Menu Utama

Riwayat Politik Khalid Ibrahim: Sempatkah Hingga Habis Penggal?

Oleh Nur Azlina Shaari

Selepas dihentam teruk oleh pelbagai pihak juga dihentam kiri dan kanan oleh ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri, akhirnya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan berundur dari menjadi MB bagi penggal hadapan.

Kenyataan itu telah dibuat oleh Khalid sendiri di laman rasmi Twitternya dengan meluahkan hasrat itu selain akan terus berkhidmat buat parti sehingga ke penghujung penggal ini sahaja.

Nampaknya, keputusan tersebut menunjukkan diri Khalid sudah tidak lagi tahan berdepan dengan tekanan dan kritikan yang diberikan terhadapnya sejak penggal baru ini bermula.

Sejak berakhirnya PRU13, pelbagai kritikan dan tohmahan dilemparkan terhadap Khalid lebih-lebih lagi dari Ketua Pembangkang sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lebih ironinya, Azmin Ali turut memainkan peranan supaya Khalid terus dicemuh oleh ahli-ahli PKR.

Dalam membuat keputusan tersebut, terdapat dakwaan mengatakan Anwar sendiri mendesak Khalid untuk segera memberikan kata putus supaya bersara dari menjadi MB Selangor seperti yang Anwar lakukan sejak pilihan raya berakhir.

Salah satu faktor yang menyebabkan Khalid sudah hilang kredibiliti untuk menjadi MB Selangor adalah kegagalan Khalid sendiri dalam menyelesaikan isu air yang terjadi beberapa tahun kebelakangan ini.

Cara yang mudah dilakukan oleh Khalid adalah dengan melakukan catuan air yang melibatkan hampir seluruh rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur hinggakan mendapat kritikan dan cemuhan dek kerana telah menyusahkan hidup rakyat.

Untuk isu ini, Anwar sendiri turut terlibat dalam isu mengenai catuan air yang dilakukan untuk menjimatkan air memandangkan paras air di Empangan Selangor berada dalam kedaan kritikal.

Pelaksanaan pengagihan air berjadual peringkat satu di Selangor dan Kuala Lumpur mulai 27 Februari lepas berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi akibat paras ammonia daripada sumber air mentah melebihi paras yang dibenarkan.

Khalid dikatakan telah menerima amaran dari Anwar agar menghentikan catuan air yang dilakukan dan seterusnya, mendorong kepada membuat keputusan untuk tidak terus memegang jawatan MB lagi.

Khalid Ibrahim 1

Dalam Twitternya, Khalid turut mengatakan akan berkhidmat untuk rakyat sehingga habis penggal. Namun, kenyataan yang dibuatnya itu tidak selari dengan tindakan yang dilakukan sejak beberapa tahun.

Boleh dikatakan tidak banyak usaha dibuat Khalid untuk menyenangkan kehidupan rakyat lebih-lebih lagi rakyat Selangor.

Justeru, selama ini dapat dilihat Khalid cuba untuk bertahan dan kuat menghadapi tekanan dari pelbagai pihak. Dan beliau sendiri kerap mengalihkan isu mengenai dirinya sudah tidak layak menjadi MB Selangor kepada isu lain.

Apabila beliau sendiri mengumumkan sudah tidak mahu menjadi MB lagi, ini menampakkan Khalid sudah tidak tertanggung lagi untuk mempertahankan diri supaya, kononnya beliau dapat berkhidmat untuk rakyat.

Persoalan lebih penting apakah riwayat politik Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar akan sampai ke hujung penggal atau “disepak” pada pertengahan tahun ini?

Terlalu banyak hentaman kiri dan kanan dari dalam parti dan parti sahabat menunjukkan PKR sudah bersedia menyingkirkan Khalid dari jawatan Menteri Besar. Media pro pakatan seperti Malaysiakini juga mula menyiarkan e-mel-e-mel pembaca yang membelasah pentadbiran Khalid.

Jika Khalid Ibrahim kalah kepada Azmin Ali dalam pertarungan Timbalan Presiden PKR bulan ini, ia bermakna riawayat politik Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan tamat lebih awal dari pembubaran pilihan raya.

Wan Azizah selaku Presiden PKR tiada pilihan kecuali menggantikan Khalid jika beliau kalah kepada Azmin Ali.

Kesilapan Khalid ialah beliau masuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Ini memberi peluang kepada PKR menilai populariti Khalid. Sehingga kini Khalid ketinggalan jauh dalam pemilihan. Beliau bukan sahaja ditinggalkan oleh Azmin tetapi juga oleh Saifuddin Nasution.

Ini menjadikan Khalid kehilangan asas politik untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor sehingga akhir penggal ini.






