Menu Utama

Pas Akui Dakwaan Zahid, Hudud Adalah Agenda Politik Bukan Agama

Beberapa hari lalu, Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dikecam oleh beberapa pihak apabila beliau menyatakan bahawa agenda Hudud Pas adalah tidak ikhlas dan hanya merupakan taktik politik semata-mata.

Zahid mencabar Pas memberikan jawapan yang konkrit terhadap cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, sama ada benar-benar berlandaskan hukum Islam sepenuhnya atau sekadar mahu meraih sokongan politik.

SONY DSCNamun hakikat ini telah diakui secara tidak sengaja oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Parti Islam se-Malaysia (PAS), yang juga terkenal sebagai “Pengarah Strategi Pas”, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau dipetik oleh Malaysiakini.com sebagai berkata, “that while it may be a trap set by Umno to break up Pakatan, PAS must nevertheless take up the challenge and show its seriousness in pushing the hudud agenda.

[“bahawa sungguhpun Pas mungkin termasuk dalam perangkap UMNO untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat melalui isu Hudud, namun ia tidak mempunyai pilihan kecuali menerima cabaran tersebut bagi menunjukkan kesungguhan mereka melaksanakannya.]

“If we are not serious, then people will say PAS is only playing a sandiwara (putting on an act) and merely giving lip service to hudud. Also, Malays will be reinforced of the propaganda that PAS is saddled and controlled by DAP.

[Jika kami tidak menunjukkan kesungguhan, rakyat akan mengatakan Pas hanya bermain sandiwara dan bercakap kosong sahaja mengenai Hudud. Melayu juga akan terpengaruh dengan propaganda Pas tunduk kepada DAP]

Dzulkefly yang merupakan Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat turut berkata, “So we have got to do it, we must have the political will to do it. We know their game plan, but when you are being challenged like that, you got to be smart and challenge back. We do it because it is a principle. We are also telling our Pakatan partners they must also understand our political predicament.”

[Jadi kami perlu melakukan, kami mesti menunjukkan ‘kehendak dan kesungguhan politik’. Kami tahu permainan politik mereka (UMNO), namun apabila dicabar seperti ini, kita mesti bijak dan mencabar kembali. Kami melakukan kerana ia adalah prinsip. Kami juga memberitahu rakan kami dalam pakatan agar memahami kesulitan politik kami ini.]

Jelas sekali Pas melakukan Hudud ini kerana terpaksa setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom, berkata Kerajaan Pusat bersedia bekerjasama dengan mana-mana negeri dalam melaksanakan hukuman Hudud.

Tidak ada satu pun kenyataan Dr Dzulkiflee menyatakan mereka melakukan ini kerana Allahh, kerana ini tuntutan mutlak Islam.

Ini disahkan lagi dengan kenyataan beliau seperti ini, “Umno is telling the kampung folks that PAS is now controlled by DAP. That message had damaged us seriously in the last election. Because of that, when we face a challenge like this, you cannot expect us to back off even if you threaten us with a split.”

[UMNO memberitahu penduduk kampung bahawa Pas kini dikawal oleh DAP. Mesej seperti ini memberi kemusnahan serius dalam pilihan raya lalu. Sebab itu bila berhadapan dengan cabaran seperti ini, anda tidak boleh mengharapkan kami ‘mendiamkan diri’ walaupun ia mungkin mengancam perpaduan Pakatan.]

Apakah makna kenyataan ini kalau membuktikan pandangan Zahid bahawa agenda Hudud yang Pas bawa ini tidak ikhlas dan hanya merupakan agenda politik untuk menarik sokongan orang Islam.

Bagi Dzulkefly, “it will allow PAS to have the moral high ground in facing its arch rival Umno.”

Itu sahajalah yang difikirkan olah Pas ketika ini iaitu untuk mendapat kembali maruah mereka di kalangan orang Melayu.

Jelas dalam pemikiran Pas, Hudud adalah agenda untuk menjatuhkan UMNO bukannya agenda menegakkan Islam. Maka janji beberapa pemimpin Pas sepuluh tahun lalu untuk membubarkan Pas jika Hudud dilaksanakan di negara ini hanyalah merupakan satu agenda politik semata-mata.






15 Komen to Pas Akui Dakwaan Zahid, Hudud Adalah Agenda Politik Bukan Agama

  1. acid says:

    Keaiban yg Allah buka…pada siapa nak mintak tolong sekarang ?? Balasan Allah amat pedih…Takutlah….Bertaubatlah….

  2. dkds says:

    Rosak dah Pas…semuanya kerana mengikut sifat iblis..apa yang Pas ada hanya ada nama islam dalam namanya…kalau tak ada…org akan menganggap ianya sebagai part sekular…

  3. gambus says:

    berpuluh tahun PAS dah kafirkan dan murtadkan orang lain pasal hudud , rupanya ia semuanya demi politik kottor PAS dalam melacurkan agama Islam !!!

  4. baba says:

    memang betul pun, hudud yg pas bawa ni memang bermotifkan politik saja.

  5. kumbang says:

    Dr dzul inilah sebenarnya duri dalam daging dalam pas beliau sentiasa cuba menyekat perjuangan menegak islam oleh pas dengan ideologi liberal dan modenisnya. Dia patut dibuang dari parti pas

  6. armok says:

    Hhmm…..bagus lah tu ..kumbang !..kalau dah camtu buang je lah !

