Menu Utama

Muafakat Dalam UMNO Buktikan Pakatan Persis Guru Kencing Berdiri

1m4u umno terengganu baru 011 najib razak sultan mizan terengganu 01b

Muafakat, itulah senjata ampuh dalam mana-mana pertubuhan untuk terus berstatus releven dalam kewujudannya. Akhirnya YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru setelah dilanda gelora politik yang sangat meresahkan UMNO dan Barisan Nasional.

Apa tidaknya, dengan majoriti nipis yang dimenangi BN, tentunya keadaan bagai telur di hujung tanduk.

Apa yang menariknya, keadaan ini menunjukkan sikap permuafakatan BN dalam menyelesaikan krisis dalaman. Yang penting, rakyat Terengganu tidak terbeban dengan senario politik dalaman yang tidak berpenghujung seperti Selangor.

Tiada mangsa politik semasa di kalangan rakyat seperti apa yang berlaku ke atas pekerja PKNS di Selangor, serta krisis air Selangor. Itu hakikat betapa berpolitik harus ada batas, dan kemenangan pada pilihanraya harus memberi manfaat kepada rakyat.

Yang menghairankan, tiba-tiba kita dihidangkan dengan cerita-cerita tentang hebatnya Ahmad Said dari mulut penyokong PAS dan PKR. Bukanlah menafikan sumbangan Ahmad Said, tetapi sikap penyokong pembangkang laksana “menangguk di air keruh”. Bagi penulis, yang lama sudah tentu berjasa, dan yang baharu sama-samalah kita rasa!

Tentunya kini di tangga teratas kekecewaan adalah pemimpin PAS yang sentasa mengambil kesempatan di atas kekalutan yang berlaku dalam UMNO. Ada usaha usaha agar DUN Terengganu dibubarkan setelah mereka gagal mendapat sokongan dari tiga orang YB yang terdahulu bertindak keluar UMNO. Bahkan, penulis dikhabarkan wujud tawaran dari pembangkang negeri untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Semoga segala kemelut yang berlaku sejak perlantikan Ahmad Said dahulu sehinggalah apa yang berlaku hari ini memberi pengajaran kepada pemimpin UMNO dan BN agar bertindak lebih cerdik dalam menangani politik dalaman parti.

Mujur dalam kemelut ini, permuafakatan dan aman senantiasa menjadi pendekatan UMNO dan BN.

Ini berbeza dengan pendekatan keganasan atau cetus huru-hara di jalanraya. Tidak ketinggalan hikmat kuasa kerusi terbang, tendangan sakti peti undi, cakaran pemutus kertas undi yang kesemuanya mengakibatkan pentadbiran negeri terjejas dek permainan politik tanpa sempadan . Segalanya menjurus kepada satu rangkap pesan orang-orang tua;

Kepalanya borek, maka anaknya rintik. Sedang gurunya kencing berdiri, maka pasti anak muridnya kencing berlari






28 Komen to Muafakat Dalam UMNO Buktikan Pakatan Persis Guru Kencing Berdiri

  1. tony gunawan says:

    sudah dapat habuan,memang banyak muafakat!

  2. kulaan says:

    Kurang-kurangnya kalau nak makanpun.. makan sama-sama. Bukan macam kat negeri di PR, ada pihak nak bolot semua…mua he..he..Idup Mat Said….

  3. mh370 says:

    Ahli politik belakon demi poket haha itulah nilai pemimpin umno kita tunggu pru 14 apa rakyat terangganu akan buat kat puak2 ni

  4. bujuk says:

    Nampaknya.. Mat said hanya menunjukkan sifat sebenar dia, emosi, bar an dan penakut serta pongoh. Bertindak tampa berfikir.

  5. MemangTerok says:

    Jika diukur dari segi kesefahaman, tolak ansur, mana ada siapa boleh challenge Umno yang pemimipin terdiri dari kaum mukminin yang tinggi harga dirinya. Pembangkang yang dibuat dari sampah dari atas sampai ke ahli bawahan berbincang dengan baling kerusi, bawak lari peti undi, padam lampu dan bertumbuk sesama sendiri.

    Mereka puak Hooligans yang berbangga dipanggil hooligans haprak setengah sen tak guna.

  6. lang buana says:

    beliau adalah insan yg bernama manusia….pasti akan melakukan kesilapan…sekurang kurangnya tidak melarat hingga setahun…apa2 pun tahniah…

  7. baba says:

    tabik spring kat umno…..tak ada parti kat malaysia yg boleh atasi krisis dalam masa 2 hari…..inilah kehebatan umno

  8. acid says:

    Laa, bujuk, takde keje lain dah ?? laga sana laga sini…..jangan menyibuk lah nak bercakap pasal orang lain, jaga je parti kau, cukup.

  9. hentam ajelah says:

    ……muafakat antara umno dgn umno tk heran aku….muafakat sesama islam yg dinanti….. mmusuhnya sampai kiamat tk habis….

  10. moo says:

    Muafakat ke RM RM RM?

