Menu Utama

PRK Teluk Intan: Calon DAP ‘Ditransformasi’ Untuk Dieksploitasi?

ADA dakwaan kata, calon DAP di Parlimen Teluk Intan ini sebenarnya tidaklah selawa mana pun mukanya setakat boleh macam itu sajalah.  Tapi sejak diwar-warkan sebagai calon bila mantan ahli Parlimen kawasan ini meninggal dunia, imej dan perwatakannya nampak berubah betul – lebih ayu dan lebih manis kata mereka.

Sebab itulah antara komen terawal Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaludin mengenai calon ini pun ialah, “PRK Teluk Intan bukan pertandingan mencari ratu cantik tapi wakil rakyat”  – yang penulis percaya merujuk kepada ‘transformasi’ yang dilakukan DAP ke atas calon berkenaan supaya nampak lebih menarik dari yang sebenar.

Ini tidak mustahil kerana dengan segala macam produk kecantikan di pasaran hari ini, muka pecah rumah pun boleh ditransform macam muka model!!

Bagaimanapun, penulis bukan nak bercakap tentang kecantikan tapi lebih kepada pendekatan yang digunakan DAP dalam menonjolkan budak mentah ini sebagai calon mereka, yang pada firasat penulis seolah-olah mengeksploitasi kaum wanita untuk kepentingan politik.

Sebetulnya DAP tahu, meletakkan budak yang tidak tahu apa-apa mengenai politik sebagai calon dalam PRK adalah satu risiko yang besar sebab Teluk Intan mempunyai nama-nama besar DAP yang boleh diketengahkan, tapi akhirnya budak ini juga yang terpilih kerana agenda-agenda tersirat yang telah banyak dibincangkan sebelum ini.

Maka itu apa cara yang paling mudah untuk mendapat perhatian, melainkan dengan mengeksploitasi kelebihan yang ada padanya, kerana hanya dengan cara itu sajalah hasil yang cepat dapat dicapai.

Rakyat perlu menilai pendekatan tidak bermoral DAP ini – mengeksploitasi wanita untuk kepentingan politik.  Malangnya, yang berkenaan mahu pulak dirinya dipergunakan sedemikian rupa, sudahlah pencalonannya itu sendiri satu sandiwara yang nyata, batang tubuh diekploitasi pun tak sedar diri lagi ke?

Mana maruah dan harga diri pun penulis tidak tahu.

Seperti yang pernah penulis sebutkan sebelum ini, calon DAP tidak ada sekuman pun nak dibandingkan dengan calon BN, sebutlah tang mana sekalipun, kepimpinan, pengalaman?  Semua calon BN lebih ke depan.

Tapi kita tak sangka pulak cara tak bermoral ini yang digunakan.  Harap orang Teluk Intan tidak mudah terperdaya malah jadikan alasan kenapa DAP perlu ditolak dalam pengundian pada 31 Mei nanti.






14 Komen to PRK Teluk Intan: Calon DAP ‘Ditransformasi’ Untuk Dieksploitasi?

  1. tony gunawan says:

    calon bn calon recycle!

    apa hebat sangat!

  2. Baba says:

    Kalau dyana menang, boleh la dia gunakan muka dia saja utk tolong org kot…..tak payah kerja tunjuk muka semua selesai……agaknya la.

  3. system baru says:

    tony cuba bagi tahu aku apa kelebihan dyana itu, yg aku nampak perjuangan dyana itu mahu merosak uitm aje dan sebagai ratu cantik cuba jadi calon pilihanraya, kalau betul dap tak resis kenapa dap paksa aje ngo cina di sjkc di tutup sekolah cina, hanya benarkan sekolah kebangsaan dibuka itu untuk perpaduan kaum

  4. bangKano says:

    DAP mengeksploit Dyana…Dyana plak memanipulasi peluang yang di beri oleh DAP. Jadi masing masing saling mengeksploit & memanipulasi keadaan…..!!!!

  5. raplahjingaa says:

    DAP tak dapat menyembunyikan kebimbangan depa di Teluk Intan, itu kawasan depa BN turum sebagai underdog, menang satu pencapaian, kalah tak akan merubah apa-apa, malah jika dapat mengurangkan majority undi DAP pun dah dianggap satu pencapaian. tapi adalah sebaliknya bagi DAP. Depa harus menang dengan majority yang bertambah…satu tugas yang amat berat.