  7. bujuk says:

    Kita perlukan kuasa politik untuk mengubah sesuatu dasar. Hudud dengan PAS dah macam tangan pada tubuh manusia, tampanya ia cacat. Lagipun kenyataan Dr.Zul ni pada DAP/PKR yg. tak berapa faham fasal kaitan hudud dengan PAS. Tentunya penerangan yg. berbeza bila PAS nak terangkan hudud pada kelompok orang Islam. DAP takkan peduli jika PAS kata kami perlu laksanakan hudud sebab itu perintah Allah. Mereka tak pedulipun perintah Allah kerana mereka bukan Islam. Jadi Zahid tak perlulah politikkan kenyataan Taresa tersebut. UMNO juga takkan bagitau MCA mereka sokong hudud sebab itu perintah Allah, sebab MCA tak peduli pada perintah Allah. Mereka kafir sama macam DAP. Jadi memadailah orang Islam memahami sesama sendiri perintah hudud ini dan bersama2 menyokong dan melaksanakan sedaya upaya kita.

  8. armok says:

    Hehehe bujuk ! Rosak dah PAS ni. Tak perlu politikkan ?? Eh.eh. yg Dr.Zul tu cakap apa ? Kalau Teressa tu kita tahu lah siapa dia. Ni Dr. Zul, bukan ke org PAS ??

  9. alimedanbaru says:

    Calon PRU Pas sanggup berbai’ah hingga talakkan isteri jika lompat parti.
    Aku nak cadangkan , kalau hudud Pas ni gagal dan lintang pukang perlaksanaannya elok sahaja pemimpin PAS BERTANGGONGJAWAB..TANAM SEPARUH BADAN DALAM TANAH DAN DIREJAM SEBAB MEMALUKAN DAN MENIMBULKAN FITNAH TERHADAP HUKUM ALLAH INI.
    Oleh itu jangan nak tergopoh..sebab lepas 25 tahun pun masih terkial-kial dan terpaksa dibantu oleh UMNO… silap hb UMNO yg sediakan kepakaran bp Pas untuk laksanakan..ok lah tu, tapi hakikatnya Pas haprak!

  10. sireh ke gagang says:

    soalan aku kpd kau bujuk

    1. PAS lebih rela pertahankan tahaluf siyasi dari perintah Allah ?

    2. politik PAS dalam menjaga hati kawan-kawan sepakatan itu lebih utama dari islam & melayu?

    3. Apa bukti yang kau menyatakan UMNO takkan beritahu MCA , mereka sokong hudud kerana itu perintah Allah ? tahukah engkau , siapa dominan dalam parlimen dan barisan nasional skrg ?

    UMNO dan umat melayu islam atas pagar dan tak berparti sedia menyokong hudud , jika hudud itu didrafkan selari dengan perintah Allah dan pegangan ASWJ . Tetapi yang menjadi pertikaian isu sekarang , teressa kok sendiri mendedahkan , lidah bercabang PAS bila berbicara dengan DAP , hudud itu digunakan untuk menarik kembali sokongan bangsa melayu islam kepada PAS. (BUKAN FITNAH UMNO OK. INI RAKAN PAKATAN RAKYAT SENDIRI PECAH LOBANG) . So bujuk , whats happen now ? di mana prinsip PAS dalam mendaulat islam dan menegakkan perintah Allah swt dalam kes hudud ini ?PAS tak layak untuk bercakap pasal hudud , kalau hudud itu hanya pekakas politik PAS untuk mengaburi mata bangsa melayu supaya cenderung balik kepada pas. MELAYU SEKARANG , BUKAN MELAYU DI ZAMAN AMANAT HAJI HADI BUJUK. KAU ingat perkara ini betul2…

  11. acid says:

    Hahahahaha. good one, Sdr. alimedanbaru…

  12. acid says:

    Kau nak belit lagi bujuk ?? Aku tengok sekarang kau yg dah terbelit ! Apa yg kau pusing selama ini dah terjawab bila puak kau sendiri yg pecah lubang ! Nak salah kan org lain lagi ?? Masa korang berpolitik dah mula tak laku !!

  13. JokerJoe says:

    Bujuk kata hudud ngan pas ni macam tangan dgn tubuh manusia…heh …heh…heh Kau patut cakap tangan yg lumpuh ngan tubuh manusia….dan lebih 20 tahun diluluskan oleh DUN kelantan tapi tak pernah diguna pakai pon. Kalau tangan yg melekat di badan manusia tapi tak leh diguna pakai…itu org panggil tangan lumpuh. Kalau hudud Allah dan bukan hudud pas…dah lebih 20 tahun enekmen itu dah diguna pakai

  14. acid says:

    Bujuk ! aku masih menunggu jawapan kau pada soalan Sdr. sireh ke gagang, demi melihat keikhlasan kau dalam memperjuangkan hukum Allah tertegak di bumi Malaysia !

  15. WTF says:

    Er Bujuk, apahal lak kau cerita kata2 Dr Dzulkefly Ahmad hanya PENERANGAN kepada DAPigs/PGayR???

    Ini penerangan kepada semua orang, malah penerangan ini siap masuk dalam Malaysiakini!!!

    Sudah SAH dan JELAS bahawa isu Hudud in hanya digunakan oleh PAS hanya untuk mendapatkan POLITICAL MILEAGE serti undi dan sokongan org2 Islam, bukan nak laksanakan pun hukum Hudud ni di negara Malaysia!!!

Leave a Reply