Menu Utama

PRK Teluk Intan : Anwar Kecil Hati Dyana Lebih Popular dari Anwar?

anwar1

DAP cuba mengetengahkan calon Melayu dalam PRK Teluk Intan dalam usaha mereka untuk menjerat pengundi Melayu dan pada masa yang sama dapat menyakitkan hati UMNO. Namun tindakan mereka ini secara tidak langsung turut memakan diri mereka sendiri.

Anwar Ibrahim pula turut mempromosikan Dyana calon DAP ini kononnya Dyana akan menjadi ahli Parlimen Melayu pertama di Teluk Intan sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei ini. Kononnya mereka akan dapat melihat buat kali pertama kaum sendiri menjadi wakil di Parlimen itu.‎ Hakikatnya jelas kita tahu bahawa Dyana sekadar boneka yang membawa suara Lim Kit Siang.

Menurut Anwar lagi Dyana merupakan calon kaum Melayu yang muda dan berkemampuan. Sebenarnya kita dapat melihat dengan jelas kemampuan Dyana dalam menipu dan berbohong seperti Anwar Ibrahim juga. Pembohongan kononnya Dyana mewakili Pakatan Rakyat. Dan beliau adalah suara kepada orang muda. Beliau mahu keadilan kepada semua memang sesuatu yang keterlaluan.

Kita menyaksikan adengan yang cukup jelas apabila Lim Kit Siang merampas “microphone” dari Dyana apabila dia merasakan Dyana tidak mampu memberi jawapan sepertimana yang Kit Siang inginkan. Boneka ini tidak akan mampu membawa suara rakyat Teluk Intan yang berbangsa Melayu.

Baru-baru ini Dyana mendakwa dirinya masih seorang peguam, namun menurutnya sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberikan fokus di dalam bidang politik. Hakikatnya seseorang yang hanya memperolehi ijazah undang-undang dan tidak melaksanakan tugas hariannya sebagai peguam atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam. Dyana tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam dalam keadaan dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam.

Begitu juga dengan isu Tunku Aziz keluar DAP. Menurut Dyana Sofya, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, sesuai menjawab soalan mengenai isu Tunku Abdul Aziz keluar parti memandangkan ia timbul semasa beliau belum menyertai DAP lagi. Hakikatnya Tunku Aziz keluar DAP selepas Dyana menjadi ahli DAP bukannya sebelum.

Disamping itu juga ada kedengaran bahawa Dyana ini menipu yang beliau merupakan Setiausaha politik Melayu kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang sedangkan beliau sebenarnya adalah pegawai khas Lim Kit Siang sahaja.

Walaupun begitu kenyataan Anwar Ibrahim yang paling menggelikan hati adalah UMNO telah serang Dyana dengan teruk. Kadangkala Umno terlupa untuk hina Anwar kerana terlalu asyik memikirkan untuk jatuhkan Dyana. Rupa-rupanya Anwar Ibrahim naik “sawan” bila tidak ada orang “petik” nama beliau dalam kempen PRK Teluk Intan kali ini. Ini merupakan satu penghinaan kepada orang yang gila populariti dan gila “glamour”.

Perkara penting yang rakyat Teluk Intan perlu tahu bahawa Dyana tidak layak menjadi ahli Parlimen Teluk Intan sebagaimana Anwar tidak layak sebagai Perdana Menteri Malaysia.






17 Komen to PRK Teluk Intan : Anwar Kecil Hati Dyana Lebih Popular dari Anwar?

  1. baba says:

    anwar ni kalau boleh hari2 nak nama dia ada dlm news biar cerita buruk pun, dia mudah terangsang dgn benda2 mcm ni…..natijahnya nanti habis anak2 muda dikerjakannya.

  2. mooo says:

    Sabbaruddin Chik salahkan menteri, kontrak pengerusi Bank Rakyat tak diperbaharui

    Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

    Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

    “Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?”.

    Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.

    “Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata ‘saya boleh pecat kamu semua’,” kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.

    Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.

    “10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah,” kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.

    Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan tersebut, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.

    Sabbaruddin menunjukkan surat yang ditandatangani Datuk Seri Hasan Malek yang mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.

    Sebenarnya penggal saya berakhir pada 8 April dan Bank Negara sudah bersetuju, tetapi menteri tidak mahu menandatangan,” katanya.

    Malah, Sabbaruddin juga mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.

    “Selepas itu baru kita tahu sudah ada mesyuarat pada Januari lalu, cek sudah tersedia untuk bulan Januari, Februari dan Mac cuma tunggu didepositkan sahaja,” kata Sabbaruddin.

    The Malaysian Insider difahamkan individu yang berhutang tersebut merupakan pemilik kepada sebuah syarikat karpet di ibu kota yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini.

    Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada The Malaysian Insider yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya.

    Kemelut tersebut menjadi serius apabila Pengarah Urusan Mustafa Razak diarahkan membawa perkara tersebut ke Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk bersetuju dengan pembayaran hutang itu pada Mac lalu.

