Menu Utama

Mimpi Ngeri Masih Menghantui Rafizi Ramli

Pemilihan semula di 27 cabang PKR yang dijadualkan hari ini telah pun ditangguhkan ke tarikh yang lain. Bagi kebanyakan ahli biasa PKR di cabang yang terlibat, perkembangan terbaru ini adalah sesuatu yang mengecewakan kerana ia umpama menafikan hak demokrasi dalam parti.

Dengan penangguhan terbaru ini entah bila pula akan diadakan semula pemilihan bagi cabang PKR yang bermasalah belum diketahui.

Seperti umum ketahui PKR Cabang Kemaman yang diketuai Rafizi adalah antara Cabang PKR yang terawal ditangguhkan pemilihannya gara-gara kekecohan yang tercetus secara tiba-tiba kira-kira dua jam sebelum proses pengundian tamat pada pemilihan baru-baru ini.

Menurut sumber PKR, Rafizi dan penyokongnya telah memulakan provokasi lisan dengan mempertikaikan kewibawaan ahli jawatankuasa pemilihan yang dituduh tidak melakukan tugas dengan betul serta turut dihamburkan kata-kata kesat sehingga mencetuskan pertikaman lidah dua-dua pihak.

Dakwaan tersebut bukannya datang dari sumber UMNO atau BN sebaliknya didedahkan sendiri oleh pemimpin PKR Kemaman yang merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang iaitu Lee Sheng Lim.

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi,” demikian penjelasan bekas Naib Ketua Cabang Kemaman itu seperti disiarkan dalam Berita Harian pada 27 April yang lepas.

Menurut Lee Sheng Lim lagi tindakan itu dipercayai dilakukan oleh Rafizi dan penyokongnya setelah menghidu kemungkinan calon saingannya untuk jawatan Ketua Cabang PKR Kemaman dilihat akan memenangi pertarungan tersebut setelah mendapat sokongan ramai ahli PKR Kemaman.

Bila berlaku kekecohan sedemikian rupa secara automatik pemilihan yang memihak kepada calon pencabar Rafizi iaitu Mohd Ramlee Hamzah yang cuma seorang ahli biasa PKR terpaksa dihentikan dan pemilihan cabang itu ditangguhkan. Selamatlah Rafizi dari mimpi ngeri yang amat memalukan.

Khabarnya pemilihan semula pada mulanya dijadualkan pada 10 Mei tetapi ditangguhkan kepada hari ini 17 Mei. Namun pemilihan semula hari ini juga ditangguhkan sekali lagi sehingga mencetuskan spekulasi kemungkinan penangguhan ini ada kaitan dengan usaha terancang untuk kepentingan pihak tertentu dalam PKR.

Apapun perkembangan terbaru ini tidak dapat tidak mungkin sahaja satu khabar gembira yang cukup melegakan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli serta penyokongnya kerana tempoh waktu yang ada sebelum tarikh baru ditetapkan boleh dimanfaatkan untuk menggiatkan lagi kempen mereka di Cabang PKR Kemaman.

Pun begitu ia tentunya bukan bermakna mimpi ngeri yang menghantui Rafizi belum lagi berakhir. Tak mustahil mimpi ngeri bakal menjadi realiti seandainya saudara Ramlee Hamzah terus mendahului lagi persaingan merebut jawatan Ketua Cabang dalam pemilihan semula kelak.

Jika itu berlaku kita harap Rafizi perlu bersikap gentleman dan dapat mengawal juak-juak balacinya supaya menerima proses demokrasi. Rasanya sudah cukup buruk imej PKR waktu ini dengan pelbagai kelakuan gengsterisme, andai berulang lagi dek kerana enggan menerima keputusan majoriti ahli elok dibubarkan sahaja PKR.






8 Komen to Mimpi Ngeri Masih Menghantui Rafizi Ramli

  1. raplahjingaa says:

    PKR…..Sarkas.

