Menu Utama

Saya Cina, Saya Sokong Presiden Isma

Oleh Alifah Ting Abdullah

Khususnya buat Presiden ISMA, umumnya buat kaum Cina.

Saya adalah anak kepada bangsa pendatang ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu sebelum merdeka. Saya juga adalah anak kepada serpihan kaum Cina yang memilih bernaung di Tanah Melayu suatu ketika dahulu di bawah pimpinan orang Melayu beragama Islam. Saya juga anak cucu kepada penandatangan kontrak sosial di antara UMNO, MCA & MIC.

Saya juga serpihan kaum Cina yang mempunyai kad kewarganegaraan Malaysia (Tanah Melayu) yang sah bukan warganegara China. Dan sebagaimana datuk nenek saya iaitu kaum Cina dulu datang ke Tanah Melayu untuk bernaung di Tanah Melayu, berada di bawah kepimpinan kaum Melayu (Islam), begitulah saya sekarang dan selamanya akan terus bernaung di bawah kepimpinan kaum Melayu (Islam).

Untuk kaum Cina, “di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung”. Jika rasa tidak mampu untuk bertolak ansur dan punya rasa hormat seperti mana datuk nenek moyang kita dahulu yang dengan rela hati menandatangi kontrak sosial dan berada di bawah pimpiman tuan punya tanah sekarang (Malaysia) iaitu kaum Melayu (Islam), rasanya elok juga untuk memohon kewarganegaraan China iaitu bukan warganegara Malaysia. Sebabnya dari dulu, kini dan selamanya Malaysia akan menjadi hak milik orang Melayu (Islam). Jadi corak kepimpinan mesti mengikut orang Melayu (Islam).

Jangan lupa kaum saya iaitu kaum Cina, jangan pernah lupa dengan namanya “K.O.N.T.R.A.K S.OS.I.A.L”.

Ingat sampai mati, hayati apa itu kontrak sosial. Selama saya mengenali Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ISMA adalah jemaah yang lantang mengeluarkan pendapat berdasarkan fakta dan bukti yang nyata dengan mengambil kira Al-Quran sebagai sumber rujukan. ISMA sangat konsisten dalam mentarbiyah ahlinya iaitu termasuk saya (Alifah TING binti abdullah)

Bukan lepas baling batu sorok tangan, no.. that is not ISMA! Saya Cina dan yang paling saya bangga adalah saya mula mengenali Islam dan terbuka hati untuk menjadi muslim setelah mengenali pejuang-pejuang ISMA dan melalui tarbiyyah mereka, Melayu Sepakat Islam Berdaulat & Membangun Umat Beragenda dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) – Meneraju Arus Mahasiswa.

Kontrak sosial kita pertahankan, ISLAM kita tegakkan. Kami (kaum Cina yang tahu asal usul kami dan bagaimana kami boleh berada di Malaysia-kontrak sosial) menyokong ISMA dengan sebulat suara dan tekad. Saya bangga dengan tarbiyyah ISMA dan insyaallah selamanya akan bersama dengan perjuangan mereka.

# Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
# Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB)
# Membangun Umat Beragenda
# Saya Cina Dan Saya Sokong ISMA
# Isma Bukan Ngo Rasis
# Saya Cina Dan Saya ISMA.

Yang benar,
Darah Cina yang sedar asal usul,

Alifah Ting Abdullah
Aktivis ISMA dan PEMBINA

SUMBER: http://www.ismaweb.net/2014/05/saya-cina-dan-saya-ahli-isma-alifah-ting-abdullah/






18 Komen to Saya Cina, Saya Sokong Presiden Isma

  1. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Sejuk mata membaca tulisan dan pengakuan ikhlas seorang hamba Allah yg benar-benar mengerti untuk apa kita manusia diciptakan dan faham serta sanggup mengamalkan falsafah ‘dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung’.
    Begitulah cara hidup dan cara berfikir warga cina terdahulu yg tahu diri.
    Mereka berjaya dlm perniagaan yg halal dan hidup dgn aman damai.

    Malangnya, setelah dnya PAP di Singapura dan terlahir anaknya – DAP, di Tanah Melayu, semua keharmonian hidup bersama dgn bebas mengamalkan agama, budaya serta bahasa, bertukar jadi isu resis yg dicipta kerana politik.
    Keharmonian kaum terganggu dan tidak mustahil akan terus membara jadi permusuhan ketara yg memungkinkan negara jadi huru-hara.

    Semoga Allah swt menyelamatkan negara tercinta ini drpd bencana kerana rusuhan tatau sengketa kaum. Aminnnnnnnn!

  2. YE says:

    saya baca dari awal sampai akhir..sehinggalah sampai kepada nama penulisnya..saya hanya mampu tersenyum hambar

  3. cina malaysia says:

    cina beragama islam sudah tak kira cina!

  4. dkds says:

    memang berani….bukan macam muslimah Pas…

  5. Badrole Amin says:

    aku percaya adik Alifah kita ni tahu nak jawab dengan baik maksud assobiyah bila ditanya
    kalau tanya muslimut PAS@calon mutaah….

    mesti dia kata UMNO wajib diperangi macam perang sabil kerana assobiyah, hehehehe

  6. mooo says:

    Harith Iskandar mempersenda Hukum allah, ada siapa ahli umno nak komen? Tindakan??

