Menu Utama

Presiden FAM: Tengku Abdullah Pilihan Terbaik?

Oleh Ab Jalil Backer

Esok akan berlangsung Kongres Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kongres kali ini mungkin paling menarik kepada peminat bola sepak di bawah umur 45 tahun. Inilah kali pertama kita akan menyaksikan pertandingan di peringkat Presiden.

Dalam pemilihan FAM bagi penggal 2014-2018 sempena kong­res ke-50, penyandang, Sultan Ahmad Shah bakal dicabar oleh Tengku Abdullah dan Tunku Ismail bagi jawatan Presiden.

Berdasarkan jumlah pencalonan, Tengku Abdullah dilihat berada di depan setelah menerima 12 pencalonan sementara Sultan Ahmad Shah sekadar lima pencalonan sementara Tunku Ismail, tiga pencalonan.

Sultan Ahmad Shah

Sultan Ahmad Shah merupakan individu yang bertanggungjawab menyusun dan meningkatkan kualiti dan profesional pentadbiran bola sepak negara secara menyeluruh. Daripada pengenalan Liga semi-Pro, dan kiga profesional sepenuhnya sehinggalah kepada peningkatan kualiti pengadil, padang dan juga pembangunan bola sepak negara.

Memang sepanjang lebih 30 tahun pentadbiran Baginda ada naik turun kejayaan negara. Pasukan negara berada dalam keadaan yang boleh dibanggakan dari tahun 1985 – 1989. Persaingan sengit dalam kelayakan Piala Dunia 1985 dengan Korea Selatan dan memenangi pingat emas sukan SEA 1989 merupakan antara kejayaan ketika itu.

Untuk rekod, dalam tempoh 15 tahun terakhir ini, baginda telah membangunkan begitu banyak akademi bola sepak dan bersama Majlis Sukan Negara merancang pembangunan akar umbi.

Pasukan negara di bawah umur 12, 16 dan 18 sudah berjaya berada dalam kelompok negara Asia.

Malah hasil pembangunan akar umbi ini, kekuatan skuad negara di kalangan negara ASEAN boleh dikatakan jauh lebih baik berbanding 10 tahun lalu.

Namun kosistensi di peringkat Asean menyebabkan kegagalan di peringkat Asia menjadi isu besar. Baginda menjadi mangsa atas kejayaan sendiri.

Faktor terlalu lama memegang jawatan jawatan menyebabkan baginda tidak mungkin boleh mempertahankan apa-apa kritikan lagi.

Terbaik baginda berundur secara terhormat.

Baginda akan diingati sebagai tokoh yang meletakkan asas pembangunan bola sepak negara alaf baru. Baginda juga akan dikenang sebagai tokoh yang bersungguh-sungguh membanteras rasuah bola dengan menggantung lebih 100 orang pemain dan pegawai termasuk bintang-bintang negara bertaraf Asia ketika itu.

Selain Sultan Ahmad Shah antara yang paling menonjol ialah jentera kempen Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang berkempen bersungguh-sungguh dengan pelbagai janji peruntukan dan pembaharuan. Soalnya, apakah janji peruntukan, pembaharuan pengadil dan pembaharuan stadium boleh membangunkan bola sepak negara?

Membangunkan bola sepak akar umbi tidak semudah bercakap dalam media. Sehingga kini TMJ beluk membuktikan keupayaan baginda merancang dan melaksanakannya.

TMJ dan Annuar Musa

TMJ mempunyai tukang kempen yang vokal, Tan Sri Annuar Musa, bekas Timbalan Presiden FAM yang digantung kerana gagal mematuhi peraturan FAM yang juga merupakan sebahagian peraturan FIFA.

Persamaan TMJ dan Annuar ialah mereka menjadi hero Johor dan Kelantan kerana pelaburan besar yang di bawa masuk kepada pasukan negeri masing-masing.

