Menu Utama

Usaha Berterusan Idaman Saga Ambil Alih PLUS Ancam Aset Negara?

Beberapa minggu lalu kami mendedahkan cadangan tujuh muka surat Idaman Saga Sdn Bhd, syarikat pelaburan yang dikaitkan dengan Tan Sri Halim Saad, untuk mengambil alih Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dengan menjanjikan tiada kenaikan tol selamanya.

UEM-PLUSKami dimaklumkan sungguhpun kerajaan tidak begitu berminat mendengar cadangan tersebut Idaman Saga masih terus melobi untuk dipertimbangkan. Kerajaan dikatakan kurang berminat kerana Tan Sri Halim Saad pada 2009 pernah mengemukan cadangan yang lebih kurang serupa namun akhirnya tidak meneruskannya apabila diminta meletak deposit sebanyak RM 50 juta sebagai bukti kesungguhan rancangan pengambil alihan itu.

Kesungguhan Tan Sri Halim Saad ingin mengambil alih PLUS sangat mencurigakan. Halim mendakwa mahu membantu kerajaan mengurangkan beban kewangan dan politik akibat kenaikan tol. Namun, pengambil alihan PLUS sebagai lebuh raya terpanjang dan aset terbesar jalan raya negara lebih banyak isu dan komplikasi termasuk harga yang jauh lebih mahal berbanding lebuh raya lain.

Masalah tol sebenarnya banyak berlaku di dalam bandar. Justeru jika Halim benar-benar mahu membantu kerajaan di samping membuat untung, mengambil alih lebuh raya di dalam bandar seperti Litrak atau LDP lebih menguntungkan, lebih mudah diuruskan dan tentunya lebih murah dari PLUS jika berdasarkan harga pasaran.

Jumlah trafik yang lebih tinggi, dan ketiadaan tempat hentian yang banyak membolehkan Idaman Saga membuat keuntungan lebih besar jika mereka benar-benar mempunyai formula luar biasa dalam mengelakkan kenaikan tol tanpa menjejaskan keuntungan dan pembayaran balik pinjaman syarikat konsesi.

Kami difahamkan sejak kebelakangan ini Idaman Saga secara berterusan mewujudkan strategi perhubungan awam bagi mewujudkan persepsi mereka boleh menguruskan PLUS lebih baik dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Company -GLC) dan menjamin kadar tol yang tetap dan murah. Ini bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuk menjual PLUS kepada mereka.

Seorang pemerhati ekonomi yang dihubungi menyatakan adalah sukar untuk Idaman Saga menjanjikan kadar tol yang murah tanpa mengorbankan kualiti jalan, kebersihan dan pengurusan tempat rehat yang baik seperti yang dilakukan oleh PLUS Berhad sekarang.

“Pengambil alihan PLUS Berhad juga bermakna mereka mengambil alih hutang konsesi itu dan juga menambah hutang baru. Saya tidak fikir pembelian ini akan dilakukan secara tunai. Pembelian PLUS jika berlaku akan berharga berbilion ringgit dan memerlukan pembiayaan kewangan yang besar.”

Ini bermakna pengambil alihan ini akan menyebabkan PLUS menanggung hutang yang lebih besar dari sedia ada.

“Kemungkinan besar sekarang ini ialah Idaman Saga akan memohon mengambil alih PLUS dengan harga diskaun sebagai timbal balas menstabilkan harga tol. Dalam masa yang sama, saya fikir mereka akan membuat keuntungan melalui pengurangan kos penyelenggaraan yang sekaligus akan merendahkan kualiti perkhidmatan sepanjang PLUS.”

halim-plusSelain itu, penulis melihat kemungkinan paling besar mengapa Idaman Saga ingin mengambil alih PLUS dan bukannya syarikat konsesi tol yang lain ialah kedudukan strategik tanah-tanah dalam PLUS Berhad sepanjang lebuh raya tersebut.

Kawasan sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan termasuk hentian R&R sedia ada jika dibangunkan secara komersial tanpa mengambil kira faktor alam sekitar dan keindahan setempat boleh memberi pulangan hartanah yang lumayan kepada PLUS BERHAD.

Sudah tentu pengkomersialan yang intensif akan membolehkan Idaman Saga membuat keuntungan berlipat kali ganda dan melupuskan (offset) kerugian dari penentuan harga tol yang murah dan tetap.

Namun dalam jangka masa panjang, jika ini berlaku ia bukan sahaja merugikan negara malah mengancam aset alam sekitar negara yang sangat bernilai.

