Menu Utama

Wajarkah Solat Tepi Jalan Sedangkan Ada Masjid Dan Surau?

solat tepi jalan2

Setiap kali berlaku himpunan demo jalanan yang di anjurkan oleh pakatan pembangkang maka kita akan disajikan dengan “drama” solat tepi jalan. Setahu kita dalam Kuala Lumpur ini begitu banyak masjid dan surau yang dibina oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Kebersihan itu separuh dari iman. Jelas sekali jalanan bukanlah tempat yang sesuai untuk kita menunaikan solat melainkan kita benar-benar berada dalam keadaan darurat. Demo jalanan bukanlah boleh dikategorikan darurat kerana ia adalah tindakan mereka sendiri yang “cari pasal”.

Tindakan unit amal dan pemimpin pakatan pembangkang serta penyokong mereka solat di tepi jalan sebenarnya lebih kepada tindakan “menunjuk-nunjuk”. Solat itu perlu ikhlas kerana ianya merupakan ibadah kita terhadap Allah Tuhan sekelian alam. Sebelum ini juga kita turut dihidangkan dengan gambar-gambar adengan Nik Aziz solat di atas tanah di merata-rata tempat sedangkan masjid surau dan rumah yang lebih bersih dan sesuai untuk mengerjakan solat sentiasa ada. Berjuang untuk Islam perlu ikhlas bukannya untuk tujuan politik ataupun pangkat.

Saya terpanggil juga untuk mengulas sesi “drama solat” Anwar Ibrahim. Beliau berada di perkarangan Masjid Negara pada hari Bersih 3.0. bersama beberapa pemimpin pakatan yang lain. Namun apabila masuk waktu zohor, mereka ini dikatakan dengan sengaja tidak masuk ke dalam masjid untuk solat berjemaah bersama orang ramai. Mereka memilih untuk solat hanya di perkarangan masjid itu sahaja.

solat bersih e

Cara kedudukan mereka solat itu seperti berjemaah sedangkan tidak ada imam. Dan orang yang berada dikeliling mereka pula menjadi penonton dan jurugambar. Ini seolah-olah seperti satu pengambaran filem pulak. Itu antara pemerhatian yang boleh dibuat terhadap adengan “drama solat” Anwar Ibrahim di luar perkarangan masjid.

Kita tahu bahawa PAS selama ini mendabik dada kononnya mereka pejuang Islam sejati dengan adanya nama Islam dalam nama parti mereka (Parti Islam Se-Malaysia). Namun ketidak tulusan mereka dalam perjuangan Islam terbongkar apabila mereka mengistiharkan perjuangan mereka bertukar ke arah negara berkebajikan. Dalam masa yang sama pemimpin PAS juga turut menyatakan sokongan terhadap LGBT dengan turut sama dalam siri demo jalanan Bersih yang berkiblatkan kebebasan seksualiti.

Begitu juga dengan pendirian PAS yang tidak berapa menyokong pembinaan masjid tetapi memperuntukkan belanjawan yang agak banyak untuk pembinaan kuil-kuil Buddha di Kelantan. Isu sebenar yang ingin penulis ketengahkan adalah sikap hipokrit melampau yang menjadi amalan PAS.

Rasulullah pun turut membina masjid apabila baginda berhijrah dari Kota Mekah ke kota Madinah namun PAS yang kononnya pejuang Islam seolah-olah enggan membina masjid pula . Dalam keadaan mereka menentang pembinaan masjid, PAS dilihat sebagai cuba menjatuhkan maruah Islam dengan solat di tepi-tepi jalan terutama sewaktu demo jalanan sedangkan kerajaan telah membina masjid dan surau sebagai tempat yang selesa untuk umat Islam beribadah.

Sikap ingin mengaitkan Islam dengan kedaifan merupakan satu penghinaan terhadap maruah Islam. Rasulullah telah menggalakkan umat Islam berniaga untuk memajukan ekonomi umat Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah mahu umat faham bahawa Islam bukanlah sinonim dengan kedaifan sepertimana yang cuba ditonjolkan oleh puak PAS.