  11. sireh ke gagang says:

    ada bukti ke moo ? ke memfitnah lagi ?

  12. bujuk says:

    Korang akan sebut perangai A.said ni nanti… percaya la. Sekarang korang junjung dia sebab ada kepentingan. Tunggu bila dah stabil sikit… A.said akan jadi punching bag. Lihat apa berlaku pada PakLah? Awalnya kata pemimpin yg. faham rakyat, pentingkan parti dan sebagai… kemudian semua buruk d keluarkan. Ini sejarah UMNO… Tun Husein dan TunM dulu pun kena juga.

  13. armok says:

    Eh.eh. kau ni bujuk , kalau kau busuk hati jangan ingat orang lain pun sama macam kau ! Sejarah konon ! Hanya orang busuk hati je yg suka mengunkit kisah lama. Bawak2 bertaubat lah kau ni.

  14. Shah says:

    Bersatu untuk kerana Allah swt

  15. raplahjingaa says:

    Udah-udah la tu bujuk….kami paham, macai PAS semua amat kecewa dengan perkembangan terbaru politik Terengganu, niat nak menangguk di air yang keruh tak menjadi…aji adi tersipu-sipu malu bila pelawaan dia pada adun BN di tolak mentah-mentah.

    Macam mana pun manusia, marah macam mana pun, kalau yang berakal, tak kan depa sanggup meninggalkan jalan yang lurus dan bersekongkol dengan PAS, lalu mengundang kemurkaan Allah…..melainkan mereka yang telah digelapkan hatinya.

    hang faham kan bujuk….

  16. Rosmah87 says:

    NAH AMBIK KAU MUAFAKAT LA SGT…
    Kenapa Ahmad Said “turn back’?

    Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno. Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka berdua.

    Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan. Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.

    Malah beliau mengakui anaknya trauma selepas Najib enggan menangguhkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar walaupun beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei lalu. Alasannya beliau memilih tarikh Sultan Terengganu lapang maka majlis itu diadakan pada 17 September dan bukannya dia sengaja melengah-lengahkan majlis perkahwinan anaknya.

    Ada yang menganggap penangguhan peletakan jawatan itu adalah helah Ahmad Said untuk membeli Exco-Exco yang ada. Ramalan ini tepat apabila seorang Exco yang enggan menyebut nama mengesahkan kepada FMT bahawa bekas menteri besar itu memang berhasrat membawa beberapa exco ke luar negara selepas 12 Mei. Apabila info ini diketahui oleh Najib, maka Najib bertegas supaya Ahmad Said tetap meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada hari yang sama.

    Sebab itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihantar ke Kuala Terengganu pada petang yang sama untuk memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Said dan pada malam yang sama diadakan majlis angkat sumpah menteri besar baharu seolah-olah ia diadakan secara tergesa-gesa.

    Malah ada sumber yang rapat dengan Ahmad Said berkata bekas menteri besar itu tidak dimaklumkan majlis angkat sumpah itu. Sebab itu Ahmad Said tidak hadiri majlis tersebut.

    Sumber yang rapat dengan PAS memberitahu FMT, dua hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu, Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

    Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.

    Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia kata bekas menteri besar itu boleh dipercayai ke? Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti. …

    Sebab itulah pada malam 13 Mei Ahmad yakin enam orang Exco akan keluar bersamanya.

    Sebaliknya dua orang sahaja yang ikut Ghazali Taib dan Roslee Daud (Bukit Besi). Tiga orang lain menafikan keluar dari Umno iaitu Datuk Mat Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik).

    Misi Haji Dol gagal sebab itu Ahmad Said kata ada orang PAS melamarnya supaya beliau masuk PAS padahal PAS Terengganu tidak setuju kumpulan Ahmad Said buat kerajaan campuran dengan PAS.

    Apabila dua ADUNnya “turn back” iaitu Roslee Daud dan Ghazali Taib, maka Ahmad Said tidak ada pilihan terpaksa kembali menyertai Umno jika tidak kes SPRM terhadapnya akan diteruskan.

    Sumber SPRM memberitahu FMT failnya masih dalam penyiasatan dan berkata ia bukan masa yang sesuai untuk mendakwa Ahmad Said sekarang. Tetapi apabila beliau “turn back” maka fail itu sudah tentu tidak akan dibuka lagi.

    Maka pilihan Ahmad kembali ke pangkuan Umno dapat menyelamatkan dirinya. Mungkin jawatan Duta sedang menanti beliau selepas ini. Tindakan Ahmad Said, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak jadi keluar dari Umno menyebabkan BN kekal memerintah Terengganu dengan BN 17 kerusi dan 15 PAS.

    Ahmad Said menyatakan sokongan penuh kepada Ahmad Razif sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baharu. Semalam penasihat utama Ahmad Said, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan dari jawatan CEO Terengganu Incorporated ke jawatan “peti sejuk” di pejabat SUK.

