Menu Utama

Wakil Rakyat Kurang Bekerja, Agensi Kerajaan Banyak Lepas Tangan

pdm2

Setiap kali Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum, perkara pertama yang akan menjadi tumpuan ialah culaan, kajiselidik, mahupun berkempen dari rumah ke rumah. Sekaligus menyebabkan pelbagai nanah, kohong dan tokak yang tersembunyi selama ini, terdedah dengan seluas-luasnya.

Bagi pihak yang sedang menyandang gelaran wakil rakyat, pendedahan sebegitu akan menyebabkan mereka berasa diaibkan. Manakala parti yang menguasai kerusi baik Kerusi DUN mahupun Parlimen berasakan, ia adalah satu penganiayaan kepada parti berkenaan.

Namun sebenarnya, pendedahan-pendedahan yang dikatakan mengaibkan, memalukan dan cubaan menikam belakang, sebenarnya sangat baik kepada masyarakat mahupun kepada KPI agensi-agensi terbabit.

Pengabaian dan sikap acuh tak acuh ketika menjalankan amanah yang diberikan, sudah terlalu sinonim dan mudah ditemui bersama-sama bukti.

Sepatutnya peluang serta maklumat yang dikeluarkan sepanjang tempoh berkempen ini digunakan untuk memperbaiki KPI masing-masing, bukannya dianggap sebagai satu penghinaan kepada mereka. Malah sepatutnya segala maklumat tersebut diproses bagi menambahbaikkan mutu perkhidmatan, bukannya terus memberikan alasan demi alasan.

pdm1

Inilah yang berlaku di PRK Teluk Intan. Ianya bukan satu fitnah bahawa terdapat banyak kes yang perlu dibantu, tetapi diabaikan. Bukan juga kes terpencil apabila individu berkenaan mendedahkan bagaimana permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan ditolak dengan pelbagai alasan, termasuklah kerenah politik. Anehnya pihak berkenaan bagaikan sudah mempunyai jawapan standard iaitu individu berkenaan tidak pernah membuat sebarang permohonan bantuan walhal perkara sebenar adalah sebaliknya.

Matlamat kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar, seringkali terbantut dengan pengkhianatan seperti ini. Walaupun kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk bantuan kepada individu-individu miskin, namun ada pihak tertentu dari agensi-agensi terbabit tidak menyalurkan bantuan berkenaan kepada yang berhak. Bantuan yang seharusnya diberikan secara berterusan, sekadar diberikan untuk memenuhi KPI kononnya, segala bantuan telah diberikan, taraf hidup si miskin sudah berubah dan agensi telah menjalankan tugas mereka, sekaligus mengubah status dan data kemiskinan di daerah terbabit. Padahal, ianya tidak berubah bahkan membuatkan rakyat miskin berasakan mereka sudah ditipu oleh kerajaan.

Tinjauan yang dibuat sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil turut mendedahkan tentang sikap sesetengah wakil rakyat terutama sekali ADUN yang mungkin terlepas pandang kerana kurang maklumat atau kerana ADUN itu sendiri jarang melawat kawasan bagi meningkatkan sokongan kepada diri mahupun parti yang diwakilinya.

Itu yang boleh diperhatikan di Teluk Intan. Walaupun secara dasarnya tidak ada mana-mana wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yang bekerja untuk rakyat, sebaliknya sekadar menumpang kemarahan rakyat kepada kerajaan, namun wakil rakyat dari parti kerajaan juga melakukan kesilapan yang turut memalukan apabila sepanjang tempoh selepas PRU-13, masih ada kawasan yang tidak pernah dijejaki atau dilawatinya.

pdm3

Menjaga rakyat sepatutnya dikongsi antara wakil rakyat dengan agensi termasuklah Pejabat Daerah. Namun pelbagai aduan yang diterima daripada golongan marhein sehinggakan ada yang mengadu permohonan bantuan untuk rumah telah dibuat dari tahun 2008 lagi, tetapi sehingga sekarang keputusannya masih belum diketahui, amat menyedihkan.

Kempen mendapatkan undi memanglah sesuatu yang wajib. Namun kewajipan dan publisiti sebenar adalah daripada hasil kerja wakil-wakil rakyat, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan mahupun Ahli Jawatankuasa yang menentukan sama ada calon dari parti mereka mendapat sokongan atau sebaliknya.

