Menu Utama

Operasi Cermin Gelap Kereta – Pengguna, Polis dan JPJ Perlu Jujur

Oleh Ab Jalil Backer

Ketika sebahagian pengguna jalan raya mula merasa resah dan marah dengan pengumuman Operasi Cermin Gelap mulai 15 Jun 2014 ini, mereka perlu menerima hakikat bahawa penggunaan cermin gelap atau “tinted glass” yang ekstrem merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang jalan raya negara ini dan di hampir kebanyakan negara di dunia ini.

Minggu lalu Pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun ini.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata pemilik diberi tempoh sehingga 15 Jun untuk berbuat demikian, sebelum kompaun RM300 dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

“Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Undang-undang

Di Malaysia, Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

Justeru kemarahan pengguna kenderaan di media sosial kononnya tidak masuk akal kerajaan tidak benarkan penggunaan cermin gelap di negara yang panas seperti Malaysia sebenarnya tidak tepat. Pengguna jalan raya dibenarkan menggunakan cermin gelap tetapi mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh undang-undang.

Hampir seluruh dunia mempunyai peraturan mengenai cermin gelap termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat.

Penggunaan cermin gelap perlu dikawal untuk menjaga keselamatan pengguna kenderaan terbabit dan juga orang lain.

Pemasangan cermin gelap melebih had yang ditetapkan boleh mengganggu pandangan pemandu kenderaan tersebut.Ia boleh menyebabkan kemalangan terutama ketika hujan lebat dan waktu malam. Kadar penglihatan pemandu kenderaan cermin gelap akan berkurangan dengan drastik dalam keadaan hujan lebat dan waktu malam. Ini kerap kali menyebabkan perlanggaran atau kemalangan.

Pengalaman memandu selama berpuluh tahun tanpa kemalangan besar “memberitahu” penulis bahawa kemampuan pemandu melihat keadaan jalan raya melebihi kenderaan di hadapannya, merupakan satu “advantage” bagi mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak kemalangan.

Isu Keselamatan

Dari perspektif penguatkuasa undang-undang, cermin yang terlalu gelap sehingga tidak boleh melihat ke dalam kenderaan merupakan satu mimpi ngeri.

Mereka tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku sebaik menahan sesebuah kenderaan. Mereka mungkin berhadapan dengan penjenayah yang sedang memegang pistol di dalam kereta dan hanya menanti untuk menembak tanpa sebarang perasaan apabila diminta menurunkan cermin gelap.

Dalam keadaan mencari suspek atau penjenayah, berapa banyakkah masa akan diambil dalam sesuatu sekatan jalan raya jika semua kenderaan di negara ini bercermin gelap langsung tanpa cahaya? Polis akan mengarahkan setiap tingkap dibuka sebaik tiba di sesuatu sekatan jalan raya.

Dalam keadaan rondaan pula, Polis tidak lagi boleh melihat apa-apa keadaan yang mencurigai dalam kenderaan kecuali mengarahkan pemandu membuka tingkap keretanya.

Bayangkan setiap kali polis merasa curiga terhadap sesuatu kenderaan mereka perlu menahan kenderaan tersebut di tepi jalan untuk memerhati apa yang ada di dalam kereta. Berapa banyak masa dan kesukaran pihak berkuasa terpaksa ambil untuk menjaga keselamatan rakyat hanya kerana penggunaan cermin gelap.

Kebenaran Khas

Sebab itu juga hanya orang tertentu dan mempunyai sebab keselamatan yang serius atau kesihatan sahaja diberi kebenaran khas menggunakan cermin gelap yang melampau ini. Dengan mengehad jumlah kenderaan bercermin gelap ektrem ini ia mengurangkan risiko keselamatan. Ini kerana kenderaan mereka yang diberi kebenaran telah melalui tapisan keselamatan dan mengurangkan risiko jenayah.

Mengikut peraturan Pengecualian khas pemasangan cermin gelap,

Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:

Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Masalah Kereta Import

Di sinilah masalah terbesar penguatkuasaan peraturan ini yang menimbulkan kemarahan orang ramai. Persoalan terbesar ialah pengguna membeli kereta impot yang telah mempunyai cermin hitam melebihi kadar yang dibenar oleh peraturan Malaysia.

