkan imej kerajaan kerana dibuat tanpa bukti sama sekali. Dia tuduh birokrat kerajaan dan UMNO campur tangan, dia tuduh Melayu nak cara mudah saja untuk dapat kontrak dari Petronas dan macam-macam lagi dengan hanya modal air liur, kalau ini tak menjejaskan, penulis tak tahu nak gelar apa. Walaupun Shamsul cuba menjaga punggongnya sendiri dengan mengasingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari kecamannya terhadap kerajaan danBaca Lagi