Menu Utama

Tolak Undi Hudud: Akidah Dyana Sudah Rosak?

IMG-20140518-WA0004

CALON DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofia membuktikan bahawa bila dia membuat keputusan menyertai DAP, maka seluruh hidupnya juga didedikasikan untuk parti berlambangkan roket tersebut.

Sehingga bila DAP menentang sistem perundangan dalam agamanya sendiri pun, Dyana tanpa segan silu mengikut sama, alasannya (selain pendirian parti), calon dari Gerakan yang mewakili BN dalam PRK tersebut, turut menolak hudud.

Tapi budak ini terlupa atau sengaja jadi jahil, hudud ini bukan tentang parti apa yang kamu sokong, hudud adalah perundangan Islam.  Memilih untuk tidak melaksanakan, dengan menolak secara total perundangan Islam seperti yang dilakukannya sekarang, adalah 2 perkara berbeza.

Ia samalah seperti orang tidak berpuasa dengan orang yang mengatakan puasa itu bukan sebahagian daripada hukum Islam – satu dapat dosa, satu lagi boleh gugur akidah.  Budak Dyana ini masuk dalam kategori mana satu, nombor dua?  Penulis serahkan kepada anda semua untuk menilai.

Tapi ada bodohnya juga budak ini kerana menyamakan dirinya dengan Datuk Mah Siew Keong.  Penulis katakan bodoh sebab dari namanya saja semua orang tahu calon Gerakan ini bukan beragama Islam, jadi penolakannya terhadap hudud, berbeza dengan Dyana.

Sebab itulah kenapa pemimpin Islam dalam BN, begitu berhati hati bila memperkatakan tentang hudud ini.  Tidak pernah dalam apa keadaan kita mengatakan hudud ini perlu ditolak kerana perlu diakui ia memang sebahagian sistem perundangan Islam, tapi budak Dyana ini lain pulak cara dia.

Apa pun, penulis nak sebut disini, berpolitik tidaklah perlu sampai perlu menolak agama.  Apakah bila sampai satu tahap DAP mengharamkan Dyana memutuskan hubungan dengan ibunya kerana ibunya ahli UMNO, Dyana akan patuh kepada arahan tersebut kerana kononnya pendirian parti?

Sudah tentu tidak, tapi tak tahulah kan, dalam dunia hari ini apa saja boleh jadi.

Hudud adalah sebahagian dari perundangan Islam dan menolaknya secara total kerana konon alasan pendirian parti, adalah sama seperti menolak Islam – hakikat yang diperakui sendiri oleh PAS yang menjadi sekutu DAP dalam Pakatan Rakyat.

Pengundi di Teluk Intan, tak kira orang Melayu atau tidak perlu melihat ketaatan membuta tuli Dyana terhadap perjuangan parti sehingga membelakangkan agama sendiri ini sebagai suatu yang bahaya kepada masa depan negara.  Hari ini DAP tolak hudud, dia pun tolak hudud (walhal agama Islam), besok DAP tolak entah apa, dia pun ikut juga.

Ini bukan kesetiaan kepada parti, ini bodoh namanya.






25 Komen to Tolak Undi Hudud: Akidah Dyana Sudah Rosak?

  1. Baba says:

    Ini jenis sesumpah sial.

  2. tengkudin says:

    sesumpah barua bangsat…aku dah kata dah…minah ni jadi barua DAP je…amacam PAS????

  3. itsme says:

    dyana tdk keseorangan sebenarnya.. ada ramai ustaz2 dan pengikut PAS yg bersama budak dlm hal menolak hudud atau menolak hukum Allah ini. Perlu diakui mungkin budak ni tdk terdidik dgn sempurna dr bab agama keturunannya namun yg pasti kita belum tahu lg apa akudah budak ni sebetulnya. Ada anak2 yg lahir utk mmbawa ibubapa mrk kesyurga Allah namun budak dyana ni kita kurg pasti.. ayah ibu beliau mungkin lbh mengetahuinya.