Kedua-dua mereka tiada rekod membangunkan bola sepak akar umbi. Mereka “membeli” kejayaan dan sokongan. Ia tidak langsung salah atau pun janggal dalam arus bola sepak profesional. Namun ia tidak relevan dalam pembangunan bola sepak negara.

Mereka tidak seperti Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil dan Raja Ahmad Zainuddin yang membangunkan bola sepak akar umbi di negeri Kedah dan Perak dengan perancangan dan program jangkamasa panjang.

suarPersamaan kedua-dua mereka juga ialah mereka tidak boleh mematuhi disiplin organisasi dan bola sepak. Malahan insiden Terowong Larkin yang menjadi bualan bola sepak tempatan dan luar negara beberapa bulan lalu boleh menjejaskan imej kepimpinan bola sepak negara di peringkat antarabangsa.

Kontroversi yang terlalu banyak mengelilingi pasukan Johor ketika ini boleh menjejaskan imej FAM jika TMJ dipilih menjadi Presiden FAM. Banyak kontroversi membabitkan pegawai dan jurulatih pasukan tersebut dengan pengadil dan pasukan lain menimbulkan tanda tanya apakah ini juga akan terjadi kepada FAM?

TMJ yang terkenal vokal tetapi tidak kena tempatnya dan tidak memahami peraturan bola sepak antarabangsa seperti menggesa FAM membenarkan penggunaan suar dalam stadium bukanlah material Presiden FAM hari ini. Pada masa hadapan ia satu kemungkinan.

Tengku Abdullah Tengku Ahmad

Satu lagi nama yang dicalonkan ialah Tengku Abdullah Tengku Ahmad Shah. Dua kali menjadi Timbalan Presiden FAM. Beliau juga menduduki pelbagai jawatan kuasa bola sepak di dalam negara dan antarabangsa sejak usia muda.

Terkenal sebagai pemimpin bola sepak yang merendah diri dan bersama pemain, Tengku Abdullah jarang sekali membuat kenyataan kontroversi, mengkritik secara terbuka mana-mana pegawai atau pengadil meraih publisiti murahan.

Baginda antara secara terbuka kecewa dengan penggantungan Annuar Musa tetapi akur dengan peraturan FAM dan FIFA yang melarang pegawai mengkritik persatuan secara terbuka.

Baginda pernah mengundur diri dari jawatan Timbalan Presiden FAM kerana kecewa dengan prestasi skuad kebangsaan. Membawa diri ke dunia hoki tidak ramai memberi harapan Baginda mampu memulihkan maruah skuad hoki negara yang suram hampir lebih sedekad.

Namun dalama masa lima tahun (mengambil alih kepimpinan pada 2008) beliau berjaya merancang dan mengembalikan skuad maruah skuad hoki negara. Buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia berjaya meraih pingat perak hoki Sukan Asia pada 2010. Seteruusnya, Malaysia melayakkan diri ke Kejohanan Hoki Malaysia ke Piala Dunia 2014 setelah kempunan beberapa edisi sebelumnya.

Pengalaman dan ketokohan Abdullah di peringkat antarabangsa terutamanya Asia menjadikan beliau bukan sahaja material Presiden FAM, malah Presiden Persatuan Bola Sepak Asia dan Naib Presiden FIFA

Terus terang saya tidak faham mengapa baginda mahu memegang jawatan Presiden FAM. Jika saya, lebih baik tumpukan kepada hoki negara yang mempunyai banyak peluang dan ruang untuk berjaya selain kuran tekanan dan penghinaan dari peminat yang “over expectation”.

Namun keghairahan baginda kepada bola sepak mungkin menyebabkan beliau mahu mendapatkan peluang membawa perubahan yang tuntas.

Baginda juga mungkin tiada pilihan setelah mendapat pencalonan terbanyak menjadikan pertandingan ini bukan lagi satu pilihan tetapi satu tanggung jawab terhadap ahli gabungan dan bola sepak negara sendiri. Setelah hampir 23 tahun menimba pengalaman dalam pelbagai jawatankuasa bola sepak, ahli gabungan mahukan beliau mengetuai FAM.

