Menu Utama

PRK B. Gelugor: PAS Sokong Penentang Hudud

muhamad nabi gambar

SETAKAT artikel ini ditulis, DAP dikatakan telah mengesahkan kemenangan dalam pilihanraya Bukit Gelugor dengan majoriti yang jauh lebih kurang berbanding yang mereka perolehi pada PRU 2013 yang lepas.

Menurut maklumat tidak rasmi, calon DAP, Ramkarpal Singh mendahului dengan 24,964 undi, jauh meninggalkan calon dari Parti Cinta Malaysia dan 2 calon Bebas yang dijangka hilang wang pertaruhan.

Tidak setakat itu, peratusan keluar mengundi – hanya 56% juga adalah yang paling rendah dalam sejarah pilihanraya negara kita

Bagaimanapun, penulis tidak berminat nak mengulas tentang kemenangan DAP kerana keputusan itu memang sudah dijangka.  Selain berlindung disebalik nama besar mendiang Karpal Singh, Bukit Gelugor dari segi sejarahnya pun memang sentiasa dimenangi DAP, dalam keadaan BN terkuat, apatah lagi dalam keadaan BN so, so saja macam sekarang.

Lebih penting lagi, BN tak bertanding pun.

Yang penulis berminat nak dedahkan disini ialah, persaingan di Bukit Gelugor mendedahkan hipkorasi tertinggi PAS dalam soal perlaksanaan hudud kerana buat pertama kalinya, seorang calon Bebas dalam kempen kali ini, Muhammad Nabi Bux secara jelas bertanding untuk melaksanakan hudud di Pulau Pinang, tapi PAS lebih sanggup sokong DAP dari sokong ahlinya itu dan hudud.

Menunjukkan disitu, masalah hudud ini tertangguh perlaksanaannya sehingga sekarang adalah kerana PAS, bukan BN atau pihak-pihak lain.  Terang ni ada orang mengaku bertanding sebab kalau menang nak laksana hudud di Pulau Pinang, sepatutnya PAS sokong Nabi Bux, tapi lain pulak kesnya.

Besar hajat nak laksanakan hudud di Pulau Pinang tu, dahlah satu-satunya negeri majoriti cina, nak dilaksanakan hudud pulak, patutnya PAS sokong, bukan lawan dan berkempen untuk DAP yang tentang hudud.

Presiden PAS pun sama-sama dengan Ramkarpal pada hari penamaan calon, apa yang nak dikatakan lagi?

Minta siapa macai yang ada alasan kenapa PAS lawan calon yang nak laksana hudud di Pulau Pinang, sebaliknya menyokong seorang penentang kuat hudud dalam kempen pilihanraya kecil Bukit Gelugor ini untuk bentang hujah mereka disini.

Kalau bolehlah.






30 Komen to PRK B. Gelugor: PAS Sokong Penentang Hudud

  1. Demang Lebar says:

    PUAK PUAK PAS NI BILA MAMPUIH NANTI APA DEMA NAK JAWAB DEPAN ALLAH?? JANGAN MAIN MAIN WOI!! ORANG ORANG PAS!! DAH LA KORANG TAK SOKONG CALUN ISLAM YG BERJIWA ISLAM SEBALIK NYA MENYOKONG CALUN KAFIR HARBI YG MEMUSUHI ISLAM.SEKALI LAGI NAK TANYA KORANG APA NAK JAWAB DEPAN ALLAH???

  2. mancini says:

    Parti islam yg di anggotai oleh ulamak2 munafik inilah jadinya

  3. moo says:

    La….umno yg berkuasa 50 tahun lebih dgn kuasa di tangan..bila nak laksana hudud.?

  4. MemangTerok says:

    Orang yang anggap PAS pejuang agama adalah orang yang buta kedua anggota mereka. Mata dan hati.

    PAS berjuang untuk agama apa ? Untuk agama kita Islam ?

    PAS jual nama Allah.
    PAS mempermainkan hukum agama. Perjuangan jenis apa ?

  5. passudahgila says:

    pening pala mikir tang parti ni.

  6. rembaumostwanted says:

    Orang islam tak menang di Bukit Gelugur tak pe. Sama-sama lah kita menangkan orang islam di Telok Intan pula ya?

  7. mancini says:

    Mooh kalau nak laksana hudud mesti tegas prinsipnya,umno tak pernah pun kata tolak hudud tapi kesukaran nak laksana dinegara berbilang kaum spt malaysia.persoalanya kenapa pas sokong ram karpal yg jelas menolak hudud dan menolak calon bebas dr pas yg menegakkan hudud.begitu juga di teluk intan kenapa pas sokong diyana yg jelas mengatakan akan menolak hudud walaupun dia islam.sebab itulah ulamak pas hidup berpura2 bukankah munafik namanya tu.