33 Komen to Wajarkah Solat Tepi Jalan Sedangkan Ada Masjid Dan Surau?

  1. adi says:

    salam untuk semua jika benar mereka solat tepi jalan sedangkan masjid atau surau berdekatan dan kita nampak pada zahir maka saya beranggapan mereka tak bersyukur dengan nikmat yang ada. allah membenci pada mereka yang tak bersyukur atas nikmat dan tak suka bila di beri ujian mereka tak sabar. bagi saya maaf jika terkasar/ tersilap, mereka tak faham dengan aqidah islam dan hukum syariat agama islam.

  2. mooo says:

    Setelah mengeluarkan kenyataan mendoakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim agar segera dipenjarakan dan akan mengadakan kenduri kesyukuran mengenainya, NGO Perkasa hari ini mencadangkan agar Cuepacs dan Dewan Perniagaan mengetuai demonstrasi besar-besaran bagi menyokong perlaksanaan cukai GST yang mahu dilaksanakan kerajaan pada April 2015 nanti.

    Menurut beliau, demonstrasi besar-besaran itu perlu diadakan ssbagai tindak balas kepada perhimpunan membantah GST pada 1 Mei lalu yang dihadiri kira-kira 50 orang yang telah banyak mengelirukan rakyat dan menjadi modal politik bagi memburuk-burukkan kerajaan.

    Atas semangat demokrasi dan bersesuaian dengan sikap kerajaan sendiri membenarkan perhimpunan aman melalui penggubalan Akta Perhimpunan Aman, cadangan Perkasa ini seharusnya dialu-alukan bagi menunjukkan keterbukaan dan siapakah yang lebih mendapat sambutan – adakah perhimpunan membantah GST atau yang menyokong sistem cukai baru itu?

    Beberapa tahun lalu, ketika diadakan Demonstrasi Bersih 2.0, Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin pernah mengadakan perhimpunan Patriot serentak dengan tarikh dan masa Himpunan Bersih 2.0 diadakan tetapi ditempat yang berbeza sebagai tindak balas dan bukti untuk menunjukkan kepada rakyat perhimpunan manakah yang lebih mendapat sambutan.

    Tanpa niat untuk memperkecilkan mana-mana pihak, jika rajin meminta bantuan daripada Makcik Google, lihatlah sendiri berapakah kehadiran demonstrasi Bersih 2.0 dan berapakah pula yang hadir dalam demo Patriot di sekitar Jalan Bukit Bintang itu?

    Walaupun sebelum ini mendakwa Perkasa mempunyai keahlian seramai 500 orang, tetapi agak menghairankan juga mengapakah Ibrahim Ali tidak pula mencadangkan agar NGO pimpinannya mengetuai demonstrasi itu, sebaliknya hanya berkata akan memberi sokongan penuh saja kepadanya. Bukankah lebih molek jika Perkasa yang mengetuai demonstrasi itu, bukannya Cuepacs dan Dewan Perniagaan yang diarahkan berbuat demikian?

    Apakah Perkasa mengelak untuk mengetuai demonstrasi pro GST dan meminta Cuepacs serta Dewan Perniagaan mengetuainya, bertujuan mengelak nasib yang sama pernah dialami oleh Pemuda UMNO dahulu?

    Tetapi jika demonstrasi itu mahu diadakan, elok juga diajak sekali UMNO, parti-parti komponen serta NGO pro kerajaan bergabung sekali. Dengan Cuepacs yang mewakili kakitangan kerajaan, Dewan Perniagaan, UMNO, parti-parti komponen BN, NGO pro kerajaan dan Perkasa bergabung serta bersatu hati, barulah boleh dilihat kumpulan manakah yang lebih mendapat sambutan.

    Jika tidak cukup lagi, bolehlah juga diangkut pelajar-pelajar IPT untuk meramaikannya lagi.

    Rakyat tentunya teruja untuk melihat suatu demonstrasi paling besar dalam sejarah negara bakal diadakan. Sekiranya demonstrasi itu berjaya diadakan dengan kehadiran melebihi jumlah yang hadir pada 1 Mei lalu, barulah kerajaan boleh berbangga bahawa dasar yang mahu dilaksanakannya benar-benar mendapat sokongan rakyat.

