Menu Utama

Presiden FAM: Tengku Abdullah Menang Besar

SHAH ALAM – Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Presiden baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila mendapat 27 undi menewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meraih 12 undi.

Pada pusingan pertama pemilihan, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail meraih 15 undi namun pemilihan terpaksa diadakan semula kerana keputusan itu tidak mencapai majoriti dua pertiga mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan Presiden FAM

Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden FAM, perwakilan memilih Datuk Mokhtar Ahmad dan Datuk Affandi Hamzah. Pengurus pasukan kebangsaan Datuk Subahan Kamal tewas.

Bagi jawatan Naib Presiden FAM mereka yang menang ialah, Dato Zainol Fadzi Paharuddin, Datu Sudarsono Osman, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Dato Haji Takiyuddin Hassan.

Artikel Sebelum ini: Presiden FAM: Tengku Abdullah Pilihan Terbaik?






4 Komen to Presiden FAM: Tengku Abdullah Menang Besar

  1. dkds says:

    Semoga membawa sinar baru pd bolasepak Malaysia

  2. Lembah Bujang says:

    Tak kisah la sapa pun menang…. yg penting focus kpd tanggung jawap… dh teruk sangat ranking ni… dh nak sangat pegang jawatan, sangguplah terima keritikan… jangan pk anak raja ada kebal… yg dok keliling anak raja ni pun jangan jadi pak hangguk saja… ingat lah wahai Presiden, kalau group ni tidak juga mampu menaikan mutu bolasepak negara… faham2 la Dari Presiden termasuk semua yg baru di pilih faham2 la….. letak la jawatan kalau tau malu…

  3. baba says:

    TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH

  4. sireh ke gagang says:

    TMJ sendiri menyatakan , yang kemenangan Tengku Abdullah a.k.a pakcik beliau sendiri , telah dijangka dan pemilihan presiden FAM kali ini , lebih kepada upacara pewarisan jawatan dari DYMM tuanku sultan presiden kpd anakanda nya . tidak mengapalah TMJ , buktikan dahulu kepada Malaysia , misi dan visi JDT boleh berjaya . sudah resmi manusia , mahu melihat dahulu sebelum mempercayai sesuatu itu.

    * Hidup dan mati demi Johor*

Leave a Reply

Threesome