  4. ancus says:

    konklusinya satu jer…anakmuda melayu yang lulusan U yang senang2 ditarbiyah oleh dap yang kuuunuunnnya mampu berfikir di luar kotak adalah melayu bodoh.

  5. korokstabang says:

    Apa punya betina mengaku islam tapi berpendirian kapir

  6. bujuk says:

    Wah… berdentum-dentam hentam orang tolak hudud. Batal aqidah…. betullah tu, tapi bagaimana pulak dengan orang yg. sengaja mengadakan sekatan2 supaya hudud tidak dapat d laksanakan. Menghina hukum Allah dengan kata nak makan sup tangan boleh pergi k’tan, takda batu nak buat jalan sebab dah habis rejam orang berzina, Bangsa mundur sebab ramai orang cacat… malah ada pemimpin yg. pernah sebut selagi memerintah hudud tidak akan d laksanakan, bersama2 meraikan majlis tolak hudud bersama parti seangkatan. nak tanya jugalah pada penulis…. apa pulak hukuman pada orang macam ni?
    Kita bila menulis… tanya diri dulu, sokong ke idak hudud ni, setuju ke idak hudud d laksanakan. Jangan d mulut lain d hati lain… Orang kalau sokong dan setuju, dia mencari jalan bagaimana nak laksanakan. Bukan melakukan sekatansupaya hudud tidak boleh d laksanakan. Contoh ada orang miskin, kita yg. kaya hulurlah mengikut kemampuan kita, bukan suruh orang lain yg. juga kurang mampu untuk bantu orang miskin tersebut. Kalau kita ada kereta bawaklah orang yg. berjalan kaki, bukan suruh orang naik basikal tumpangkan orang jalan kaki. Kalau kita ada kuasa… laksanakanlah hudud, bukan suruh orang lain…. yg. belum berkuasa.

  7. WTF says:

    Aku tak sokong perlaksanaan Hudud PAS, sebab Hudud PAS tidak mengikut apa yg disyariatkan dalam Al-Quran dan Hadis Sahih.

    Tapi aku sokong usaha kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO/BN di mana Jawatan Kuasa Teknikal Hudud telah ditubuhkan bersama pakar undang2 dan mufti untuk membetulkan semula Hudud PAS supaya mengikut apa yg disyariatkan dalam Al-Quran dan Hadis Sahih.

    Tapi percayalah kata2 aku ni, PAS nanti akan menyalahkan UMNO juga sekiranya PAS tak dapat laksanakan hukum Hudud di negeri Kelantan.

  8. bujuk says:

    takpalah wtf… kita tengok nanti, apakah ada perubahan besar dari jawatankuasa teknikal yg. d ianggotai bersama k’jaan pusat dan k’tan. Kalau semuanya masih sama… apakah wtf akan terima hudud tersebut. Apapun wtf ko memang lagi hebat dari alim ulamak d m’sia ni sebab tiada antara mereka yg. kata hudud k’tan d reka PAS tampa panduan quran dan hadis.

  9. dkds says:

    rasanya ulamak Pas dah jadi manusia bisu dan pekak telinga…..

  10. alimedanbaru says:

    sibuk nak buat hudud,tapi tak dengar pun kerajaan KELANTAN ambil tindakan awal tutup kedai arak, pastikan kedai jual nombor judi haram dibenteras, kawal anak negeri pergi seberang buang benih, perangai sarang pelacuran yg ada dipekan Kota Bharu, pastikan operasi hotel-hotel mengikut garis panduan rumah tumpangn Islam, denda lelaki yg tak pergi solad jumaat DAN LAIN-LAIN PERSEDIAAN AWAL BAGI MEMPASTIKAN RAKYAT BERSEDIA TERIMA HUKUMAN HUDUD… kecoh lebih..benada asas tak boleh buat..inikan pokok besar..buktikanlah dgn perkara kecil dulu!

