Menu Utama

PRK Bukit Gelugor Menguji Kewarasan Penyokong PAS

Sejak awal pagi tadi ribuan pengundi di Parlimen Bukit Gelugor telah keluar berbaris di Pusat Pengundian menunggu giliran masing-masing untuk mengundi dan memilih calon pilihan yang bakal mewakili mereka dalam tempoh 4 tahun dari sekarang.

Setakat jam 11 pagi tadi hanya 19.95% atau 16,418 orang daripada jumlah keseluruhan 82,431 pengundi berdaftar telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Secara umumnya kita sudah boleh menjangkakan kerusi Parlimen Bukit Gelugor dengan mudahnya akan kekal di tangan DAP memandangkan kawasan tersebut sudah terkenal berkurun lamanya sebagai kubu kuat parti itu. Lebih mudah lagi bila BN tidak bertanding dan DAP cuma perlu berdepan dengan calon PCM dan dua calon BEBAS.

Satu-satunya masalah DAP di sini ialah samada mampu mengekalkan prestasi dengan perolehan lebih 55 ribu undi dan meraih kemenangan majoriti melebihi 41,778 undi atau terpaksa berdepan keadaan memalukan dengan perolehan undi dan majoriti kurang dari jumlah tersebut.

Dalam pada itu bagi ramai pemerhati politik melihat PRK Bukit Gelugor ini sebenarnya menjadi tanda aras penting yang akan menguji kewarasan fikiran penyokong PAS kerana salah seorang calon BEBAS yang menyertai PRK membawa tema hudud.

Sedari awal lagi umum mengetahui PAS telah mengasingkan diri dari dikaitkan dengan Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar meskipun ternyata benar calon BEBAS tersebut memiliki sijil sah keahlian parti itu.

Soal PAS masih berkeras menafikan Mohamed Nabi adalah ahlinya, itu pertikaian dalaman antara mereka, yang ramai ingin lihat semasa keputusan PRK Bukit Gelugor diumumkan nanti ialah berapa banyak jumlah undi yang diperolehi calon BEBAS itu.

Jumlah undi yang dimiliki Mohamed Nabi kelak akan mencerminkan sejauh mana penerimaan penyokong PAS terhadap isu hudud yang dibawanya dan ia boleh dijadikan sandaran untuk menguji kewarasan fikiran penyokong PAS dalam mendepani isu ini.

Dalam PRU-13 yang lepas secara kasarnya dianggarkan paling tidak pun lebih kurang 3,000 undi yang diperolehi mendiang Karal Singh datangnya dari kalangan penyokong PAS sekalipun mereka mengetahui Karpal adalah penentang utama perlaksanaan hudud PAS.

Kali ini anak Karpal, Ramkarpal Singh pula yang menjadi calon dan pendiriannya juga selari dengan mendiang ayahnya untuk menolak hudud termasuk bersedia untuk mengundi menentang usul hudud sekiranya PAS masih berkeras membawa usul itu ke Parlimen.

Kemenangan RamKarpal kelak sekiranya adalah hasil dari sokongan ahli dan penyokong PAS bermakna suara penentangan hudud oleh DAP di Parlimen akan kian kuat dan bakal menjurus kepada kegagalan perlaksanaan hudud di Kelantan.

Bagaimana pun misal kata keputusan malam nanti menunjukkan calon BEBAS Mohamed Nabi beroleh melebihi 3,000 undi, dari sudut lain sepintas lalu kita boleh andaikan ahli dan penyokong PAS di Bukit Gelugor masih waras kerana benar-benar menganggap soal perlaksanaan hudud adalah satu isu yang serius dan wajib diperjuangkan.

Dari situ kita boleh membuat tanggapan pendirian ahli dan penyokong PAS di tempat lain termasuk di Teluk Intan juga sedemikian.

Namun jika sebaliknya di mana Mohamed Nabi cuma beroleh beberapa ratus undi sahaja, maka jelaslah bagi pemimpin dan penyokong PAS isu perlaksanaan hudud hanya soal titik bengik yang boleh digadai dan dijual beli sekaligus membuktikan kesanggupan mereka tunduk pada DAP demi kepentingan politik kepartian.

Khalayak akan melihat keputusan itu kelak sebagai satu bentuk kecelaruan fikiran dikalangan pemimpin, ahli dan penyokong PAS kerana sanggup bersekongkol dengan DAP yang menentang perlaksanaan hudud dengan membelakangkan perjuangannya sendiri.

PRK Bukit Gelugor mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pemimpin PAS, akan tetapi di sinilah titik tolak penting di mana akan terserlah sikap sebenar PAS samada ikhlas atau sekadar mempolitikkan isu perlaksanaan hudud.






7 Komen to PRK Bukit Gelugor Menguji Kewarasan Penyokong PAS

  1. Baba says:

    Jangan risau, pas tetap menjadi barua dap dan akan setia mengundi dap walau hudud dilacurkan dap.

  2. decepticon jr. says:

    die org dah lama x waras sejak berbahalol siyasi dgn dap.nak jatuhkan bn sampai sanggup mengadai hak org melayu dan agama.umno pun melakukan tahalul siyasi dgn parti bukan islam tp kita pro org islam,melayu dan bumiputera.mane yg lebih baik?tengok serangan ke atas islam dan org melayu semakin menjadi jadi apabila pas mula bergandingan dengan dap.dulu mana ada serangan sehebat/sekerap ini.konon nak memartabatkan islam.hakikatnye dap yg tarbiah pas .tukar je la name parti islam jd sosialis kerana tindakan mereka sekarang x mencerminkan moral dan cara kerja serta matlamat parti islam itu sendiri.nak menjana ekonomi rakyat jauh sekali…

  3. adi says:

    matlamat utama bukan islam itu hanya wayang yang utama nak jatuhkan bn dan nak isi perut dulu rakyat no 4 (maksud 4 bahasa cina pi mati la).

  4. raplahjingaa says:

    Secara logicnya…semua ahli PAS, kecil besar tua muda akan mengundi DAP ! kalau depa tak mengundi DAP…itu satu yang amat pelik !!

  5. shahril81 says:

    Bullseye comrade raplah!! Direct hit.. -)

  6. raplahjingaa says:

    hehe…..hang pi mana shahril ? bertahun menghilang ??

  7. shahril81 says:

    Comrade raplah, Tk hilang mana pun.. Juz jadi silent reader.. Aku seronok tgk pe’el si bujuk, mooo, mek dgn rosmah87.. Nk comment kekadang pun tk smp ati sbb depa teruk kena kekah tang ni.. Hehe

Leave a Reply

Threesome