    Bahkan, Sabbaruddin berkata Bank Rakyat sehingga kini tidak lagi mempunyai pengerusi selepas khidmatnya tidak disambung.

    “Sampai hari ini, pengerusi baru Bank Rakyat belum ada pengganti,” kata beliau.

    Cubaan The Malaysian Insider menghubungi Hasan gagal kerana beliau sekarang ini berada di luar negara atas urusan kerja.

    Individu berhutang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

    Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.

    Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. – 26 Mei, 2014.

  3. mooo says:

    Penyangak kat Malaysia di agungkan:
    .
    .
    Kuala Lumpur : Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.M), yang membawa gelaran Tun.

    Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta di sini.

    Istiadat penganugerahan darjah tertinggi negara itu turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi.

    Pada 1 Mac lalu, Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb lalu.

    Beliau memegang jawatan ketua menteri selama 33 tahun bermula 26 Mac 1981 bagi menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya’kub.

    Anak sulung daripada 10 beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya’kub itu dilahirkan pada 21 Mei 1936.

    Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.

    Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.

    Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan. – BERNAMA

  4. WTF says:

    La…cerita “cut & paste” Mooh adalah sambungan cerita DEEPAK ka Mooh!!!

    Mooh, ada baiknya hang pesan kawan hang si Deepak tu, takut nanti Deepak TERIKUT jejak langkah PI Bala tak lama lagi!!!

    Mueh4444

  5. WTF says:

    Hahahaha, sejak bila Taib Mahmud jadi PENYAGAK!!!

    Yang didapati BERSALAH atas tuduhan RASUAH adalah Anwar Ibrahim!!!

    MUEH4444

  6. acid says:

    Cerita cut and paste lagi, ka mooo ? Takkan setakat itu sahaja keupayaan intelek cai pr ni ? Nak berhujah camne ? bila isi dan fakta pun ambik dari orang lain ?

  7. mooo says:

    sejak bila SPRM ada telur???

  8. mooo says:

    Korang kan malas membaca…..it doesn’t surprised me at all.

  9. anakbochek says:

    Laaa… mooo pun malas membaca dan menulis. Cut and paste sahaja. And it doesn’t surprise me when “the pot calling the kettle black”.

  10. raplahjingaa says:

    hehehehe…….apa la kesudahan nasib hang mooooo

  11. rembaumostwanted says:

    “Khairy Minta Maaf pada DAP kerana anggota pergerakan itu melakukan keganasan di Ibu Pejabat DAP” – Saturday, May 24, 2014

    Mulia sungguh hati KJ memohon maaf kepada DAP. Kau orang tak terniat ke nak mencontohi Ahli Parlimen Rembau ni? Pemimpin beginilah yang kita nak. Ada keberanian dan rasa tanggungjawab.

  12. WTF says:

    Hehehe, MYKMU ni medan puji2an bagi KJ ka???

    Mooh, SPRM takkan bertindak kalau takder report dibuat ke SPRM!!!

    Hang rajin, hang pergilah report!!!

    Jangan kena SAMAN balik, sudahlah Mooh!!!

  13. shahril81 says:

    Hang ada teloq ka moo? Hang sendiri dok spin issue.. Artikel lain, hang comment lain.. Org tanya lain, apa yg hang jawab?? Ooo…hang pi copy paste utk divert issue.. Typical cai PR sungguh hang ni… setau aku hang yg bila berteloq sebijik, hingaq sekampung.. -)

    ‘Chicken curry’ sungguh hang ni mooo…

  14. gambus says:

    itulah antara kehebatan moo lembu selain copy paste dia juga pernah bercerita mengenai bangau yang terbang dengan supersonik .. jadi korang semua sendiri dah tahu otak moo lembu camanakan ? hahahahahahaha

  15. bangKano says:

    Sudah la mooo…hang tu cuma standard budak tadika PASTI jerr kan..kan…? Suka dengaq kelentong pemimpin paria hamPAS & Pakatan Rabak PR jerrr.

    Segala hujah hang semua nya kosong macam kompang kena palu jerrr….tau tak mooo…?

  16. shahril81 says:

    RMW, sepanjang aku dok jadi silent reader aku sendiri confius hang ni dipihak yg mana.. Sat hang pro bn, sat2 hang lompat belah sana plak.. Dan tk dan hang mai balik belah pro BN.. Dlm satu artikel hang comment utk menyokong calon melayu dari dap sbb hang kata dia islam tp bila kes ni hang bangga anak melayu mohon maaf dari kapir?

    Kita tkleh paksa sesapa utk bersetuju dgn kita dan begitu jgak dgn khairy. “Khairy mohon maaf pada DAP??”..huh… hanya menteri pondan jaa yg mintak maaf pada DAP…

  17. omega says:

    Awat teruk sangat muka bang non nie.. oooo lupa, anuwar nie kira kategori veteran dan dah hampir manipos.. mcm org perempuan yg putus darah haid la.

Leave a Reply

Threesome