Apakah kita mahu melihat sepanjang lebuh raya Utara-Selatan akan dipenuhi bangunan-banguan komersial dan papan-papan iklan gergasi diletakkan secara besar-besaran?

Sudah tentu juga kaedah pengurusan hari ini yang menggambarkan Lebuh Raya Utara Selatan sebagai jalan raya mesra alam sekitar yang menyamankan akan hilang sekelip mata bila ia diuruskan untuk meraih keuntungan maksima.

Hakikatnya, jika Idaman Saga benar-benar mahu membantu kerajaan dan rakyat di samping membuat untuk ambil alihlah tol-tol dalam bandar yang kian menekan kehidupan rakyat.






8 Komen to Usaha Berterusan Idaman Saga Ambil Alih PLUS Ancam Aset Negara?

  1. dkds says:

    ini semua nak menjerut kerajaan…nak memerah keringat rakyat dengan merompak disiang hari..ingat kerajaan bodoh…kalau benar-benar mnak emebantu ambil alihlah highway dalam bandar…

  2. tubir says:

    Kalau harga yangnbaik ditawarkan oleh halimsaad apa salahnya? Jika benar benar kerajaan telus dan tidak menjadikan isu konsisi kepada pengendali tol dan terpaksa menangung pembayaran kerana menghalang kenaikan seperti didalam perjanjian ….adalah lebih elok kerajaan menjualkanya.Ataupun kerajaan takut jika dijual plus …kerajaan dah tak ada modal dan sebab munasabah untuk membuat duit?.
    Kalau dah jual…lantaklah apa yang dia orang nakbuat….dah jadi hak merika …….suka hati merikalah nak buat lebuhraya dua tingkat ke …atau nak buat bangunan disepanjang lebuhraya.Kerajaan seharusnya lepas pegangan didalam PLUS.

  3. hentam ajelah says:

    …….aku tk sokong company cap ayam ambil alih….alih2 pengguna yg kena….bini aku johor.. aku kt perlis….kopak bila raya….

  4. Lan Halmi says:

    Jangan dok percaya sangat cakap halim saat tu.ada ke ular lidi nak telan naga..tak ada pengalaman tiba nak urus sykt besar.kucar kacir nanti.yg terima akibat pengguna.baik tak payah.bukankah plus dah urus lebuh raya dengan baik bertahun tahun.

  5. Mat Budu says:

    Eh Halim Saad tu macai Tun Daim kan…nak balas dendam kut

  6. vroslee says:

    Alasan Halim saad untuk bantu rakyat memang tak masuk akal langsung. Kenapa beli Plus kalau nak tolong rakyat? rata-rata orang Malaysia sebenarnya terbeban dengan tol2 dalam bandar kuala lumpur dan selangor. nak kemana2 pun tol.. plus pakai nak balik kampung je.. Tol-tol dalam bandar nier kaut untung berjuta sehari.. apa alasan tak nak bantu rakyat dengan beli tol macam SPRINT, LDP, Kesas, AKLEH punya la banyak lagi. Lagi satu track record halim saad bukannya bagus pun. Apa dah jadi dengan renong. Jangan sampai 14 juta pemegang saham EPF saman Idaman SAGA!!

  7. Ghazali CR says:

    Dh masuk proposal ke???

  8. LKS71 says:

    Halim Saad peneraju dan pemilik asal Plus, ORG ini yg telah meletakkan status Plus ke hari ini, beliau terpaksa melepaskan Plus akibat bebanan hutang pinjaman luar negara akibat kejatuhan ringgit, semasa krisis kewangan negara. Pada pandangan saya, pengurusan atasan plus sekarang tidak secekap dahulu semasa di bawah beliau. Kalau tak percaya, pergilah interrview staff plus sendiri. Penambah baikkan yg ada pun cuma di R&R dan tambahan Lane ke 3 dibeberapa kawasan. Cuma kekalkan pegangan saham KWSP, agar rakyat terus mendapat faedah. Dengar cerita PLUS MD dan staff dlm MD office plus dapat 9 bulan bonus, tapi staff lain ada yg langsung tak dapat bonus. Yang pasti dapat bonus, staff UEM Group. Kemudahan satu-satunya bas pekerja merupakan bas buruk yg disewa khas. Tak percaya? Setiap pagi bas ini akan sampai di Persada Plus, Subang setiap pagi sebelum pukul 8.30 pagi.

Leave a Reply

Threesome