Menu Utama

Tax Credit GST Elak Cukai Bertindih

gst2

Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) telah dijadikan modal oleh pakatan pembangkang untuk memburukkan kerajaan. Namun mereka lupa bahawa isu ini akhirnya bakal “menjerut” leher mereka sendiri. Apabila rakyat sedar bahawa penentangan GST oleh pakatan lebih merupakan penganiayaan terhadap rakyat maka dengan sendirinya pakatan pembangkang akan berada di “tapak kaki” rakyat.

Tindakan pakatan pembangkang membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seolah-olah cuba meneruskan sistem cukai yang lemah. GST yang ditawarkan kerajaan merupakan satu sistem percukaian yang lebih efektif, telus yang boleh mengurangkan kebergantungan kepada cukai petroleum.

Walaupun pengenalan GST akan menyebabkan kenaikan 1.8 peratus Indeks Harga Pengguna namun masyarakat tidak perlu bimbang kerana ia bersifat sementara, satu proses biasa bagi mana-mana peralihan kepada sistem cukai yang baharu.

Kesan sebenar GST berkemungkinan akan menyebabkan kesan yang amat positif bagi 689 barang jenis barangan yang telah dikategori sebagai barangan yang dikenakan GST. Daripada jumlah ini, hanya 73 barangan (10%) sahaja yang akan mengalami kenaikan harga manakala 287 barangan (42%) akan mengalami penurunan harga. 329 barangan(48%) pula akan kekal harga manakala 255 barangan sedang disemak.

Kita juga tahu bahawa bidang perniagaan negara kita dikuasai dan dimonopoli oleh bangsa Cina. Oleh itu mereka mampu untuk mencipta isu yang boleh memberi kesan sehingga menyebabkan harga barangan naik. Demi mengelakkan pengguna ditipu oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab maka kerajaan akan mengeluarkan buku panduan pembeli yang mengandungi 1,000 jenis barang tiga bulan sebelum GST dilaksanakan.

Dengan sistem “tax kredit” yang membolehkan barangan yang mengalami cukai bertindih dipulangkan semula cukai tersebut kepada pihak sewajarnya memang mengundang ketelusan dalam sistem percukaian kata. Kos-kos yang tersembunyi akan dapat dielakkan. Dalam masa yang sama rakyat lebih memahami isu percukaian ini dengan lebih lagi.

Rakyat perlu tahu bahawa kebanyakkan negara di dunia telah melaksanakan GST kerana mereka tidak berpuas hati dengan struktur cukai kepenggunaan mereka. Ini memandangkan cukai yang sedia ada terlalu banyak kelemahan. Ia telah mendorong rakyat membuat permintaan untuk mengurangkan kadar cukai. Dan yang paling penting, sistem cukai yang ada sekarang, tidak seiring dengan pembangunan ekonomi.

Kementerian Kewangan juga telah menjalankan kajian ke atas GST. Mereka mendapati GST dapat mengatasi pelbagai kelemahan yang wujud dalam SST seperti cukai bertindih, isu pindahan harga dan pindahan nilai, tiada pelepasab cukai sepenuhnya ke atas barang yang dieksport dan juga ianya tidak menggalakkan integrasi menegak disamping kerenah birokrasi.

Rakyat perlu tahu bahawa pakatan pembangkang tidak pernah menyokong sebarang perancangan kebaikan untuk rakyat. Bagi mereka , pakatan rakyat sebenarnya seolah-olah telah membuat pendirian untuk menyokong segala unsur negatif yang boleh melonjakkan populariti mereka.






6 Komen to Tax Credit GST Elak Cukai Bertindih

  1. mzma says:

    Inilah yang terjadi apabila Ahli Politik jadi panel dalam forum.. Sila tonton TV3 mlm ini.. Rancangan Soal Jawab – GST… “Talk Cock” tak habis2.. Adakah ini cara untuk menerangkan GST kepada umum? Cukup lawak sekali beberapa jawapan nya… khasnya soalan kenapa bermula dgn 6%? Malu betol laaa… kita ada Malaysian Accounting Standard Board (MASB) & MIA kenapa x panggil dia orang?

  2. alimedanbaru says:

    apabila kerajaan telah tetapkan satu dasar, sepatutnya pelaksanalah yg bercakap dan memberi penerangan sebab mereka adalah profasional bukan ahli politik yg tidak ada asas pengetahuan ekonomi dan kewangan yg mendalam. adalah berbeza percakapan orang yg berilmu kerana ilmu dia dengan mereka yg hanya menerima sedikit ilmu dari penerangan sahaja.
    hal yg sama terjadi dalam soal hudud.apabila ahli politik bercakap soal hudud melebihi mereka yg akan melaksanakan ya ni Jabatan Agama..maka berlakulah kesamaran dan ketidak imbangan antara percakapan dan realiti..

  3. mooo says:

    Tak pa..tunggu 1 apr 2015

  4. mooo says:

    Ini kisah tukar MB, tak nak pulak kecoh. kat Sgor dulu, Mykemut.net buat kecoh lak:
    .
    .
    .
    HULU TERENGGANU – “No Comment”. (Tiada komen).

    Demikian jawapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung Terengganu bakal menerima menteri besar baharu dalam masa terdekat.

    Ditanya mengenai dua nama anggota Dun yang disebut laporan itu calon menteri besar baharu, Ahmad berkata terserah kepada penulis berita tersebut untuk membuat andaian.

    “Biarkan dia,” katanya yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Tasik Kenyir, di sini.

    Akhbar itu antara lain menyebut Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU13 tahun lepas, menandatangani satu surat yang bersetuju untuk mengetuai kerajaan negeri selama setahun sahaja selepas BN hanya memperoleh majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

    Laporan yang memetik sumber itu berkata Ahmad menandatangani surat tersebut yang turut mensyaratkan beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Terengganu kira-kira dua minggu selepas PRU13 pada 5 Mei.

    Laporan itu menyebut Adun Seberang Takir yang juga Exco Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dan Adun Air Putih Wan Hakim Wan Ahmad sebagai calon menteri besar baharu. – Bernama

  5. mooo says:

    Tak dak org umno nak komen ka?

  6. WTF says:

    KOmen pasal apa Mooh!!!

    Hang pi duduk sana kat Dataran dengar ceramah cukup la!!!

    Apa la hang ni!!!

Leave a Reply

Threesome