Menu Utama

Mekah: Kecederaan Akibat Sesak Bukan Jambatan Runtuh

Di pagi Jumaat ramai yang seronok menjadi wartawan tidak bergaji sehinggakan tidak sedar memyebar fitnah kononnya Jambatan di Mekah runtuh.

Ada pula yang menjadi jurutera kononnya dia memang jangkakan jambatajln akan runtuh kerana struktur yang dilihatnya agak lembut.

Pelik dengan manusia di Media sosial. Suka sebar dan buat kesimpulan tanpa fakta sahih.

Arab Saudi nafi tiga maut, kecoh ketika pintu Kaabah dibuka

MEKAH 30 Mei – Pihak berkuasa Arab Saudi hari ini menafikan khabar angin yang berlegar di laman sosial bahawa tiga jemaah maut dalam satu kejadian rempuhan di dalam Masjidil Haram malam tadi.

Sebaliknya, hanya empat orang yang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Menurut jurucakap polis Mekah, Aati Al-Qurashi, kekecohan berlaku apabila orang ramai berpusu-pusu untuk melihat keadaan di dalam Kaabah sejurus pintunya dibuka untuk tujuan pembersihan. – AGENSI/Utusan Malaysia

From ArabNews

Grand Mosque stampede rumors denied

Makkah police denied rumors circulating on social media sites on Thursday that three pilgrims were killed in a stampede inside the Grand Mosque.
Officials clarified that four people sustained injuries after they were caught up in a melee.

Three of them all women were treated on the spot and the fourth person was transferred to a local hospital, said Makkah police spokesman Aati Al-Qurashi.

According to another official, the man sustained a deep cut to his head. He said as soon as the Kaaba door was opened for the washing ceremony, there was a heavy rush of onlookers trying to get a glimpse of the inside of the Kaaba. That is when the man fell down on his head.

Earlier, Makkah Gov. Prince Mishaal bin Abdullah took part in the washing ritual of the Holy Kaaba on behalf of Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah.

The House of God is washed from inside twice a year in Muharram and Shaaban, the first and eighth months of the Hijri calendar.



« (Previous News)



4 Komen to Mekah: Kecederaan Akibat Sesak Bukan Jambatan Runtuh

  1. baba says:

    masalah zaman media sosial ni, ramai nak jadi reporter yg tersangat hebat.

  2. MemangTerok says:

    Selalunya ketabsuban manusia terhadap kaabah agak keterlaluan terutama pada perkara2 tertentu yang jarang dapat dilihat. Masa bertawaf sememangnya kaabah tertutup pintunya. Dalam keadaan itu tak ada manusia pun yang bertanya atau nyatakankan keinginan untuk tahu apa yang ada dalam kaabah.

    Setelah mendengar pintu kaabah dibuka untuk tujuan pembersihan, MashaAllah bayangkan excitement jemaah. Semasa bertawaf pun kita dilanggar dan dihimpit. Kalau terjatuh dalam keadaan itu memang sukar untuk kita bayangkan. Inikan pulak dalam keadaan orang berlumba2 untuk lihat bahagian dalam.

    W/bagaiman pun dengan penjelasan itu kita rasa lega kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana tingkah laku manusia yang memang susah dikawal disana.

    Sebab itu, beristighfar, berdoa dan berserah padaNYa tanpa henti atas apa juga perlakuan dan aktiviti yang bakal kita lakukan disana, kerana apa saja boleh berlaku dan kadang2 diluar jangkaan.

  3. ieqa says:

    Hurmm . . Tuh lah manusia zaman sekarang . Dengar orang kata jambatan runtuh kat Makkah . Rupanya berita palsu . Haishh . Manusia , manusia . . . O.o

  4. bangKano says:

    Aku bukan saja nak melekeh lekeh kan para muslim yang sering tunai kan haji & umrah di Mekah…tapi niat depa selalu tak menepati ngan kehendak apa yang di ajaq Allah dalam alQuran. Sebahagian nya ada niat tersendiri untuk kepentingan diri jerrr….ada yang nak berdoa depan kaabah nak dapat jodoh…nak memaju kan lagi perniagaan & murah kan rezeki. Aneh nya ada plak individu tertentu nak dapat restu Allah dalam jawatan termasuk kemantapan dalam kedudukan politik. Andai nya kalo niat depa ni tak dak dalam senarai peribadi tertentu seperti yang di nukil kan…aku optimis depa ni tak pi Mekah acap kali nak tunai kan perentah Allah…semua nya ada agenda tertentu. Sebab tu la sentiasa terjadi rempuhan sesama sendiri pasai penting diri masing masing tanpa memperdulikan hak orang lain & keselamatan massa. Jadi Allah dah tunjuk kan musibah kat insan insan yang tak dak kehoranian murni yang gelojoh nak dapat pahala walo pun mala petaka yang menimpa akibat keburukan laku diri sendiri. Lantas depa kata semua tu TAKDIR ALLAH…..seolah olah ALLAH yang menyebab kan semua musibah tanpa meneliti kesilapan alami manusia tu sendiri. Ingat…kebaikan semua nya datang dari Allah dan keburukan dari tangan manusia sendiri.

    Di mana kah pemikiran falsafah yang di amal kan oleh segelintir muslim kini dalam memahami ajaran ALLAH….? Semua nya berpaksi kan kepentingan diri bukan nya ikhlas dalam menunai kan perentahNYA…….ujung ujung bukan PAHALA yang dapat tapi BALA yang dapat…..!!!

Leave a Reply

Threesome