Menu Utama

Politik Samseng Sudah Lama Jadi Budaya PR

Calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya dalam satu kenyataannya menyebut amalan politik samseng hanya mencerminkan ketidakmatangan dalam berpolitik dan seharusnya amalan sedemikian ditolak oleh rakyat Malaysia.

Menurutnya lagi walau benci setara mana sekalipun pada pihak tertentu namun politik samseng tidak wajar dilakukan sama sekali kerana kelak rakyat akan menilai dan menolak pihak yang mengamalkan gaya politik sedemikian.

Eh..eh.. terasa murninya mendengar komen sebegitu. Nampak macam betapa luhur dan bertanggungjawabnya DAP dan PR yang didukung oleh Dyana. Sepintas lalu begitulah kelihatannya dari pandangan kasar.

Tapi betulkah realitinya sedemikian rupa? Hakikatnya jauh bumi dari langit. Sebetulnya komen calon DAP itu hanya mencerminkan betapa naifnya Dyana dalam memahami realiti politik DAP dan PR.

Kalau Dyana meluangkan sedikit masa mengkaji dan mengimbas fakta sejarah tentu dia tidak sesekali membuat kenyataan sedemikian kerana sejarah membuktikan dalam bab-bab mengamalkan politik samseng sebegini terlalu sinonim dengan DAP dan PR.

Sebagai contoh pada 26 April 2013 menjelang PRU-13 yang lalu misalnya para penyokong DAP cuba mengacau dan membuat bising di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Komersil Kampung Datu, Sarawak yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum itu sekitar Februari 2013 di Majlis Pesta Ang Pau sempena Tahun Baru Cina 2013 yang dihadiri isteri PM, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor diganggu oleh penyokong DAP yang berpakaian kuning BERSIH bertujuan memprovokasi hadirin yang hadir.

Setahun sebelumnya penyokong DAP juga yang melakukan tindakan samseng dengan cuba mengganggu dan memprovokasi dengan melaung-laungan slogan BERSIH sewaktu PM sedang berucap di Majlis An Evening With The Prime Minister yang diadakan di London.

Jika tingkah laku penyokong DAP & PR di ketiga-tiga majlis itu bukan satu amalan politik samseng, mungkinkah kelakuan biadap pemimpin PAS, DAP dan PKR yang menyerbu ke arah tempat duduk ADUN BN dalam DUN Perak hingga hampir tercetus pergaduhan sewaktu kejatuhan Kerajaan DAP Perak dulu baru dianggap samseng?

Atau mungkinkah Dyana beranggapan protes biadap baring di tengah jalan sambil memasang bendera Palestin secara terbalik oleh penyokong PAS yang bertujuan menghalang kereta Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah waktu kekalutan politik Perak dulu adalah amalan politik sihat?

Atau barangkali bagi Dyana tindakan penyokong PAS dan PR membaling batu dan menyekat kenderaan orang kenamaan tika itu sekadar luahan hati yang menepati naluri kemanusiaan?

Hakikatnya mana-mana satu tindakan di atas jelas sekali mencerminkan ketidakmatangan penyokong DAP dan PR, dan penulis percaya itu antara sebabnya kenapa dalam PRU-13 yang lalu DAP dan sekutunya dalam PR ditolak dan gagal menguasai negara ini.

Itu baru beberapa contoh peristiwa biadap dan samseng PR yang mungkin sama sekali tak terimbas dek fikiran Dyana. Belum lagi bercerita kebiadapan penyokong PAS, PKR dan DAP yang pernah semasa zaman awal reformasi 1998 telah berarak ke PWTC dan merosakkan Bangunan UMNO di situ.

Juga belum diungkit tindakan samseng dan kurang ajar totok PR Adam Adli yang melakukan provokasi menurunkan bendera berwajah PM di PWTC pada 2011 yang kemudian digantikan dengan bendera SMM.

Dan juga belum lagi diimbas kegiatan ganas dan tingkah laku biadap penyokong DAP, PKR dan PKR sewaktu demontrasi BERSIH 2.0 dan 3.0 di mana banyak harta benda awam dirosakkan sementara anggota penguatkuasa dicederakan.

Pendek kata kalau nak dungkit dan diimbas semuanya memang tak cukup tangan untuk menulisnya sebab tingkah laku biadap dan amalan politik samseng sudah lama menjadi budaya mendarah daging dalam jiwa raga penyokong DAP, PKR dan PAS.

Andai semua itu masih tak mencukupi untuk membuktikannya, barangkali cukuplah Dyana melihat sendiri betapa kalut dan samsengnya cara ahli dan penyokong PKR sekutu DAP dalam menghadapi pemilihan dalaman mereka sendiri.

Atau mungkin Dyana boleh menelaah semula sejarah kebiadapan pemimpin DAP yang berarak mengelilingi Kuala Lumpur bersama penyapu gergasi simbolik mahu menghalau orang Melayu Islam yang akhirnya menjadi punca meletusnya Tragedi 13 Mei.

Sebelum terlupa, suka penulis mengingatkan Dyana perihal kebiadapan penyokong DAP di luar negara yang beriya-iya menterbalikkan bendera Malaysia sempena kempen Blackout PRU-13 tempohari. Penyokong PR jugalah yang bersungguh mahu menukar Jalur Gemilang kepada bendera Sang Saka Rakyat.

Jika semua imbasan tingkah laku biadap serba celaka, samseng dan kurang ajar seperti dinyatakan di atas itu masih lagi dianggap bukan budaya DAP dan PR sejak sekian lama, jelaslah Dyana terlalu naif dalam mengenali sisi gelap parti politik yang didukungnya.



« (Previous News)



7 Komen to Politik Samseng Sudah Lama Jadi Budaya PR

  1. Baba says:

    Memang dari awal penubuhan dap, pas dan pkr, mereka telah mulakan budaya samseng. Mereka tak pernah berpolitik secara matanag dan gentleman. Mereka sentiasa membuat provokasi2 dan menyemai sentimen benci-membenci.

  2. kayu says:

    Budaya komunis celaka yang disanjung tinggi oleh orang pakatan haramjadah..!!!!..http://www.youtube.com/watch?v=B0pIJpdxIQ0

  3. kulaan says:

    Yang selalu menyusahkan orang berhimpun tu apa? Bukan samseng ke? Dah kalah PRU pun tak mengaku kalah..bukan itu politik samseng?

  4. raplahjingaa says:

    Sampai hari ni pembangkang tak dapat menerima kenyataan yang mereka telah kalah dalam PRU. dan kini menjadi pembangkang !! hidup depa tak akan aman tenteram selagi depa tak menarik nafas panjang dan menerima kekalahan.

    Tak caya ?? pi tanya nik ajis.

  5. bujuk says:

    Hanya parti d ambang kekalahan saja yg. guna khidmat samseng ni… tengoklah keputusannya nanti. Aku dengar KJ dah diberi amaran supaya jaga pemuda umno, jangan buat kacau. Ia telah mengganggu kempen bersih gerakan buat masa ni. Mereka tak mahu, orang cina alih sokongan kepada DAP sebab samseng umno ganggu calon DAP.

  6. shahril81 says:

    Eh, bukan tuhan pun samseng ka bujuk? Tk caya pi tanya nik ajis hang… hehe

    P/s: Tuhanku hanya satu iaitu ALLAH S.W.T yg maha penyayang lg maha pengampun. Tuhanku itu takkan mencarut ataupun mengambil ‘mamat2 dikampung’ utk jadi pesuruhnya!! Ingat tu bujuk..

  7. WTF says:

    HAHAHAHA, terbaik saudara shahril81

Leave a Reply

Threesome