Menu Utama

PRK Teluk Intan: DAP Sekadar Nak Bereksperimen

prktintan

MUNGKIN ramai orang tidak sedar bahawa DAP sebenarnya sedang menjadikan pengundi dan keputuan dalam PRK Teluk Intan nanti, sebagai bahan uji kaji untuk membantu strategi mereka berhadapan dengan BN dalam PRU14 yang akan datang.

Kalau penulis terkasar maafkan, bahan ujikaji dalam bahasa Inggeris ni biasanya dipanggil ‘Guinea Pig’ atau kalau nak dimudahkan dengan situasi sekarang, ‘Guinea Cadbury’.  Faham sajalah cakap tu.

Buktinya boleh dilihat dari tindakan DAP mempertaruhkan seorang wanita muda Melayu buat pertama kali (atau jarang-jarang sekali) sebagai calon parti tersebut dalam PRK kali ini.

Orang ini bukan sekadar dari luar Teluk Intan dan tak berpengalaman, malah dari segi politiknya banyak koyak sana sini sehingga mencemaskan jentera kempen DAP di saat saat akhir, terutama bila kaitannya dengan Perkasa terdedah dan kegagalan mengendalikan isu hudud – kejap tak tolak (depan Melayu), kejap tolak (depan cina).

Tapi dia tetap dicalonkan sebab DAP meihat keputusan PRU13 yang lepas dimana pengundi di Malaysia ini secara keseluruhannya terbahagi kepada dua – yang Melayu menolak DAP, yang cina menolak BN.

Maka itulah komposisi pengundi Teluk Intan (43% cina, 37% Melayu) dilihat ideal untuk DAP menguji 2 perkara ini – sama ada orang Melayu boleh menerima calon Melayu dari parti tersebut dan sama ada orang cina masih kekal sebagai pengundi tegar DAP walaupun orang Melayu diletakkan sebagai calon.

Peratusan ini juga ideal kerana jika DAP kehilangan sekian sekian peratusan undi dari orang cina kerana calonnya Melayu pun, mereka masih ada kelebihan dari perpecahan yang sedang berlaku di kalangan orang Melayu, terutama membabitkan penyokong PAS, PKR dan UMNO.

Ini biasa, apatah lagi dengan kewujudan DNA babi dalam produk makanan yang berlabel halal hari ini, jangan hairanlah kenapa ada orang Melayu yang masih tergamak mengundi DAP walaupun tahu parti itu tidak memihak Islam ataupun Melayu.

Tapi bagi DAP, keadaan ini dipanggil  ‘calculated risk’.  Anyway, kalau kalah pun, kerajaan di semua peringkat masih sama, DAP tahu tu.  Yang penting pada dia, maklumat hasil pengundian itu nanti boleh digunakan untuk menawan lebih banyak kerusi parlimen/DUN dimasa akan datang, tak mengapalah kalau korbankan satu kerusi ini pun.

Jadi, betullah pengundi Teluk Intan sebenarnya sedang dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan strategi politik mereka, bukan sebab nak berkhidmat untuk rakyat pun.  Itu (berkhidmat) tak timbul sama sekali sebab DAP bukan kerajaaan, dia boleh buat apa untuk bantu rakyat?

Dua penggal jadi wakil rakyat ni, apa yang DAP dah bantu rakyat dan pengundi Teluk Intan? Memetik kata Datuk Ahmad Maslan, yilek.

Memandangkan untuk kempen PRK Teluk Intan ini rakyat sekadar digunakan oleh DAP, maka layaklah pengundi memilih semula Datuk Mah Siew Keong sebagai wakil mereka di Parlimen.  Hanya wakil BN saja yang boleh membantu rakyat Teluk Intan dengan berkesan.






15 Komen to PRK Teluk Intan: DAP Sekadar Nak Bereksperimen

  1. Pak Tho says:

    Hakikatnya 80-90% cina sokong dap, melayu pkr dan pas pun sokong dap, tinggalh sebahagian lg melayu sokong Umno. Pemimpin² Umno kena lh cari jalan bagaimana nk bersilat nnti pd PRU 14. Kalau tidak …..

  2. raplahjingaa says:

    Tu la pasal…kat market kebanyakana market kawasan Cina setiap hujung minggu ada agent DAP siap dengan meja dan kerusi melakukan proses pendaftaran ahli baru DAP. UMNO ??? dok sibuk dengan transformasi !! bukan aku kata transformasi tu tak bagus, tapi apa la guna transformasi jika negara ni satu hari nanti terpaksa diserahkan pada DAP ??

    Nak buat apa pun…kuatkan akar umbi dulu…pemuda UMNO kena kerja keras….kalau ketua pemuda tak bekerja…yang lain terpaksa guna inisiative sendiri, tambahkan ahli, terutamanya dari kalangan bebudak muda. Malah bebudak yang berumur 17-19 tahun sekarang ni harus digempur dengan fakta-fakta sejarah melayu, pengkianatan kaum cina, kebodohan PAS dan PKR, biar depa buka mata, sebelum fikiran mereka diracuni dengan fitnah-fitnah pembangkang.

