Menu Utama

Undang-Undang Fitnah Tidak Terkecuali Kepada Media Termasuk Malaysiakini – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menjelaskan bahawa notis tuntutannya terhadap Malaysiakini baru-baru ini bukan sebahagian agenda untuk menekan media sebaliknya, ia merupakan satu tindakan mengikut lunas-lunas undang-undang kebebasan media.

NPC_0257“Saya ingin tegaskan: (tindakan) ini tidak membayangkan agenda yang lebih tersusun. Ia bukan sebahagian usaha menekan media; ia juga bukan cubaan untuk menutup mulut pengkritik kerajaan,” katanya sewaktu merasmikan majlis anugerah media anjuran Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) 2014 di Kuala Lumpur malam ini.

“Ada perbezaannya antara kritikan yang wajar dengan fitnah.

“Pada pandangan kumpulan peguam saya, dakwaan-dakwaan yang Malaysiakini terbitkan baru-baru ini telah melampaui batasannya. Maka, mereka menghantar notis guaman,” tambahnya.

Pada 15 Mei lalu, Najib dan Umno mengumumkan rancangan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysiakini ekoran penyiaran dua artikel yang mengenai krisis terengganu yang memfitnah UMNO menggunakan pandangan-pandangan pembaca portal itu.

Dalam notis tuntutan itu, firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, yang mewakili Umno dan Najib, atas kapasiti peribadinya, mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei mengandungi kata-kata fitnah jahat pada anak guamnya.

Peguam Datuk Muhd Hafarizam Harun merujuk dua artikel bertajuk “A case of the PM reaping what he sows” and “How much will Najib spend to keep Terengganu?”.



(Next News) »



16 Komen to Undang-Undang Fitnah Tidak Terkecuali Kepada Media Termasuk Malaysiakini – PM

  1. raja kongkiak says:

    Tok sah dok layan apa depa nak kata, seaman saja. Ketua ketua kongsi depa boleh saman media lain atas alasan fitnah boleh, masakan PM tak boleh nak saman balik? Mana ada jalan che oiiiii lagu tu punya alasan takut kena saman.

  2. shahril81 says:

    Najib suka ambik pendekatan ‘popular’.. Bila kawan tu mohon maaf,trus tarik balik saman… hmmm… popular tp gagal diterjemahkan dlm bentuk undi pun tk guna jgak… Bg peruntukan utk kaum cina banyak2, br1m n etc tp masih gagal utk dptkan 2/3 majority.. Utk apa smua tu?

    Tiba masanya pendekatan dr.M dilakukan semula.. Hidupkan kembali ISA.!!!

  3. Baba says:

    Saman saja, tak payah acah2 , dulu ada juga saman lepas tu tarik balik. Buktikan.

  4. itsme says:

    byk kompromi yg dibuat antara pemimpin2 parti.. mrk sama2 simpan rahsia, dan demi rahsia2 tersebut maka apa shj yg melibatkan kesemua pemimpin tersebut akan dimaafkan walaupun dgn cara yg tak pernah difikirkan oleh org kebanyakkan. Sanggupkah DS Najib saman org yg mengatakan beliau dan isteri terlibat dlm scandal scorpene atau altantuya? dan sanggupkah lks menyaman org yg mengatakan beliau melesapkan duit sumbangan sykt2 china kpd DAP? apakah sanggup anwar menyaman org2 yg mengatakan beliau kaki liwat dan mengkhianati negara? dan apakah perlu rakyat menyaman mrk atas ketidakjujuran mrk dlm memberi maklumat kpd kita sebagai rakyat?? jawapannya kita tahu namun bagaimana dgn pembuktiannya dimahkamah?? dlm hal msiakini, pasti ds najib pun pening utk bagaimana hdk menterjemahkan niat sesuatu penulisan itu, ini satu cabaran buat pasukan peguam najib?? apakah hafarizam mampu memikulnya?? jd kita tunggu..

  5. acid says:

    Ketegasan kerajaan amat perlu di lihat di mata rakyat supaya fitnah tidak menjadi satu budaya di Malaysia. Nampaknya pendekatan moderate yg di ambil kerajaan selama ini telah di ambil kesempatan pihak tertentu utk memfitnah kerajaan.

  6. hentam ajelah says:

    ….pada persepsinya memang melayu/umno lemah .sekiranya menang saman fitnah itu pun…rakyat bawahan tetap berhadapan dgn ketidakadilan kaum yg diamalkn oleh masyarakat cina dlm sektor ekonomi..

  7. mooo says:

    Following the exposé of a RM40 million Bank Rakyat loan by its former chairman, the DAP has called on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to come clean on the scandal and show due regard for accountability and transparency.

    “Najib should explain to the public this expose by Sabbaruddin because the VIP concerned is closely related to BN leaders,” said DAP secretary-general Lim Guan Eng (pic).

