Menu Utama

PRK Teluk Intan: Sedikit Kekecohan akibat luangan UMNO Celaka (VIDEO)

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kekecohan berlaku disebabkan keghairahan kedua-dua penyokong parti melakukan provokasi untuk meraih undi di saat-saat akhir.

Beliau berkata, kekecohan berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dan di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam.

“Kekecohan yang berlaku berjaya dikawal anggota yang bertugas,” katanya.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Sementara ityu, Utusan melaporkan, Suasana di luar pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia di sini tegang dan kecoh apabila berlaku perang mulut antara penyokong kedua-dua parti. Insiden yang sama juga dilaporkan berlaku di pusat mengundi SK Ayer Hitam.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihak polis berjaya mengawal keadaan.

Sementara itu, wartawan kami di lokasi, Mohd Rizal melaporkan laungan “UMNO Celaka! Umno Celaka! UMNO Celaka!” menyebabkan timbul kekecohan dan ketegangan.






Satu Komen to PRK Teluk Intan: Sedikit Kekecohan akibat luangan UMNO Celaka (VIDEO)

  1. Jambol says:

    Inilah perangai Melayu pembangkang yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya memperjuangkan agar bangsa dan agama dihancurkan.

Leave a Reply