Kos untuk menukar kesemua cermin kenderaan ini mengikut spesifikasi peraturan Malaysia mencecah harga antara RM 4-8 ribu. Setelah membayar kenderaan yang mahal akibat cukai, pengguna dipaksa menambah wang untuk menukar cermin sedia ada pula. Ini tidak masuk akal.

Mengapa kerajaan membenarkan kenderaan ini masuk ke dalam negara. Apakah Kastam sengaja membenarkan kenderaan ini masuk kerana wujud unsur rasuah? Jika kenderaan ini tidak mematuhi spesifikasi peraturan jalan raya negara, ia patut dihalang masuk terlebih awal. Kerajaan sepatutnya menjaga kepentingan rakyat bukannya kepentingan pengimpot kereta.

Skim Penipuan Puspakom

Lebih serius ialah Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pusat Pemeriksaan Kereta Berkomputer (Puspakom) memejam mata terhadap sindiket sewa cermin kereta hanya beberapa kilometer dari tempat mereka. Pusat sewa cermin kereta ini akan mengenakan caj sebanyak RM 300-500 untuk pemasangan sementara cermin yang mematuhi spesifikasi kelulusan kenderaan di negara ini. Sebaik diluluskan oleh Puspakom, kenderaan terbabit akan dipasang semula dengan cermin asal yang menyalahi peraturan.

Soalnya mengapa Kastam, Polis dan JPJ hanya bertindak ke atas pengguna semata-mata sedangkan banyak pihak lain lagi yang bertanggungjawab kesalahan ini?

Ini dibangkitkan oleh ramai pengguna kenderaan termasuk jurublog RBF yang menulis agar Polis mengambil tindakan terhadap “penjahat sebenar dalam isu cermin gelap ini sebelum menyaman pengguna. [Lihat artikel: Cermin Gelap: Sebelum Polis Buru Pemilik Kenderaan, Lebih Baik SPRM Gempur JPJ Terlebih Dahulu]

Kesimpulan

Hakikatnya operasi cermin gelap ini memerlukan kejujuran semua pihak. Bukan sekadar pengguna jalan raya tetapi juga penguatkuasa undang-undang. Peraturan jika mahu dilaksankan harus dilaksanakan secara menyeluruh dan telus, bukannya sekadar mencari duit saman menambah kantung kerajaan.

Kita tidak akan melihat di mana kejujuran tersebut jika kereta impot dibenarkan masuk biar pun tidak mematuhi spesifikasi peraturan negara.

Kita tidak akan melihat di mana kejujuran operasi ini jika pengusaha cermin gelap bebas menjual “tint” yang melebih had dibenarkan tanpa diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

Kita juga tidak akan dapat melihat di mana kejujuran operasi ini jika skim penipuan Puspakom masih berterusan sedangkan satu negara tahu skim ini. Mustahil pihak berkuasa tidak tahu atau ada sebab tertentu memejamkan mata?

Pengguna juga perlu jujur bahawa peraturan cermin gelap ini lebih penting kepada keselamatan jalan raya dan keselamatan awam berbanding isu kepanasan atau privasi diri. Hakikatnya berada di jalan raya bukan tempat privasi anda, ia adalah tempat awam.

Penguatkuasa juga perlu jujur melakukan operasi ini ke atas setiap kenderaan bukannya kenderaan tertentu sahaja.






21 Komen to Operasi Cermin Gelap Kereta – Pengguna, Polis dan JPJ Perlu Jujur

  1. baba says:

    memang cermin yg terlalu gelap mengundang bahaya dari segi keselamatan jalan raya dan juga jenayah. cuma kalau boleh dikurang sikit tahap telus cahaya kepada 6o%.

  2. muhamad bin saamah says:

    bila kita berada di kedai kopi harix raayat memyuarakan bahawa masa sekarang kerajaan berniaga dengan raayat untuk mendapat keuntungan. lepas satu-satu perniagaan baru tumbuh macam cendawan selepas hujan, saman trafit, cermin gelab, takrif letrik, taol, potong subsdi dan akhir sekali GST. untuk apa kerajaan menguatkuasa ini semua kalau bukan untuk wang. keuntungan kerajaan berjuta setahun, dapat sewa 7 buah jet ,last sekali MAS mampu. perniagaan yang mengemaparkan adalah sewa panda dari cina 3 juta. mengikut lapuran astro awani akan dapat pulangan berjuta. tunggu lah kalau kerajaan berniaga pasti rugi berjut-juta.

