Menu Utama

PRK Lagi, Kali Ini Di Teluk Intan

maxresdefault

NAMPAKNYA satu persatu pilihanraya kecil berlaku di negara kita.  Setelah Bukit Gelugor, hari ini Parlimen Teluk Intan pula mengalami kekosongan apabila wakilnya, Seah Leong Peng meninggal dunia akibat penyakit kanser pagi ini.

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.

Sudah tentu kematian ini tidak menghalang budak-budak dan orang-orang tua PAS yang sudah berada di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur untuk berdemo membantah perlaksanaan GST yang akan hanya dilaksanakan pada April tahun depan.

Pada mereka, duit sudah masuk, batang tubuh pun dah ada disitu, pedulilah siapa pun nak mati, janji demo juga.

Lagipun DAP dengan PAS tak berapa nak ngam sekarang lanjutan dari cadangan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negara tersebut, sudah tentu ketiadaan dua ahli Parlimen DAP di Parlimen, memudahkan sedikit kerja mereka nanti.

Apa pun, kematian ini menandakan bahawa negara kita akan berhadapan dengan satu lagi pilihanraya kecil.  Tambahan kepada pilihanraya kecil DUN Kajang yang diadakan dengan sengaja, sejak PRU13 berakhir, ini adalah pilihanraya kecil ke-6 diadakan.

Majoritinya melibatkan kerusi yang diwakili pembangkang, menunjukkan pembangkang memang ada masalah serius dengan memastikan kesihatan calon pilihanraya mereka.  Ini belum lagi menyebut ADUN Bukit Assek (juga dari DAP), Wong Hong Leng yang turut berada dalam keadaan kritikal kerana penyakit barah otak.

Penulis mendengar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengkaji undang-undang pilihanraya sedia ada, terutama dalam soal pengosongan kerusi dengan sengaja seperti di DUN Kajang (2014) dan Parlimen Permatang Pauh (2008).

Kenapa tidak di masukkan sekali peruntukkan supaya setiap calon wakil rakyat mempunyai tahap kesihatan yang baik pada waktu pertandingan berlaku.

Walaupun tidak boleh memastikan secara 100% tapi sekurang-kurangnya dengan cara itu, kebarangkalian untuk mengadakan pilihanraya kecil dengan kerap dan tidak sudah-sudah akibat kematian kerana penyakit ini, dapat diminimakan.






10 Komen to PRK Lagi, Kali Ini Di Teluk Intan

  1. cucu tun fatimah says:

    Setuju debgan admin. Salah satu syarat untuk calon bertanding mesti dalam keadaan sihat. Sakit-sakit biasa tak apalah jangan sakit kronik. Macamana nak jaga kawasan jika keadaan kesihatan tak mengizinkan. Harap pihak SPR buat kajian terperinci supaya tiada pembaziran wang dan masa.

  2. baba says:

    ni bila nak jadi calon tak serahkan laporan kesihatan, bila jadi mcm ni, duit rakyat habis berjuta sebab ada prk.

  3. sireh ke gagang says:

    wajar setiap kali calon – calon yang ingin menyertai pilihanraya , menyertakan medical report dari 3 doktor yang diiktiraf . (2 doktor hospital , 1 klinik swasta) . spr boleh masukkan syarat ini . tiap PRU menggunakan dana . dana itu duit rakyat .bukan duit parti yang bertanding.

  4. bujuk says:

    Kajang tiada durian tuntuh, B.Gelugur pun aku rasa tiada durian runtuh kerana pior DAP.. mungkinkah Teluk Intan akan dapat peruntukan durian runtuh?

  5. dkds says:

    Dap hanya pandai cakap dan disukai oleh kaum cina…dibantu pun penyokong yang buta hati oleh Pas..memang rasanya parlimen teluk intan bakal kekal ditangan Dap…apa pun keajaiban mungkin berlaku…jika calon yg dipilih tepat

    memang wajar spr mengkaji syarat calon yg bakal bertanding…prk di Malaysia biasa berlaku kerana penyandangnya meninggal krn masalah kesihan….tdk lupa juga kes sengaja letak jawatan…ini merugikan rakyat dan kerajaan

  6. WTF says:

    PEMINTAK SEDEKAH DARI PAS BERNAMA BUJUK SUDAH BERSUARA!!!

    Apa2 pun, takziah pada keluarga Seah Leong Peng.

  7. hadi suhaimi says:

    Aku cadang kan sekiranya ada dikalangan wakil rakyat yg sengaja meletak jawatan, maka kekosongan kerusi itu di isi oleh calon yg mendapat undi kedua terbanyak pd pru yg lepas. Dgn itu tidak terbazir lah wang rakyat…. klu ikut hotak anwar memang suka buat prk,

  8. armok says:

    Tiada durian runtuh, bujuk ? Memang kau jenis yg tunggu durian runtuh baru buat keputusan ?? Cian….

  9. Hamba Ar Rahman says:

    Bangsa Cina ni kalau byk sangat yang mati jika dia duduk dalam rumah tu….dia kata suey….atau tatak ong…..so…depa sanggup pindah rumah….jadi aku sarankan maybe depa patut pindah keluar dari Pakatan atau pun tukar nama dari DAP ke nama lain yang depa rasa sesuai…hehehehe

  10. acid says:

    Owh ! Org yg melaung-laungkan soal hudud , bercakap dan komen tentang durian runtuh bujuk ?? Aneh !!

Leave a Reply

Threesome