  2. musykil says:

    Anwar boleh guna kuasa veto untuk pastikan Rafizi menang.

    Cadangan untuk Rafizi: chek balik satu persatu nama orang-orang yang mengundi Ramlee dan hapuskan nama-nama itu dari daftar ahli supaya mereka tak dapat mengundi. Cakap saja yg mereka tu pengundi hantu.

  3. tengkudin says:

    padan muka cibai Parti Kelentong Rakyat…hahaha..
    banyak sangat blackout tu..
    tuhan kasi cash terus sama lu punya parti tak guna tu

  4. baba says:

    penipuan kerja rutin=pkr…..

  5. anoi says:

    rafizi sombang dgn golongan bawahan, pkr hanya mahukan orang suka menghidu kelangkang nuar al-juburi saja mendapat tempat.

  6. Lang Buana says:

    Propa aje lebih…

    Tak payah buat undi..membazir aje…lepas tu kecoh satu dunia…apa cer…

  7. Lobo says:

    mari aku tunjukkan cara mudah…rafizi tak perlu guna nama dia, just guna nama bapak dia…pastu yang mana banyak undi itu dia punya laa…hehehehehe!!!

  8. MemangTerok says:

    Pkr bolehlah kita samakan macam parti pemerintahan kuku besi. System kuku besi diamalkan oleh negara komunis, socialist dan amalan captalism. Dimana pemimpin mereka dijunjung lebih dari maharaja dan pemimpin itu tidak boleh turun. Tidak boleh kalah, kerana tiada pemilihan dalam kerajaan mereka.

    Bezanya PKR ada pemilihan kerana terpaksa diadakan pemilihan. Kerana Umno ada pemilihan, demikian parti komponen lain ketua mereka dipilih mengikut system demokrasi. Dalam pemilihan ini jika pemimpin tidak dipilih mereka tidak bawak lari peti undi, tidak koyak kertas undi, tidak suruh pengikut buat kacau, tetapi mereka akur dan turun kerana mereka tahu mereka tidak dipilih. Sama saperti Rafidah Aziz kalah dan tidak dipilih jadi ketua wanita disaat beliau maseh terlalu ingin meneruskan kerja jadi ketua. Rafidah kecewa akan keputusan itu tetapi beliau telan walau pahit tapi terima hakikat.

    PKR terpaksa ikut kerana PKR lahirnya di Msia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan Msia tidak mengamalkan system koyak kertas undi, bawak lari peti undi, tutup lampu jadi blackout. Tuduhan PKR mengenai blackout masa PRU13 adalah cerita dongeng yang dibukukan PKR untuk tatapan generasi mereka. Jika benar itu berlaku kes itu tentunya sedang didengar dimahkamah sekarang, tapi tak ada. Jika bangla 40K pergi mengundi , tentunya bangla itu semua dikurung sekarang , disoal dan dihukum atau dihantar balik. Tapi tak ada bangla yang dihantar balik , masih ramai bangla kerja dipetrol station dan dilain sektor di negara ini.

    REkaan mereka buat setelah mereka berkhayal. Khyalan untuk dijadikan modal berhimpun yang mereka panggil bershiiiit 1, 2 dan 3. Pemimpin mereka pandai, tapi pandai berbohong, menipu dan mengeliru. yang bodoh ialah pengikut mereka yang asal memang sudah bodoh, diapi2kan lagi jadi bertambah bodoh. Mereka hidup dalam cara bodoh hingga mati pun dalam keadaan bodoh yang mengaibkan. kalau tak begitu tak ada yang pukul polis, terbalik kereta polis dan merosakkan hartbenda awam. Ini kerja orang yang tidak pandai. tidak pandai adalah bodoh.

    Rafizi tak ada elemen hebat pada dirinya kerana dia cuma budak suruhan yang patuh. Ciri hebat padanya hanya patuh mengikut. Tapi kepatuhan yang salah tempatnya. Rafizi satu hari akan sedar jugak, saperti lain2 yang telah sedar.

Leave a Reply