Menu Utama

UMNO Harus Layan Rakyat Bukan Parti Lawan – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keupayaan Umno mengekalkan reputasi sebagai parti Melayu yang unggul merupakan satu pencapaian besar bagi parti itu.

mahathirBeliau berkata walaupun Umno masih diterima, namun sokongan terhadapnya kelihatan berkurangan dan parti itu perlu mengambil iktibar daripada keadaan itu.

“Kalau kita perhatikan, parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan, hampir semua tidak ada sekarang ini. Semua dah luput dah, ditolak oleh rakyat.

“Tapi Alhamdulillah, Umno masih lagi diterima walaupun sokongan nampak sudah berkurangan sedikit. Kalau ia (Umno) tak ambil iktibar daripada (keadaan) ini, membetulkan keadaan, kemerosotan sokongan mungkin akan berterusan,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ulang tahun ke-68 penubuhan Umno pada 11 Mei ini dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan buku mewah berjudul “Reminiscences of Insurrection: Malaysia’s Battle against Terrorism 1960-1990” di Kementerian Pertahanan di sini, petang tadi.

Dr Mahathir menasihatkan para pemimpin Umno supaya mendengar apa yang disebut oleh rakyat terutamanya parti lawan.

“Tetapi janganlah kita pula layan sangat parti lawan ni kerana dia ada tujuan nak bagi jatuh kerajaan.

Tapi kalau kita tidak ambil peduli tentang teguran, mungkin kita akan terus kehilangan sokongan,” katanya.

– Bernama



« (Previous News)



10 Komen to UMNO Harus Layan Rakyat Bukan Parti Lawan – Tun Mahathir

  1. dkds says:

    ada segelintir pemimpin UMNO yang suka sangat ikut nasihat penyokong parti LGBT..malah bersuara pun sama dengan parti LGBT….ini bukan menambahkan sokongan orang melayu pada UMNO…tapi mengurangkan keyakinan dan sokongan….

    dia ingat UMNO itu nama nya Parti pemikiran liberal ke?

  2. korokstabang says:

    UMNO harus melihat kembali kepada asas penubuhan & perjuangan jangan sekali kali membelakangkan kepentingan orang melayu kerana UMNO itu ‘Melayu’ dan Melayu itu ‘Islam’, jangan melebihkan puak lain sehingga apa yang di kendong akhirnya berciciran

  3. james bond says:

    Betul apa Tun cakap tu. Melayan parti pembangkang bererti melemahkan parti UMNO dan bila dah lemah senanglah ditumbangkan nanti. Pelik cara pemikiran Najib yang beranggapan dengan mengikut tunjuk ajar DAP maka Cina akan mengundi BN. Ingat DAP bodoh ke nak kehilangan undi?

  4. raplahjingaa says:

    Ya betul Tun !! UMNO patut utamakan rakyaat terutamanya rakyaat yang meletakkan presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia.

    Yang lain tu kelas kedua kan !! kerana hidup depa hanyalah mencari jalan untuk menhancurkan orang Melayu, teras utama negara ini.

  5. baba says:

    memang tepat apa tun kata, kerajaan kena layan rakyat, selesaikan isu rakyat , jgn ambik kisah langsung apa tuntutan2 pakatan, kalau kerajaan beri segala tuntutan mereka pun bukan mereka nak sokong kerajaan

  6. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Alhamdulillah!
    Negawaran ulung seperti Tun Dr Mahathir masih belum bosan memberikan nasihat kepada pemimpin dan ahli UMNO.
    Sesungguhnya dalam hal-hal tertentu kepimpinan UMNO diperingkat bawahan juga sering dilihat seolah-olah lupa diri, malah mereka sendiri tak tahu apa yg harus mereka perjuangkan sebagai pemimpin kecil diperingkat akar umbi.
    Ada yg bila dah dapat jawatan sedikit mula merasakan diri mereka besar dan lagaknya pun mula menjadikan ahli biasa berasa benci.
    Maksudnya, reformasi dalam UMNO bukan sahaja perlu pada peringkat atasan, tapi yg lebih penting ialah diperingkat kepimpinan bawahan yg dekat dgn ahli di akar umbi.
    Wallahhua’lam.

  7. tony gunawan says:

    mahathir sudah lupa malaysia adalah negara demokrasi!
    kalau boleh seharusnya malaysia mengamalkan sistem dua parti !

  8. bangKano says:

    Najib anak bangsawan melayu…tak pernah merasai penderitaan hidup sebagai marhein..mana dia tau semua permasaalahan rakyat bawahan…? Sebab tu la semua pemikiran & tindakan mengarah ke arah ultra liberal yang memihak ke puak puak pengamalan demokrasi ekstrem ala barat.

  9. raplahjingaa says:

    Apa hang dok merepek toni ?? hang dah ambil antibiotic ka ??

  10. TUBIR says:

    Adakah TDM buta atau pekak selama ini?……memang sudah terbukti UMNO dibawah kepimpinan najib lebih mengutamakan rayaat dalam semua tindakan …….ini terbukti dari tingkah laku dan tindakan pucuk pimpinan tertinggi UMNO lebih mengutamakan cina dalam segala tindakan dan bantuan terus dicurah kesekolah sekolah cina walaupun ia bertentangan dengan perlembagaan .Lihatlah najib tidak pernah bercakap atau menekankan betapa pentingnya bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan jati diri rayaat Malaysia .Kompas perjuangan najib dan pemimpin UMNO sudah rosak dan mempunyai ralat yang amat jauh dari yang sebenarnya .Orang orang Melayu harus sedar merika selama ini boleh diumpamakan mabuk kerana menghisap ganja yang diberikan oleh para pemimpin UMNO .UMNO adalah Melayu Dan Bangsa Melayu ada hak hak istimewa yang terkandung didalam perlembagaan .
    PM sering bercakap soal ekonomi dan kelangsungan hidup melayu……..tapi apa yang PM buat adalah sebaliknya ……..UMNO sudah berpandukan kompas yang rosak …..dan usaha untuk membetulkan dan membuat penyelarasan kompas langsung tidak dibuat ……Kebanyakan orang Melayu sudah mula berasa bosan dengan sikap sesetengah pemimpin UMNO baik yang tua atau yang muda .Yang tua dengan cara kuno dan cuba membuat perubahan segera yang akhirnya kita terlepas segalanya .Pemimpin golongan muda seperti KJ pula tiada jati diri Melayu yang kuat ……masakan beliau boleh membawa kecermelangan untuk bangsa melayu.Kja memang pandai bercakap …dan dia rasa beliau bagus dan tahu segalanya tentang pemikiran Melayu morden .Kalau inilah jenis pemimpin pelapis yang UMNO sediakan untuk memimpin UMNO dimasa hadapan maka jawapanya UMNO akan mengalami kemurungan dan jadi bahan belasahan .
    UMNO bukan harta benda yang boleh diwarisi…….Tetapi UMNO adalah wadah perjuangan Bangsa Melayu.Jika bangsa Melayu sendiri merasa bosan dengan tindakan segelintir pemimpin yang diwarisi kuasa diatas jasa ayah dan ibu merika dimasa silam .

Leave a Reply