Menu Utama

PRK Tidak Ubah Kerajaan, Elok Sokong Parti Pemerintah Untuk Pembangunan – EXCO

Oleh: Shahrul Zaman Yahya (EXCO Belia negeri Perak)

shahrul2Saya rasa terpanggil untuk menulis nukilan ini kerana saya dibesarkan di Teluk Intan. Walau pun kami sekeluarga berpolitik di kampung kami di Bagan Datoh, saya dibesarkan di Taman Seri Setia, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan setelah bapa saya membeli sebuah rumah di situ pada tahun tujuh puluhan.

PRK parlimen Teluk Intan memberikan satu perspektif baru dalam politik negara apabila DAP meletakkan Dyana seorang calon muda melayu berusia 27 tahun. Dari sudut itu, sebagai seorang yang sukakan pembaharuan dan proses peremajaan, saya mengalu-alukannya.

Saya juga tidak cenderung memanggil Dyana seorang pengkhianat kerana bertanding atas tiket DAP adalah hak & prerogatif beliau sebagai seorang rakyat Malaysia.

Walau bagaimana pun sebagai seorang anak tempatan, saya ingin mengingatkan diri saya dan semua orang kampung saya bahawa pilihan raya bukanlah pertandingan ratu cantik mahu pun pertandingan populariti. Dari perspektif itulah pengundi-pengundi di Teluk Intan perlu rasional dalam membuat pemilihan. Yang perlu dipilih adalah seorang wakil rakyat yang perlu mewakili rakyat Teluk Intan secara efektif di dalam parlimen.

Maka pilihan yang terbaik harus dibuat. Dyana tidak dinafikan mempunyai personaliti yg menarik, namun secara ikhlas saya melihat bahawa beliau masih perlu melalui dahulu proses pengilangan sebagai seorang ahli politik. Usia beliau di dalam politik baru 2 tahun dan saya melihat bahawa beliau belum cukup matang untuk mewakili rakyat Teluk Intan.

Beliau seperti dibonekakan oleh DAP. Jangan tersalah anggap dalam perkara ini kerana sebagai exco belia negeri Perak, sayalah org yang pertama yang akan menyokong proses peremajaan dalam senario politik negara.

Saya menghormati beberapa pemimpin muda dalam DAP seperti Saudara Howard Lee, ADUN Pasir Pinji, yang mempunyai tahap intelektual yg tinggi. Namun perkara yang sama tidak dapat saya nyatakan tentang Dyana.

Dalam sidang akhbar & pengucapan umum pun beliau kelihatan begitu ‘novice’ dan ‘naive’ termasuklah insiden bosnya, Lim Kit Siang terpaksa mengambil alih mikrofon daripada Dyana untuk menjawab soalan rakan media tentang kemungkinan apa yang berlaku kepada Yang Mulia Tungku Aziz mungkin akan berlaku kepada Dyana.

Dato Mah pula adalah seorang ahli politik yang berpengalaman. Seorang anak tempatan yg telah berkhidmat kepada rakyat Teluk Intan sejak 1995 lagi sebagai ADUN Pasir Berdamar. Menjadi Ahli Parlimen selama 2 penggal dan Timbalan Menteri.

Benar dia kelihatan tidak begitu menarik berbanding Dyana, tetapi sebagai seorang wakil rakyat, Dato Mah umpama langit dan Dyana umpama bumi.

Saya berharap rakyat Teluk Intan tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk mendapat seorang menteri penuh kerana secara konvensyennya seorang presiden parti komponen yang besar seperti parti GERAKAN akan dilantik sebagai menteri penuh.

“Dulu dia jadi Timbalan Menteri pun tak ada apa-apa” kata mereka. Ini tidak benar sama sekali. Banyak pembangunan di buat oleh Mah semasa beliau menjadi Timbalan Menteri.

Namun saya percaya keterbatasan sebagai Timbalan menteri dahulu boleh di atasi jika beliau menjadi Menteri. Sayugia diingatkan dengan rasa penuh hormat kepada semua Timbalan Menteri, terdapat perbezaan yang ketara antara jawatan menteri dan timbalan menteri dari segi kuasa dan pengaruh. Apabila menjadi menteri, Dato Mah akan berpeluang untuk bersama-sama dengan YAB PM & YAB TPM serta semua ahli kabinet yang lain setiap minggu dalam mesyuarat kabinet.

