Menu Utama

Tuanku Nazrin Sultan Negeri Perak Yang Baharu?

Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Sultan Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dijangka akan ditabalkan sebagai Tuanku Sultan Perak yang baru dalam istiadat pelantikan dan pengisytiharan yang akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang esok.
10_DRNS

Portal suaragenerasibaru.com melaporkan sumber yang rapat dengan Istana menyatakan mesyuarat khas Dewan Negari Perak malam tadi turut memutuskan Raja Iskandar Zulkarnain akan ditabalkan sebagai Raja Muda Perak. Turut dijangka ditabalkan ialah Raja Jaafar Raja Muda Musa sebagai Raja Dihilir.

Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negari hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.

Bagaimanapun, ketulunenan maklumat ini tidak dapat disahkan sehingga kini.

Sementara itu, Bernama melaporkan pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.






3 Komen to Tuanku Nazrin Sultan Negeri Perak Yang Baharu?

  1. bujuk says:

    Walaupun hanya menjangka… lebih afdhal tidak mendahului keputusan Dewan Negara Perak yg. bertanggungjawab melantik Sultan dan kerabat yg. baru selepas kemangkatan Sultan.

  2. raplahjingaa says:

    Yup….anyway aku suka sangat kalau Tuanku Nazrin di lantik menjadi Sultan, teringat aku ketegasan tuanku bagi kata dua pada Nizar dan Ngeh masa perasmian DUN Perak satu waktu dulu.

    Masa tu Nizar dan Ngeh, menyeru semua ADUN pembangkang supaya jadi beruk sarkas dalam DUN Perak. Ketegasan Tuanku menyebabkan semua adun pembangkang dengan berat hati terpaksa kembali menjadi manusia.

  3. shahril81 says:

    Awat aku tgk articles kt mykmu ni kebanyakkan letak question mark at the end?website m.kini n etc lg teruk isi cerita yg penuh fitnah dan sampah, tkdak depa letak question mark pun.. Come on la penulis.. Kita dipihak yg benar.. Jgn takut..

Leave a Reply

Threesome