Menu Utama

Najib Mahu Malaysiakini Mohon Maaf Atau Disaman

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak kini telah memulakan tindakan untuk mengambil tindakan saman ke atas laman web pro-pembangkang Malaysiakini ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam krisis politik Terengganu baru-baru ini.

Dalam notis tuntutan yang diserahkan kepada laman web itu semalam, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Umno dan Najib yang juga Perdana Menteri, atas kapasiti peribadinya, mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata-kata fitnah jahat pada anak guamnya.

Menurut laporan Malaysiakini berhubung tindakan itu, Peguam Datuk Muhd Hafarizam Harun merujuk dua artikel bertajuk “A case of the PM reaping what he sows” and “How much will Najib spend to keep Terengganu?”.

Katanya, komen daripada tujuh pembaca dalam artikel itu antaranya menggambarkan Umno parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber.

“Segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna-pengguna di laman web Malaysiakini.com adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat (mala fide) untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej anak-anak guam kami.

“Ia antara lain juga bertujuan menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti anak-anak guam kami selaku tulang belakang kerajaan BN yang mentadbir negara Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik,” menurut notis itu.

Najib dan Umno menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini, menerbitkan penarikan balik artikel itu dan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan serupa dalam tempoh 48 jam.

Malaysiakini juga dituntut membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk, termasuk kos dan perbelanjaan.

Jika tiada maklum balas dalam tempoh itu, prosiding mahkamah akan diteruskan terhadap portal itu.

Dalam reaksi segeranya, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata, langkah itu dijangkakan selepas akhbar Umno Utusan Malaysia melancarkan serangan kepada pembaca Malaysiakini bulan lalu.

Katanya, Malaysiakini sentiasa menawarkan hak menjawab dan bagi menyampaikan pandangannya kepada pembaca portal berita itu.

“Beliau amat dialu-alukan menjelaskan mengapa beliau fikir pandangan terhadapnya dan Umno adalah salah,” kata Gan (kiri).

Katanya, perdana menteri dan Umno juga patut menyatakan pandangannya untuk disiarkan Malaysiakini daripada mengancam organisasi media dengan prosiding fitnah.

Terengganu sebelum ini dilanda krisis apabila bekas menteri besar dan dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar Umno dan menjadi wakil bebas, sekali gus menyebabkan parti itu hilang penguasaan dan menjadi kerajaan minoriti.

Ia bagaimanapun kembali seperti sedia kala selepas ketiga-tiga mereka menyertai semula Umno tidak lama selepas itu. – MYNEWSHUB.MY



« (Previous News)



28 Komen to Najib Mahu Malaysiakini Mohon Maaf Atau Disaman

  1. moo says:

    Saman jer…

  2. tony gunawan says:

    pengecut!

  3. Baba says:

    Saman saja portal sial mkini ni, dia ingat suka hati mak bapak dia tulis berita apa pun.

  4. Baba says:

    Ingat bangsat pemimpin syaitan pakatan saja tau saman ke……u ulang i saman,tu lagi pengecut

  5. wan jamak says:

    ini semua gempaq keling.

    Najib tentu takkan saman. ni semua spesis perangai menteri amaran dalam negeri.

    kalau nak saman, tentu dah saman. kalau Lee Kuan Yew kata nak saman, tentu aku percaya. setakat org BN, amaran, saman, mintak maaf, beres… lepas tu ulang balik. apa barang!

  6. Demang Lebar says:

    KALAU PEGUAM PENGECUT YG BERNAMA SI HAFRIZAL NI TAK PAYAH LER!!!!

  7. tengkudin says:

    saman je…tak sedo dah ramai totok depa kene saman..sapa leh lupa PAS kene byr saman RM100K..hari boroi kene rm2 juta..dan lagi lagi lagi..hehe

  8. kulaan says:

    Saman ..jika tiada permohonan maaf.

  9. rasphg says:

    acah je ke betul2 nk saman ni?. tapi jgn nti smpai masa settle luar mahkamah.. boring la mmcm tu. nk sokong umno pun jd x semangat. mcm tun m dok ckp.. lemah lembut smpai jd longlai.