Ini bermakna suara dan aspirasi rakyat Teluk Intan boleh disampaikan terus kepada YAB PM, TPN & kabinet pada setiap minggu.

Pengundi-pengundi Teluk Intan juga harus mengambil kira bahawa kemenangan DAP di Teluk Intan mahu pun di Bukit Gelugor tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada senario pemerintahan kerajaan persekutuan.

Malah mereka harus mengambil kira bahawa kalau semasa pru 13 mereka memilih DAP dengan harapan pakatan boleh menubuhkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Namun hakikatnya pada hari ini adalah kedua-dua kerajaan pusat dan negeri adalah kerajaan Barisan Nasional. Maka secara logik dan rasionalnya, adalah lebih menguntungkan untuk Teluk Intan berada bersama-sama dengan Barisan Nasional untuk memudah carakan lagi proses pembangunan sosioekonomi rakyat Teluk Intan apatah lagi dengan keberangkalian yang begitu besar untuk Dato’ Mah dilantik sebagai seorang menteri penuh.

Berfikir dan bertindaklah secara rasional pada 31hb mei ini kerana peluang keemasan ini bukan datang setiap masa & ketika. Slogan pakatan dalam PRU yang lalu seolah-olah memakan diri sendiri…..

Ini kalilah !!!!!






17 Komen to PRK Tidak Ubah Kerajaan, Elok Sokong Parti Pemerintah Untuk Pembangunan – EXCO

  1. armok says:

    Penerangan yg MANTAP.

  2. Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

    Undi BN anda hidup hidup makmur…undi Pakatan, jahanamlah hidup anda..

  3. raplahjingaa says:

    bukan takat hidup anda jahanam…..hidup anak cucu dan cicit anda yang belum dilahirkan pun akan jahanam !!

  4. MemangTerok says:

    Memang menjadi hak kita untuk memilih. Nak pilih BN, PAD atau DAP , itu hak sendiri tak ada siapa halang dalam sistem demokrasi beraja negara kita.

    Tapi dalam hak itu dan ini tak kan tak tahu apa kaca apa permata.

    Pangkah BN, BN ,BN bukan DAP . Orang Melayu semua pilih lah Datok Mah, Cina pilihlah Datok Mah dan semua warga Telok Intan pilihlah calon Gerakan…

    Tolak DAP, TOlak,

  5. anti-pas haramjadah says:

    Ini kalilah BN.
    Lain kalilah Dapig

  6. adi says:

    utk orang telok intan peluang bukan datang berkali kali ia cuma sekali. dap menang tak de apa apa bn menang ada pembangunan dan dapat kawasan palimen jadi menteri penuh.

  7. alimedanbaru says:

    antara racun dan madu. dap memang racun dan dap meletakkan umpan madu yg beracun…kepada pengundi terutamanya melayu ..tidak ada sebab untuk menjadikan kepala hotak menjadi bodoh untuk memilih dap yg membunuh masa depan melayu…

  8. baba says:

    pengundi di teluk intan akan mendapat faedah sekiranya mereka memilih calon bn. bn perintah negeri dan negara. mereka juga yg akan dpt limpahan

  9. bujuk says:

    Untuk melayu teluk Intan, Ini adalah pelung untuk melayu jadi wakil rakyat d teluk intan. Apakah orang melayu teluk intan tak teringin melihat anak melayu islam jadi wakil kita? Ini kalilah. Anda jangan harap hari depan UMNO/BN akan bagi peluang orang melayu jadi YB d teluk intan…. anda sendiri tahu.

  10. hakim says:

    bujuk, dyana apa tahu sangat pasal teluk intan?? asal ipoh, pengalaman politik kurang, kurang berinteraksi dengan orang terutamanya media…selok-belok masyarakat dato mah lagi arif pasal teluk intan dari dyana….