  8. yon76er says:

    Mooo@lembu xda alasan lain hanya salahkan UMNO…….lembu dah bodoh,,, simooo nie lagi bodoh drp lembu….

  9. bujuk says:

    BN tak letak calon sebab takut hilang wang deposit dan d malukan. Jadi jangan cakap banyak… sebab BN memang tak malu.

  10. system baru says:

    apa bodoh bujur ini dalam bn kena hormati keputusan gerakan tak nak bertanding disana, lagi satu lagi bn tak nak guna taktik pisau bermata dua jika pegang atas luka jika pegang bahagian bawa luka, buang pakatan malu jika mahu memang , sikip bn tumpu akan kawasan Teluk Intan bn akan serang habis2 san, bn akan bagi peluang pada calon bebas untuk ketahui kelemahan pr,, ingat kata2 seorang jedenrel kita mula serang kecil2 bahagian utara dan serang2 besar2 di bahagi selatan itu telah terjadi sekarang

  11. bujuk says:

    Mana ahli2 BN? mana ahli2 UMNO? mereka undi siapa?
    Kecoh pasal PAS sedangkan PAS bersama PR. Ahli UMNO mana… takkan tak sampai 1000 ahli umno d b.gelugur. Ikut berita2 yg. ada dalam mykmu, nampak umno sokong calon YB yg. gila-gila hingga melanggar kereta LGE. Takkan dapat undi tercorot kut. Nabi BUX pun dapat undi lebih sikit..

  12. baba says:

    pas bukan nak laksanakan hudud pun, kalau betul ingat dia nak sokong ke anak karpal yg dah sah menentang hudud. patut calon yg sokong hudud diundi pas.

  13. anti-pas haramjadah says:

    kaRAM kapal pasti akn dilanggar lori @ kren @ bas kerana seorang gay yg sokong lgbt

  14. rembaumostwanted says:

    Lepas ni kita tgk kat telok intan, antara melayu islam dgn kafir harbi. Mana satu engkau orang pilih. Sebagai orang melayu islam, dah tentu aku pilih melayu tu, manyak cantik lo..

  15. mancini says:

    Jgn lari dr tajuk bujuk hj hadi mengiringi calon dap masa penamaancalon sepatutnya iringi nabi bux sebab dia ahli pas yg nak tegakkan hudu8 mana prinsip syariat islam pas.ulamak inilah kita panggil ilamak munafik

  16. gambus says:

    bujuk says “BN tak letak calon sebab takut hilang wang deposit dan d malukan. Jadi jangan cakap banyak… sebab BN memang tak malu.”

    hahaha cakap daripada golongan munafik PAS macam ni laaa , yang paling kelakar tu DAPigs yang jelas menolak hudud itulaaa yang pemimpin PAS sanjung .. sapa yang taktahu malu dan munafik sekarang bujuk ???

  17. gambus says:

    Bujuk says “Mana ahli2 BN? mana ahli2 UMNO? mereka undi siapa?
    Kecoh pasal PAS sedangkan PAS bersama PR. Ahli UMNO mana… takkan tak sampai 1000 ahli umno d b.gelugur. Ikut berita2 yg. ada dalam mykmu, nampak umno sokong calon YB yg. gila-gila hingga melanggar kereta LGE. Takkan dapat undi tercorot kut. Nabi BUX pun dapat undi lebih sikit..”

    tanya UMNO lagi buat apa ??? masa UMNO kuat pun bukit gelugor memang kubu kuat DAPigs . Mykmu buat laporan pun kau boleh buat fitnah kata menyokong hahaha inilah macai PAS asyik menipu !!!

    yang paling hebat tu ahli PAS yang bertanding untuk perjuangkan hudud TAPI Presiden PAS pulak pergi bersama dengan menyokong puak DAPigs yang jelas anti Islam dan anti hudud PAS

    hahaha ni laa bangang Presiden PAS yang kuat kafirkan orang !!!

  18. korokstabang says:

    pas dengan parti kapir harbi dap sikitpun tadak beza yang nampak beza hanya pada pakain saja, kalau dah kapir tu kapir laa jugak

  19. shahril81 says:

    “Mana ahli umno? Tkkan tk smp 1000 org kt bukit gelogor kot..”

    Tkkan hang tk baca artikel ni bujuk.. Hanya 56% yg mengundi dari 60k pengundi berdaftar. . Tu bermakna lebih dari 25k pengundi tk pi buang undi! Awatnya, hang nk suruh ahli umno pangkah nabi bux? Desperate sgt ka? Ahli PIS pangkah sapa plak?

    Camna pun yg sahih is: Bung nuar hang dh pangkah belakang saiful.. Hehe..