  11. WTF says:

    Hahahaha…kenapa hang bertanya demikian Bujuk!!!

    Kira hang sekarang ni nak kata Hudud PAS ni SEMPURNA ka???

    Kalau Hudud PAS ni SEMPURNA, kenapa PAS minta pertolongan kerajaan Malaysia untuk membaiki kelemahan2 yg ada dalam Hudud PAS?

    Percayalah, banyak lagi yang akan ditukar dan rasanya bukan setakat Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993, malah juga undang2 syariah yg lain di negeri Kelantan supaya perlaksanaannya LEBIH ADIL dan SAKSAMA!!!

    Bujuk, hang kata aku lagi hebat daripada alim ulamak PAS???

    Aku akui aku memang lagi hebat dari alim ulamak PAS yg draf dan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993, sebab yg luluskan draf tersebut bukan ahli2 ulama SEBENAR, depa sebenarnya ulama alim4444 kucing la Bujuk!!!

    MUEH4444

  12. mancini says:

    Pas nak perangkap umno dgn isu hudud bila umno sokong pas tangguh nak bentang di dewan rakyat.pas memang terdiri drp ulama gila kuasa dan gila babi

  13. Mek esah says:

    Dah agak dah mesti atas alasan ” hudud pas”….tapi tak apa le….kita org tunggu je bila ilham hudud dari parti keBangsatan melayu umno

  14. WTF says:

    ILHAM APA NI MEK!!!

    DAH PAS sendiri serahkan pada usaha kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO/BN di mana Jawatan Kuasa Teknikal Hudud telah ditubuhkan bersama pakar undang2 dan mufti untuk membetulkan semula Hudud PAS supaya mengikut apa yg disyariatkan dalam Al-Quran dan Hadis Sahih.

    Mek lupa ka PENGAKUAN Mek sendiri yg Hudud PAS ni tak betul!!!

    Mek esah (February 6th, 2014 at 11:28 PM)

    Skrg pas boleh ubah kalau ada keralatan/ kekurangan kan ?……kalau penambah baikkan sudah dibuat ……sudi ke umno bagi lampu hijau kat kelantan …….

    WTF (February 6th, 2014 at 11:36 PM)

    kalau ada keralatan/ kekurangan kan ?……

    MEMANG LIWAT TU SALAH PUN, napa selama 20 tahun tak mahu betulkan…sebab nak test teori bila liwat boleh dapat KENCING BERDARAH KA???

    KELAKNATE MU JAHIL MEK ESAH!!!

    MUEH4444

    http://www.mykmu.net/?p=39790

  15. mancini says:

    Hudud pas boleh liwat isteri, kah22

  16. sireh ke gagang says:

    Mek kalau mengulas , mesti lari dari paksi posting ( ini style dia lah) . sudah lah mek , orang semua tahu , Parti pas pis pus yang mek puja dan cium hari2 tu , hanya parti pencacai dan tukang basuh berak tauke – tauke DAP . Bila sebut DAP , mek mesti menikus sembunyi balik pintu . fasal 16 ,enakmen jenayah syariah kelantan 1993 menyatakan , suami boleh meliwat isteri . mek sebagai perempuan , suka dan sokong fasal 16 ini kah ? tahukah mek liwat itu apa dan hukumnya apa di dalam ISLAM ? KEBANGSATAN sebenar adalah PAS , mek. tiada pendirian , sering menukar kenyataan depan pengudi mengikut bangsa dan terlampau takutkan tauke -tauke DAP bila dalam isu Berkaitan Islam . aku bukan expert macam WTF , boleh cari dan gali komen2 mek yang lepas , tapi aku nak ingatkan mek , menyokong yang batil , Allah benci tahu ? ingat tu mek .