  11. armok says:

    Heh sejak bila kau bercakap pasal kepentingan melayu bujuk ? Dunia oh dunia…demi kuasa..DAP pun kau sokong ???

  12. bujuk says:

    Aku nak tanya korang.. Kalau ada jawatan dalam sebuah syarikat. Nak pilih orang tua yg. banyak pengalaman tapi banyak juga masalah seperti kesihatan, tak boleh kerja lebih masa dan banyak komitmen lain atau korang pilih orang muda, jiwa kental, rajin berusaha dan profesional?
    Jika d beri pilihan.. korang nak jaga seorang ayah yg. dah tua atau jaga anak yg. telah dewasa?

  13. armok says:

    Biar lah apa pun alasan bodoh kau bujuk, Namun untuk mengundi DAP, tidak sama sekali. Sedar lah wahai bangsaku.

  14. Darlina Shasha says:

    Jika d beri pilihan.. korang nak jaga seorang ayah yg. dah tua atau jaga anak yg. telah dewasa?

    Menjawap soalan ini… Saya akan pilih untuk menjaga ayah yang sudah tua kerana kita hanya ada seorang ayah sahaja didunia ni dan ayah tak boleh dibeli dimana2 atau dibuat. Ayah yang sudah tua itu, menjaga kita dari kecil sampai kita besar. Masa kita sakit, ayah tak tidur malam fikirkan kita dan berjaga. Ada juga ayah, bila anak dah besar panjang pun, masih fikirkan tentang anak2nya.

    Kenapa saya tak pilih untuk jaga anak yang dah dewasa? Sebab mereka dah dewasa dan pandai jaga diri. Jika baik kita didik, maka menjadilah Mukhriz dan jika buruk didikan maka menjadilah dia seorang Marina. Tak gitu Bujuk??

    Bujuk ni mesti anak derhaka jenis yang buang mak ayah yang dah tua kan?!

  15. anoi says:

    golongan muda melayu harap berfikir secara rasional…, hanya cina rasis akan pilih dap

  16. decepticon jr. says:

    apa sibuk2 pasal orng melayu bujuk?itu rasis namenye.org pr x rasis. ko orgkan bangsa pas, agama pas.nik ajiz pun x mengaku die melayu

  17. WTF says:

    Bujuk says (May 25th, 2014 at 1:13 AM):

    “Aku nak tanya korang.. Kalau ada jawatan dalam sebuah syarikat. Nak pilih orang tua yg. banyak pengalaman tapi banyak juga masalah seperti kesihatan, tak boleh kerja lebih masa dan banyak komitmen lain atau korang pilih orang muda, jiwa kental, rajin berusaha dan profesional?

    Jika d beri pilihan.. korang nak jaga seorang ayah yg. dah tua atau jaga anak yg. telah dewasa?”

    Jawatan apa yang hang cerita ni Bujuk??? Jawatan Secretary ka atau Pengurus sebuah syarikat???

    Hang nak mengandaikan Dyana Sofea adalah orang muda, jiwa kental, rajin berusaha dan profesional?

    Memang minah tu muda, tapi nak kata minah tu jiwa kental, mintak maaflah Bujuk!!! Apa ciri2 yg Bujuk nampak minah ni seorang berjiwa kental???

    Bujuk nak kata minah ni rajin berusaha??? Rajin tang mana tu Bujuk??? Setakat rajin BANCUH KOPI untuk Boss, bolehlah Bujuk!!!

    Bujuk nak kata minah ni professional??? Bujuk, hang dah kena TIPU, minah ni bukan dalam bidang professional lawyer pun!!! Minah ni jawatan PA jer Bujuk!!!

    Mah Siew Keong sakit apa Bujuk??? Hang cuba cerita kat sini sikit!!!

    Dan apahal lak tuduh Mah Siew Keong tak boleh kerja lebih masa!!!

    Banyak komitmen lain takper Bujuk, asalkan pandai membahagikan masa!!!

    Jadi diberi pilihan, aku ambil Mah Siew Keong sbg Pengurus syarikat dan Dyana Sofya sbg “secretary” aku!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

Leave a Reply