Menu Utama

Timbalan Presiden PKR: Misi Hidup Mati Riwayat Politik Khalid Ibrahim

Hari ini tanggal 11 Mei 2014 merupakan hari yang cukup mendebarkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kerana inilah saatnya ahli PKR di negeri ini akan membuat keputusan yang akan menentukan nasibnya samada berhak atau tidak untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PKR.

Ketika ini Khalid sedang mengekori di tempat kedua dengan perolehan 6,217 undi, defisit sebanyak 3,659 undi berbanding Azmin Ali selaku penyandang yang mendapat sokongan 9,876 undi sementara tempat ketiga dengan hanya sokongan 5,717 undi ialah Saifuddin Nasution.

Khalid sedar dalam keadaan di mana Azmin sedang selesa mendahului pertarungan tiga penjuru ini, maka satu-satunya harapan untuk mengalahkan musuh politiknya itu bergantung sepenuhnya pada sokongan sebahagian besar ahli PKR Selangor.

Dengan pengaruhnya sebagai MB Selangor dan dikatakan pula ramai ahli PKR di negeri ini yang berpuas hati atau berbangga dengan prestasinya yang telah meneraju negeri ini sejak PRU-12, tidak dapat tidak ia memberi kelebihan besar untuk Khalid dalam mendepani Pemilihan PKR 2014.

Dari sudut itu dan congak kira di atas kertas rasanya tiada masalah untuk Khalid menterbalikkan keputusan semasa supaya memihak kepadanya sekaligus menjadi noktah penamat kepada pergeseran politik beliau dengan Azmin selama ini.

Bagaimanapun realitinya ia tidak semudah itu untuk Khalid menumbangkan Azmin disebabkan cengkaman politik MB Selangor itu di negeri ini tidak sekuat pengaruh Azmin yang sudah berakar umbi semenjak zaman reformasi 1998 lagi.

Penyokong Azmin dikatakan ramai ada di merata tempat dan tidak terhad di Selangor sahaja. Tambahan pula pertarungan tiga penjuru ini dilihat memberi kelebihan kepada Azmin sebagai penyandang.

Dari sudut itu nampak seperti sukar untuk Khalid mengalahkan musuh ketatnya itu namun dalam politik tiada yang mustahil.

Apapun sepanjang hari ini hinggalah keputusan rasmi kelak, debaran jantung Khalid pasti tidak keruan kerana percubaan penuh berisiko merebut tempat dua PKR itu seumpama misi hidup mati riwayat politiknya dalam PKR selain turut mempertaruhkan jawatan MB Selangor yang disandangnya.

 






8 Komen to Timbalan Presiden PKR: Misi Hidup Mati Riwayat Politik Khalid Ibrahim

  1. raplahjingaa says:

    Sapa pun menang tak kan bawak apa-apa significant pada negara, the only significant hanyalah pada PKR sendiri, amat menyedihkan tak sampai 10% ahli yang layak mengundi keluar mengundi, a very-very low rate at any standard hatta pemilihan ketua rombongan che kiah pun lebih ramai undi ikut peratusan.

    Kalau assmin menang, Puan presiden parti akan duduk tak senang, jika khalid menang tuan penasihat parti yang jugak laki kepada presiden parti pulak yang tak senang.

    Serba tak kena…

  2. dkds says:

    Boleh percaya ke kepurusan yg dikeluarkan itu telus dan benar…rasanya pemilihan PKR umpama pemilihan yang sudah diketahui keputusannya

  3. penabur sperma says:

    kalau chegu bastard(chegu bard) dll boleh kata azmin tabur duit untuk menang dan mengekalkan jawatan timbalan presiden, maka tidak adil jika chegu bastard(chegu barabur duitd) takut nak kata anak puaka(nurul izzah) pun main tabur duit juga untuk menang dapat tempat nombor satu jawatan naib presiden

    azmin seorang sahaja ke ada banyak duit boleh main tabur duit? apakah anak puaka takde banyak duit? jawabnya….

    walaupun anak puaka takde banyak duit, bapak puaka yang ada lebih banyak duit dari azmin sudah tentu dalam keadaan lebih mudah tolong menangkan anak puaka dapat nombor satu jawatan naib presiden dengan tabur duit juga

  4. Badrole Amin says:

    aku nak tanya sket pada macai(tak kira mooh, bujuk atau tony semuanya digalakkan jawab)….

    1. kalau chegu bastard(chegu bard) dll boleh kata azmin tabur duit untuk menang dan mengekalkan jawatan timbalan presiden, apakah adil jika chegu bastard(chegu bard) dll takde teloq takut nak kata anak puaka(nurul izzah) pun main tabur duit juga untuk menang dapat tempat nombor satu jawatan naib presiden?

    2. azmin seorang sahaja ke ada banyak duit boleh main tabur duit? apakah anak puaka takde banyak duit?

    3, boleh atau tidak jawapan kepada pertanyaan nombor 2 itu harus berbunyi seperti dibawah ini:

    “walaupun anak puaka takde banyak duit, bapak puaka yang ada lebih banyak duit dari azmin sudah tentu dalam keadaan lebih mudah nak tolong menangkan anak puaka dapat nombor satu jawatan naib presiden dengan tabur duit juga”

    hehehehe

  5. MemangTerok says:

    Politik tipu undi, black out, politik duit, politik cicir calun amalan mereka. Sedangkan lagu itu lah yang didendangkan tiap hari ditujukan pada pihak lain.

    Apa jenis haiwan serupa ini. Sedang kan haiwan pun dicipta Allah untuk kebaikan dunia, kebaikan makhlok lain dan kebaikan manusia.

    Haiwan jenis itu jelas tidak memberi kebaikan pada manusia lain, malah pada mereka sendiri pun.

  6. Baba says:

    Kalau khalid kalah dah pasti mb baru di selangor, cuma soalnya siapa, samada wan jijah atau azmin. ….

  7. bujuk says:

    Yg. aku tau dan d dedahkan pada umum, Nur jazlan (calon MT umno) kata siapa yg. nak menang sekurang2 kena taja 300 cawangan kaaa… siapa ada lebih wang, lebih cawangana dia boleh taja dan lebih cerah nak menang.
    Dalam PKR.. aku belum dengar mana2 calon buat pengumuman.. jadi semuanya aku anggap spekulasi.

  8. Badrole Amin says:

    hari ini engkau makan taik lagi ke bujuk?…ada ke patut bujuk kata bukan pengumuman bila ramai orang PKR sendiri beritahu pada media berlaku politik wang/rasuah/manipulasi dan penipuan undi dalam proses pemilihan PKR

    bujuk harus berhenti makan taik kalau dia nak faham maksud pemberitahuan pada media sama maksud dengan pengumuman pada media

Leave a Reply