Menu Utama

Nurul Izzah Anggap Pemilihan PKR “Huru-Hara”

Oleh Nur Azlina Shaari

Nurul-IzzahNaib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar nampaknya membuka pekung dalam parti PKR sendiri apabila beliau memberitahu sistem nombor yang digunakan dalam pemilihan parti itu sebagai sistem yang menyusahkan serta merumitkan para pengundi.

Semua pihak mengetahui, pemilihan PKR yang berlangsung ketika ini berlaku dalam keadaan yang kelam-kabut serta bercelaru pengurusannya.

Justeru, dengan kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah ini, ia menguatkan lagi gelombang kecelaruan yang benar-benar melanda pemilihan parti PKR.

“Ia agak menyusahkan kerana pengundi perlu mengingat nombor dan proses ini memakan masa yang lebih lama, terutamanya bagi warga emas dan golongan kurang upaya,” kata Nurul Izzah yang dipetik dari salah satu portal berita tempatan.

Malah, Nurul Izzah turut mengeluarkan kenyataan berunsurkan lawak di mana menitik beratkan penggunaan gambar calon di kertas undi sebagai satu motivasi kepada para pengundi.

“Jika tiada nama dan gambar calon pada kertas undi, tiada hubungan emosi, tidak seperti pemilihan parti sebelum ini,” katanya.

Tidak dinafikan juga, Nurul Izzah memberitahu pemilihan parti perlu mempunyai kesinambungan seperti pilihan raya umum.

Sebelum ini, PKR begitu lantang bersuara mengkritik dan mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan yang tidak telus dan optimis dalam menguruskan pilihan raya negara. Malah, terlalu banyak fitnah dan tuduhan dilemparkan kepada SPR hinggakan sanggup menipu rakyat.

Tuduhan dan fitnah yang dibuat oleh PKR dibawa hingga ke jalanan dengan mengadakan demonstrasi Bersih yang terus-terusan mengecam SPR serta meminta SPR mengikuti lapan kehendak mereka dalam perhimpunan itu.

Pun begitu, SPR masih lagi baik hati mendengar setiap keluhan dan kritikan dari PKR dengan menuruti kehendak PKR supaya pengurusan pilihan raya menjadi telus seperti apa yang parti pembangkang itu inginkan, seperti perlaksaan penggunaan dakwat kekal dalam proses membuang undi supaya tidak ada pengundi yang mengundi untuk kali kedua.

Tetapi, ia masih lagi menjadi isu kepada pembangkang dengan memainkan isu-isu lain selepas selesainya PRU13. Mereka terus mengecam dan mengutuk SPR serta Barisan Nasional (BN) dalam perhimpunan Blackout 505 yang diadakan di ibu negara.

Dengan keadaan celaru dalam pemilihan PKR, ini menunjukkan dengan jelas pengendalian pemilihan parti mereka sendiri terlalu banyak kepincangan yang lebih teruk dari setiap tuduhan yang dilemparkan kepada SPR.

Mereka kerap membangkitkan pelbagai isu kepada SPR, namun parti mereka sekarang ini sudah membuktikan melaksanakan pemilihan atau pilihan raya bukanlah perkara yang mudah. Ini kerana, sekiranya PKR bijak dalam menilai kerja-kerja yang dilakukan oleh SPR, sepatutnya tidak berlaku sebarang masalah dalam pemilihan parti PKR ketika ini. Tambahan pula, pemilihan parti bukanlah proses pengundian yang besar seperti Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil.

Juga, dalam isu pemilihan PKR yang terlalu banyak lopong ini, di manakah kelibat Dato’ Ambiga Sreenevasan selaku Pengerusi Bersama Bersih sebagai orang yang paling hadapan sekali menentang sekiranya berlaku kesilapan kecil dalam proses pengundian dalam pemilihan parti PKR.

Secara tidak langsung, dengan kenyataan Nurul Izzah itu, ia membuktikan PRU13 sebenarnya tidak mempunyai masalah besar yang berbangkit jika dibandingkan dengan pemilihan parti PKR. Ini kerana, berbalik kepada kenyataan Nurul Izzah mengenai pemilihan parti yang perlu sama seperti PRU, Nurul Izzah hakikatnya mengiktiraf PRU13 lalu sebagai pilihan raya yang lancar perjalannya.

Justeru, layaklah dilabelkan parti PKR sebagai parti yang ‘cakap tak serupa bikin’ apabila gemar membuka pekung pihak lain. Tetapi tidak sedar kain sendiri yang tercarik memandangkan proses pemilihan parti mereka tidak mempunyai pengurusan yang sistematik dan teratur. Perlu diingatkan, mungkin PKR mesti belajar dari SPR cara-cara dan sistem tertentu untuk mengadakan pemilihan parti.






11 Komen to Nurul Izzah Anggap Pemilihan PKR “Huru-Hara”

  1. Lang buana says:

    Biasa la…cakap saje pandai…bila buat…hancusssss……….lain kali jgn dok komen org lain…musabah la sikit…

  2. gambus says:

    hahaha inilah PKR , pemilihan parti penuh dengan rasuah , pergaduhan , ugutan , blackout , cacian , maki hamun , tipu undi , undi palsu , pengundi hantu !!! segala-galanya ada dalam PKR hahahahaha !!!