    Provokasi demi provokasi dilakukan DAP pada UMNO khasnya dan orang Melayu secara keseluruhan. Semuanya nak cari modal buat fitnah politik. Di Pulau Pinang DAP mahu UMNO memohon maaf…..sedangkan yang celakakan UMNO ialah orang DAP !! depa dok bawa mai sini teknik Israel dan Singapura.

  6. bujuk says:

    Kenapa UMNO jeles? umno bukan bertanding pun… lagipun DAP bukan ada buat perkara yg. menyalahi undang2 negara atau SPR. Lain la umno.. tak cukup serang DUN p.pinang p serang HQ DAP dengan memo sampah.(sendiri buat memo.. sendiri koyak). Dah tu ganggu kempen parti lain sampai MCA bagi warning pada KJ jaga anak buah.

  7. shahril81 says:

    Bujuk oi, lain kali sblm tulis comment pikir 10x dulu.. Tkpun pi cermin dulu or scan otak hang tu..

    “kenapa umno jeles? umno bukan bertanding pun”

    Hang sedar tk yg bertanding tu adalah di antara BN dgn dap?? Sapa yg lead BN??? UMNO la bujuk oi.. Dh tentu2 umno pun kena turun utk bantu parti component dlm BN!!

    Abis tu PIS buat apa tang teluk intan??? Bukan pas bertanding pun!! Yg depa sibuk2 buat apa? Under capacity in PR?? PR ada register??? Mana pi maruah PIS pabila menyokong dyana yg jelas menolak hukum islam??

    Owh lupa lak PIS mana ada maruah.. Muntah sendiri pun pi jilat balik..

  8. Parti Ajaran Syahwat says:

    Betul tu bro RJ, Dap sedang cuba membuat RND dgn cara sebegini utk mendptkn reaksi dan persepsi terhadap masyarakat melayu.. memang halus permainannya spt yahudi dgn memporak peranda masyarakat dgn kejutan yg diluar jangkaan.. PERANG SAUDARA adalah agenda DAPigs. Selagi tiada pertumpahan darah, DAP akan berusaha dgn lebih ekstrim lagi selepas ni.. Nama Allah, Tolak Hudud, Murtad, Hina Puasa, Bible BM, Hindraf, maksiat, perjudian, arak, seludup, dll semuanya utk menghancurkan melayu.. Kali ni dap try letak proksi org melayu..

  9. decepticon jr. says:

    seperti juga isu royalti minyak,karpal sink juga tidak akan menyentuh pun isu uitm ,agensi mara glc ,tanah dan lain lain kerana itu telah termaktub dalam perlembagaan.jd mereka perlukan sokongan melayu badigol pas/ pkr dan juga dyana untuk membantu mereka mengubah perlembagaan terutamanye 153 mengikut selera mereka.cuma perlembagaan lord ried ni la yg di kutuk ole pas sebenarnye masih memberikan sekurang- kurangnye kelebihan kepada org melayu/ bumiputera selaku penduduk asal tanah melayu.dah nampakkan mcmane di penang.mereka suka hati buat dewan mcm mak bapak dieorng punye sambil di sokong oleh pas.padahal mereka cuma perlu 1 undi sahaja dari adun pas untuk mengusulkan keling pariah tu di ambil tindakan kerana mengeluarkan kata kata kesat dan menghina menunjukan pas sebagai parti islam juga seronok untuk menghina / kata kata kesat kepada org lain.inikah moral parti islam.?

  10. raplahjingaa says:

    Udah-udah la tu bujuk…dah nampak komen hang jadi merapu tak dak isi….takat nak lepaskan geram hang, boleh la. semoga hidup hang terus bahagia di bawah pemerintahan BN.

  11. armok says:

    hehehe. hang cakap apa juk ?… tarik nafas panjang2, istighfar..bersyukurlah, Malaysia masih di tadbir BN.

  12. bleu says:

    Setuju dgn Sdr. shahril81. Kecelaruan minda yg kronik di kalangan penyokong depa. Tak ketahuan dan hilang arah.

  13. raplahjingaa says:

    Shahril81…mana hang pi bertahun menghilang ???

  14. shahril81 says:

    Comrade raplah, tk hilang pun cuma dok jadi silent reader.. Hehe..

Leave a Reply

Threesome