Menu Utama

Sah Raja Nazrin Sultan Perak ke-35

KUALA KANGSAR, 29 Mei — Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah pada Khamis diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35 dalam istiadat pengisyitharan pelantikan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, di sini.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan di Balairong Seri, Istana Iskandariah, pada pukul 3.15 petang.

Raja Nazrin, 58, kini dikenali sebagai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sultan Nazrin, yang merupakan putera sulung Sultan Azlan Shah, menggantikan ayahanda bagindanya yang mangkat semalam.

Sultan Nazrin kemudian melafazkan sumpah yang berbunyi: “Adalah kita Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian takluk jajahannya menurut Perlembagaan Perak dengan adil mengikut hukum Allah.”

Setelah melafazkan sumpah, baginda menurunkan tandatangan di atas surat sumpah disusuli laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali oleh para hadrin.

Istiadat diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, sebelum Sultan Nazrin meletakkan tangan dan mengucup keranda Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya disempurnakan pemakaman jenazah.

Istiadat pengisytiharan pelantikan Sultan Perak yang baharu disempurnakan sejurus selesai sesi penghormatan terakhir pada pukul 3 petang.

Dewan Negara Perak yang bersidang semalam telah memperkenankan pelantikan Sultan Perak yang baharu.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar hari ini.

— BERNAMA






7 Komen to Sah Raja Nazrin Sultan Perak ke-35

  1. Lembah Bujang says:

    DAULAT TUANKU…….

  2. WTF says:

    DAULAT TUANKU…….

  3. anti-pas haramjadah says:

    Daulat Tuanku….

  4. itsme says:

    semoga perak bertambah makmur aman sejahtera dan dilindungi Allah SWT selalu dibawah pemerintahan tuanku..

  5. samad says:

    Daulat Tuanku

  6. Hamba Ar Rahman says:

    Itu yang puak DAPigs jeles…sebb depa bukan keturunan Sultan di Tanah melayu ni….ini bukti melayu bukan pendatang….depa yg pendatang…sebb raja2 kita keturunan melayu….. bukan dari tanah besar China….

  7. raplahjingaa says:

    Sultan Perak ke 35, maknanya dah 35 generasi, Kesultanan Melayu Melaka kalau masih ujud mungkin dah 40-45 generasi umurnya…..hmmmm

    DAULAT TUANKU !! DAULAT TUANKU !! DAULAT TUANKU !!

Leave a Reply

Threesome