Menu Utama

PM nafi Kabinet gugur ruangan kaum, menteri mohon maaf

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menafikan Kabinet ada membuat keputusan menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Najib berkata, Kabinet sebaliknya membuat keputusan untuk mengekalkan amalan sedia ada.

Ianya bertujuan memastikan setiap kaum mendapat pertimbangan yang adil dan tidak ketinggalan dalam dasar kerajaan.

“Kenyataan itu tidak tepat, memang kita ada bincang dalam Kabinet tetapi keputusan kita adalah kekal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Rumah UMNO Taiping, Khamis.

Selain itu katanya, Kabinet juga tidak buat keputusan mansuhkan butiran agama dalam borang rasmi kerajaan.

najibdr

Sehubungan itu, Najib berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, akan mengeluarkan kenyataan hari ini bagi memperbetulkan kenyataannya yang disiarkan media hari ini selain memohon maaf atas kesilapan itu.

Media  hari ini menyiarkan kenyataan Belaun yang mendakwa ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.






9 Komen to PM nafi Kabinet gugur ruangan kaum, menteri mohon maaf

  1. hasnul rahman says:

    Salam 1Malaysia,
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun boleh buat silap dan salah?
    Ada mainan ke dikalangan anggota kabinet?
    Ini sangat merbahaya!
    Tak mustahil lepas ni ada banyak lagi Pak Menteri akan buat kenyataan tersilap dan akhirnya minta maaf.
    Biat betul!
    Jawabnya, semakin seronoklah kaum imigran cina DAP melalui tentera kacang merak mengapi-apikan rakyat dan seterusnya memperseda kepimpinan Melayu/UMNO.
    Hubaya… hubaya….

  2. Semangat Dato' Haron says:

    Pecat je menteri tu, banyak lagi ahli parlimen BN lain yang lebih cekap. Kerajaan juga harus menyiasat pegawai2 kanan SPA yang bertanggungjawab menguruskan pengambilan pekerja kerajaan. Kebanyakan mereka adalah penyokong pembangkang dan kebanyakan calon yang dipilih juga tidak berkaliber dan boleh dipersoalkan kelayakan/kesetiaan mereka. Ini lah penyebab kenapa kerajaan banyak disabotaj dari dalam. Semua ini angkara pegawai2 kanan SPA.

  3. baba says:

    macam2 daa……lebih kuah dari sudu dah menteri ni

  4. rusaminum says:

    Sapa yang spin ni….,
    Sapa dalang disebalik isu ni? Takkan la menteri ni tak periksa pun sebelum umumkan. Bodoh sangat tu namanya. Pasti ada black n white kan.
    Rergi la check, workflow kan ada. jumpa la dalangnya sapa.
    Pastu, ambil lah tindakkan. Hal seperti ini hanya memalukan kementerian.
    Pecat aje..

  5. Anak Lenggong says:

    Ini lah dikata lebih sudu daripada kuah…baru je dilantik jadi menteri udah nak tunjuk lagak dan besar kepala..

  6. raplahjingaa says:

    Menteri-menteri baru ni macam tu laaa, yang lama pun ada yang lebih kurang sama……nak tunjuk hero kat penyokong kerajaan depa tak ada apa pun track rekod sebagai bukti, so paling senang nak jadi popular….ikut telunjuk pembangkang, ramai la cacai yang tepuk tangan.

  7. bangKano says:

    Sang menteri serba bahalol tu wajar di pecat dari jawatan kabinet…kita perlu simpan menteri menteri yang bertanggung jawab & berintegriti pada kerajaan & rakyat jerrr….!!!!

  8. bujuk says:

    Masalah ni, PM dah jadi jurucakap Menteri. Perlu tindakan tatatertib, supaya menteri lebih berdisiplin kerana telah mencemaskan sebahagian rakyat.

  9. coker super says:

    Hai bayak betul Badut kat dlm kabinet Najib ni. Pada zaman Tun, menteri menteri nya tak berani membuat kenyataan sembarangan. Mana silap nya?

Leave a Reply

Threesome