  3. MemangTerok says:

    Had terhadap cermin gelap kenderaan adalah antara undang2 yang perlu dikaji semula kerana setakat ini polis belum pernah mengeluarkan statistic tepat mengenai kemalangan yang melibatkan cermin gelap. Kemalangan jalan raya yang menyebabkan maut memang bertambah dari tahun kesetahun tetapi tiada statistic mengatakan bertambahnya kemalangan disebabkan pemakaian cermin gelap kenderaan.

    Dengan ini rakyat menganggap penguatkuasaan ini segaja diada2kan untuk memelihara status menteri, hakim dan raja yang diberi keistimewaan ini.

    Kecuali polis boleh keluarkan stats sekarang… kita terima dan akan akur dengan ketetapan tersebut.

  4. gambus says:

    kalau sesiapa ingat kes cermin gelap ni dilarang dan dikuatkuasakan sebab banyak berlaku jenayah dalam kenderaan etc

  5. amran says:

    Saya lebih kuatir masaalah cermin wisor gelap penutup muka penonggang motosikal …. kerap kali kita di dedahkan yang jenayah dibuat oleh penjenayah yang memakai topi kledar berwisor gelap untuk mengelak mukanya dicam. Tidakkah para atasan polis yang bijak pandai tu perasan akan masaalah ini? Kenapa tak diharamkan saja wisor gelap bagi penunggang dan pembonceng motosikal?

  6. tuah says:

    apa saja yg dikaitkan dgn gelap hitam mesti jahat.pemikiran apakah ini?

  7. mooo says:

    Datuk Seri Najib Razak akan memutuskan sama ada akan memfailkan saman fitnah terhadap Malaysiakini sebelum berlepas ke luar negara esok, kata peguamnya Mohd Hafarizam Harun.

    Beliau sebelum ini memberikan masa 48 jam – berakhir dua hari lepas – kepada Malaysiakini untuk menarik balik dua artikel yang mengumpulkan pandangan pembaca dan memohon maaf tanpa syarat.

    Hafarizam (kiri) berkata, beliau akan membuat temu janji dengan Najib sama ada malam ini atau esok pagi.

    “Saya akan tetapkan temu janji dengannya sebelum beliau meninggalkan negara ini esok,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Najib berpandangan dua artikel ‘Yoursay’ bertarikh 14 Mei, berjudul “A case of the PM reaping what he sows” dan “How much will Najib spend to keep Terengganu?” berhubung krisis politik Terengganu, adalah fitnah.

    Ditanya tentang tawaran hak menjawab yang ditawarkan Malaysiakini, Hafarizan berkata, beliau akan menyampaikan tawaran itu kepada Najib dalam pertemuan mereka.

    “Ya, sudah tentu, saya akan majukan kesemua pihak dan tawarkan kepada anak guam untuk putuskannya,” tambahnya.

    MALAYSIAKINI

  8. mooo says:

    Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan sepatutnya diadakan untuk merebut kerusi Parlimen tetapi kini menjadi medan pertempuran antara Dyana Sofya Mohd Daud dengan Umno apabila pencalonannya di atas tiket DAP dipertikaikan.

    Kemunculan Dyana mencetuskan kebimbangan beberapa pemimpin Umno, daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kedua-duanya mempertikaikan penyertaan orang baru dalam politik itu kerana tidak menyertai Umno.

    Malah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali juga menggunakan “tangan kotornya” masuk campur dengan menggesa Gerakan menggunakan gambarnya bersama calon muda berusia 27 tahun itu sebagai bahan kempen.

    Namun Gerakan menolak cadangan menggunakan gambar itu sebagai kempen untuk memenangkan presidennya Datuk Mah Siew Keong, juga calon Barisan Nasional (BN) dalam PRK 31 Mei ini.

    Mengapa Umno terlalu gentar dengan graduan undang-undang daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, yang ibunya juga merupakan ahli Umno?

    Beberapa alasan mungkin boleh menjadi sebabnya.