    Ini juga bertepatan dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan bahawa GST tetap akan dilaksanakan walaupun ada bantahan daripada rakyat. Antara lainnya beliau berkata, demonstrasi itu tidak menggambarkan bantahan yang sebenar daripada rakyat.

    Sudah tentulah hanya dengan mengadakan demonstrasi pro GST, barulah kerajaan tahu sama ada rakyat benar-benar menyokong perlaksanaan sistem cukai itu atau sebaliknya?

    Atau lebih ramai lagi rakyat bersikap seperti “api dalam sekam” dan hanya menunggu tarikh PRU 14 untuk menghukum UMNO, BN dan kerajaan?

    Kalau dapat menghimpunkan lebih ramai kejadiran, laksanakanlah GST tetapi jika yang hadir kurang daripada kehadiran pada 1 Mei, maka sewajarnyalah ianya dibatalkan atau setidak-tidaknya ditangguhkan sebagaimana pendapat kebanyakan pakar ekonomi iaitu sehingga pendapatan rakyat dipertingkatkan terlebih dahulu.

    Meskipun dalam banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali dan Perkasa, lebih ramai rakyat yang tidak bersetuju dengannya tetapi cadangannya agar demo pro GST ini diadakan sebagai tindak balas kepada demonstrasi membantahnya pada 1 Mei lalu, tentulah kali ini ianya lebih menerima sambutan baik.

    Tanpa menaruh syak wasangka bahawa cadangan ini bertujuan meredakan luahan kemarahan banyak pihak terhadap kenyataannya semalam yang mendoakan agar Anwar segera dipenjara dan mengadakan kenduri kesyukuran yang dianggap tidak wajar dan keterlaluan sebagai sesama Islam, rakyat sebenarnya amat mengalu-alukan demo pro GST ini.

    Ramai yang tidak sabar untuk melihat sejauh mana massa dapat digerakkan untuk menyokong kerajaan setelah sekian banyak demonstrasi anti kerajaan lebih mendapat sambutan. Setelah dimomokkan dengan hanya mendapat sokongan 47 peratus rakyat, sesekali kerajaan haruslah berani menunjukkan kekuatannya secara terbuka. (SH 03/05/2014)

    SHAHBUDIN HUSIN
    http://shahbudindotcom.blogspot.com

  3. mooo says:

    UMNO meroyan…

    Org solat pun komplain

    Parti Muzik gila, tak nak pulak dia komplen…

    Munafik sgt………..

  4. mooo says:

    sebelah tu Mahkamah la…

  5. anakbochek says:

    Moo jangan komen apa2 pasal solat la. Kes solat Jumaat kat Turki pun tak settle lagi… kih kih kih.

  6. WTF says:

    Hahahaha…Mooh solat Jumaat pun PONTENG, nak cerita pasal solat pulak!!!

    Udah4444lah tu Mooh, jangan ponteng solat lagi ya Mooh!!!

  7. mzma says:

    Dengornya ada yg bearak cam lembu dekat 5 kilometer boleh, nak pi Masjid Jamek atau Masjid India dalam 200-300 meter tak boleh plak… Nielah kalau dah tanam dalam kepala “Politik itu lebih tinggi darjatnya dari nilai2 Islam itu sendiri”.. Bila ambil wuduk pon tak tau?

  8. armok says:

    DUSYUMMM … malunya !!!

  9. mancini says:

    Bersolat utk kerana sokong peliwat apa kejadah,tak payah nak tunjuk alim sangat depan org tak bagus utk iman

  10. mooo says:

    Ulamak amenoo…:

    Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ‎kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan pelacur kelas atasan.

    ‎Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat menjatuhkan martabat Rasulullah.

    Mohd Asri berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.

    “Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.

    “Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasullah,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

    Kenyataan ulama Umno yang menyamakan Muslimah bertudung yang menyertai protes sama dengan pelacur golongan atasan ditulis dalam entri laman Facebooknya atas nama ‘Abu Amru Radzi Othman’ pada Jumaat lalu.

    Gambar diambil dari laman Facebook Abu Amru Radzi Othman, 5 Mei, 2014.Gambar diambil dari laman Facebook Abu Amru Radzi Othman, 5 Mei, 2014.Pada laman Facebooknya turut menyatakan lelaki yang menyokong Muslimah bertudung tersebut keluar berdemonstrasi ibarat para pelanggan yang ghairah merasai pelacur yang dilanggannya.