    Wan Ahmad yang selama ini dianggap sebagai MB Terengganu kedua yang menghuru-harakan pentadbiran Ahmad Said selama enam tahun. Maka tindakan Setiasaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah adalah tepat. -FMT

    ULASAN GB

    Kan dah terbongkar!

    Pertama Ahmad Said dah dikencingkan oleh exco-exco dan ADUN-ADUN UMNO Terengganu yang tidak menyertainya untuk keluar UMNO.

    Kedua, ada fail di SPRM yang akan meletup jika Ahmad Said tak kembali ke pangkuan dan yang ketiga:

    Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

    Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.

    Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia kata bekas menteri besar itu boleh dipercayai ke? Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti. ..

  17. mRsTURDY says:

    Apapun, perbuatan Tok Mat Said tue boleh menyebabkan veteran2 UMNO diserang jantung!!!Harap PRU depan orang spt Tok Mat Said nie tidak lagi dipilih…! Tidak kira dia masuk balik atau tidak tapi bila sanggup kuar umno itu bermakna hatinya tidak ikhlas…!

  18. raplahjingaa says:

    hehehe…cerpen cover malu, hajat tak kesampaian !! tak tulis pun aji roy sendiri yang melamar mat said untuk masuk PAS, tapi di tolak mentah-mentah on the spot !!

  19. anti-pas haramjadah says:

    Hadi munafiq dah berangan jd mb trg
    .. Kui kui kui

  20. raplahjingaa says:

    Orang Islam di Malaysia ni amat bertuah, tanpa kita sedari kita di rahmati Allah swt. Dari zaman Portugis, Belanda, Inggeris, Komunis dan PAS semuanya cuba merosakkan Islam seteruk mungkin, tapi tak ada satu pun yang berjaya.

    Azan masih bersahut-sahutan di bumi Tanah Melayu….errr…errr…errr tolak Penang je, masjid di Georgetown kena perlahankan laungan azan, atas perintah kerajaan kapir Guan eng yang di sokong oleh PAS.

  21. WTF says:

    Artikel cover MALU PAS TAK DAPAT PERINTAH TERENGGANU dibawak oleh Rosmah87 SANGAT MENGGELIKAN HATI!!!

    Nak buat LAWAK BODOW tak payahlah bawak cerita kat sini Rosmah87!!!

    Oh ya, FUCKUTAN RETARD MANA RETI MALU!!! DAH KALAH, KALAHLAH!!!

    MUEH44444444444444444444444444444444444444444444444444444444

  22. anakbochek says:

    Rosmah87 tidak mampu melontarkan pandangan sendiri hingga terpaksa cut and paste artikel orang lain. Otaknya semakin mengecut kerana jarang digunakan. Pathetic la lu bro.

  23. acid says:

    Hahahaha. Nasib baik si mooo tak tambah lagi satu artikel cut and paste ! Mau jadi novel sampah lah nanti…sape lah yg nak baca agaknya ? Kesian betul lah kat dorang ni…tahap terencat akal ke takde akal ???

  24. bujuk says:

    hahaha… PAS pujuk A.said?
    Kalau A.Said betul, bagi nama la… kalau takat sebut ahli PAS yg. entah sapa2 baik tak payah. Aku rasa dia sedih sebab Pemimpin PAS tak pergi jumpa dia tawarkan jawatan MB sebab tu dia buat u-turn. Sebabnya… dia nak jadi MB hingga kenduri anak dia, bila PAS tak tawarkan maka dia kempunan dan mula meracau.
    Baik PAS tak perintah ganu kalau A.Said jadi MB…. PAS tak terima pengkhianat. Zul kulim nak masuk PAS pun kita tolak.

  25. WTF says:

    Apa yang BENAR dan PASTI, PAS TAK DAPAT PERINTAH TERENGGANU!!!

    Itu adalah SATU REALITI YANG AMAT MENYEDIHKAN Bujuk!!!!

    PERGILAH GULING4444 ATAS JALAN MERATAP MUSNAHNYA HARAPAN PAS KALI NI!!!!

    MUEH4444 TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!! UWEK UWEK UWEK!!!

    PEGI DUDUK DENGAR CERAMAH LAH BUJUK!!!

  26. acid says:

    Setidak-tidaknya orang UMNO faham takdir Allah mengatasi segalanya…

  27. bujuk says:

    PAS ada maruah… kita taknak perintah dengan colek ADUN dan ugut penjara sebab rasuah macam d perak. PAS tak kemaruk kuasa… hingga sanggup keluar parti sebab nak jadi MB masa kenduri anak. Ada yg. keluar sebab terkejut…. macam tu pun ada.

  28. WTF says:

    So, maksud Bujuk PAS ada NIAT la ambik kesempatan atas kemelut yg berlaku di Terengganu tempoh hari!!!

    Tapi PAS tak buat tu semua sebab mengutamakan MARUAH ya BUJUK!!!

    ORANG YANG KALAH LEPAS TU TIPU KATA ADA BLACKOUT, PENGUNDI HANTU, BANGLA 40K MANA ADA MARUAH BUJUK!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!!

Leave a Reply