Menu Utama

PRK Teluk Intan: Masihkah Politik Tiga Suku Menguasai Minda Penyokong PAS?

Proses pengundian PRK Parlimen Teluk Intan sedang rancak berlangsung sekarang dan sehingga jam 10 pagi tadi diberitakan sejumlah 13,754 orang atau 22.95 peratus pengundi berdaftar telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru.

Bagi kebanyakan pemerhati politik PRK ini diramalkan masih memihak pada DAP berikutan sokongan komposisi pengundi Cina yang totok DAP masih agak tinggi di sini namun perolehan undi dan majoriti kemenangannya dijangkakan akan berkurangan.

Soal kemungkinan BN masih kalah lagi jangan difikirkan sangat kerana ia tidak menjejaskan penguasaan BN di peringkat Pusat mahupun Negeri. Ini kubu DAP jadi adalah lebih realistik berlapang dada sambil berusaha mencapai keputusan undi yang lebih baik berbanding PRU-13.

Seandainya BN dapat mengurang undi majoriti DAP ia sudah satu kepuasan besar dan kalau BN menang ia merupakan bonus tambahan. Mana-mana satu yang berlaku kelak ia tetap mimpi ngeri untuk DAP dan pakatan pembangkang PR.

Dalam pada itu, satu perkara menarik yang cukup dinantikan apabila keputusan PRK Teluk Intan diumumkan seawal jam 9.00 malam ini adalah mengenai ke mana hala undi orang Melayu Islam dari kalangan penyokong PAS akan pergi, mungkihkah masih kekal untuk DAP atau sudah berpaling arah?

Lebih penting lagi khalayak umum di seluruh negara dan ramai pemerhati politik tempatan teramat ingin tahu apakah penyokong PAS atau sebahagian dari mereka sudah kembali waras mindanya dan mula timbul riak-riak pertikaian terhadap politik suku yang diamalkan oleh pemimpin mereka atau sebaliknya.

Politik tiga suku yang dimaksudkan di sini adalah berkenaan toleransi luar tabie pemimpin PAS yang tergamak berkempen memenangkan calon DAP, Dyana Sofya yang terang-terangan berikrar akan menentang perlaksanaan hudud termasuk bersedia untuk mengundi menolak usul mengenainya di Parlimen jika menang.

Umum tahu isu perlaksanaan hudud yang telah dicanang oleh PAS sejak lebih dua dekad itu sering dijadikan alasan oleh pemimpin PAS untuk menghasut penyokongnya membenci UMNO dan Kerajaan Pusat. Isu tersebut jugalah yang membawa kepada tuduhan kononnya UMNO adalah parti sekular dan anti Islam.

Kini, di depan mata penyokong PAS yang selama ini yakin dan percaya dengan segala macam propaganda pimpinannya terhadap UMNO, tiba-tiba sahaja segalanya berubah bila mana PAS pula yang bersekongkol dengan DAP dan calonnya di Teluk Intan yang awal-awal lagi sudah menegaskan akan menolak perlaksanaan hudud.

Tiada pemimpin PAS yang tampil menuduh Dyana Sofya sebagai anti Islam, kuffur atau sekular. Malah langsung tidak kedengaran doa-doa laknat dari mulut para ulama politik munafik dari PAS yang mengharapkan kehancuran dan bala kepada Dyana dan DAP.

Sebaliknya yang kedengaran hanya kata-kata memujuk dari lidah bercabang pemimpin PAS menjustifikasikan konon penentangan Dyana dan DAP terhadap perlaksanaan hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah berlandaskan hak kebebasan demokrasi. Kata mereka, Dyana & DAP boleh menentang hudud kerana itu demokrasi dalam PR.

Itu kalau bukan politik tiga suku hasil kecelaruan fikiran pemimpin PAS, agaknya apa lagi mahu dikatakan? Atau barangkali boleh ditafsirkan kegilaan politik amalan PAS itu adalah pengesahan betapa soal perlaksanaan hudud hakikatnya hanya agenda politik PAS untuk kepentingan kepartian duniawi semata-mata.

Apa pun, soal masihkah lagi para penyokong PAS sanggup membiarkan minda mereka dikuasai politik tiga suku dengan membuta tuli dan membabi buta terus menyokong DAP hanya akan diketahui malam nanti – saat penentuan samada penyokong PAS mahu kekal sebagai balaci DAP atau berubah mempertahankan prinsip serta harga diri.






3 Komen to PRK Teluk Intan: Masihkah Politik Tiga Suku Menguasai Minda Penyokong PAS?

  1. anti-pas haramjadah says:

    presiden paspispus dh nk mampus kt turki.lps ni prk kt trg plak ye

  2. raplahjingaa says:

    Secara jujur aku harapkan nik ajis dan aji adi yang kedua-duanya sedang sakit, supaya sembuh segera….tapi aku tak dapat lari dari berfikir apakah ini kifarah Allah kepada mereka kerana terlalu teruk mencemarkan dan merosakkan Islam…..

    Cuma aku terlalu mengharapkan depa sempat memohon ampun dan maaf kepada umat islam yang mereka kafirkan, yang mereka kata batal solatnya, dan juga orang-orang kampung yang mereka rosakkan majlis perkahwinan, majlis khenduri dan pengkebumian jenazah. Terlalu banyak kesalahan mereka….

  3. armok says:

    Tunggu je lah balasan Allah…. pasti….

Leave a Reply