    “Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.

    “Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap,” katanya seperti yang dipetik dalam ‎laman Facebook itu.

    Selain itu, bekas mufti itu turut menolak dakwaan ulama Umno itu terhadap kritikan menyatakan ia sebagai kiasan dan ramai yang tidak memahami bahasa Melayu.

    “Ini bukan mengenai pandai atau tidak bahasa Melayu atau faham atau tidak, kerana individu yang menulis itu pun bukannya tahu bahasa Arab,” kata Mohd Asri.

    Katanya, golongan seperti ini menggunakan agama untuk memaki orang lain, berniat jahat dan menunjukkan kecenderungan sangat bahaya.

    “Budaya maki hamun ini sangat merbahaya,” katanya.

    Justeru itu, beliau menyarankan supaya Umno cuba mengelakkan daripada mempunyai kaitan dengan golongan yang berakhlak sedemikian.

    “Kita katakan buruk nilai budinya. Saya rasa Umno perlu mengelak daripada dikaitkan dengan ahli seperti ini,” katanya.

    Bagaimanapun, status ulama Umno itu menerima kritikan daripada pengguna Internet yang lain dalam Facebooknya.

    Ekoran daripada kritikan tersebut, pada hari yang sama, ulama Umno itu sekali lagi menulis di entri Facebooknya untuk mempertahankan kenyataannya itu.

    Dalam statusnya Abu menulis, “siapa yang terasa adalah jahil budaya” yang merujuk kepada kenyataan menyamakan penyertaan Muslimah bertudung dalam demonstrasi sebagai pelacur golongan atasan.

    Katanya lagi, ‎mereka yang mengkritik kenyataan itu jelas jahil dengan budaya Melayu walaupun berbangsa Melayu.

    “Guru bahasa Melayu sering berkata bahawa bukan semua bangsa Melayu itu faham bahasa dan budaya mereka,” katanya.

    Ulama muda Umno itu mengakui kenyataannya itu mengundang ketidakpuasan hati orang ramai, terutama peserta demonstrasi Khamis lalu.

    “Tapi tidak kurang juga orang yang condong kepada PAS dan neo-Khawarij dan beberapa orang yang kononnya berbudaya tinggi merasa kecil hati lantas marah,” katanya.

    Ulama muda itu turut mempertahankan kenyataannya itu dengan menyamakannya dengan karya novel SHIT tulisan sasterawan negara Datuk Shahnon Ahmad.

    Katanya, sekiranya novel tersebut banyak dipertahankan orang ramai, jadi mengapakah kenyataannya dikritik.

    “Kalau buku SHIT dipertahankan lalu ibarat di atas tentang sebab apa, sebab ibarat itu terkena batang hidung sendiri,” katanya.

    1 Mei lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat turun ke jalanan dalam demonstrasi bantahan besar-besaran pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

    Demontrasi itu dianjurkan gabungan bersama 95 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. – The Malaysian Insider,5 Mei, 2014.

    …………………………..
    Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
    Oleh: cannon
    Posted on Monday, May 05 @ 15:01:04 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

  11. mooo says:

    Org ameno ni bodo

    Depa bukan tahu apa itu Musafir, solat jamak, qasar pun..

    Maka perlu kah aku berdebat dgn org yg bodo piang macam ni????

  12. mooo says:

    Habis tu kalau bersolat untuk sokong PEMBUNUH altantuya tak pe la pulok??

  13. WTF says:

    Kalau tengok pada gambar pertama, kiblat mereka lain2 berbebtuk curve seperti biasa kita lihat ketika org solat di depan Kaabah.

    Kiblat should in STRAIGHT LINE, kerana kedudukan Kaabah adalah JAUH dari negara Malaysia.

    Itulah antara sebabnya perlu solat di dalam surau/masjid, ada petunjuk kiblat yg digunapakai oleh jemaah surau/masjid sbg penunjuk arah Kaabah.

    Tapi rasanya Mooh tak tahu perkara ni, maklumlah Mooh jarang SOLAT!!!

    MUEH4444

  14. WTF says:

    Siapa yg bunuh Altantuya Mooh???

