Menu Utama

Tapak Pasar Malam Pun Hendak Dirampas Kerajaan Selangor

SHAH ALAM 6 Mei – Nasib kira-kira 6,000 peniaga dan peniaga Melayu kini menjadi tanda tanya apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengambil-alih secara berperingkat pengurusan tapak pasar malam di seluruh negeri ini mulai awal tahun ini.

Lebih dikesali mereka, terdapat tapak pasar malam yang telah diurus oleh persatuan sejak lebih 20 tahun turut menjadi mangsa.

Naib Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Selangor, Hanim Mohd. Said berkata, pengambilalihan tersebut menyebabkan mereka kini terpaksa akur dengan apa sahaja peraturan atau syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, langkah berkenaan juga bermakna peniaga pasar malam yang majoriti orang Melayu kini berkemungkinan terpaksa bersaing dengan peniaga kaum lain.

“Kami sendiri tidak tahu bagaimana nasib kami selepas ini.

“Kami benar-benar kecewa kerana kebajikan golongan seperti kami seolah-olah tidak dipedulikan langsung oleh kerajaan negeri. Berbeza sungguh dengan slogan negara berkebajikan yang mereka (pembangkang) laung-laungkan selama ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir wakil daripada 35 cawangan persatuan penjaja dan peniaga kecil Melayu dari seluruh Selangor.

Difahamkan pengambilalihan tapak pasar malam yang diuruskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), persatuan serta penduduk adalah selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan (MMKN) pada 29 Januari 2009 yang mengarahkan supaya sewa tapak dikutip oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja.

Proses pengambilalihan itu dikatakan sudah dilaksanakan secara berperingkat mulai awal tahun ini.

Hanim menambah, apa yang menyebabkan timbul rasa tidak puas hati adalah mereka langsung tidak dimaklumkan tujuan pengambilalihan tersebut.

Tegasnya, kerajaan negeri sepatutnya berunding terlebih dahulu dengan para peniaga pasar malam sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kami tidak tahu kenapa tapak pasar malam pun kerajaan negeri mahu ambil.

“Setiap bulan kami bayar lesen dan sewa tapak tepat pada waktunya. Kami tidak tahu apa salah kami,” katanya.

Sehubungan itu, jelasnya, kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu memandang serius isu tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membela nasib golongan penjaja.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Timbalan Pengarah (Kerajaan Tempatan), Johary Anuar gagal kerana beliau tiada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat. -Utusan






3 Komen to Tapak Pasar Malam Pun Hendak Dirampas Kerajaan Selangor

  1. gambus says:

    biasalah tapak pasar malam ni memang menguntungkan bukan sahaja kepada peniaga malah oleh tukang sewa dan tukang pengurus .. jika sebelum ni diuruskan sendiri kini kerajaan DAPigs selangor dah nampak keuntungan besar dalam hal ni .. gerenti segala kroni mereka akan menguasai dan tapak pasar malam akan diagihkan antara mereka secara sistematik dan lebih mudah !!! hehehe kat penang operator parking pun dah kena , tunggu kat Selangor pulak hahahahahahaah

    nak kesian pun dah lambat , orang macam ni laa jugak yang undi Pakatan dan percaya segala fitnah Pakatan terhadap BN .

  2. alimedanbaru says:

    Sudah terang lagi bersuloh..tetapi masaalahnya apabila buta hati.. fikiran jadi gelab..najis pun ditelan..padan muka kpd Melayu yg tak sedar diri bahawa kamu bukan pemimpin tetapi dipimpin oleh DAP dan PKR Cina dan Melayu murtad bangsa PKR.
    UMNO dulu, kini dan selamanya adalah PEMIMPIN kerajaan Persekutuan dan semua negeri yg dimenanginya.. KEPIMPINAN MELAYU!
    RAKYAT DIDAHULUKAN… PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

  3. system baru says:

    sebenarnya pkr ini nak gunakan tapak pasar malam untuk berkempin pru aje sebab itu dia nak sangat tapak pasar malam

Leave a Reply