Menu Utama

Pemilihan PKR Vs Sarkas

pemilihan pkr3

Kekecohan yang makin teruk berlaku di dalam pemilihan PKR jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya menunjukkan PKR telah semakin hilang arah. Kepimpinan Anwar dan Azizah telah gagal. Setakat ini kekecohan pemilihan cabang PKR Selangor telah menyebabkan 10 daripada 22 cabang ditangguhkan.

10 cabang di Selangor iaitu Ulu Langat, Sabak Bernam, Sungai Besar, Subang, Kelang, Selayang, Kota Raja, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kapar telah diarahkan membuat pemilihan semula. Pertelingkahan Azmin Khalid amat ketara apabila kekecohan paling teruk berlaku di mana kem Azmin dan Khalid bertembung.

Namun Khalid enggan mengulas ‎lanjut mengenai insiden kekecohan yang berlaku di beberapa cabang PKR Selangor termasuk cabang yang ditandinginya di Kuala Selangor. Beliau tidak akan memberikan kenyataan terbuka sebaliknya mahu hadir ke mesyuarat Biro Politik PKR untuk mendengar penjelasan.

Azmin pula mahu Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) digantikan dengan Jawatankuasa Khas Pemilihan. Khalid tetap mahu perkara itu juga dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik.‎ Menurut Azmin JPP telah gagal menguruskan proses pemilihan dengan cekap dan telus. Drama kekecohan itu seperti sudah dirancang kerana sebelum hari kejadian, Azmin berkata Jawatankuasa Khas Pemilihan itu masih di peringkat perbincangan PKR Pusat dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat.‎

Walaupun sebelum ini berlaku kekecohan membabitkan sekurang-kurangnya 12 pemilihan cabang di Selangor namun Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul memutuskan hanya 10 cabang yang digantung pemilihan.

Kekecohan yang berlaku di cabang Kota Raja akibat dari sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian di Kompleks Sukan MPK, Taman Sri Andalas sehingga memaksa pembatalan undi dibuat. Insiden bermula apabila kumpulan terbabit tidak berpuas hati dengan proses pemilihan parti di cabang berkenaan dan cuba merempuh masuk ke dalam dewan, namun dihalang oleh anggota Rela yang bertugas. Kumpulan tersebut telah bertindak memanjat pagar setinggi dua meter dan masuk ke dalam dewan selain bertindak menterbalikkan meja termasuk bungkusan makanan di luar dewan.

Cabang Hulu Selangor pula berlaku perbezaan jumlah undi apabila kiraan awal mendapati terdapat 1,370 kertas undi dalam peti sedangkan jumlah yang keluar mengundi hanya 1,074.

‎Kekecohan berlaku di Cabang Sepang berlaku sehingga tumbuk-menumbuk dan kertas undi ditaburkan ke lantai.

Manakala di cabang PKR Selayang berlaku kekecohan ekoran kejadian peti undi dilarikan ketika proses pengundian sedang berlangsung.

Pemilihan PKR ini lebih mirip kepada sarkas. Bayangkanlah jika mereka memerintah negara maka Malaysia pula akan bertukar menjadi sarkas. Hanya kerajaan Barisan Nasional yang layak menerajui negara.






7 Komen to Pemilihan PKR Vs Sarkas

  1. raplahjingaa says:

    hehehe…bukan pemilihan PKR VS SARKAS…..PKR tu sendiri adalah SARKAS !! tengok pemimpin dan tengok ahli PKR……semuanya badut !!

  2. WTF says:

    Tengoklah MACAI4444 FUCKUTAN RETARD DIVERT ISU dalam MYKMU, tak nak cerita pasal pemilihan kepimpinan PGayR, tapi sibuk cerita NAK COVER MALU TAK PERINTAH TERENGGANU!!!

    FUCKUTAN RETARD ARE SO PATHETIC!!!!

  3. system baru says:

    sarkat diraja pematang pauh vs royal london circus,, bagi aku siapa kan menang

  4. anti-pas haramjadah says:

    Mmg celaka la pkr ni. Ptuihh

  5. Sontoloyo says:

    Tengok sejarah penubuhan pkr laa…ianya ditubuh atas dasar amarah, kecelaruan, dan keganasan itu sebab jadi macam ni dan akan selamanya macam ni.

  6. baba says:

    pkr-penipuan kerja rutin ni apa nak diharapkan. memang kerja dia menipu, sebab tu pemilihan dia huru hara

  7. MemangTerok says:

    ishk, ishk,ishk…………………
    Ishk, ishk, ishk………………..
    Tak kan sampai macam tu sekali.
    Ishk, ishk, ishk,
    Penting sangat ke jawatan ?
    Penting sangat ke kuasa ?
    Ishk, ishk, ishk……..

Leave a Reply