Menu Utama

Pemilihan PKR Semakin Caca Marba, Di Mana Anwar & Ambiga?

Pemilihan PKR 2014 gayanya dah macam pertunjukan sarkas layaknya. Segala macam huru-hara dilaporkan berlaku dengan PKR Selangor merekodkan pembatalan dan penangguhan proses pemilihan di 12 Cabang PKR gara-gara penyelewengan, kepincangan dan ketidaktelusan yang berlaku.

Berikutan itu jumlah Cabang PKR di seluruh negara yang perlu mengadakan pemilihan semula meningkat dari 17 kepada 29. Semuanya disebabkan masalah penyelewengan, kepincangan serta pelbagai lagi haru biru termasuklah membabitkan gejala gengsterisme semasa proses pemilihan.

Segalanya penuh warna warni benar-benar seakan pertunjukan sarkas. Sesuai benar dengan kelakuan pemimpinnya yang gemar buat kecoh maka sebagaimana kata pepatah bapak borek anak rintik, demikianlah juga anak-anak buahnya pun terbawa-bawa dengan perangai suka membuat kecoh dalam parti sendiri.

Ada pemilihan Cabang PKR kecoh dengan masalah ugut mengugut, bantahan calon terhadap daftar pemilih yang terus bercelaru di mana lain senarai yang calon dapat lain pula yang dimiliki Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP).

Ada juga kes pengundi hantu bila mana jumlah undian melampau jumlah ahli yang keluar mengundi serta kes blackout dan pengundian berkomplot dalam bilik hotel. Dulu tuduhan blackout dan pengundi hantu ditujukan pada SPR sekarang ternyata cerita rekaan itu sebenarnya didalangi balaci-balaci PR dan PKR.

Tak cukup dengan itu, ada pula pegawai JPP yang didakwa terlibat berkempen dan ‘tolong’ menulis nombor calon untuk para pengundi seperti didedahkan oleh pemimpin PKR, Chegu Bard. Lagi unik ada kes memecahkan peti undi seperti yang berlaku dalam pergelutan sesama ahli PKR di Cabang Kota Raja.

Acara koyak mengoyak kertas undi juga ketara termasuk di Cabang Kemaman yang diketuai Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Juga berlaku pembelian undi dengan harga serendah RM20.00 di beberapa Cabang PKR demikian rendahnya nilai maruah ahli PKR serendah nilai moral Ketua Umumnya.

Paling menarik dalam semua episod ini bila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dimalukan dengan tuduhan membeli undi dalam pemilihan di Cabang PKR Kuala Selangor yang diketuainya. Bukan UMNO atau komponen BN yang tuduh, tapi ia didedahkan sendiri oleh pemimpin PKR juga.

Itu serba sedikit caca marba dalam Pemilihan PKR 2014 yang sempat penulis ulas sepintas lalu, benda yang kita semua nampak melalui pelbagai sumber berita. Bayangkan kekalutan lain yang tidak sempat dihidu atau dikorek oleh para wartawan, harus lebih banyak huru-hara yang masih tersembunyi.

Tapi macam biasa dalam menangani kekalutan serba celaru ini, para penyokong PKR gagal melihatnya sebagai peluang membetulkan diri sendiri sebaliknya masih nak menuding jari menyalahkan UMNO dan BN. Bacalah di mana-mana portal pro PR bersepah komen-komen tak sedar diri dari pemuja PKR.

Namun begitu, disebalik semua caca marba yang berlaku serta kepincangan dan kekalutan serba luar tabie yang mewarnai pemilihan PKR sampai saat ini penulis tertanya-tanya ke mana menghilang bayang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan rakan sekutunya dari NGO Bersih, Ambiga Sreenevasan.

Jenuh penulis tercari-cari di setiap penjuru dunia maya belum terbaca sebarang teguran atau kritikan dari Anwar berhubung kekalutan dan kepincangan dalam pemilihan parti serba adil dan telus sentiasa yang diketuainya. Barangkali Anwar selesa berdiam diri atau terasa malu perangai buruknya diteladani ahli partinya sendiri.

Malah setakat artikel ini ditulis sepatah haram kritikan dari Ambiga Sreenevasan langsung tak kedengaran. Dulu sebelum dan selepas PRU-13 dialah hero menuntut keadilan dan ketelusan, sekarang bayangnya langsung tak kelihatan. Diam sepertinya tanda setuju dengan kepincangan yang berlaku, bukan begitu?

Teringin penulis mahu melihat Anwar menggesa penyokongnya berdemo di jalanan mengutuk kepincangan dalaman PKR dan menuntut ahli parti diketuainya melakukan perubahan ke arah kebaikan bermula dari diri sendiri atau pun mendengar bebelan Ambiga menghentam kecelaruan dalam pemilihan parti sekutunya itu.

Barang tentu sahaja itu mustahil, setakat dalam mimpi bolehlah. Dunia politik pembangkang seperti PKR dan NGO Bersih, soal kepincangan dalaman sendiri biasanya mereka suka sapu bawah karpet atau untuk tampak kehebatan illusinya mereka gemar berdemo menuduh si polan itu tidak telus si polan ini penipu.

Bak kata orang, satu jari menuding orang lain, empat jari menuding diri sendiri. Kata dulang paku serpih rupa-rupanya mereka sendiri yang lebih.






10 Komen to Pemilihan PKR Semakin Caca Marba, Di Mana Anwar & Ambiga?

  1. mohamad noor says:

    Bertanyalah kepada semua ahli pkr dimana salah umno dalam perkara ini

  2. mohamad noor says:

    Kembalilah ke jalan yang benar

  3. zasmj says:

    Samad janggut mana????

  4. tukul says:

    klu parti ni yg perintah negara anda bayangkan lah..haru biru huru hara di buatnya

  5. anti-pas haramjadah says:

    Natang beruk pkr bgai dpt bunga

  6. rusaminum says:

    Parti yang di perintah oleh keluarga 69, jadinya.. Parti 69.

    aiskrim….aiskrim

  7. dkds says:

    parti yang kotor ,sekotor ketua umumnya…

  8. dotdot says:

    PKR ( PARTI KIAN ROBOH)

  9. MemangTerok says:

    Anwar dan Ambiga perlu bersendirian, jangan tak tahu. Mereka perlu duduk diam2 bertafakur, berfikir. Mereka perlu siasat dan berfikir bagaimana kejadian buruk rendah moral , carca marba, huru haru dapat dikaitkan dengan SPR.

    Mereka tetap akan bersuara , mereka tak akan diam. mereka mahu kata itu semua kerja SPR, salah UMNo. Mereka perlu ilham untuk memfitnah, Tunggu saja kalau tak percaya.

  10. bangKano says:

    Ramai ahli PKR kata ni semua ulah UMNO…sebab sebahagian besaq ahli PKR mendakwa semua kekalutan ni berpunca dari mantan ahli UMNO termasuk mantan Tim.Presiden UMNO tu hah yang ada dalam PKR kini. Depa join PKR semata mata nak dapat kan kuasa…ada nak jadi PM..tu la punca sebenaq nya. Tika dalam UMNO depa ni semua nya jadi macai ketua bahagian & MP/ADUN jerrrr…

    Ahli UMNO ada beghani mau nafi ka…?

Leave a Reply

Threesome