  3. itsme says:

    akhirnya DAP ambik putrajaya, org melayu bangkit menentang,, polis melayu dan askar melayu pertahan kerajaan.. jadilah kita umpama rakyat mesir.. org islam dan melayu yg akan dibunuh oleh kaum melayu/islam sendiri..
    Org china DAP tersenyum riang!! PAS masih dikelantan.. PKR dlm sg buluh.. penamat cerita kpd intipati perjuangan DAP PAS & PKR.. begitulah adanya.

  4. baba says:

    dap hanya sensasikan dyana saja, yg lain dr itu yilek. dia yg sebarkan gambar bikini tu dgn tujuan bg dyana popular.

  5. EVLee says:

    Hi hi hi… yelah, kalau politik ni sebegitu mudah diterjemah… Secara kasar/zahirnya memang kita lihat ianya seumpama suatu eksperimen tapi kita kena sedar ianya hal politik; plot serta jalan ceritanya tak lurus/semudah itu. Nothing appears to be no matter how it looks…

    1. Kita tahu bahawa ini bukan kali pertama DAP mencalonkan wakil Melayu. Namun apa yg dapat diperhatikan, perbezaannya kali ini adalah:
    > Produk Melayu Cadbury(MC) ni baru, masih mentah, belum diuji sampelnya(dari sudut politik lah…) dan memerlukan bimbingan sepenuhnya dari… tentunya Kit siang.
    > MC ni datangnya dari kelompok Kit Siang(setpolnya). Kita boleh lihat bahawa wakil2 rakyat DAP ketika ini sebahagian besarnya pernah bekerja secara langsung dibawah Kit Siang… Pg, Selangor, NS, Melaka, Johor…

    2. Petunjuk2 besar yg menandakan pergolakan kuasa dalam DAP:
    > Semenjak Kit Siang beralih ke Johor, orang kanan yg diharapkan iaitu M Kula telah hilang pengaruh/kuasa di Perak. Ini termasuk orang2 kuat M Kula itu sendiri yg telah memihak kepada kumpulan Nga-Ngeh, musuh Guan Eng yg berkuasa di Perak.
    Dengan menampilkan MC yg belum tercemar dengan Dna DAP, maka tindak-tanduknya diharap akan ‘kowtow’ selari dengan kehendak Dinasti Lim – bagi memulihkan kuasa/pengaruh di Perak. Seterusnya… MC ni nanti boleh ditempatkan dalam CEC…
    > Bila ROS mengarahkan pemilihan semula CEC DAP yg telah dimanipulasikan pd Dis 2012, Operasi Cantas yg digerakkan oleh Dinasti Lim terbantut. Hasil pemilihan semula pula menunjukkan Guan Eng, Kit Siang serta konco2 Lim tidak lagi meraih UNDI POPULAR(dalam erti kata lain, telah mula hilang pengaruh) selepas itu! Contohnya:
    Kit Siang dr kddkn 1 ke 2
    Guan Eng dr kddkn 2 ke 5
    Anthony Loke dr kddkn 5 ke 7
    Tony Pua dr kddkn 8 ke 11
    > Usaha untuk membatalkan DAP oleh Dinasti Lim juga tidak berlaku(jangan marahkan ROS 100%). Sebenarnya, penubuhan DAP yg baru akan lebih memudahkan Dinasti Lim untuk ‘MEMILIH’ kemasukan semula (ahli/jawatan) dikalangan kroni mereka sahaja…

    3. Sasaran ‘timeframe’nya memang PRU14; supaya Operasi Cantas dapat menghasilkan hampir kesemua wakil2 rakyat DAP yg datangnya dari kumpulan Dinasti Lim. Tanpa ada(banyak) bantahan serta musuh, maka peralihan kuasa DAP dari Kit Siang(pengunduran) kepada Guan Eng dapat dilakukan dengan ‘mudah dan selamat’. Itulah matlamat TERPENTING DAP dibawah Dinasti Lim.

    Memang betul… PRK P076 T. Intan tiada membawa apa2 perbezaan dari segi pemerintahan kerajaan KETIKA INI… Melayu mungkin rugi, namun Cina tetap untung walaupun apa jua hasilnya.

    P/S: Saja2… kalau Umno payah sangat nak jadi kuat, mungkin lebih senang musnahkan parti lawan aje, agaknya. DAP tak akan musnah selagi ada undi dari Cina. Kalau dapat/boleh… masuklah Melayu dan India ramai2 dalam DAP. Nanti bila mula berlakunya meja dan kerusi terbang dalam DAP… itulah petandanya. If DAP cannot EXPLODE, let’s make it IMPLODE… hasilnya tetap sama, iaitu kemusnahan.
    Waullahua’lam.