    Calon DAP bagi PRK Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini menjadi sasaran kutukan Umno kerana beliau melambangkan generasi muda yang tidak lagi membezakan diri mengikut kaum. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2014.Pertama. Pencalonan Dyana Sofya di atas tiket DAP membuktikan bukan Umno sahaja parti untuk Melayu, selain daripada PKR dan PAS.

    Lebih-lebih lagi apabila semakin ramai rakyat Malaysia melihat diri mereka sebagai bangsa Malaysia dan tidak lagi membezakan diri mengikut kaum.

    Semakin banyak perkara ini terjadi, Umno dan parti berasaskan kaum lain termasuk pertubuhan seperti Perkasa akan kekurangan ahli dan mungkin semakin pupus, malah menjadi semakin tidak relevan di Malaysia.

    Dr Mahathir, Shahrizat dan Ibrahim juga tidak mampu menghalangnya kerana ini akan menjadi penghujung sejarah Umno dan kuasanya dalam politik Malaysia.

    Kedua. Kata-kata Dr Mahathir benar, generasi muda sudah lupa tentang perjuangan pemimpin Umno dan ahlinya.

    Mungkin ini disebabkan Umno lama sudah dibatalkan pendaftarannya ketika di bawah pemerintahan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

    Umno hari ini cuma bayangan samar perjuangan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak Hussein memerdekakan Tanah Melayu pada tahun 1957.

    Umno sekarang percaya segalanya adalah milik mereka dan cuma memberikan sisa baki untuk dikongsi dengan yang lain.

    Dan setiap hari, Umno memberi satu sebab untuk rakyat Malaysia membenci mereka. Setiap hari.

    Ketiga. Pencalonan Dyana Sofya membuktikan ada parti politik di luar sana yang berani mempertaruhkan anak muda dan idealisme daripada hanya bergantung kepada ahli politik berpengalaman untuk menguji kekuatan mereka.

    Dalam DAP tak perlu beratur panjang untuk jadi calon, tidak seperti BN apabila presiden dan pemimpin tertinggi menjadi calon pilihan dan mengenepikan ahli parti muda. Mungkin juga BN ketandusan bakat muda untuk diketengahkan menjadi calon.

    Masa depan Malaysia milik generasi Dyana Sofya, bukan individu yang pernah diuji kekuatannya dan mahu kekal berkuasa.

    Keempat. Pencalonan Dyana Sofya membuktikan graduan muda daripada universiti tempatan seperti UiTM juga mempunyai kebijaksanaan, keberanian dan ciri kepimpinan dalam menentukan nasib sendiri dan tidak mengikut telunjuk ibu bapa.

    Generasi muda seperti ini mampu berfikir dan tahu mereka boleh melakukan perubahan. Mereka dahagakan perubahan dan enggan berpeluk tubuh.

    Pemikiran mereka tidak seperti ahli tipikal BN yang hanya menurut perintah dan cuma mampu sabar menunggu diberikan peluang untuk menyinar dalam politik.

    Cuma segelintir sahaja yang mempunyai pertalian dengan pemimpin boleh berjaya dalam BN. Keadaan berbeza dengan DAP atau parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) yang terpaksa meletakkan calon muda kerana tak ramai yang sanggup bertanding.

    Jika ramai rakyat Malaysia, terutamanya golongan Melayu mengikut jejak langkah Dyana Sofya, karier politik Umno akan sampai ke penghujung.

    Umno tidak akan membenarkan perkara itu terjadi, dan disebabkan itu mereka perlu memalukan, mengutuk, mengganggu dan mencalarkan imej Dyana Sofya supaya tidak akan ada lagi yang mengikut langkah beliau.

    Kejayaan dan kemenangannya di Teluk Intan nanti bukan hanya untuk DAP mengekalkan kerusinya di Parlimen atau isu anak muda Melayu menjadi ahli Parlimen DAP.

    Ia juga bakal membuktikan Umno tidak lagi boleh menegaskan parti itu sebagai satu-satunya platform untuk Melayu mengekalkan kuasanya sebagai pemerintah Malaysia.

    Sungguh menyedihkan apabila melihat Umno kini berjuang menentang seorang wanita muda hanya untuk mengekalkan kuasa. – 20 Mei, 2014.