Perwakilan FAM yang akan mengundi esok perlu mengambil kira bahawa tokoh yang bakal memimpin FAM harus dihormati dan disegani di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Ini kerana FAM mempunyai tradisi kepimpinan yang bertaraf antarabangsa di dalam bola sepak.

Saya tidak mempunyai perasaan benci atau anti TMJ. Namun saya tidak pernah percaya pembangunan bola sepak negara semudah bercakap ABC.

TMJ perlu membuktikan keupayaan baginda membangunkan bola sepak negeri Johor seperti mana allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil melakukan untuk Kedah pada era 80-an.

Justeru pilihan terbaik untuk penggal akan datang ialah menberi peluang kepada Tengku Abdullah melaksanakan visi baru bola sepak negara.

Beliau mempunyai segala pengalaman dan kemampuan untuk memimpin persatuan sebesar FAM. Dan ini telah dibuktikan bersama Persatuan Hoki Malaysia.

Peminat yang emosional mungkin memilih tokoh yang vokal dan kontroversi bagi meneruskan mimpi besar mereka. Namun mereka yang benar-benar cintakan bola sepak negara dan bersikap realistik dengan dunia bola sepak akan memilih Tengku Abdullah sebagai calon terbaik untuk Presiden FAM.






10 Komen to Presiden FAM: Tengku Abdullah Pilihan Terbaik?

  1. alfie says:

    Betui kata Dr M Melayu mudah LUPA. Sejak Sultan Pahang dengan anak dia ambil alih FAM, Malaysian punya pasukan punya raking meredum. Tak pernah qualify atau memang apa apa punya international title. Lana ni nak bagi anak juga jadi President!!!! Bagus lah!!!

  2. dkds says:

    Tengku abdullah adalah calon yg sesuai…setuju dgn pendapat penulis pembangunan akar umbi bukan semudah yg disangka….Presiden yg sedia ada sudah bekerjasama dgn semua pihak…tapi masih banyak FA yg masih lagi ditakuk pemikiran 70an…

    sebenar corak permainan bkanlah disebabkan kegagalan FAM tapi adalah sikap pemain itu sendiri…pemain kira amat manja..tidak mempinyai pemikiran utk bermain ketahap yg lebih tinggi..berbeza dgn pemain jepun dan korea..alasan bahawa gaji yang tdk setimpal…sdgkan kalau main setaraf bdk sekolah menengah siapa nak bayar gaji berpuluh ribu….

    alhamdulillah skg dgn usaha FAM dan bdn swasta banyak akademi dan pusat latihan di bina…kita sudah menyaksikan prrbezaan cotak permainan dr kalangan pemain yg dilahir dari akademi dgn pemain yg dilatih secara tdk pro…U16 Malaysia mampu mengalahkan pasukan U 19 negeri…semua ini memerlukan masa dan belanja yg tinggi…

    kita wajar bersyukur apabila PM kita harini adalah peminat bola…dan menteri yg jaga kbs prihayin pasal bola..walaupun dari tahun 2009 sudah ada plan pembangunan bolasepal…namun pada tahun ini ianya diberi nafas baru dan budget baru bagi melibatkan semua aktiviti pembangunan di semua negeri…

    semoga ahli gabungan FAM berfikir sejenak dan membuat keputusan yg tepat…kita dilandasan yg betul jgnlah kerana beremosi mengubah apa yg di rancang kerana inginkan transformasi segera

  3. Anak_Nogori says:

    cuba berikan pada org lain plak…Tengku Abdullah ni kan dah pegang hoki..

