Menu Utama

Piala Thomas 2014: Malaysia Kejutkan Indonesia, Selangkah Lagi Untuk Juara

Pasukan Badminton Malaysia yang tidak diberi harapan tinggi dan hanya mensasarkan setakat Separuh Akhir dalam Piala Thomas 2014 ini mencipta kejutan terbesar menundukkan Indonesia 3-0 untuk layak ke perlawanan akhir.

Turut sama mencipta kejutan ialah pasukan Jepun yang menumpaskan gergasi badminton dunia, China, dengan kemenangan 3-0 juga.

Tidak ramai yang berani meramalkan Malaysia mampu melepasi pusingan Suku Akhir semasa bertemu Denmark, apatah lagi untuk memberi sebarang harapan untuk menumpaskan Indonesia. Satu-satunya harapan Malaysia ialah menerusi Lee Chong Wei pemain nombor satu dunia. Malaysia dijangka kalah 3-1.

Namun malam ini menjadi detik keramat kepada Malaysia. Setelah Lee Chong Wei menepati ramalan memenangi mata pertama untuk Malaysia dengan menumpaskan Tommy Sugiarto 21-19 21-13.

Sudah tentu “turning point” Malaysia malam ini ialah kebangkitan pasangan beregu “bidan terjun” Tan Boon Heong/Hoon Thien How. Mereka tidak diberi sebarang harapan ketika menentang pasangan Indonesia yang merupakan pasangan nombor satu dunia, Mohammad AHSAN dan Hendra SETIAWAN.

Hakikatnya, Malaysia tidak diberi sebarang peluang untuk meraih mata melalui beregu ini. Namun mereka melakukan kejutan terbaik apabila menumpaskan pasangan dari Indonesia ini dalam pertarungan sengit tiga set, 21-19 8-21 23-21 dalam masa 55 minit.

Kedudukan 2-0 tersebut nyata memberi semangat kepada CHONG WENG FERN pemain muda yang mempamerkan prestasi sangat baik dalam kejohanan ini.

Sungguhpun berada di rangking 27 dunia berbanding pemain Indonesia Dionysius Hayom RUMBAKA yang berada di tangga ke 19 dunia, ternyata ia bukan penghalang atau faktor yang menakutkan anak muda dari kedah ini.

3RDSINGGLEChong Weng Fern tidak melepaskan peluang untuk menjadi hero pasukan negara membawa Malaysia layak ke perlawanan akhir setelah lebih sedekad tenggelam dalam kejohanan ini. Weng Fern menguasai permainan sejak permulaan menamatkan set pertama dengan 21-10. Set kedua juga bermula seperti set pertama membolehkan Weng Fern menamatkan kedudukan dengan keputusan 21-17.

Ini seterusnyan membawa Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas dengan kejayaan 3-0. Satu keputusan yang tidak dijangka oleh mana-mana penganalisis sukan badminton dunia untuk Piala Thomas edisi kali ini.

Kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas ialah pada 1992, menumpaskan musuh tradisi, Indonesia dengan keputusan 3-2.

Malaysia Boleh! Kita menanti perlawanan akhir Ahad ini!






10 Komen to Piala Thomas 2014: Malaysia Kejutkan Indonesia, Selangkah Lagi Untuk Juara

  1. Iqhwan says:

    Keep it up..Malaysia Boleh terus mara..pedulikan apa org nk kata!!!!

  2. shahril81 says:

    Aku tau kenapa Malaysia menang.. Ni sah Najib rasuah Korea dgn Indon utk kalah! Pasni tobat najib pi jumpa Jepun bg rasuah utk bg Malaysia jd champion.!!

    Tk gitu bujuk? Gay tony? Kehkehkeh

  3. raplahjingaa says:

    Tahniah !!

  4. Anak_Nogori says:

    apa sahaja pertandingan…sekiranya kita fokus dan bersemangat tinggi utk menang..inilah hasilnya..

  5. bujuk says:

    Malaysia menang… melayu menang ke?
    Berapa orang melayu dalam skuad Thomas cup? Jurulatih pun aku nampak Rashid sorang je…
    Apapun tahniah pada skuad Badminton negara… semoga dapat bawa kembali thomas cup ke m’sia.

  6. bleu says:

    Hey bujuk ! Kalau X reti komen, just keep yr mouth shut ! Anyway, tahniah squad badminton Malaysia …

  7. Riszma Wann says:

    terus Malaysia Boleh!!!

  8. Zaris Danish Anne says:

    Malaysia harumkan namamu… Malaysia Boleh!!!

  9. alyahya says:

    Shahril81…anda dapat dosa percuma kr memfitnah ,beri pula byk pahala kat Najib

  10. WTF says:

    La…Bujuk dah jadi RACIST ka???

    Hahahaha, nampak sangat PAS KEMPUNAN UNDI ORG MELAYU ISLAM!!!

    MUEH4444 TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

Leave a Reply