  17. bujuk says:

    Apa yg. manusia buat takkan sempurna… kita hanya boleh berusaha sebaik mungkin dan berserah pada Allah dan mengharap redha Allah. PAS hanya mahu semua terima hukum hudud dan tidak lagi mempolitikkan hudud. Bila ia d buat bersama pasti tiada lagi cerita2 hudud PAS dan kepentingan PAS sebab yg. buat itu kerajaan/ pihak berwajib. PAS dah lama minta umno draf hudud untuk elak tuduhan hudud PAS, hanya sekarang UMNO mahu bekerjasama. TMB k’tan jelas kata menteri minta bagi laluan pada j/k teknikal dulu sebelum d bawa ke parlimen dan tidak pernah d bantah. PAS sedar mereka perlu mendapat laluan dari menteri untuk membentang hudud d parlimen dan perlukan sokongan MP Islam termasuk UMNO untuk meluluskan hudud d parlimen. Jika untuk kepentingan politik baik PAS bawa sekarang jika gagal boleh terus salahkan orang lain dan PAS dah cuci tangan… tapi PAS nak HUDUD d laksanakan bukan d politikkan.

  18. zarman says:

    hang ni jurucakap pas ke bujuk?… lain yang pemimpin buat, lain yang macai cuba nak terangkan… hakikatnya semua lampu hijau dah diberi kerajaan, tapi pas tarik balik hanya kerana dap menentang… mengakulah yang pas takut pada dap melebihi takutkan Allah bujuk. macam-2 alasan korang, yang dulu buat demo bersih, blackout, dan berpuluh demo lagi tu tak mintak keizinan menteri pun korang buat…. apa cerita?
    Kalau nak mengharap reda Allah, janganlah mengkafirkan sesama islam, jangan mengaku nak dpt sokongan setan, jangan kata Allah mencarut, jangan lebihkan kafir harbi dari sesama islam, jangan hina Rasullulah, jangan memfitnah, jangan mencaci sesama islam, (cuma sebahagian yg disebut)… tapi pas buat itu semua demi politik dan menipu umat islam demi pangkat, kuasa dan harta.

  19. WTF says:

    Memang apa yang manusia buat tidak sempurna, tapi ahli4444 PAS selalu PERASAN yg depa ni CUKUP SEMPURNA!!!

    Hang kata PAS berusaha sebaik mungkin dan berserah dan mengharap redha Allah, tapi setakat itu jer hasil usaha hangpa selama lebih 20 tahun untuk melaksanakan hukum hudud di negeri Kelantan???

    Usaha apa yang ditunjukkan selama ni Bujuk, sampai Mufti Kelantan pun naik boring dengar cerita hangpa siap tegur lagi bila nak laksanakan Hudud PAS (tahun 2013), Husam Kusam pun bangkitkan hali in pada 2013 (but for political mileage off course) kemudian barulah PAS di bawah pimpinan baru MB Kelantan (Ahmad Yaakob) nak beri peruntukan untuk tubuhkan jawatankuasa sendiri berkenaan perlaksanaan Hudud PAS sebanyak MYR 1 juta pada tahun 2013 juga (itupun kurang 1 juta dari tabung nak bela Hadi Roi).

    Kemudian setelah sedar bahawa PAS tak mampu nak laksanakan Hudud PAS (sebab SEDAR banyak kelemahan sedia ada tak dibetulkan since 1993 dan juga tiada kepakaran dalam bidang undang2 dan syariah Islam untuk membetulkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993), maka PAS dgn MUKA TAK MALU mulalah meminta pertolongan UMNO di Parlimen. Permintaan PAS disambut oleh UMNO dan barulah jawatankuasa teknikal ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia yg membabitkan pakar undang2 dan mufti untuk membetulkan semula Hudud PAS supaya mengikut apa yg disyariatkan dalam Al-Quran dan Hadis Sahih.

    Banyak kali aku lihat Bujuk menulis bahawa TMB Kelantan (Timbalan Menteri Besar kot) kata menteri minta bagi laluan pada j/k teknikal dulu sebelum d bawa ke parlimen dan tidak pernah d bantah???