  3. Badrole Amin says:

    macam mana tidak huru-hara kalau ahli parti terlebih tahu dan faham anak puaka(nurul izzah) menang dapat nombor satu jawatan naib presiden pun disebabkan main tabur duit/beli undi/politik wang/rasuah…tidak memberi apa-apa makna pun bila anak puaka(nurul izzah) setakat membuat pengakuan berlaku huru-hara dalam proses pemilihan PKR…apa yang pasti selaku presiden dan ketua umum parti, kekotoran(manipulasi dan penipuan undi) yang berlaku pada pemilihan PKR sebelumnya(2009) dan kini(2014) tidak pernah dibersihkan oleh emak dan bapak puaka(wan azizah dan anwar) kepada anak puaka(nurul izzah) ini

    kekotoran dan kejijikkan(main tabur duit/beli undi/politik wang/rasuah/berlaku manipulasi dan penipuan undi) ini semua dimamah terus oleh nurul izzah, anwar dan wan azizah yang boleh juga kita ibaratkan 3 beranak ini seperti 3 ekor anjing sedang menggengam seketul tulang pada mulut masing-masing

    kini timbul pula dakwaan khalid gagap juga main tabur duit(menggunakan politik wang/rasuah/beli undi)…seekor lagi calon timbalan presiden iaitu saifuddin nasution kelihatan ‘suci dalam debu\'(tidak terlibat dengan tabur duit/politik wang/rasuah/beli undi) tapi kenapalah begitu bodoh ahli parti tidak mahu memenangkan saifuddin nasution untuk menjadi timbalan presiden yang baru? apakah ahli PKR nak kata saifuddin nasution tidak mempunyai tokoh menjadi timbalan presiden dan memang kotor juga?

    telah sah sekarang PKR di Selangor merupakan lubuk utama penularan terbesar wabak politik wang/rasuah kerana terlalu banyak cabang-cabang pemilihan PKR di Selangor berlaku manipulasi dan penipuan undi…tentulah lubuk utama penularan terbesar wabak politik wang/rasuah ini akan berlaku di Selangor kerana yang menjadi pencipta dan pelopor wabak politik wang/rasuah ini tinggal di Selangor, dialah bapak segala rasuah selain bergelar bapak puaka(anwar)

    kalau ada macai membaca atau terbaca komen aku diatas, apanya yang tidak betul dengan komen aku itu silalah beritahu jangan malu-malu…hehehehe

  4. itsme says:

    kafarah atas segala yg dia lakukan..

  5. bujuk says:

    PKR punya pemilihan.. no comment, tukar jelah pengerusi jawatankuasa pemilihan.

  6. kulaan says:

    komen yang paling bernas daripada bujuk.Tahniah…

  7. Badrole Amin says:

    tukar orang lain jadi pengerusi jawatankuasa pemilihan pun tetap akan berlaku politik wang/rasuah/penyelewengan/manipulasi/penipuan undi sebab dari penyokong sampai kepada ahli dan pemimpin PKR semuanya terbiasa suka mengamalkan unsur-unsur rasuah ini…bak kata orang kemana lagi tumpahnya taik kalau tidak pada mangkok jamban, jika ketua umum PKR sudah masyur sebagai pelopor politik wang dan bapak segala rasuah tentulah akan menjadi inspirasi dan dorongan kepada penyokong, ahli dan pemimpin PKR untuk memasyurkan juga politik wang/rasuah ini

    dalam pemilihan PKR sebelumnya(2009) berlaku politik wang/rasuah dan dalam pemilihan kali ini(2014) juga berlaku politik wang/rasuah namun rakyat tidak pernah mendengar pemimpin-pemimpin tertentu PKR yang dituduh(oleh orang parti sendiri) menggunakan politik wang/rasuah ini dalam pemilihan parti dikenakan tindakan seperti dipecat atau diharam bertanding untuk pemilihan akan datang(2014 dan 2019) oleh jawatankuasa pemilihan PKR(kalau dalam UMNO bernama Lembaga Disiplin)

    jawatankuasa pemilihan PKR dianggotai oleh manusia-manusia yang sanggup diarah untuk menjadi hipokrit dan pandai bersandiwara, ini bermakna tidak akan ada siasatan yang telus dan tindakan tegas akan dilakukan…disebabkan ini rakyat tidak boleh mengharapkan adanya pemimpin PKR yang dituduh menggunakan politik wang/rasuah ini akan dikenakan sebarang tindakan

    dalam UMNO setidak-tidaknya sudah ada beberapa pemimpin UMNO yang dituduh(termasuk yang tiada bukti kukuh) menggunakan politik wang/rasuah ini dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin seperti diharam bertanding untuk pemilihan akan datang sehingga kepada 3 penggal(15 tahun lamanya)…PKR tidak pernah berbuat begitu sebaliknya pemimpin mereka yang bersuara mendedahkan politik wang/rasuah/penyelewengan/manipulasi/penipuan undi berlaku dalam proses pemilihan parti dipecat keahliannya dalam parti

  8. Badrole Amin says:

    bukan bernas tapi komen bernajis pendek dari bujuk, hehehehe

  9. anakbochek says:

    Kalau dah pakai sistem nombor baik la undi pakai sms je. Lagi senang. AFUNDI No Role 0002.

  10. Hamba Ar Rahman says:

    Pakatan rakyat di dah jadi macam parti kartun…..apa yang depa nak perjuangkan sebenarnya pun, depa sendiri pun dah hilang punca? penyokong2 nya pun faham ker apa yang ketua depa perjuangkan…..? PKR ni tak lebih daripada serpihan2 Umno yang kecewa dan sekarang bertambah kecewa dan galau…orang kata…..bila kita berjalan, dan sesat jalan…yang terbaik adalah pulang semula ke pangkal jalan….

  11. WTF says:

    Rumah tangga No Role Ijjah sendiri HURU HARA, ada hati nak comment cara bapaknya, si Nuar BErahi mengendalikan pemilihan PGayR!!!

    ANAK KURANG AJAR!!! Jadi Naib Presdien pun atas EHSAN MAK BAPAK!!! Tarik balik nanti baru kau tahu No Role Ijjah

    MALULAH NO ROLE IJJAH!!!

Leave a Reply

Threesome