  6. raplahjingaa says:

    Good writing EVL.

  7. bujuk says:

    Bila UMNO nak bereksperiment letak calon melayu d kawasan bukan melayu? Beranikah BN buat camtu…?

  8. Hamba Ar Rahman says:

    Aku sangat setuju tu Evlee…dah lama juga aku terfikir melayu patut masuk DAP dan musnahkan dari dalam…itu lebih berkesan….

  9. gambus says:

    bujuk says “Bila UMNO nak bereksperiment letak calon melayu d kawasan bukan melayu? Beranikah BN buat camtu…?”

    munafik PAS macam kau ni dah lupaa kee bujuk ??? inilah jadinya bila kuat sangat menipu dan memfitnah .. Masa ghani othman bertanding dikawasan majoriti cina kau sendiri kata dan sebarkan fitnah bahwa UMNO nak bunuh kerjaya beliau . sekarang ni kau pulak melalak dan melolong suruh UMNO leetak calon mereka dikawasan bukan Melayu ?? dasar bangang punya puak munafik PAS ..

    sampai dah lupa fitnah lama kau kan , inilah jadinya bila menyokong orang yang menolak hudud padahal sebelum habis semua munafik PAS dah kafirkan !!!

  10. bujuk says:

    Sama ke MB lawan dengan Pengerusi DAP dengan apa yg. DAP buat, Orang BARU kenal politik lawan Pengerusi GERAKAN? Patutnya letak orang baru lawan LKS d G.Patah, kalau LKS menang pun dia akan malu sebab lawan ikan bilis. Sekarang LKS nampak hebat hingga SU dia yg. baru belajar politik dah boleh lawan Pengerusi Gerakan. Kalau menang Dyana…. hancur maruah BN.

  11. gambus says:

    Bujuk says “Sama ke MB lawan dengan Pengerusi DAP dengan apa yg. DAP buat, Orang BARU kenal politik lawan Pengerusi GERAKAN? Patutnya letak orang baru lawan LKS d G.Patah, kalau LKS menang pun dia akan malu sebab lawan ikan bilis. Sekarang LKS nampak hebat hingga SU dia yg. baru belajar politik dah boleh lawan Pengerusi Gerakan. Kalau menang Dyana…. hancur maruah BN.”

    Aikk ??? tadi puak munafik PAS macam kau cabar suruh UMNO bertanding dikawasan bukan Melayu !!! bila aku bagi fakta fitnah kau yang lalu kau merengek pulak ke isu lain !!!!

    Sekarang kau nak kata isu orang baru vs orang baru pulak ??? apa ni bujuk tak habis-habis putar belkit golongan munafik PAS ajaran nik ajis ni !!!

    kenapa maruah BN nak hancur ??? kalah menang tu adat bertanding , yang maruah patut hancur ialah puak munafik PAS yang permainkan ayat Al Quran , yang patut malu dalam PRK ni ialah PAS yang permainkan hukum kafir dan murtad , yang patut malu dan hancur maruah dalam PRK ni ialah PAS yang permainkan hukum Allah sesuka hati mereka demi politik !!!

    hahahaha itulah PAS bujuk golongan pelacur agama

  12. bleu says:

    Ye la tu bujuk…..yg kau sibuk nak berkempen utk DAP tu pehal ?..tak sedar lagi ke…DAP yg secara lantang menolak Hudud tu kau sokong ?

  13. raplahjingaa says:

    Udah-udah la tu bujuk…..ruang untuk hang spin dah tak dak ! kat teluk intan PAS dah kena check mate dengan DAP ! aji adi pun tergesa-gesa meninggalkan teluk intan setelah diasak wartawan dengan persoalan hudud !! hilang garang dia, patah habis dah taring aji adi berkecai di bumi teluk intan, mee hoon goreng depan mata pun dia tak lalu nak jamah….

  14. WTF says:

    Nicely written saudara EV Lee

    Kepada Bujuk, tak payah cover line la lagi!!!

    Hudud hanya dijadikan isu oleh PAS semata2 sebagai political mileage demi untuk menarik undi umat Melayu Islam di Malaysia yang buat masa ini kuat dan teguh menyokong parti UMNO!!!

  15. ROSSAB says:

    Bujuk, kau ni Melayu ke? Orang orang Pas saya merayu marilah kita bersatu. Tidak kah kita nampak yg orang orang cina telah bersatu untuk menghancur orang Melayu TIdak kah nampak yg dap sangat benci orang MElayu dan Islam, mereka hanya pura pura baik.dan pemimpin pemimpin pas semua dalam pocket mereka. Sedar lah ahli ahli pas sekelian, lihat lah dimana pas diPenang dan Selangor dan juga Perak dulu.DIMAINKAN dap saja .SEDARLAH,BANGUNLAH DAN BERSATULAH

Leave a Reply

Threesome