    Najib Razak ka yg dibicarakan hari tu???

    MUEH4444…er sapina dari mahkamah Perancis belum sampai lagi Mooh!!!

    Hang solat tak hari ni???

  15. WTF says:

    Apa dia Mooh??? MUSAFIR??? SOLAT JAMAK???? QASAR???

    Takder siapa persoalkan solat mereka Mooh, cuma perlulah menggunakan kemudahan sedia ada seperti surau/masjid yang ada di serata Kuala Lumpur!!!

    Malah alasan musafir, solat jamak mahupun qasar bukan ALASAN KUKUH nak sembahyang di tepi jalan, sedangkan kemudahan sedia ada seperti surau/masjid yang ada di serata Kuala Lumpur!!!

    Boleh cerita Mooh, depa ambil air sembahyang kat mana Mooh??? Takkan BERTAYAMUM kot???

    Cuba ulas sikit Mooh!!!

  16. mooo says:

    Laa….kalau dah local time asar, buat apa aku nak solat Jumaat???

    Biol tak org umno ni….??

  17. rusaminum says:

    Moo, ko dah sunat ke blum? ko bodak-budak lagi, dok diam2.

    Bab solat berjemaah ni bagus. Nak solat di mana-mana pun boleh, asal kan tempat tu suci dan bersih. Kita perlu ada sikap tanggungjawab jika gunakan tempat awam utk bersolat. Niat hanya untuk segerakan menunaikan tanggungjawab bukan nak riak. Tapi yang terbaik jika dapat bersolat ditempat yang di sediakan dan di khaskan. Di Malaysia ni berlambak masjid dan surau.
    Jangan sampai niat kita untuk tunjukkan kebaikkan, tapi jadi bahan ketawa, kejian dan penghinaan. Kufur nikmat tu. Nikmat apa? Akal fikiran…

  18. gambus says:

    moo elok orang macam kau pergi sembahyang jumaat , jangan syik nak ponteng dan menipu konon kat turki !!! sifat menipu kau memang tak habis-habis kan moo lembu oiiii

  19. WTF says:

    TIME ASAR MOOH??

    Hehehehe…meh tengok perbualan ini Mooh!!!

    mooo (April 4th, 2014 at 3:09 PM)

    WTF memang bodo, keje dia dok monitor aku posting pukul berapa…Kalau Jumaat dia kata aku tak pi solat Jumaat.

    Dalam kamus dia tak ada ‘musafir’. cuma dia tak tau aku ada mana ja…

    Sejuk gile kat Turkey ni..ooops..

    WTF (April 4th, 2014 at 5:05 PM)

    Hahahaha….siapa pulak nak monitor hang posting pukul berapa!!!!

    Ingat aku tukang check solat Jumaat hang ka Mooh!!!

    Mooh…hang hari ini kira musafir jugak ka Mooh???

    Ni dah masuk dua minggu, takkan hang nak kira yg hang ni masih musafir!!!

    Udah2lah….jangan guna konon musafir sbg alasan nak ponteng solat Jumaat, lagipun Turki kan banyak masjid!!!

    Ala Mooh…setakat 15 degree Celcius di Turki hang kata sejuk!!!

    Nampak sangat rumah Mooh takder air cond (standard made 18 degree Celcius) …silap2 Mooh kereta pun takder!!!!

    MUEH4444 TAKE BEEEEEEEEER MOOH!!!!!

    mooo (April 4th, 2014 at 6:15 PM)

    Mainkan HUKUM??? Itu propa umno je

    WTF( April 4th, 2014 at 6:44 PM)

    Mooh….kalau betul hang kat Turki sekarang, hang takkan post pada waktu ini melainkan Mooh ponteng solat Jumaat!!!

    Waktu solat Jumaat di Turki ialah 1.08 pm Waktu Turki!!!

    Masa Mooh post kat MYKMU adalah 6.15 pm Waktu Malaysia!!!

    Time diffrence between Turki dan Malaysia ialah 5 jam!!!!

    Jadi Mooh post pada jam 1.15 pm Waktu Turki!!!

    PONTENG SOLAT JUMAAT LAGI KA MOOH!!!

    INIKAH ISLE PAS!!!!

