Menu Utama

Politik Wang: Khalid Ibrahim Diasak Sampai Terdesak

Penulis tak tahu entah apalah sial nasib yang menimpa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sampaikan ada pihak dari kalangan pimpinan partinya sendiri tergamak menuduh beliau mengamalkan politik wang semasa dalam pemilihan di Cabang PKR Kuala Selangor.

Tuduhan sedemikian kalau datang dari pemimpin UMNO tentu tiada bekasnya namun bila ia dinyatakan sendiri oleh pemimpin PKR iaitu S. Manikavasagam yang merupakan pencabar Khalid untuk jawatan Ketua Cabang maka sedikit sebanyak ia meninggalkan impak negatif yang mencalar kredibiliti.

Tambah malang lagi bila mana proses pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor yang diketuai Khalid itu pula turut dibatalkan gara-gara wujud dakwaan penglibatan pengundi hantu, kepincangan proses pengundian serta beberapa kelemahan lain. Sungguh memalukan, entah mana Khalid nak letak muka tak tahulah.

Berbalik pada dakwaan S. Manikavasagam yang juga adalah Ahli Parlimen PKR Kapar, menurutnya ada pegawai MB Selangor itu telah membayar RM20.00 & RM30.00 kepada ahli-ahli PKR dengan tujuan mendapatkan undi untuk bosnya bagi jawatan Ketua Cabang dan juga Timbalan Presiden PKR.

Ternampak macam lekeh pula ahli-ahli PKR hanya dek kerana wang yang cuma RM20 dan RM30 sampai sanggup jual undi dan maruah diri. Rasanya Chinadoll yang tergaru-garu gatal selepas bercengkerama dengan seorang pemimpin PR tempohari pun tinggi lagi nilai harga dirinya.

Bagaimana pun sejauh mana kebenaran tuduhan itu sukar ditentukan namun S. Manikavasagam nampaknya serius apabila mengancam untuk memuatnaik video rakaman bagi menyokong pertuduhan tersebut sehingga menimbulkan persoalan – apakah Khalid sedang diasak teruk dan terdesak untuk menang?

Sebetulnya kalau dakwaan politik wang itu tidak diambil kira pun, realitinya kedudukan Khalid Ibrahim sekarang benar-benar terdesak untuk memastikan kemenangannya dalam pertarungan merebut jawatan Timbalan Presiden disamping mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua PKR Cabang Kuala Selangor.

Menang kalahnya dalam pemilihan kali ini bakal menentukan panjang mana talian hayat politiknya dalam PKR dan paling utama ia akan menjadi tanda aras mengenai sejauh mana kemampuan serta daya ketahanan Khalid untuk mengekalkan jawatan MB Selangor setidak-tidaknya sehingga penghujung penggal ini.

Jadinya dalam keadaan begini kalaupun benar sahih Khalid mengamalkan politik wang rasanya mudah untuk difahami meskipun sepanjang beliau menjadi MB Selangor kita kerap mendengar beliau bercakap soal pentingnya mengamalkan ketelusan, kredibiliti dan akauntabiliti.

Sebaliknya jika tuduhan itu hanya semberono, bolehlah kita ibaratkan nasib Khalid hampir nak menyamai Zaid Ibrahim yang awalnya dipuja puji saat diperlukan, bila dirasakan menggugat pemimpin lain dalam parti mulalah diasak kiri kanan oleh geng sendiri.






10 Komen to Politik Wang: Khalid Ibrahim Diasak Sampai Terdesak

  1. Sontoloyo says:

    Tak boleh lebih drpd satu anak ibrahim berjawatan dalam satu parti…hehehe…

  2. Badrole Amin says:

    ada macai cadangkan tukar pengerusi jawatankuasa pemilihan PKR maka akan bersihlah pemilihan PKR dari politk wang/rasuah/penyelewengan/manipulasi/penipuan undi, aku rasa tidak begitu sebab….

    tukar orang lain jadi pengerusi jawatankuasa pemilihan pun tetap akan berlaku politik wang/rasuah/penyelewengan/manipulasi/penipuan undi sebab dari penyokong sampai kepada ahli dan pemimpin PKR semuanya terbiasa suka mengamalkan unsur-unsur rasuah ini sebagai budaya mereka…bak kata orang kemana lagi tumpahnya taik kalau tidak pada mangkok jamban, jika ketua umum PKR sudah masyur sebagai pelopor politik wang dan bapak segala rasuah tentulah akan menjadi inspirasi dan dorongan kepada penyokong, ahli dan pemimpin PKR untuk memasyurkan juga politik wang/rasuah ini

    dalam pemilihan PKR sebelumnya(2009) berlaku politik wang/rasuah dan dalam pemilihan kali ini(2014) juga berlaku politik wang/rasuah namun rakyat tidak pernah mendengar pemimpin-pemimpin tertentu PKR yang dituduh(oleh orang parti sendiri) menggunakan politik wang/rasuah ini dalam pemilihan parti dikenakan tindakan seperti dipecat atau diharam bertanding untuk pemilihan akan datang(2014 dan 2019) oleh jawatankuasa pemilihan PKR(kalau dalam UMNO bernama Lembaga Disiplin)

    jawatankuasa pemilihan PKR dianggotai oleh manusia-manusia yang sanggup diarah untuk menjadi hipokrit dan pandai bersandiwara, ini bermakna tidak akan ada siasatan yang telus dan tindakan tegas akan dilakukan…disebabkan ini rakyat tidak boleh mengharapkan adanya pemimpin PKR yang dituduh menggunakan politik wang/rasuah ini akan dikenakan sebarang tindakan

    dalam UMNO setidak-tidaknya sudah ada beberapa pemimpin UMNO yang dituduh(termasuk yang tiada bukti kukuh) menggunakan politik wang/rasuah ini dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin seperti diharam bertanding untuk pemilihan akan datang sehingga kepada 3 penggal(15 tahun lamanya)…PKR tidak pernah berbuat begitu sebaliknya pemimpin mereka yang bersuara mendedahkan politik wang/rasuah/penyelewengan/manipulasi/penipuan undi berlaku dalam proses pemilihan parti dipecat keahliannya dalam parti

