Menu Utama

Al-fatihah: Sultan Azlan Akan Dikebumikan Esok

Oleh ASLIZA MUSA

azlanshahIPOH 28 Mei – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat hari ini selepas memerintah negeri ini selama 30 tahun.

Sultan Azlan yang dilahirkan di Batu Gajah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 1.30 petang, pada usia 86 tahun.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta seorang putera dan tiga orang puteri. Seorang lagi puteranya, Datuk Seri Raja Ashman Shah meninggal dunia dua tahun lepas.

Zambry berkata, jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok.






11 Komen to Al-fatihah: Sultan Azlan Akan Dikebumikan Esok

  1. Joker says:

    Al-Fatihah ………..

  2. tengkudin says:

    Innaliliahiwainnailaihirajion

    Al Fatihah untuk Arwah

  3. sireh ke gagang says:

    Al fatihah ..

  4. dkds says:

    al fatihah…

  5. raplahjingaa says:

    Al fatihah dan takziah untuk kaum kerabat.

  6. baba says:

    al fatihah

  7. rembaumostwanted says:

    Bahasa yang sesuai untuk Almarhum Raja-raja bukan dikebumikan. Dimakamkan. Harap maklum. Al-fatihah..

  8. bujuk says:

    Moga Allah mencucuri rahmat kepada baginda, begitulah janji Allah… kita akhirnya akan kembali kepadanya walau siapa pun kita.
    Hanya Al-Fatihah dapat kuiringi buat tuanku… tanda kasih seorang rakyat.

  9. Hamba Ar Rahman says:

    Al Fatihah…..

  10. Ababyl79 says:

    Al Fatihah

    terharu melihat betapa merendah diri cara jenazah Tuanku Almarhum dibawa dari IJN(KL) ke Kuala Kangsar dengan hanya menggunakan sebuah van yang diiringi anggota kerabat diraja menggunakan kereta-kereta biasa saja

  11. Ababyl79 says:

    sedih dengan kemangkatan Almarhum, sedih bercampur rasa sanggup nak pancung(kalau terpaksa) kepala mereka-mereka yang tergamak mengeluarkan kata-kata kesat(di laman sosial internet) tentang kemangakatan dan tentang diri Almarhum

Leave a Reply

Threesome