    He was referring to former Bank Rakyat chairman Tan Sri Sabaruddin Chik, who told The Malaysian Insider that a VIP had used political connections to settle a loan amounting to RM32 million without any interest calculated due to the intervention of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Hasan Malek.

    “Najib should also explain the basis of Bank Rakyat giving out this loan.

    “Was it purely political or were proper procedures and due diligence complied with when Bank Rakyat issued the RM40 million loan to the VIP?” he asked in a statement today.

    Lim questioned how such a large loan could be given to a VIP without any financial standing or repayment ability.

    He said Najib should also explain what happened to the compromise offer by the VIP after Sabbaruddin’s tenure as chairman was not extended.

    “Was the Putrajaya-linked VIP allowed to repay the loan in 120 equal instalments over 10 years, interest-free?

    “Najib should also come clean and account for any other similar sweetheart deals of giving mega loans to VIPs of dubious financial standing,” he said.

    The Bagan MP and Penang chief minister said Najib’s failure to address these questions will only prove that Barisan Nasional leaders are running the country to enrich their cronies.

    Describing the revelation as the “the nexus of patronage, money-dealing and abuse of public monies for cronies of the top leadership”, Lim said Bank Negara’s credibility and integrity in ensuring a sound and reliable financial system are also in question.

    Sabbaruddin revealed that the Bank Rakyat board of directors had initially rejected the compromise offered by the VIP to settle his outstanding RM40 million debt, by offering 120 post-dated cheques to be cashed in by the bank over a 10-year period.

    Lim said it was right for the directors to reject the deal.

    “Ten years to pay off a debt without any interest effectively means getting the money for nothing if the interest rate is pegged at 10% per annum.

    “Naturally the directors of the bank were right in rejecting such a scandalous offer by the VIP as it would be a loss to the bank and not in the public interest,” he said.

    It was reported that the debtor is the owner of a carpet firm in Kuala Lumpur who has sparked controversy in the past. – May 26, 2014.

  8. mooo says:

    SPRM ada telur nak siasat jerung?????:

    kUALA LUMPUR 26 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dakwaan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik mengenai campurtangan seorang menteri bagi membolehkan pinjaman RM32 juta tanpa faedah diberikan kepada seorang individu.

    Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tuduhan itu amat serius dan SPRM perlu menyiasat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek sekiranya melakukan salahguna kuasa.

    Katanya, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berdiam diri memandangkan individu berkenaan turut dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan.

    “Ini tuduhan yang besar, Najib tak boleh berdiam sahaja, kena siasat dengan segera. Sabaruddin ni bekas menteri kerajaan, dia dah dedahkan bahawa individu tersebut ada kaitan dengan kerajaan.

    “SPRM perlu siasat Hasan Malek dan ambil tindakan dengan segera jika benar dia salah guna kuasa. Isu ini menunjukkan kronisme dalam Umno itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

    Pada 26 Mei lalu, Sabaruddin mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta oleh individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

    Sabaruddin memberitahu, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

    Memetik laporan The Malaysian Insider, Sabaruddin mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.

    Beliau memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk menolak penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjaman tersebut dengan tempoh bayaran 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.

    Selepas keputusan itu, Hasan didakwa tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat Sabaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat.

    Justeru Surendran mendesak SPRM menyiasat semua pihak yang terlibat bagi mengetahui sekiranya wujud campurtangan politik dalam keputusan bank berkenaan.

    sumber

  9. Jambol says:

    Kerajaan hari ini memang lembik dan tidak berdaya menghalang dan menghapuskan sebaran fitnah dan tuduhan daripada pihak pembangkang. Najib sendiri agak teragak-agak nak saman Malaysiakini. Kalau kena batang-hidung pembangkang, sudah pasti mereka tanpa teragak-agak terus menyaman sebagaimana dilakukan ke atas Utusan Malaysia. Kalau pihak kerajaan yang menyaman, mereka akan melabelkannya sebagai menyekat kebebasan bersuara, tetapi bila mereka yang menyaman, tidak pula dilabelkan begitu.

    Pihak pembangkang begitu yakin boleh menang kes mahkamah sebagaimana terbukti beberapa tahun kebelakangan ini, sementara pihak kerajaan pula sibut “menasihat” dan “menyeru”.

    Kenapa lah kerajaan BN, terutamanya UMNO, begitu lembik memerintah negara. Bila UMNO bertindak-balas selepas dilabelkan sebagai “UMNO celaka”, pihak UMNO pula yang disiasat bukannya pencetus yang biadap itu. Sementara itu, pemimpin-pemimpin UMNO pula lebih memberi kenyataan tentang tindakan pemuda-pemuda UMNO, bukannya sikap kurang ajar orang yang menyebabkan tindak-balas pemuda UMNO.