  9. bujuk says:

    Aku taknak pertikaikan undang2, tapi perlaksanaannya… pinjam kata2 Dr.MAZA dalam isu hudud. Isunya.. apakah semua orang sama rata tak kira raja, pemimpin, orang kaya, rakyat biasa dan orang miskin. Ini juga kata2 Dr.MAZA dlm. hujah minta tangguh hudud. Bukan nak samakan undang2 cermin gelap dengan hudud, tapi nak tanya juga kenapa dalam undang2 dunia kita boleh terima perbezaan tapi hudud kita nak sempurna semuanya. Mungkin akan berhujah.. orang besar bercermin gelap untuk elak dikenali dan d khianati.. apakah maksudnya rakyat biasa orang nak khianat lantak lah? Akal kita memang bagi prioriti pada orang besar bercermin gelap, tapi kita rasa kita sangat adil untuk tidak bagi prioriti hudud hanya pada umat Islam. Kenapa kita begitu?

  10. raplahjingaa says:

    ” Bukan nak samakan undang2 cermin gelap dengan hudud, tapi nak tanya juga kenapa dalam undang2 dunia kita boleh terima perbezaan tapi hudud kita nak sempurna semuanya. ”

    Apa punya soalan daaa…….

    Dr Maza bujuk ??? oooooo….Dr yang tak tau beza antara kapalselam dan ROV lepas tu nak tunjuk pandai bagi komen ??……….

  11. WTF says:

    Bujuk, bukankah hang dulu yg perjuangkan perbezaan hukum hudud terhadap muslim dan non-muslim!!!

    La ni pandai pulak hang perjuangkan hukuman sama rata ya Bujuk!!!

    Hehehehe, takder pendirian la hang ni Bujuk!!!

  12. yon76er says:

    Akal or minda seorang AHJ@bujuk….

  13. yon76er says:

    seorng lagi yg bernama Moooo@Lembu…lain yg didalam artikel lain pulak yg dia komen….Lembu memang bodoh tp dia nie lebih bodoh drp lembu….

  14. raplahjingaa says:

    Pasal cermin gelap ni….ada benar jugak komen-komen pemandu yang mahu undang-undang ini di longgarkan….JPJ kena lah berpanduka logic bukan terlalu lurus bendul sampai dah hilang budi bicara.

    Kalau nak sangat bayaran overtime buat operasi….buat lah operasi keatas lori-lori balak, kargo dan bermacam-macam lori lagi yang terang-terang melanggar undang-undang. Hit them hard.

  15. bujuk says:

    Kantung k’jaan dah kontang agaknya… sebelum ni najib kata nak semak semula subsidi minyak/tenaga. Skang tangkap/penjara mereka yg. kena saman cermin gelap… aku tak kesah sebab cermin keta aku tak gelap.
    Aku memang berjuang hudud untuk muslim… tapi k’jaan(pemimpin umno/tunM) kata tak adil muslim saja kena potong tangan. Jadi nak tanya la… adil ka jika orang2 tertentu boleh pakai cermin gelap sedang yg. lain tak boleh? tak duble standard ka?

  16. WTF says:

    Kantong kerajaan Malaysia dah KONTANG???

    Hang jgn cerita pasal ekonomi la Bujuk, hang tu belajar setakat tadika PASTI jer!!!

    Untuk pengetahuan Bujuk, article ini bukan berkenaan undang2 jenayah, jadi nak kaitkan perjuangan hukum hudud PAS di mana perlu dibezakan pada muslim dan non-muslim adalah tidak tepat, apatah lagi perlunya dibezakan antara org kaya dan org miskin!!!

    Article ini lebih kepada kenapa tiada penguat kuasaan terhadap Kasatam, PUSPAKOM dan JPJ.

    Bujuk mempersoalkan adakah ADIL sesetengah org boleh memliki kenderaan bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak dibenarkan mempunyai kenderaan bercermin gelap???

    Rakyat biasa boleh pakai Bujuk, tapi mengikut undang2 yang dibenarkan seperti berikut:

    “Di Malaysia, Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

    Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.”

    Jadi kalau hang nak kata rakyat biasa tak dibenarkan guna kereta bercermin gelap, itu DAKYAH hang semata2. Dan jika hang nak cermin gelap, hang kena buktikan hang ada PENYAKIT KULIT ataupun menghadapi ancaman keselamatan (macam Lim Gone End, hang tak tengok ka Mercedes dia tu!!!)

