Menu Utama

Meneropong Peluang BN Di Teluk Intan

Seawal jam 8.00 pagi esok para pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan akan keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka yang baru. Persoalan samada calon BN, Mah Siew Keong atau calon DAP, Dyana Sofya yang menjadi pilihan majoriti hanya akan terjawab seawal jam 9.00 malam esok.

Sementara menantikan proses pengundian bermula dan keputusan rasmi diketahui, tidak salah untuk kita sama-sama membuat analisis ringkas menilai peluang kedua-dua calon yang bertanding sambil meneropong kemungkinan kalau-kalau BN mampu menawan kembali Parlimen Teluk Intan dari DAP.

Secara umumnya boleh dikatakan kebanyakan pemerhati politik berpandangan DAP berada dalam posisi yang selesa untuk mengekalkan penguasaan mereka berikutan mood pengundi Cina yang merangkumi 42% dari sejumlah 60,483 pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan masih memihak kepada DAP.

Pada PRU-13 yang lepas dianggarkan hampir 80% pengundi Cina yang keluar mengundi telah memilih DAP dan angka itu dijangkakan tidak banyak berubah dalam PRK ini. Kejayaan PKR mempertahankan DUN Kajang baru-baru ini juga disebabkan faktor sokongan sebahagian besar pengundi Cina yang mengundi sekutu DAP itu.

Satu-satunya musuh utama DAP dalam usaha mempertahankan sokongan pengundi Cina dalam PRK Teluk Intan hanyalah peratusan keluar mengundi dikalangan kaum itu yang mungkin merosot. Jika kemerosotan itu berlaku hampir serupa seperti di PRK Bukit Gelugor mungkin majoriti kemenangan yang akan diraih DAP di bawah 5,000 undi.

Andai kata kemerosotan ketara itu berlaku ia sudah satu kemenangan moral untuk BN dan impaknya kelak boleh memudaratkan tahap sokongan umum kepada PR dan menjejaskan hubungan luar tabie antara DAP, PKR dan PAS kelak kerana sejak PRK pertama pasca PRU-13 bermula di DUN Besut hingga Teluk Intan menonjolkan satu persamaan – sokongan pengundi untuk PR terus berkurangan.

Walaupun demikian bukanlah bermakna BN langsung tidak berpeluang menterbalikkan senario supaya kemenangan sebenar memihak kepadanya sementelah lagi diambil kira faktor kewibawaan Mah Siew Keong selaku Presiden Gerakan yang tidak pernah berhenti berkhidmat sedikit sebanyak diyakini mampu meningkatkan sokongan pengundi Cina.

Tak mustahil anggaran kasar perolehan kira-kira 22% undi masyarakat Cina untuk BN semasa PRU-13 yang lalu mungkin boleh mencapai sasaran 40% atau setidak-tidaknya mencecah 30%. Jika sasaran itu dapat dicapai ditambah dengan jangkaan peningkatan sokongan pengundi Melayu Islam dan India, ada harapan untuk BN menawan kembali Parlimen Teluk Intan.

Data kajian tidak rasmi seperti disebut oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menunjukkan dalam PRU lepas BN dianggarkan berjaya menguasai kira-kira 72% sokongan pengundi Melayu Islam dan sekitar 45% undi masyarakat India. Untuk merealisasikan kemenangan di PRK Teluk Intan ini BN perlu memperolehi kira-kira 80% undian orang Melayu Islam dan 60% undi dari pengundi kaum India.

Secara teori berasaskan data di atas kertas itu nampak seperti BN berpeluang untuk menang tambahan pula bila diambil kira dengan bebanan isu perlaksanaan hudud yang melingkari hubungan DAP dan PKR dengan PAS tika ini. Pendirian keras calon DAP, Dyana Sofya menolak hudud juga bakal menjejaskan peratusan undi orang Melayu Islam kepada DAP.

Pun begitu hakikatnya segala teori, data kajian serta bacaan politik berasaskan jangkaan tak semestinya mudah menjadi realiti. Dalam keadaan tiada kepastian sebegini, mahu tidak mahu hanya kerja keras meraih sokongan pengundi dan kempen saat akhir sahaja yang bakal menjadi penentuan.

Selain itu, satu lagi kaedah terbaik untuk BN benar-benar meraih kejayaan di Teluk Intan adalah dengan mencari, mengajak, memujuk dan membantu seramai mungkin pengundi putih BN yang berdaftar di Parlimen Teluk Intan untuk keluar mengundi pada esok hari.

Rekod PRU-13 yang lepas menunjukkan seramai 11,834 orang pengundi gagal menunaikan tanggungjawab mengundi di Parlimen Teluk Intan dan seramai 9,210 orang dari jumlah tersebut merupakan ahli komponen BN, termasuk 2,050 orang adalah ahli UMNO. Jumlahnya itu jauh lebih besar dari majoriti kemenangan DAP.