  10. marah rosli says:

    Saman saja sepatutnya…tak perlu tuntut mohon maaf dari yang portal yang paling pembohong besar ini.Setiap kali saya membacanya,terasa benar saya diperbodoh2kan,seolah2 tiada otak untuk berfikir….contohnya 40,000 Bangla dan blackout sewaktu PRU 13 yang lalu

  11. Hamba Ar Rahman says:

    DS Najib kalau nak saman…kena saman betul2…bukan olok2 atau saman acah2….lama2 orang dah tak takut….orang boleh buat sekehendak hati….kalau duduk diam2 tiba2 sekali terus ngaum, terkam dan gigit (macam harimau baru kena kejut dari tidur)…lepas tu baru musuh lari terkencing2…tak berani nak dekat

  12. itsme says:

    tak payah tunggu maaf ler.. trus saman je!! ini menjejaskan ketebukaan yg dianjurkan oleh msia.. keterbukaan kita lbh kpd kejujuran dan kepertanggungjawaban, bkn spt malaysiakini.. 100j jgn kurang, biar hbs duit siyahudi.

  13. moo says:

    Peguam si hasfarizal tu dah kaya..famili dia dapat proj buat highway ..

  14. WTF says:

    Apa motif argument hang ni Mooh???

    Jadi kaya mencari rezeki yg HALAL salah ka Mooh???

    Dan project highway mana family dia dapat, cuba cerita sikit!!!

  15. system baru says:

    percaya cakap aku ini pasti akan malaysiakini akan di selesaikan luar mahkamah kemudian tulis kecil aje permohonan mintak maaf, aku nak malaysiakini minta maaf tulis besar2 satu muka surat, dah tulis seratus kali permohonan maaf..
    minta maaf besok buat balik itu perangai manusia

  16. Badrole Amin says:

    apa pulak nak mohon maaf, saman je lah Najib oiii

    soroskini@malaysiakini tak boleh jatuh bankrap dan terpaksa ditutup sebab kena saman, duit haram yahudi zionis laknatullah(george soros) yang berkawan baik kepada anak sundal(anwar) itu berlambak ada boleh bantu lagi MK dari terpaksa ditutup

  17. bujuk says:

    Najib.. nak saman M’kini?
    Sebelum tu pastikan hujah2 dalam m’kini tu salah dulu. Jangan jadi KJ dulu nak saman bila suruh saman… senyap. kalau betul… baik diam je.

  18. syaa says:

    saman jer lah.jgn cakap banyak.

  19. MemangTerok says:

    Kerja Malaysia kini tak ada lain dari memfitnah, berbohong dan mereka cerita. Kewujudan mereka memang untuk tujuan itu sahaja. Maka mangsa fitnah dan pembohongan Malaysia kini digalakkan mempraktik hak mereka yeini saman. Saman mereka sampai terduduk, jatoh bangkrap.

    Segala apa yang mereka kaitkan sebagai perbuatan mungkar orang lain, kini cerita sensasi itu diterbalikkan kebatang hidung mereka sendiri. Dakwaan mereka terhadap SPR/UMNO mengenai 40K Bangla, black out, tipu undi semua mereka sedang telan sekarang. Mereka sukar untuk ditelan kerana mereka ada lebih 2 benda. satu bawak lari peti undi, kedua mengamok / rusuhan ditempat pengundian. Dakwaan yang terlebih dua ini tidak dkenakan terhadap UMNO/SPR.

    Wahai manusia ambillah iktibar keatas sesuatu, jangan buat kerja ikut emosi. Ingat Allah Ya Rahman, Ya Rahim, bahawasanya Allah Maha kaya dan akan membalas tiap kejahatan dan kebaikan. Allah akan balas dimasa bila Dia mahu tanpa teragak dan tanpa paksaan.

  20. hentam ajelah says:

    …….alaa umno kan tk suka bising2. Settle luar mahkamah jer laa….lagi pun boleh caya ke lawyer umno ni…peguam felda dulu pu kenakan anak guamnya sendiri….

  21. bujuk says:

    Yg. cerita betul hanya mykmu je… kan..kan.. hahaha.

  22. korokstabang says:

    Saman dan jangan sesekali tarik balik saman kerajaan kena tegas kali ini saman & kuburkan malaysiaikini yang selama ini lebih banyak menabur fitnah serta sesuka hati mereka selalu memainkan sentimen perkauman, kasi ajar sama mereka.

  23. dkds says:

    Saman perlu diteruskan jangan ada perjanjian penyelesaian

  24. anti-pas haramjadah says:

    Shaberry chik tutup je laman portal msiakini

  25. raplahjingaa says:

    Bagus la tu saman maximum, buat macam mana singapura menutup mulut pembangkang ! jangan nanti saman di tarik balik sebab kerajaan nak tunjuk baik, dan pemaaf !

  26. adi says:

    moo kau bodoh ke apa kau tengok parti kau bagi projek kat sapa lagi makan banyak. dah tentu bagi pada orang yang menyokong takan bagi pada kau yang memburukan kerajaan. bodoh piang.

  27. bleu says:

    Kasi ajar…

  28. bleu says:

    Kasi ajar…..

Leave a Reply