    INIKAH ISLE PAS FUCKUTAN RETARD!!!!

    INIKAH ISLE PAS TAHALUF SIYASI!!!!

    PAS BUKAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM, TAPI MENGGUNAKAN ALASAN MUSAFIR DUA MINGGU UNTUK PONTENG SOLAT!!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER PAS!!!

    http://www.mykmu.net/?p=41507

    Hehehehe…JANGAN MARAH MOOH!!!

    Oh ya, 6.15 pm time Asar Kuala Lumpur ka Mooh??? MELEWAT4444KAN SEMBAHYANG KA MOOH!!!

  20. dkds says:

    Agak pelik bila hari biasa…depa ni tak pula solat ditepian jalan..bukankah ianya satu dakwah?

  21. MemangTerok says:

    Mahu bersolat tepi jalan atau depan bangunan, kita tak boleh komen apa2. Mungkin mereka rasa perlu bersolat segera kerana waktu sudah masok dimasa mereka berdemo. Barangkali masijid/surau terdekat terlalu jauh.

    TEtapi apa yang kita benar2 harapkan ialah mereka memang betul2 bersolat dan semua ada wudhu’. Satu lagi kita mahu nasihatkan , lantiklah sorang jadi imam kerana solat beramai2 tanpa imam, kita tak tahu nak panggil solat apa itu.

    Kita nasihatkan lagi tak payahlah persendakan ibadah kerana hukum Allah perit untuk ditanggung . Kita pernah tengok pasukan marine US bersolat semasa mereka berjaya masok Iraq diawal pencerobohan mereka. Tapi mereka kafir laknat, persendaan mereka tidak memberi kesan pada diri mereka kerana mereka kafir. Kita orang Islam tak boleh.

  22. Sebaik Perhiasan says:

    Ibadah org lain jgn dipertikai. Niat dihati Allah shj yg tahu. Cuma sy merasa agak terkilan bila suasana ini hanya terjadi ketika himpunan spt ini. Knp tidak pernah sy terjumpa di mana-mana pusat beli belah suasana org bersolat di kaki lima kedai bersama keluarganya bila masuk shj waktu solat? Knp sy tidak pernah berjumpa dimana-mana tepi jalan org berhenti utk bersolat bersama kawan-kawannya tatkala terdengar laungan azan? Knp sy tidak pernah terjumpa dimana-mana tmn rekreasi org bersolat diatas tanah dibumbungi awan bila seruan bilal kedengaran?
    Sygnya keindahan islam itu tidak terzahir dlm kehidupan seharian. Hanya terjadi bila himpunan diadakan. Adakah iman seseorg itu meningkat tatkala himpunan, tetapi berkurang tatkala bersama keluarga dan kawan-kawan? Dimana istiqamah kita?

  23. terangsang says says:

    oh dalam gambar tu mereka sedang bersolat rupanya. mula2 tengok ingatkan mereka sedang tunggu nak pinjam bolpen member nak tandatangan atau tulis komen pada banting tu. sorryle..

  24. terangsang says says:

    yang ramai baju merah tu aku tahulah orang sedang sembahyang. kalau polis yang sembahyang ramai disitu agaknya apakah akan diterima perbuatan polis itu?

  25. acid says:

    Kalau solat krn Allah, no comment.. tapi kalau solat, sepatutnya carilah tempat yg sesuai dan bersih. Itu aje. Sebab bagi aku, solat ni lah yg aku ingin persembahkan yg terbaik hanya utk Allah..ia berbeza jika di dalam keadaan darurat, ketika dlm masa peperangan contohnya. Jadi buatlah yg terbaik kerana Allah.