    Di kalangan para pengundi, jelas lah BN, khususnya UMNO, tidak memikirkan strategi untuk menghapuskan fahaman rasis dan kebencian terhadap Melayu yang disebarkan oleh pembangkang, terutamanya DAP, serta disebarkan dengan meluas oleh media-media elektronik. Sekarang ini, usaha-usaha sedang giat dilakukan untuk melagakan Islam dan Kristian pula. Tindak-balas NGO-NGO Islam pula hampir dilabelkan sebagai “keganasan Islam” dan “penindasan Kristian” tidak lama lagi jika sekiranya kerajaan masih lembik dan takut mengambil tindakan tegas dan berani. Tujuan utama mereka ialah untuk memenangi hati masyarakat bukan-Islam serta masyarakat di Timur Malaysia, terutamanya di Sabah. Lihatlah nanti !

    Sebagaimana biasa, kerajaan hari ini akan menunggu sehingga nasi menjadi bubur.

  10. rembaumostwanted says:

    Yang beria-ia nak saman bukan Najib tetapi penasihat dan pembodek pembodeknya. Banyak risikonya kalau Najib mengikut saja kata penasihat. Kalau menang ok la. Kalau kalah reputasi Najib merudum. So fikir-fikirkan la.

  11. Badrole Amin says:

    sepatutnya jangan jadikan isu konon punahsihat Najib beria-ia nak saman soroskini@malaysiakini sebaliknya jadikan isu kenapa pembangkang nak kecoh(tuduh kerajaan halang kebebasan bersuara dsb) sangat bila PM hanya sekali-sekali nak saman media mereka seperti soroskini@malaysiakini yang membuat fitnah

    wartawan hanya bertanya dimana jam tangan omega tapi anak sundal(anwar) itu ugut kata ‘you ulang I saman’, kenyataan sebeginilah yang sebenarnya bermaksud menghalang kebebasan bersuara kerana nampak sangat tidak rasional atau boleh dikata satu ugutan luar tabie

  12. nitahirep says:

    Tindakan berlembut kerajaan memang bagus bagi memelihara perpaduan rakyat dan menjaga hati kaum minioriti di Malaysia ini TETAPI pada masa sekarang tindakan terlalu berlembut ini sangat tidak sesuai kerana perbuatan pemfitnah yang bergerak atas nama hak asasi dan bersembunyi disebalik nama kaum minioriti ini amat berbahaya dan boleh “menghancurkan terus” perpaduan rakyat yang sekian lama telah dijaga dengan baik. oleh kerana itu maka kerajaan harus bertindak lebih tegas dan cepat dan jangan terlalu menuruti permainan mereka. Walaupun golongan ini mendapat bantuan luar tetapi mereka bukan ramai sangat dalam Malaysia, hanya saja perancangan mereka cukup tersusun dan mereka pantas bergerak serta berupaya menghasut ramai rakyat secara berterusan jika tidak dicantas dengan pantas.

    selagi golongan perancang yang ada dalam DAP dan penganut fahaman mereka yang ada dalam PKR dan PAS masih wujud maka mereka akan berterusan memecah-belahkan rakyat khususnya umat Melayu Islam maka selagi itulah penghinaan serta fitnah akan terus berlaku terhadap umat Islam dan membawa kepada kehancuran negara.

    ancaman ini hanya akan dapat diredakan apabila umat ISLAM khususnya MELAYU sebagai rakyat majoriti di Malaysia ini KEMBALI BERSATU dan KERAJAAN sekarang juga MESTI bersikap berani dan TEGAS…..

  13. raplahjingaa says:

    Najib harus teruskan saman Malaysiakini…..belajarlah dari Lee Kuan Yew, pembangkang di singapura ada yang di saman kuan yew hingga bankrup. Najib jugak harus mengikut jejak singapura memperkenalkan undang-undang ketat pada bloggers di singapura supaya tidak buat cerita fitnah.

  14. mooo says:

    Apa la pemimpin umno ni…saman jer….takkan nak tunggu ahli2 bagi direction???

  15. Badrole Amin says:

    soros, rothschild, presiden amerika dan sewaktu dengannya tidak pernah mengutuk undang-undang ‘draconian’ Singapura yang menghalang kebebasan bersuara media jadi tidak ada sebab kenapa kerajaan negara kita harus membiarkan kelonggaran terhadap kebebasan bersuara media di Malaysia terus di salah-guna…ikut dan belajar dari LKY dan PAP tentang bagaimana nak ajar pihak-pihak yang suka membuat fitnah dengan menyalah-guna kelonggaran dan kebebasan bersuara yang telah diberikan kepada mereka

    ——————————————————————————————————————————————

    mari kita tengok video dibawah tentang ‘kebebasan bersuara’ di amerika, kiamat macam nak hampir aku rasa…kristian evangelist dalam DAP pasti tidak setuju dengan apa telah diperkatakan oleh kristian evangelist bernama Anita Fuentes yang membuat video dibawah ini:

  16. hokaloh says:

    mcm nie la,,kita renung sama2 erk? kita pikir altantuya? scorpean? knape xsaman?? betul cekgu skolah rendah aqu ckap berani kerana benar, takot kerana ???

Leave a Reply