  3. MemangTerok says:

    Politik Wang itu Betul
    Pengundi Hantu itu Betul
    SEbagaimana benar dan betulnya
    kisah orang meliwat dan mangsa yang diliwat.

    Apa saja Dakwaan keatas PKR adalah benar,
    Segala benda yang keluar dari mulut orang
    PKR itu adalah bohong.

    Maka, Jauhilah PKR dari hidup anda kerana disini mula semua
    perkara ingkar, penyakit dan kemaksiatan yang berpanjangan.

    Amin.

  4. Tubir says:

    Sebab itulah PKR ni tuduh SPR menipu semasa pilihanraya …….sebabnya PKR selama ini memang kerja dia orang menipu rayaat dan ahli PKR sendiri.Sebuah parti politik anak beranak yang ditubuhkan berasaskan sangkaan buruk orang terhadap Anwar.Akan tetapi ALLAH itu adil lagi bijaksana …………Allah bayar cash kat PKR dan Anwar.Lepas ni kalau penyokong PKR tak sedar lagi tak tahulah apa nak cakap……memang tak ada otak penyokong PKR ni

  5. JokerJoe says:

    Cari ambiga hoii cari ambiga. undi dah kotor.. cari ambiga utk BERSIHkan .. he he.. bersih konon. Kena hidung sendiri hingueh meleleh pon tak lap

  6. Badrole Amin says:

    nasib baik aku tak jadi wartawan sebab takut tak fasal-fasal terkahak kahakptuihhh pada anak haram(ambabiga) itu bila dengar komen dia tentang kekotoran yang berlaku dalam pemilihan PKR

    ———————————————————————————————————————————————

    case study tentang sebab-musabab/punca wujud ‘pengundi hantu’ dalam pemilihan PKR:

    1. bila anwar tuduh kata SPR bersubahat dengan UMNO/BN tentang pengundi hantu(40 ribu orang Bangladesh) itu, ianya merupakan manifestasi kepada kekemarukkan(gila nak jadi PM) dan kekecewaan anwar yang tahu adalah mustahil dia dan pakatan haram boleh menggunakan pengundi hantu untuk memenangkan pakatan haram pada PRU13 lepas…kerana kecewa maka anwar terpaksa hemburkan(termasuk menggunakan media proksi PKR dan pakatan haram) kekecewaannya itu kepada UMNO/BN dengan tuduhan kononnya SPR bersubahat dengan UMNO/BN menerbangkan 40 ribu orang Bangladesh untuk dijadikan pengundi hantu pada PRU13 lepas

    2. kekecewaan kerana tidak dapat menggunakan pengundi hantu pada PRU13 lepas bukan sahaja dirasakan oleh anwar malah dirasakan juga oleh hampir kesemua penyokong, ahli dan pemimpin PKR…kekecewaan(tidak dapat menggunakan pengundi hantu pada PRU13 lepas) sebegini boleh mendatangkan ‘rasa gian\'(nak guna pengundi hantu) yang teramat sangat sama seperti penagih dadah yang gian jika tidak mendapat dadah…untuk menghilangkan rasa gian(nak guna pengundi hantu) yang teramat sangat maka berlakulah dan wujudlah pengundi hantu dalam proses pemilihan PKR

    ————————————————————————————————————————————————–

    pertanyaan kepada macai seperti mooh, tony, bujuk dll…..

    salah anwar ke berlaku dan wujud pengundi hantu dalam proses pemilihan PKR disebabkan penyokong, ahli dan pemimpin PKR nak lepaskan gian?

  7. bujuk says:

    M’sia belum sedia pemilihan parti d pilih oleh semua ahli. Inilah jadinya… bila nak kelihatan lebih demokrasi dari yg. lain tapi tiada kemampuan. PKR ni… maaf cakap la, pemimpin ramai tapi ahli yg. nak buat kerja kurang/takda. Jadi arahan banyak… tapi tiada siapa nak laksanakan arahan tersebut. Inilah jadinya…

  8. dkds says:

    senang cerita kumpulan gay dalam PKR sabotaj orang tua bernama khalid..dimana cabang yang bakal memberi undi pada khalid…kumpulan gay pasti melakukan huru hara…kah kah kah kah

  9. baba says:

    khalid tunggu masa saja untuk “bersara” dari politik, kerusi mb bakal melepas…

  10. WTF says:

    PGAYR MENGAMALKAN RASUAH, KRONISME DAN NEPOTISME MELAMPAU!!!

    PGAYR PATUT DIKUBURKAN, KALAU TIDAK PAS NANTI AKAN TERPALIT SAMA DGN AMALAN SEBEGINI!!!

    OPSSS, PAS PUN AMALKAN PERKARA YG SAMA DGN PGAYR!!!

    MUEH4444

Leave a Reply