  26. mancini says:

    di malaysia keadaannya aman,masjid banyak dan bersih,malaysia bukan negara dlm kancah perang,boleh sembahyang kat mana2 masjid.Kalau sembahyang depan org bila dekat situ ada kemudahan lebih baik namanya nak menunjuk unit amal PAS ni kononnya alim.Sembahyang nak menunjuk dpt dosa bukan pahala sebab riak.kpd Moo jgnlah anggap kami ni jahil sgt tak tau fasl sembahyang jamak dan Qasar.itu telah diajar dari sekolah lagi. Puak2 kamu tulah yg jahil kerana berhimpun bersama utk memperjuangkan umat nabi lut.Konon atas alasan nak bantah gst tapi gst pun tak tau bila wartawan tanya gst tu apa ppuak kamu jawab goverment taxes services yg betulnya good and services taxes.Itulah jahilnya puak, kamu ni moo.Siapa sembahyang utk pembunuh altantuya.Kamu cakap kena buktikan siapa bunuh altantuya,Ds najib ke.DS najib hanya dituduh oleh puak2 kamu kerana peliwat anwar tu tak dpt jd PM.Anwar gay tu memang 100 peratus gay tua yg dibuktikan dimahkamah diman air maninya ada dlm dubur saiful sejauh 4 cm, tapi kamu sokong dia.Maka layaklah kamu ni digelar moo lembu.

  27. Wak Lu says:

    Moo.bagi bukti Ds Najib pembunuh altantuya..blh x moo.?.ko nie sebenarnya dah byk disuapkan dgn propaganda nuar brahim laa..nuar tue peliwat moo..bukti di mahkamah byk..jgn ko kat konspirasi.kerajaan Bn..apa.la ko moo..!

  28. acid says:

    Aku tambah sikit sbg info utk semua..

    syarat2 sah sembahyang..
    1.suci dr hadas besar dan hadas kecil.
    2.suci badan, pakaian dan tempat sembahyang dr segala najis.
    3.menutup aurat.
    4.sudah masuk waktu.
    5.menghadap kiblat dgn dada dan wajahnya…

    jadi adakah kita pasti, jalanraya itu suci dr segala najis ??

  29. bujuk says:

    Ok la… yg. penting mereka solat, tunaikan kewajipan pada Allah. Kita pun pernah ada sejarah masjid d tutup untuk elak pendemo bersolat. Cuma nak tanya yg. kata tak bersyukur sebab masjid ada berdekatan… boleh tak kita tanya diri sendiri dulu 1 hari ada 5 waktu berapa kali pergi solat d masjid/surau. Sedangkan bukan sebok, bukan ada masalah apa-apa… ni nak kira camna pulak, bersyukur ke kufur?

  30. bujuk says:

    lagi satu… muka bumi Allah ni semuanya bersih kecuali zahir mata kita ada najis. Allah tak pernah tetapkan mesti solat d tempat-tempat tertentu, tapi Allah suruh kita solat dalam waktu.

  31. acid says:

    Bujuk ! Keghairahan kau membela tindak-tanduk puak kau sehingga membuat justifikasi sendiri tentang hukum ?? Bercakap tanpa bersandar nas , sehingga kau kata ” muka bumi Allah ini semuanya bersih, termasuk jalanraya yg dilalui oleh ribuan kenderaan dan orang itu bersih ? Pelik bin ajaib. Dah jelas, antara lima syarat sah sembahyang adalah memastikan tempat yg bersih ! Memang takde tempat2 tertentu utk sembahyang, tapi hendaklah bersembahyang di tempat yg bersih. Kalau surau dan masjid terdapat di sekeliling kenapa nak bersembahyang di atas jalanraya dan di tengah2 orang ramai ? Apa tujuan sebenar ? Kenapa perlu bersembahyang di atas jalanraya yg tak tentu nilai kebersihannya ?, Ada masjid dan surau yg menghalang korang masuk ? Dan kau pasti jalanraya tu bersih ? Ini bukan dekat Tanah Haram di Mekah lah bujuk !!, atau negara sedang dalam keadaan dharurat dan sedang berlaku peperangan !
    Jangan lah bercakap hal agama tanpa ilmu, bujuk !

  32. acid says:

    bujuk ! aku tertarik dengan perkataan kufur kau di atas, cer ulas sikit tentang perkataan kufur tu.. Dan kalau mendustakan dalilNya camner tu ?? Adakah orang itu akan jatuh kufur ??

  33. WTF says:

    Wah Bujuk, nak DEFEND perbuatan mereka satu hal, lepas tu boleh pulak buat CERITA BOHONG untuk menguatkan DALIH hang!!!

    Hebat betul org4444 PAS ni, hang belajar dari Nuar Berahi ka cipta HADIS PALSU???

Leave a Reply

Threesome