    Berbalik kepada adakah ADIL kenapa sesetengah org boleh bercermin gelap MELEBIHI SPESIFIKASI tersebut, itu adalah peruntukan dan keistimewaan yg diberi kepada beberapa individu (termasuk Sultan, Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar) untuk tujuan untuk melindungi keselamatan mereka.

    Cuba bayangkan insiden baru2 ni, kereta Gone End dilanggar oleh calon bebas PRK Bukit Gelugor, cuba bayangkan apa berlaku di balik tabir gelap???

    Sudah tentu kita dapat bayangkan mulut Gone End herot perot maki hamun sambil tuding jari (silap2 tunjuk isyarat lucah) dgn air muka gabra takut kena tuduh melanggar org!!!

    Hang nak perkara tu terjadi pada Khalifah PAS yg disanjungi oleh puak hang Bujuk???

    Aku setuju dgn hang Bujuk, adalah TIDAK ADIL mengapa sesetengah individu dibenarkan bercermin gelap melebihi spesipikasi berdasarkan peristiwa kereta Gone End dilanggar oleh calon bebas PRK Bukit Gelugor

    Tapi untuk pengetahuan Bujuk, itulah keistimewaan pemimpin2 yg dipilih oleh rakyat, jadi terima jer lah ya Bujuk!!!

    Lagipun, bukanlah sesuatu advantage kepada seseorang mempunyai kenderaan bercermin gelap ketika memandu. I think more disadvantage especially ketika jalan gelap dan hujan lebat!!!

    Dan kalau Bujuk masih tak puas hati dgn mereka yg mempunyai kenderaan bercermin gelap, aku cadangkan supaya Bujuk beli jer FERRARI, sudah tentu boleh pecut lagi laju dari kereta yang mempunyai specifikasi seperti kereta Gone End. Sebab kelajuan kereta takder kena mengena sama ada kenderaan itu bercermin gelap atau tidak. Kereta peronda polis malas nak kejar hang Bujuk (pengalaman aku Bujuk, tapi FERRARI bukan aku punya lah…hehehe)

    Jadi apa yang tak ADILNYA dalam hal ini yang Bujuk nak samakan dgn perjuangan hukum hudud dibezakan antara muslim dan non-muslim.

    Isu kenderaan cermin gelap adalah kes kesalahan lalu lintas, manakala kes mencuri, berzina, liwat (suami dibenarkan liwat isteri) dan lain2 yg termaktub dalam hudud PAS adalah kes jenayah!!!

    Kes jenayah sudah tentu berbeza dgn kes kesalahan lalu lintas, betul tak Bujuk. Sudah pasti Bujuk yang bijak PANDIR ni tahu membezakan antara keduanya!!!

    Tapi, aku skeptical kenapa org2 PAS nak membezakan hukuman Hudud PAS antara muslim dan non-muslim?? Kita semua tahu, malah tercatat dalam sejarah Islam lagi, hukum hudud adalah untuk semua, tak kira muslim or non-muslim!!! Takkan PAS terkejar4444 nak undi Cina kot!!!

    Percayalah cakap aku Bujuk, hang perlu kaji apa itu “Public Order” (sila google ya Bujuk).

    Katakan Bujuk dan Tony mencuri barang kemas dari sebuah kedai emas, Bujuk kena tangkap dan dihukum potong tangan manakala Tony setakat kena penjara 3 bulan!!!

    Persoalan sekarang, di mana KEADILANNYA Bujuk??? Dan apakah reaksi masyarakat terhadap hukuman2 yg dibezakan antara muslim and non-muslim???

    Percayalah Bujuk, akan ramai rakan2 dan keluarga Bujuk beragama Islam akan marah pada sistem kerajaan yang TIDAK ADIL!!! Malah ada di antara rakan2 dan keluarga Bujuk akan bertindak di luar undang2 dan mencari dan menangkap Tony untuk DIADILI dgn memotong tangan Tony!!!