Congak kira dan teropong kot mana sekalipun jika semua atau 80% dari sejumlah 9,210 ahli komponen BN itu dapat dicari dan dipujuk untuk keluar mengundi BN dalam PRK ini sudah pasti kemenangan dalam tangan BN. Tidak syak lagi ini satu-satunya penentu sebenar untuk BN meraih kejayaan.

Mereka ini mungkin berada di mana-mana sekitar Teluk Intan atau di luar daerah dalam negeri Perak serta di negeri-negeri lain, rasanya dengan keupayaan jentera BN yang ramai dan lebih tersusun sepatutnya usaha mengesan dan memujuk mereka untuk balik mengundi BN tidak sukar untuk dilakukan.

Penulis percaya usaha ke arah itu sedang giat dilakukan oleh jentera BN Perak dan Pusat dan besar harapan kita untuk melihat mereka bersama-sama penyokong BN di Teluk Intan beramai-ramai keluar mengundi demi memastikan kejayaan BN.

Jika segalanya berjalan lancar InsyaAllah bermula malam esok Teluk Intan akan kembali ke pangkuan BN. Andainya BN masih kalah juga, maka teramat penting untuk BN memperbaiki kelemahan jenteranya disamping berusaha lebih keras lagi di masa akan datang terutama sekali dalam memobilasi ahli dan penyokongnya untuk keluar mengundi.






8 Komen to Meneropong Peluang BN Di Teluk Intan

  1. baba says:

    harap pengundi di teluk intan menjadi pengundi yg bijak. UNDI BN

  2. TUBIR says:

    Kita tengok cina MCA dan cina Gerakan serta MIC adakah merika akan menyokong BN untuk PRK kali ini.Andainya BN kalah juga ……UMNO kena menentukan hala perjuangan yang lebih bermakna untuk bangsa Melayu dan orang orang Islam .Biarlah MCa MIC dan sewaktu denganya bersama sama DAP atu PR.Nampaknya kita terpaksa berpatah arang untuk PRU14 nanti ….Buat persiapan dari sekarang …….Rangka tindakan sementara kuasa masih ditangan……..Faham kan maksudnya……..Hayati perlembagaan dan lakukan seperti yang tersurat dan tersirat.Tak payah dipelawa PAS sebab orang orang pas pundah banyak pangkah BN dlm PRU13 yang lalu.Pas lakukan apa yang MCA dan MIC lakukan terhadap BN……..

  3. stingray says:

    Yang akan tewas teruk selepas ini adalah PAS…PRK di Teluk Intan menjadi bukti bahawasanya PAS adalah pelacur Agama…

  4. tony gunawan says:

    orang bodoh saja yang undi bn!

  5. raplahjingaa says:

    ….dan hang rasa diri hang pandai ????? hehe…DAP hanya berjaya memperbodohkan orang yang sedia bodoh….dah lebih 50 tahun dah !
    Di parlimen tempat orang bodoh ialah dikerusi pembangkang !! di luar tempat orang bodoh ialah diatas jalanraya berguling-guling…tak gitu toni ???? hehe…macam tu laaaa.

  6. bujuk says:

    Aku rasa… undi melayu untuk Dyana akan bertambah dan undi untuk BN berkurang. Undi cina untuk dyana pulak berkurang dan undi india masih sama. Sebab tu kebanyakan penganalisis politik berpendapat 50-50. Apapun undi aku untuk Dyana menjadikan Dyana dapat 51% dan menang PRK T.Intan… hehheh.

  7. raplahjingaa says:

    Ntah la bujuk…trend PRK selepas PRU tak menunjukan banyak perbezaan….kecuali undi pada pakatan pembangkang tak bertambah pun, ada tempat-tempat di mana undi untuk BN bertambah.

    Peluang 50-50 pada BN dah cukup baik kerana BN bertanding di kawasan DAP sebagai underdog. Kalah tak mengubah apa-apa pun, kalau menang adalah satu bonus.

  8. bangKano says:

    Weii tony suka menga One….rakyat yang mengundi PR la sewel yang lagi pandir sebab pemimpin PR semuanya tak da punya moral…ada yang suka tibai buntut,tibai pantat bini kawan sendiri,kelentong fakta & suka buat fitnah jerrr. Semuan pengundi PR ada la bangang macam lancau tak ngang tapi cuba nak kongkek polompuam…bolo punya olang maaa.

    Tu sebab PR depa panggil…..Pemimpin Rembat apa saja yang datang depan mata…duit ka bungit ka pungkoq janji depa sakau semacam….!!!!

Leave a Reply