11 Komen to Riwayat Politik Khalid Ibrahim: Sempatkah Hingga Habis Penggal?

  1. baba says:

    bye bye khalid….seelok2nya sebelum pergi betulkan segala permasalahan di selangor yg telah dicetuskan pakatan rakyat, baru akan dikenang rakyat, kalau tidak hany dimaki rakyat saja.

  2. itsme says:

    sebagai sebuah negeri yg maju sepatutnyalah sgor dibwh khalid mampu melaksanakan tanggungjawab yg lbh besar selain memakmurkan sgor, sgor juga perlu memajukan negeri dibawah pakatan, khususnya kelantan. Tetapi apa yg terjadi adalah semakin haru.. sgor bertambah malap dibwh PR dan khalid dan anwar sbg penasihat. mereka langsung tiada tanggungjawab sosial kpd negeri dibwh pakatan. seharusnya bila berksempatan dulu kedah dan kelantan wajar dimajukan bagi memperlihatkan kecekapan pentadbiran spt dicanang satu dunia oleh anwar namun hakikatnya dibwh pakatan sgor bertambah daif dan terlibat dgn pelbagai perkara yg tdk sepatutnya berlaku. rakyat sgor patut tolak khalid dan buang terus pr dlm minda mrk kerana telah terbukti mrk umpama tin kosong yg biasabkuta nampak dikedai2 kopi seluruh msia dan juga tepi longkang. bukti apa lagi rakyat sgor mahu?? anwar bukanlah pemenang beliau sememangnya pengalah, sbb itu dasar politik beliau adalah dgn cara berbohong, fitnah, janji tdk ditepati dan beliau juga gagal dlm membentuk parti yg harmoni hubungan sesama mrk. bagaimana mungkin seorg yg gagal begitu teruk masih diiktiraf disgor?? apkah rakyat sgor sebenarnya mempunyai minda yg lbh rendah dr org NS? PERAK? KEDAH?.. baru kita tahu kerajaan umnolah yg membuatkan sgor maju dan bukan org sgor..

  3. MemangTerok says:

    Khalid ada rekod baik meneraju PNB kemudian ke Guthrie. Kedua itu agensi koperat bisines oriented. Sedangkan meneraju sebuah negeri saperti Selangor bukan saperti menjalan bisnes. Negeri bukan badan koperat yang akan hanya diukur dengan jumlah keuntungan RM yang dapat dijana.

    Kalau Khalid gagal pun memang patut . Khalid tak ada pengamalan berpolitik dan pentadbir.

  4. raplahjingaa says:

    Nampak nya tak sia-sia lah pengorbanan azmin laki bini selama ini……kak jijah mesti merengkam angin satu badan….apa nak buat kak jijah oiii…

  5. korokstabang says:

    kalau khalid cerdik dia akan bawa turun sekali mereka2 yang terlibat menjatuhkan nya dalam kata lain jika khalid jatuh biarlah jatuh bersama, biar sama2 gulung tikar

  6. system baru says:

    rekod kahlid bukan nya baik sangat dulu semasa dalam komplek kewangan malaysia berhad dia seorang yg membankrapkan nya tak percaya tanya lah siapa penah berkerja di komplek kewangan malaysia berhad , di Guthrie ia di soala siasat kerana pembelian saham dia telah gunakan pnb untuk kepentingan peribadinya, dua kali menipu tak akan orang percaya pada nya

  7. adi says:

    jgn ada pula ada orang umno pulak membela kalid spt prk kajang, dah memang kalid tak pandai jaga selangor habis aset selango utk rakyat miskin selangor di jual atas nasihat punahsihat dan dap. ops silap memang majoriti rakyat selangor nak pentadbiran pr( parti tak berdaftar) reda aje le.

  8. Nadim says:

    Kalau Khalid out dan Azmin jadi gantinya…. semakin cepatlah PKR ditalkinkan… Ahli2 PKR… sila lah menangkan Azmin sitanggang tu

  9. WTF says:

    Good bye Khalid Gagap sambil Tidoq!!!

    Seperti kata saudara korokstabang, if you KNOW what to do to bring down those who may SMILE in front you, but in actual TRUTH, supplement the roots to TOPPLE you!!!

    The question is, do you have the GUTS to do WHAT NEEDED TO BE DONE???

    It’s up to you, Khalid Gagap sambil Tidoq!!!

  10. yon76er says:

    Bagus sangatlah tuu…dulu dapat SiGagap jadi MB…lpas nie SiMat AisKrim lak pula…Apalah nak jadi dgn Selangor SayangKu….Habislah Harta Selangor masuk dalam kocek dia….

  11. Chalid Berakhim says:

    Kalau takde air, istinja guna kertas lah!

Leave a Reply

Threesome