    Apa tandanya tu Bujuk, itu tandanya bahawa Hudud PAS tidak mengikut apa yg disyariatkan dalam Al-Quran dan Hadis Sahih. Itu kita tahu Bujuk, takkan hang masih nak DENY lagi!!!

    Hang patut BERTERIMA KASIH pada Sultan Kelantan, kerana REJECT application Nicky Ajis untuk menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan. Percayalah kata2 aku, ini adalah RAHMAT dari Allah SWT kerana tidak membenarkan lagi Nicky Ajis menjadi Menteri Besar Kelantan.

    Dan rahmat kedua ialah apabila Sultan KElantan melantik seorang moderate dari PAS, Ahmad Yaakob yang walaupun not a proven administrator (this can be learn) tapi sanggup bekerjasama walaupun dgn UMNO demi perpaduan umat Islam Malaysia.

    Untuk pengetahuan hang Bujuk, pada pandangan aku, Nicky Ajislah PUNCA hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di negeri Kelantan, bukan UMNO, bukan Mahathir dan juga bukan Perlembagaan Malaysia!!!

    Time have changed Bujuk, BERUBAHLAH BUJUK!!!

  20. raplahjingaa says:

    Hang sebut pasal saman adi roy tu wtf….la ni apa cerita si lebai kulup musang berjanggut tu ?? dok himpun duit ke ?? nak sympon dari tabung memali, tabung tu pun dak kosong dikerjakan mat sabu, mau tak mau kena banyak ceramah la, lebai-lebai PAS tak cukup tin milo, tin minyak masak pun boleh guna…banyak la sikit !

  21. bujuk says:

    Aku bukan jurucakap PAS, tapi korang memang tak baca harakahkan… so aku mudahkan korang. Walaupun tak semua sama dengan harakah… tapi sumber aku sembang sini ANTARAnya harakah. Kita kalu nak tuduh orang kena faham maksud dia, kena baca habis tulisan dia, kena dengar habis ceramah dia. Kalau korang ambil sumber utusan yg. pilih sekerat2 memang tak boleh nak kata apa…
    wtf..
    kalau PAS/ahli PAS ko kata rasa sempurna.. tentunya salah sebab TGNA pun minta maaf pada rakyat k’tan. Itu menunjukkan dia mengaku tak sempurna. PAS berusaha dengan menyertai pilihanraya hingga sekarang menunjukkan komitmennya untuk berjuang memartabatkan Islam. Allah belum bagi kemenagan lagi… mungkin kerana belum cukup amalan dan bersih hati ahli2 dia. Ko boleh kata apa saja… tapi aku nak tegaskan, PAS terus berusaha. PAS tentunya berterima kasih pada UMNO yg. mula menerima hudud, tapi perlu juga berhati2. Pandangan aku UMNO hanya mencabar PAS laksanakan hudud untuk melihat kesungguhan PAS, sebabnya UMNO boleh saja buat sendiri jika mereka mahu. PAS bila berkuasa d k’tan draf hudud d DUN k’tan, tapi umno berkuasa d parlimen sebaliknya cabar PAS usul d parlimen. Tapi… takpa, insyaAllah PAS akan bawak juga. Aku sebenarnya lebih suka k’tan usul secepat mungkin… tapi TMB k’tan kata mereka mahu ususl tersebut berjaya. Bila nak berjaya kena ikut la… apa yg. d minta oleh orang yg. janji nak sokong hudud tersebut.

  22. WTF says:

    Tuduhan apa hang cerita ni Bujuk!!!

    Memang HAKIKAT org2 PAS baik pemimpin sampai ke ahli paling MACAI memang tiada kepakaran dalam bidang undang2 dan juga syariah, ini HAKIKAT yg tak boleh DIUBAH!!!

    Tu pasallah Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 TERPEROK tak dilaksankan hinggalah dgn izin Allah SWT, terbuka hati Sulatn Kelantan untuk reject application Nicky Ajis nak jadi MB Kelantan pada 2013.