    Apa pula reaksi Tony, bersama2 rakan dan keluarga Tony yg non-muslim??? Sudah tentu mereka akan berasa takut untuk keluar berseorangan, malah ada rakan2 muslim mereka akan mencerca, mengeji dan mencaci rakan2 dan kelaurga Tony yg non-muslim. Silap2 rakan2 dan keluarga Bujuk bertindak LIAR, kalau tak dapat Tony, anak perempuan Tony pun jadilah untuk DIQIGAHKAN beramai2 oleh rakan2 dan keluarga Bujuk (aku rasa Bujuk join kot activity QIQAH ni, I mean off course la, dah kena potong tangan, takkan org lain dapat LABA kot!!!)

    Dan keadaan ini akan jadi VIRAL dan org2 yg tak kena mengena, yang akhirnya menyebabkan there is NO PUBLIC ORDER in KELANTAN!!!

    Is this what you and PAS wish for Bujuk???

    In truth, panjang lagi aku boleh tulis, tapi buat apa aku nak pemahaman kat hang Bujuk, hang takkan terima KEBENARAN kata2 ini, maklumlah hang ni kan SEMPURNA orangnya!!!

    Besides, kita semua tahu, Hudud PAS adalah mainan politik PAS semata2 untuk mendapat political mileage untuk mendapatkan undi org Melayu Islam yang sudah mula meminggirkan PAS.

  17. dotdot says:

    Well said WTF..

  18. samad says:

    Salam,

    nak tanya sikit kalau kita pasang langsir dekat cermin kereta adakah ia dibenarkan atau tidak?

  19. bangKano says:

    La ni bukan isu cermin gelap jerr jadi pertikaian…malah penggunaan bal pencahayaan daylite pada kenderaan semakin menjadi jadi. Terdapat dua kasta penggunaa bal cahaya siang/daylite & warmlite pada kenderaan. Kenderaan nasional – PROTON & PERODUA tetap akur memasang bal lampu besar ngan cahaya warm lite…tapi semua kenderaan mewah import seperti BMW & MERCEDEZ ngan degil & angkuh tetap di pasang bal cahaya daylite…kenapa hah…? Ada ka mereka ni kebal undang undang….?

    Ada ka kenderaan nasional ni di mampu milik oleh rakyat marhein perlu patuh undang undang..sedang kan kenderaan untuk golongan elit yang begitu angkuh mengengkari perundangan negagha. Ni la dasaq kapatalis yang di amal kan oleh penguat kuasa negagha ni….!!!

  20. bangKano says:

    Weiii bujuk serba tongong lagi pandir…..kalo hang nak buat komparatif biaq la relevan sikit…jangan pakai hentam keromo jerrr….orang nak berhujah hang pun nak tumpang sekaki tapi keupayaan intelektual poiyilek.

    Peraturan Allah ada signifikan nya….ada kelonggaran ikut masa & ruang. Undang undang ciptaan manusia berdasaq kan peraturan Allah juga. Penggunaan cermin gelap memang tetap salah…tapi ada pengecualian nya terhadap individu yang ada masaalah kesihatan yang disah kan oleh fakta perakuan perubatan. Keadilan tetap di utama kan…bukan di buat secara melulu tanpa pertimbangan wajar.

    Begitu jugak hukum Allah ada keadilan nya jugak…contoh memberi kesaksian terhadap kes zina. Ikut nas mesti ada 4 kesaksian….kalo laki laki mesti ada 4 orang ato 3 laki laki & seorang wanita. Kenapa ALLAH menetap 4 laki laki bukan 4 orang wanita ato 3 wanita & seorang laki laki sebagi saksi…? Begitu la keadilan yang di wajibkan oleh Allah…kenapa wanita tidak begitu penting dalam memberi kesaksian..tu ada la kewajaran Allah tanpa boleh di pertikai kan. Kewajaran Allah berpaksi kan sebab & akibat.

    bujuk…kalo hang beghani sanggah keadilan Allah sila beri komen bagi membanding kan kewajaran kerajaan melonggar kan penggunaan cermin gelap terhadap pesakiat kulit dll mengikut perundangan.

    Aku dok sakan tunggu komen bodo hang tuuu…!!!!

  21. bangKano says:

    Memasang langsir di cermin tingkap ada la satu kesaljhan…sebab melindungi pandangan ketika memandu di jalan awam. Peraturan di buat semata mata nak menjaga keselamatan pengguna jalan raya termasuk pemandu kenderaan..

Leave a Reply

Threesome