  7. alimedanbaru says:

    masalah, memang masaalah besar dengan KEPIMPINAN Melayu.. kalau Melayu bercakap tentang bangsanya, mempertahankan bangsanya..seperti SUPERMAN.. secapat kilat orangMelayu itu akan dirangkap, disoal siasat dan sebagainya…tetapi, kalau Melayu kena rembat, Melayu kena belasah, bukan sekali tapi beribu kali, Melayu diperlecehkan, ketuanan Melayu di najiskan..tak ada tindakan pun. Apakah RBA itu bukan orang, angin ke?, khayalan ke? Mengapa tidak ada tindakan, mengapa tidak ada pulak Pegawai besar bertarap SUPERMAN terbang untuk berusaha ambil tindakan. MEMANG MASAALAH BESAR..MELAYU JAHANAMKAN BANSA SENDIRI! Sebab tu bangsa lain kentot betul-betul depan MUKA MELAYU!

  8. Rosmah87 says:

    CINA BILA MASUK MUSLIM APA NAK HERAN??
    RIDHUAN TEE DENGAN KIASUNYA TAK PERNAH BERPISAH..

    BODOH

    HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAAHAHHAHAHAHA

  9. Shah says:

    Jangan biarkan Melayu di hina Islam di pijak
    Kerana ingin berkuasa PAS sanggup jual kalimah Allah,
    Hukum Hudud di tangguhkan,
    Sesiapa yang menentang PAS akan di fitnahkan ahli UMNO
    PAS untuk semua
    Hudud untuk semua

  10. bujuk says:

    Sekarang musim PRK B.Gelugur.. takkan BN yg. ada lebih 10 parti gabungan tak berani masuk gelanggang. Dah tu umum sokong calon bebas pulak…. memalukan sebagai parti k’jaan pusat. Kalau MCA bagi alasan hudud d b.gelugur sepatutnya Gerakan bagi alasan yg. sama d t.Intan.

  11. baba says:

    muslimah pas berani ke nak suarakan hati mcm ni, mana berani…semuanya telah diracuni sejak kecil oleh pimpinan mereka, yg mereka tau benci sesama umat saja

  12. tengkudin says:

    PAS simpan telo dalam kain DAP je..

  13. Badrole Amin says:

    ada anak haram bodoh kata Ridhuan Tee dengan kiasunya tak pernah berpisah sedangkan Ridhuan Tee selalu menceritakan tentang keburukkan sikap ultra-kisau bangsanya dalam blog

    ada macai bodoh membebel fasal PRK sedangkan topic thread membicarakan tentang sokongan seorang mualaf kepada ISMA

    hehehehe

  14. bujuk says:

    Aku tunggu jugak… kalau ada mana2 pemimpin tertinggi UMNO yg. nak sokong kenyataan ISMA ni. Takat macai je.. buang karan nak ulas.

  15. Badrole Amin says:

    kepada bujuk….

    aku percaya ramai pemimpin UMNO sokong secara diam kenyataan ISMA…yang tak sokong seperti beruk hitam dan beberapa kerat lagi, sebelum mereka bersuara(kritik ISMA) aku sudah pun tahu(jangkakan) siapa mereka

    ‘macai’ ialah ‘mempercayai apa cakap anwar ibrahim’ walaupun anwar cakap tentang fitnah yang tak masuk akal seperti bawa lari RM2 billion dalam pesawat, jadinya tak sesuai dan salah bujuk gunakan ‘macai’ buat sesiapa yang pro UMNO/BN

    ada baiknya bujuk cuba jawab 2 pertanyaan mudah dibawah supaya bujuk tidak dianggap bodoh oleh orang lain dalam forum myKMU ini….cuba bujuk jawab:

    1) ‘tolak individu bernama anwar ibrahim’ bunyinya apa?

    2) ‘cintai individu bernama anwar ibrahim’ bunyinya apa?

  16. Sontoloyo says:

    Itu tandanya umno bukan rasis tetapi sebuah parti yang memperjuang hak melayu islam secara konsisten…ingat saya bercakap tentang perjuangan parti bukan individu pemimpin kerana pemimpin itu datang dan pergi…umno ialah wadah yang sedia ada yang telah, sedang, akan dan terus memperjuangkan melayu islam (dengan bukti di depan mata…bukan hanya sekadar cakap saja) di bumi bertuah ini…kenapa dengan mudah mahu melepaskannya?..bukankah itu namanya tak kenang budi.

  17. bangKano says:

    Tang Haris Iskandar komen pasai hudud ala hamPAS…hang naik hangin satu badan pasai apa mooo…?

    Tapi bila Hadi Awang Kaki Temberang dah tangguh kan pembentangan perlaksanaan Enakmen Jenayah Shariah II Kelantan 1993 di Parlemen pasai apa hang dok sengap hah…?

    Tolong jawab mooo kalo hang beghani la….!!!

  18. MFKR says:

    ISMA are for those who has an IQ of a cow…to hell with them and I strongly urge these mother fuckers to get lost from the country….we should revoke their citizenship

Leave a Reply