Menu Utama

Mustahil DUN Terengganu Dibubarkan Hari Ini

Pengedaran mesej Sistem Pesanan Ringkas yang menyatakan Dewan Undangan Negeri Terengganu telah dibubarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan berkemungkinan besar adalah palsu dan sengaja diada-adakan bagi mencetus ketidakstabilan politik negeri.

Pembubaran DUN hanya boleh dilakukan oleh Sultan sekiranya mendapat permohonan Menteri Besar atau Sultan percaya DUN telah hilang kepercayaan kepada Menteri Besar yang dilantik atau parti pemerintah telah hilang majoriti.

Oleh kerana Barisan Nasional belum mengumumkan sebarang permohonan pembubaran DUN, mustahil untuk Sultan membubarkan DUN tanpa berjumpa semua wakil rakyat BN dan yang telah mengisytiharkan diri sebagai bebas.

Pembubaran mendadak ini hanya boleh berlaku jika Sultan bertindak di luar perlembagaan dan ini skaligus menimbulkan persoalan terhadap niat DYMM Tuanku Sultan.

Sehingga jam 11 pagi tadi tiada mana-mana ADUN dipanggil ke Istana untuk menghadap Tuanku Sultan.



« (Previous News)



10 Komen to Mustahil DUN Terengganu Dibubarkan Hari Ini

  1. baba says:

    pas dok syok sendiri dah, tak sabar.

  2. Anak Jantan says:

    Gila kuasa pas ni….cakap orang….semua dah berangan nak kawin banyak termasuk si aji adi tu….aku lagi suka kalau DUN dibubarkan…puaskan hati semua orang yg gila kuasa…kita tengok siapa yg menang jadi MB la…kalau kalah jangan cakap itu ini tak adil….bullshit politic….busuk punya orang….

  3. tony gunawan says:

    umno hanya pandai cakap orang lain sedangkan diri dibelenggu tahi!

    betul tak cakap saya!?????????

    hahahahahahahaha!

  4. moo says:

    Gila kuasa, Anak Jantan kata. Kalau tak gila kuasa,apakata umno bagi je kuasa tu kat pas.

    Salah kah kahwin byk.? Kalau dibenarkan dalam islam, kalau rasuah tu, hang tak nak komen pulak.?

  5. moo says:

    Mustahil dun di bubarkan hari ni?

    Kalau kena kat BNmustahil la…..cuba kalau kena kat PR….

  6. system baru says:

    ha..ha.. pr memang bodoh, lupa cakap kuasa melantik mb di tangan sultan jika bn 17, pas 17 tapi kuasa melantik mb dan menteri di tangan sultan manpu mooo pujuk sultan itu bagi kuasa mb pada pas’ pasti tak manpu, serupa kes selangor pas menang lebih banyak kerusi tapi tak manpu nak akan kerusi mb selangor

  7. system baru says:

    bagi aku kita kena fikir soal kemanusian dan budaya melayu tak akan halau keluar ketika orang itu buat kenduri, ini memalukan beliau tunggu dia lepas kenduri, bagi aku najib kena buang orang berguna ada pada umno terengganu, tak berfikir masalah orang itu

  8. rapalahjingaa says:

    Najib ni yang patut meletakkan jawatan !! asyik menyusahkan UMNO saja.

  9. Anak Lenggong says:

    Biasa laa…bebudak bangang PAS..kecuh dengan orang lain…tapi bila diri diperkuda oleh sipeliwat ngan DAP…menunduk tak bersuara..kecuh konon nak bentangkan hudud..baru digertak oleh sikapir..dah gostan balik..takde pulak bebudak bangang PAS nak kecuh..turun laa kejalanraya buat bantahan…tapi memang dasar PAS sekarang ni teloq takde..udah tersumbat

  10. Badrole Amin says:

    Krisis Politik Terengganu : Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda Kemaman

    Assalamualaikum w.b.t

    Krisis politik Terengganu yang terbaru dilihat bakal memusnahkan terus kepimpinan Kerajaan pimpinan UMNO di Terengganu. Sebagai ‘orang dalam’ yang memiliki pelbagai maklumat, saya memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak walaupun berhak berbuat demikian.

    Saya melihat kepada jalan penyelesaian yang masih terbuka dan boleh mengekal Kerajaan Pimpinan UMNO yang sedia ada tanpa perlu diadakan Pilihanraya Negeri / Kecil. Sebenarnya Menteri Besar yang baru (UMNO) yang dilantik semalam akan kekal menjadi Menteri Besar sehingga adanya usul undi tidak percaya di Sidang DUN atau ada mana-mana ADUN yang boleh menyatakan beliau mendapat 17 sokongan kepada DYMM Sultan Terengganu.

    Dalam tempoh itu, kepimpinan UMNO pusat masih mempunyai ruang untuk mencari jalan penyelesaian. Keadaan ini juga kerana ketiga-tiga ADUN UMNO yang mengistiharkan menjadi ADUN Bebas tidak menyatakan sokongan kepada PAS dan jika kena caranya ketiga-tiga mereka juga boleh mengistiharkan mereka ‘ADUN Bebas yang menyokong UMNO’ sekaligus masih boleh menyelamatkan kepimpinan kerajaan UMNO di Terengganu.

    Seperkara lagi, dari segi dokumentasi atau prosedurnya, surat asal peletakan jawatan politik dari ketiga-tiga ADUN UMNO masih belum diterima Setiausaha / Presiden parti dan tiada apa-apa penerimaan atau persetujuan parti atas peletakan jawatan tersebut. Maka, ini membuka ruang untuk segala perbincangan dan mencari jalan penyelesaian serta menuntut kebijaksanaan Presiden parti menyelesaikannya.

    Dengan pelbagai ruang yang masih ada, saya memohon kepada semua ahli UMNO di Terengganu dan di Kemaman untuk bertenang dan berdoa kehadrat Ilahi supaya Kerajaan pimpinan UMNO terus menerajui negeri kesayangan kita ini. Saya sangat yakin, jika ditangani dengan penuh berhemah perkara ini dapat diselesaikan sebelum terjadinya “kemusnahan dasyat” kepada kita semua.

    Oleh yang demikan, sama-samalah kita berdoa supaya semua ujian Allah ini memberi kita satu jalan keluar yang membuatkan parti kesayangan kita ini menjadi lebih kuat dan terus mampu membela rakyat Malaysia. In Shaa Allah..

    Kami sangat sayangkan UMNO !!!

    (MOHD FAUZI MAT ADAM)
    Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman /
    AJK UMNO Bahagian Kemaman.

Leave a Reply