Menu Utama

SALAH UMNO JUGA, PEMILIHAN PKR BERCELARU DAN KELAM-KABUT

Menjadikan UMNO sebagai kambing hitam dan mempersalahkan UMNO dalam setiap perkara, sudah menjadi zikir dan tahlil kepada Pakatan Rakyat serta para penyokong mereka.  Sebut sahajalah peristiwa-peristiwa besar di negara ini, semuanya disebabkan oleh UMNO. Sehinggakan kehilangan misteri pesawat MAS MH370, turut dikaitkan dengan UMNO. Malahan pada Mac 2013, Tian Chua yang merupakan Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Batu, turut menuduh UMNO menjadi dalang dan mementaskan tragedi serangan lanun Sulu ke atas Sabah.

Setakat ini, tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka yang mengeluarkan tuduhan-tuduhan liar sebegitu. Kalau ada pun, ianya akan diselesaikan di luar mahkamah sepertimana yang berlaku kepada Tian Chua.

PKR merupakan antara yang paling lantang menuduh PKR dan UMNO bersubahat mencipta keputusan PRU-13 yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Dalam setiap ceramah mereka, para pemimpin PKR seringkali menyatakan, Suruhanjaya Pilihanraya di Malaysia tidak telus dan bekerjasama rapat dengan UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan Pakatan Rakyat yang berjaya memperolehi 52% undi popular masih juga tidak dapat menjadi Kerajaan Persekutuan menggantikan Barisan Nasional.

Pembohongan dan penyelewengan fakta dilakukan secara terang-terangan oleh PKR. Walaupun negara ini mengamalkan sistem kuota kerusi Parlimen, namun PKR dalam usaha untuk mendabik dada, tetap juga berjaya menanam perasaan bangga di hati para penyokong mereka menerusi pengenalan kepada undi popular.

Bagaimanapun, PKR secara realitinya gagal menangani masalah yang mereka sendiri bangkitkan. Proses pemilihan parti itu sendiri berada dalam keadaan caca marba dan berkecamuk dengan pelbagai tuduhan dilemparkan, termasuklah pengundi hantu dan penyelewengan undi. Sekurang-kurangnya terdapat 15 Cabang dan Ranting yang dipaksa melakukan pengundian semula ekoran masalah tersebut di seluruh Malaysia.

Manakala pemilihan dan pengundian di semua Cabang di Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula dijangka akan berlangsung dengan hangat. Kempen-kempen memburukkan Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim dan calon yang cuba mengekalkan jawatan Naib Presiden PKR sudah pun bermula.

pkr2

Anehnya, segala keributan yang berlaku dalam proses pemilihan dan pengundi PKR, cuba dipindahkan kepada UMNO. Beberapa orang pemimpin PKR secara terus-terang menuduh UMNO sebenarnya yang menjadi dalang kepada semua kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR di seluruh negara. UMNO juga dituduh memprovokasi ahli-ahli PKR untuk bergaduh sesama sendiri dan UMNO jugalah yang dituduh memperdayakan ahli-ahli PKR untuk tidak mempercayai JKPP semata-mata untuk menutup aib di dalam parti itu sendiri.

Sungguh menakjubkan apabila sebuah parti yang sentiasa mencanangkan mereka adalah SEMPURNA, tiba-tiba sahaja menyalahkan UMNO dengan apa yang sedang berlaku di dalam parti tersebut. Lebih jelas lagi ialah apabila pemilihan di Permatang Pauh dikatakan, hasil daripada campurtangan UMNO sehinggakan menyaksikan daripada 6,900 orang ahli, hanya kurang dari 400 orang sahaja yang membuang undi untuk Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, walhal Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR serta Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah sendiri.

Berdasarkan kepada perkembangan ini, wajarkah kalau kita membuat kesimpulan, kesemua ahli PKR mahupun mereka yang menyokong PKR, terdiri daripada golongan bodoh, muflis akal serta ketandusan fikiran sehinggakan mereka tidak nampak kesalahan dan kelemahan sendiri sebaliknya terpaksa menyalahkan UMNO dalam usaha untuk melepaskan diri?

Wajar atau tidak kalah kita katakan, sebenarnya PKR adalah sebuah parti yang tidak pernah cakap serupa bikin sebagaimana slogan mereka yang kononnya mahu memperjuangkan anti  rasuah dan penyelewengan tetapi pada masa yang sama, mengangkat Anwar Ibrahim yang cukup terkenal dengan amalan-amalan yang diperkatakan?






4 Komen to SALAH UMNO JUGA, PEMILIHAN PKR BERCELARU DAN KELAM-KABUT

  1. itsme says:

    kecuali anwar semua barisan pemimpin pkr yg menghadapi kes saman akan di selesaikan luar mahkamah.. lain pulak halnya dgn pas mrk pasti akan di bicarakan.. dlm kes felda tempoh mohon maaf dh tamat namun apabila naik mahkamah dan din minta maaf maka dimaafkan lalu selesai.. tian chua gitu gak.. akan dtg rafizi pulak.. apa cerita agaknya belakang tu.. mcm ada sesuatu pulak.. bkn berfikiran negatif tp terasa mcm pelik je bunyinya..

  2. Baba says:

    Bini ahli pkr mengandung pun salah ahli umno juga kot…..bangang betul la mereka ni.

  3. korokstabang says:

    hadi kena saman ahli pkr 2 juta pun salah UMNO lah jugak sebab UMNO duk diam tak tolong setel duit saman hadi

  4. Rohee colnago says:

    Abih, kes stopa spenda putih cepat game pun salah UMNO jugak ke?

Leave a Reply

Threesome