    Lihatlah perubahan yang berlaku sekarang, org2 PAS yg tak pandai dan pakar dalam bidang yg diperlukan untuk melaksankan Hudud PAS meminta pertolongan UMNO untuk kelemahan2 yg ada pada Hudud PAS supaya mengikut apa yg disyariatkan dalam Al-Quran dan Hadis Sahih.

    INI FAKTA BUJUK, TAKKAN HANG NAK DENY LAGI!!!

    Nicky Ajis mintak maaf kepada rakyat Kelantan mungkin kerana Nicky Ajis kena TARBIYAH dgn Ahmad Yaakob kot???

    Bagi aku, NIcky Ajis HANYA SEDAR KELEMAHAN DIRI SENDIRI BILA SUDAH TIDAK PUNYAI KUASA!! Selama ini Nicky Ajis ingat yang dirinya SEMPURNA, HOLIER THAN THOU bila ada kuasa, tapi itu semua SUPERFICIAL jer, Nicky Ajis tak SEMPURNA, malah boleh aku catregorykan sbg ORG CACAT AKAL DAN FIZIKAL!!!

    Dan hang kata yang PAS berusaha bersungguh untuk MENANG PILIHANRAYA tapi tak diberi kuasa sebab Allah SWT tak mengizinkan kerana ahli2 PAS belum cukup amalan dan bersih hati???

    Tulah, kebanyakan ahli PAS ni fikir depa SEMPURNA Bujuk, padahal hang sendiri kata ahli2 PAS belum cukup amalan dan bersih hati. Hang BARU NAK SEDAR DIRI ker Bujuk???

    Apahal pulak Bujuk kata UMNO baru2 ni mencabar PAS untuk laksanakan Hudud di Kelantan dgn meminta PAS usul rang undang2 persendirian di Parlimen???

    Adakah Bujuk ingin mengatakan bahawa PAS TERPAKSA BERPURA2 nak usul rang undang2 persendirian di Parlimen kerana dicabar oleh UMNO dan takut hilang undi org Melayu Islam yg jelas BERPIHAK kepada UMNO!!!

    HMMM….KANTOI NIAT BUSUK PAS KAN BUJUK, THE BEST PART, BUJUK SENDIRI YANG DEDAHKAN!!!

    NAMPAKNYA PAS LANGSUNG TAK BERUBAH!!!

    Seperti kata2 aku semalam, PAS nanti akan menyalahkan UMNO juga sekiranya PAS tak dapat laksanakan hukum Hudud di negeri Kelantan. DAH NAMPAK DAH BUIH4444 LAKNATULLAH PAS NI!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!!

  23. WTF says:

    Saman Hadi Roi sanggup depa spend MYR 2 Juta saudara raplahjingaa, tapi nak tubuhkan jawatankuasa teknikal negeri untuk melaksanakan hudud di Kelantan, PAS provide MYR 1 juta jer!!!

    GILA TAKSUB KAT PEMIMPIN DEPA NI!!!

    PERASAN MAKSUM DAN SEMPURNA PUAK4444 PAS NI!!!

  24. dean Abdullah says:

    Diyana ni dah di rosakan oleh Lim Kit Siang dan dasar pendidikan negarz semasa hishamudin hussein onn jadi menteri pelajaran dulu yg mana Hishamuddin hussein cuba menghapuskan subjek sejarah Tanah Melayu. Ini dosa Hishamuddin dan kit Siang tak guna tu lah.

  25. bangKano says:

    Tau jugak hang ni bujuk…manusia tak semeti nya selalu betoi..tapi puak puak bengong hang pa dok sakan kata UMNO kafir & anti islam pasai tak mau laksana kan hudud dan bermacam macam lagi fitnah yang jelek jelek kat pemimpin melayu islam UMNO. Puak puak hamPAS tu betoi ka sepanjang masa dan tuduh UMNO selalu salah.

    Cakap tak seghopa bikin la bujuk….!!!

Leave a Reply

Threesome