Jangan salahkan rakyat apabila rakyat menolak calon-calon dari kerajaan yang memerintah, tetapi salahkan diri sendiri yang menyombong, sukar dihubungi dan sukar dilihat berterimakasih kepada PDM yang memenangkannya. Rakyat sekarang sudah semakin cerdik dan pilihan untuk mereka memilih wakil juga semakin besar tanpa perlu berkempen secara retorik. Walaupun mungkin Pakatan Rakyat sekarang ini sedang menunggang keuntungan daripada hasil retorik, namun lama-kelamaan penyokong mereka sendiri akan sedar bahawa retorik tidak akan membangunkan rumah, tidak akan menyediakan peluang pekerjaan dan tidak akan menyelesaikan pelbagai masalah.






14 Komen to Wakil Rakyat Kurang Bekerja, Agensi Kerajaan Banyak Lepas Tangan

  1. Baba says:

    Harap mereka turun membantu.

  2. raplahjingaa says:

    Wakil rakyaat yang tak peduli hal rakyaat aku kira merangkumi 85% dari semua wakil rakyaat kat Malaysia ni, tak kira dari parti memerintah ataupun pembangkang. Bila musim mengundi…depa ni semua pijak semut pun tak mati, orang tua melintas jalan pun depa sanggup berhentikan kereta dan keluar menahan kereta yang lain demi memberi laluan pada makcik tu, bila dah menang…tengok makcik yang sama melintas jalan, depa siap bagi hon lagi dengan muka marah-marah. Rakyaat Malaysia mengundi ikut parti dan bukan ikut sikap wakil yang bertanding.

    Tu yang peliwat bertanding pun boleh menang !!

  3. veteran says:

    Dan…

    mana pulak JKKK,Ketua Masyarakat,Pegawai Daerah,Pegawai Pertanian,Pegawai2 itu ini dan sebagainya..

    wakil DUN dan wakil Parlimen hanya seorg dua di sesuatu tapi pegawai2 kerajaan bukan sikit..apa mereka buat..gaji masuk setiap bulan…ada buat kerja ke?

    kalau kita ambil sikap menuding jari setiap kali ada masalah..sampai bila pun kita tidak maju.Kita buat sendiri utk sendiri.Baru bantu org lain.

    letih sangat memikir hal kita

  4. hentam ajelah says:

    ……aik?…penyokong kerajaan pun hentam kerajaan….demokrasi sedang mekar semekar dyana….(melayu pantang tgk dahi licin sikit dah…..)

  5. lang buana says:

    Betul tu. Bila nak mengundi baru nampak batang hidung…tapi walau apa pun kerajaan berusaha….pihak pembangkang tetap dihati mereka….

  6. moo says:

    Rakyat menilai. BN bernasib baik kerana control main media..kalau tdk..dah lama melingkup..

  7. raplahjingaa says:

    BN control media apa moooo ??? hang ni ketinggalan zaman la moooo, Kerajaan kita tak pernah control internet macam Singapura dan China. Kalau hang bercakap pasal TV…rakyaat Malaysia yang tengok TV 1,2 dan 3 hanyalah penyokong kerajaan, cai pembangkang dah haramkan TV kerajaan.

    So main media yang macam mana ??? selagi BN memerintah secara baik walaupun tak sempurna, macam mana nak lingkup ?? yang dok lingkup hampir 60 tahun dah ialah pembangkang !!

  8. mzma says:

    Inilah wajah sebenar Agensi kerajaan Malaysia semuanya nak melutut kat pejabat dia orang. Sepatutnya dia orang yang keluar pejabat mencari keluarga-keluarga yang sepatutnya diberi bantuan. Agensi JKM, lebih suka membazirkan bajet membeli bas-bas ekpress kerana ada duit kopi (khasnya SUB Pengurusan-ore kelate). Begitu juga agensi Baitulmal/Zakat, kena mengadap mereka juga, kalo dapat pon dalam Rm300(min)-600(max) sebulan sedangkan gaji mereka paling kurang pon Rm2000 dan keatas. Gaji mereka ini dibayar menggunakan duit zakat (hak Asnaf), mereka menerima beribu sebulan boleh beli rumah, kereta & sebagainya tetapi golongan asnaf yang berhak nie hanya menerima Rm300-600 sebulan aje. Patut ke? Nie fatwa aku sendiri, Jika yang mendapat lebih menfaat dari wang zakat adalah perkerja Baitulmal/PZM, hukumnya “HARAM” umat islam membayar zakat di Puzat Zakat Malaysia.

