Menu Utama

Kemaskini Keputusan Tidak Rasmi, BN Berjaya Tawan Kembali Parlimen Teluk Intan

Cukup mendebarkan sekali bila mengikuti satu demi satu keputusan tidak rasmi pengiraan undi bagi PRK Parlimen Teluk Intan yang sedang berlangsung sekarang.

Keputusan terkini yang belum rasmi menunjukkan DAP sedang mendahului dengan majoriti 25 undi setelah memperolehi 19,830 undi sementara BN pula mendapat 19,805 undi.

Jika tidak salah andaian penulis rasanya jumlah undian di atas belum lagi dicampurkan dengan sejumlah 392 undi awal.

Andaikata BN memperolehi minima 200 undi awal misalnya, Parlimen Teluk Intan sudah pasti kembali pada BN. Apapun sama-sama kita nantikan keputusan rasmi kelak.

+++

Kemaskini:

Keputusan terkini yang belum rasmi menunjukkan BN berjaya menawan kembali Parlimen Teluk Intan setelah memperolehi sebanyak 20,157 undi manakala DAP pula memperolehi 19,919 undi. Undi rosak ialah 550.

Samada angka di atas sudah termasuk jumlah undian awal belum dapat dipastikan. Satu yang jelas BN sedang mendahului dengan majoriti 238 undi dan Parlimen Teluk Intan hampir pasti dalam genggaman BN semula.

+++

Parti Gerakan-BN dilaporkan telah mengumumkan kemenangan dengan majoriti 238 undi. Keputusan Rasmi dari SPR dijangkakan akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

 

 






Satu Komen to Kemaskini Keputusan Tidak Rasmi, BN Berjaya Tawan Kembali Parlimen Teluk Intan

  1. anti-pas haramjadah says:

    BN (3) – DAP (1)

Leave a Reply