    Utk moo, hang nk salahkan umno plak tentang hudud? Mesti hang akan jawab mahathir yg bantah pelaksanaan hudud kan… hehe.. Mooo, laa ni PM Malaysia bukan lg Tun Mahathir.. Umno dh janji akan sokong usul hudud kt parlimen so laa ni bila hadi boroi nk bentangkan? Tu soalan yg hang patut tanya.. Jgn dok divert issue!!!

  20. gambus says:

    kesian bujuk sampai suruh UMNO berkempen hudud kat bukit gelugor .. yang pemimpin PAS dah kafirkan orang selama lebih berpuluh-puluh tahun sebab hudud ni mana kot ??? mana Presiden PAS ??? jap Presiden PAS sendiri sokong calon DAPigs yang jelas menolak hudud dan anti Islam !!! hahahahahahahaha

    nilaa sikap munafik dan suka permiankan agama oleh pemimpin PAS yang penuh celaka tu semua !! nak buat camana kalau pemimpin PAS pun terdiri daripada kaki khlawat , kaki zina dan ada video seks sedang melakukan zina , pemimpin PAS camni nak perjuangkan Islam ??? kakakakakakakakakakaak

  21. bleu says:

    Nabi bux tu kan org PAS. Mana ahli2 PAS ? Mereka undi siapa ? Nampak Allah dah tunjukkan kepada kita tentang siapa PAS yg sebenar.

  22. bleu says:

    Orang Islam undi DAP ?, ada akai ka ? Akidah depa macamana ?

  23. arhi says:

    Beginilah jadinya pabila terlalu laparkan kuasa nak ke Putrajaya sehingga sanggup melacurkan dasar perjuangan sebenar sebagaimana yg telah diperjuangkan oleh pemimpin PAS terdahulu kalau begininya diperjuangkan Pas kini selamanya Tuhan tidak akan mengizinkannya

  24. mancini says:

    bertaubatlah bujuk dan moo sebelum terlewat,engkau berdua dah jauh tersesat.

  25. itsme says:

    hakikatnya PAS mmg sukar utk diUBAH ttp penyokong dia BOLEH!! Ada hikmah disebalik prk b gelugor sebenarnya, dikalangan politik yg lebih kecil, tmn dan kmpung dilihat semakun byk yg taksub dgn PAS sudah pun mula kendur manakala ustaz2 PAS yg selalu beri ceramah dimasjid/surau jugak semakin tdk menyentuh hal2 keburukkan UMNO.. mnjadi kebiasan apabila mrk bertazkirah, paling tdk sepotong ayat UMNO pasti “kena”.. la ni tak dak!! walaupun begiu mrk masih lg tdk berani berhujah perihal hudud dikhayak jemaah.. syukran, kurang sket bala. Yg dulu atas pagar sudah berani kuar kan isi hati.. menolak PAS.. ini satu petanda baik buat negara dan Islam.

  26. armok says:

    La ni, pAS bawa fahaman apa plak ?

  27. Jambol says:

    Cara PAS berfikir ialah tak apa mengundi DAP dan PKR yang terang-terang menentang “hudud PAS” kerana apa-apa pun salah UMNO. Jika Pakatan dapat membentuk kerajaan, dan hudud masih tak dapat dilaksanakan kerana ditentang oleh kedua-dua puak DAP dan PKR ini, dengan mengalirkan air mata kesedihan dan baju yang compang-camping, PAS akan menyanyi lagu P.Ramlee “Ïnilah nasibku……….oh tuhan”.

    PAS lebih suka mencanangkan fitnah dan tuduhan; PAS lebih suka mendengar janji-janji kosong dan mimpi Anuar. Keep up the “good” work, PAS.

  28. raplahjingaa says:

    Lain macam nampak hang lepas geram hari ni bujuk ?? ….sampai bila la PAS nak jadi pecacai DAP ??? sedihhhh !

  29. mancini says:

    org PAS memang begitu,tak banyak guna otak utk berfikir mana betul dan mana salah, tau menghukum UMNO,macamlah UMNO tak berjasa pd negara dan org melayu,Pemimpin PAS gila utk menang PR dpt jd ahli parlimen.Kesan akan dtg dia tak kesah.Org PAS dijadikan keldai tempat DAP tunggang pun dia tak kisah janji UMNO kalah.Hudud jd mainan bibir je.Ulamak PAS lebih bahaya dr ular senduk.Kalau jumpa du2 belasah ulamak pas dulu.

  30. WTF says:

    Bujuk kena POTONG ELAUN dgn DAP, sebab Bujuk tak perform menarik lebih undi kepada DAP di DUN Bukit Gelugor!!!

Leave a Reply

Threesome