  9. dkds says:

    Parlimen Teluk Intan ada 2 dun….dun changkat jong dan Pasir bedamar

    Dun changkat jong yang berada dalam parlimen Teluk Intan baru dimenangi oleh BN dalam PRU yang lepas…setelah jatuh ketangan Pas dalam tahun 2008 setelah sekian lama berada di dalam BN…ianya bagai mimpi ngeri dan menyedarkan barisan kepimpinan UMNO bahagian Teluk Intan….dan seterusnya apa yang tercatat dalam sejarah…

    Seperti biasa dun pasir bedamar kekal sebagai kubu kuat DAP ….

    untuk pengetahuan prk Teluk Intan bukanlah kali pertama terjadi…tapi sudah 2 kali….pada tahun 90an..juga disebabkan MPnya meninggal..
    ketika prk pertama DAP menang buat pertama kalinya di Teluk intan atas sebab ketidak puasan hati pengundi melayu..

    jika diperhalusi YB dun changkat jong adalah penduduk tempatan..ada rumah di kawasan Dun dan buat pertama kalinya buka pejabat pusat khidmat dun di taman nanas..yg gagal dilakulan oleh kepimpinan yang lrpas..

    harap apa jua isu tempatan dan penduduk dpt diselesaikan bagi menghadapi DAP….

  10. Rohee colnago says:

    Dan kebiasaannya, mereka yang berkerja dengan kerajaan inilah yang selalu menghentam dan mengkhianati kerajaan. Dan yang paling malang mereka ini mengaku Melayu lagi Islam. Keberkatan telah semakin hilang, sebab tu hidupnya susah. Salahkan kerajaan sambil goyang kaki, tak buat kerja.

  11. bleu says:

    Setuju dgn Rohee, keberkatan semakin menghilang. Akibat tindak tanduk sendiri.. tapi cukup pandai menyalahkan org lain bagi menutup kegagalan sendiri.

  12. Sontoloyo says:

    Ini semua berlaku kerana SIKAP INDIVIDU sama ada pemimpin tempatan dari yang atas sehingga kebawah, atau kakitangan kerajaan daripada agensi berkenaan daripada bos sehinggalah pegawai bawahan. program pembangunan masyarakat yang dirancang kerajaan cukup cantik jika dijalankan dengan betul oleh agensi pelaksana yang berkenaan. Tahukah anda bahawa program pembasmian kemiskinan yang dirancang kerajaan adalah antara yang terbaik di dunia dan program ini telah dijadikan contoh oleh banyak negara-negara sedang membangun di dunia.

  13. itsme says:

    kpi yb2 perlu merangkumi jumlah bilangan hr bertemu rakyat dan jumlah kaw yg dilawati seharusnya, begitu juga halnya dgn majlis2 daerah/perbandaran dan pjbt daerah.. ini sedari dulu kita mmg kecewa dgn sikap para penjawat awam dan yb2 yg ada.. ada benar telahan pembangkang ada ramai penjawat awam yg perlu diberhentikan, walaupun tindakan sebegini tdk popular namun jika PM berkehendakkan negara mnjadi negara maju mnjelg 2020 maka mrk ini yg mengepalai rakyat perlu terlebih dahulu dimajukan.. kira rasanya bokeh bilang dgn jari akan yb2 atau ydp2 serta pegawai daerah yg turun berjumpa rakyat pd setiap bulan ( walaupun satu bln satu tempat).. ini kerajaan atau pihak tertentu tdk boleh sangkal.. cara mrk bekerja mmg amat menyedihkan, ini belum lg hal2 berkaitan blkg tabir yg tlh dan akan sentiasa berlaku!!! masih byk yg pm dan tpm perlu tangani.. terlalu byk sebenarnya dan ini juga menunjukkan sistem pentadbiran sedia ada diperingkat negeri perlu digubal dan ditangani dg baik dan berhati2, namun yg pasti rakyat memerlukan keyakinan yg lbh tinggi dr apa ada pd hr ini. Itupun jika kerajaan memandang turun gelanggang adalah salah satu cara yg sgt praktikal utk dibuat.

  14. korokstabang says:

    hero tua ni sapa ?

Leave a Reply