  4. baba says:

    asalkan bukan tmj

  5. Rohee colnago says:

    Kita semua marah pada parti pembangkang, kerana mengamal “parti anak beranak”. FAM macam nak ikut cara macam tu jugak. Tak kan nak diam aje. Pergi stadium tengok bola bukan free.
    Sukan hoki telah menunjukkan peningkatan, seeloknya Tengku Abdullah menumpukan pada hoki aje dahulu. TMJ pulak, elok tumpu pada pasukannya. Pasukan Johor di bawah kelolaan beliau telah memberi impak baru pada sukan bola sepak negara. Tetapi belum dilihat kejayaannya. Belum masanya utk TMJ.
    Sultan Ahmad dah tak releven utk bola sepak kita. Dah tiba masanya untuk beliau berundur.
    Habis tu siapa yg layak? Ada tapi takut.
    Seperkara lagi, kenapa jawatan Presiden ini hanya di tandingi oleh kerabat diraja? Adakah kerana takut di cop sebagai pengkhianat, menyebabkan rakyat jelata takut untuk merebut jawatan itu?
    FAM perlu di pulihkan semuanya. Bukan hanya jawatan Presidennya sahaja, terutama kepada “penumpang” dan “penjilat-penjilat”, mereka inilah yang perlu di cantas dahulu. Jika tidak bergenerasi lah kita tidak dapat tengok Malaysia main di World Cup.

  6. raplahjingaa says:

    Aku rasa Sultan dan kaum kerabat tak payahlah mengetuai badan-badan sukan, kalau minat sangat jadi penasihat cukup lah. Bukan apa, ianya akan membuka pintu untuk sultan dan kerabat di raja di kritik, di kutuk secara terbuka. dan ianya tak baik untuk kesinabungan kesultanan dan raja Melayu.

  7. sireh ke gagang says:

    penulis bias kpd TMP nampak nya . sambil suka – suki melabelkan TSA & TMJ ikut acuan kepala hotak sendiri . wahai penulis , kalau pun nak bersikap atas pagar , kurangkanlah unsur-unsur membodek itu . meluat aku baca. nak lebih telus , adil , saksama , lantik sahaja org korporat yang ada latar belakang bola sepak . asyik sembang pembangunan akar umbi , itu cerita lapuk 30 tahun sudah . membangun tapi tak berkembang , apa gunanya. pasukan senior yang dihantar tak berkualiti .

  8. bujuk says:

    Jangan jadikan jawatan sebagai harta pusaka. Kalau layak… silakan, tapi Tengku Abdullah dah lama dalam FAM walaupun bukan Presiden FAM. Sepatutnya dia mampu memperbaiki mutu bola sepak dengan jawatan sedia ada dan hubungan rapat beliau dengan Presiden.
    TMJ ni… orang baru, nampak Johor dah berubah sejak beliau ambil alih. Walaupun nampak macam dia hanya tahu beli pamain bagus dan bukan melahirkan pemain yg. bagus. Harap dia tak beli orang luar jadi rakyat m’sia untuk naikkan mutu bolasepak. Tapi kalau dia cari bakat2 baru dalam negara untuk d gilap aku setuju.
    Takda orang lain ke selain keluarga diraja untuk jadi Presiden FAM, bukan apa… susah nak ambil tindakan, nak kritik dan sebagainya. Nanti kata derhaka pulak…

  9. Lembah Bujang says:

    mesti raja ka nk jadi presiden ?

  10. WTF says:

    Aku setuju dgn saudara raplahjingaa

    Bagi aku, Royal Family should just involves in badan2 kebajikan rather than persatuan2 sukan as persatuan2 sukan is measured through the performance and achievements in getting gold medal dalam Sukan SEA, Sukan Komenwel, Sukan Asia dan Olympics.

    Dalam kes bolasepak, World Cup is the ultimate gold.

    National Team kalau tak perform atau not achieve any target, org tengok siapa Presiden dia, dan tak semena2 Royal Family terpalit dgn pelbagai tohmahan…

    In fact, bukan sahaja Royal Family sahaja tak perlu involves dalam persatuan sukan, malah even politicians too…

    Biarlah org2 yg pernah terlibat dalam bidang sukan baik dalam administration mahupun bermain sukan tersebut di peringkat antarabangsa yg terlibat dalam persatuan sukan.

    Royal Family and politicians should stay out from it…

Leave a Reply